Bersih Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman

     Pada kebiasaannya, kebanyakan kereta menggunakan kovensional throttle body untuk mengawal udara yang masuk  ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak petrol  seterusnya dibakar oleh  palam pencucuh. Kebelakangan ini, kebanyakan kereta telah beralih kepada  pengguanaan electronic throttle body (ETB). Pengunaan sistem ini menyebabkan tiada lagi sambungan secara mekanikal diantara  throttle valve dengan accelerator pedal. Sambungan  yang ada hanyalah sambungan melalui wayar elektrik. Electronic Throttle Body (ETB) adalah salah satu komponen yang terdapat pada Electronic Throttle Control sistem . Ia  juga disebut dengan nama drive by wire berasaskan teknoloji yang digunapakai di dalam kapalterbang yang dikenali sebagai fly by wire. Throttle valve di dalam  Electronic Throttle Body dibuka dan ditutup  oleh throttle valve motor yang dikawal oleh ECU
    Kereta  keluaran Proton seperti Waja Campro, Saga BLM dan juga Persona menggunakan sistem ini.  Pada  Electronic Throttle Body biasanya  dua perkara tidak  dipasang iaitu :

1.  Speed Adjusting Screw 


2.  Idle Speed Control  Motor

Pada dasarnya, Throttle Position Sensor adalah sebuah Potensionmeter. Walaupun Throttle Position Sensor tidak dipasang pada ETB  secara fizikal, fungsi tersebut telah diambil alih oleh Potensionmeter yang dipasang secara bersepadu didalam  ETB untuk menentukan kedudukan throttle valve. Idle speed pada ETC system pula, telah ditetapkan oleh ECU. Sebagaimana  kovensional throttle body, ElectronicThrottle Body juga akan bermasaalah jika didalamnya kotor. Untuk membersihkan ETB secara insitu, langkah berikut boleh dilakukan dengan menggunakan ETB  kereta  Proton Saga BLM sebagai contoh.

1.Tanggalkan air cleaner trunking dan akan kelihatan throttle valve yang berada dalam keadaan tertutup. Keadaan ini bukanlah bermakna throttle valve  tertutup sepenuhnya. Sebenarnya throttle valve tetap terbuka dengan kecondongan sudut di antara 3-5 darjah. Kalau dilihat simbol throttle valve  pada carburetor ataupun throttle body dalam lukisan, throttle valve dilukis dalam dalam keadaan condong. Jika throttle valve tertutup sepenuhnya, tiadalah udara akan memasuki enjin. Tiada udara masuk maka tiadalah minyak petrol dipancitkan oleh injector. Apabila kekotoran terkumpul diantara throttle valve, dan throttle body housing, ruang di aakantaranya semakin kecil dan udara yang masuk akan berkurangan. Jangan sesekali menutup ruang tersebut kerana ia bukannya kerosakan throttle valve yang telah menjadi renggang. Ia digunakan sebagai laluan untuk  udara masuk semasa idling apabila throttle valve ditakrifkan dalam keadaan tertutup.

 
bahagian yang perlu dibersihkan
2. Seorang pembantu diperlukan untuk memijak accelerator pedal sampai rapat ke  lantai dan “on”kan kunci kereta tersebut.
 
throttle valve tertutup
3.Apabila kunci di“on”kan dan accelarator pedal dipijak pada masa yang sama, throttle valve akan terbuka serta merta. Pada ketika inilah bahagian atas dan bawah celahan throttle valve di dalam  ETB dibersihkan. Masa yang ada hanyalah lebih kurang 8 saat. Kemudian  throttle valve  akan tertutup semula. Sembur dengan throttle body cleaner dan bersihkan dengan kain, Sebagai alternatif, gunakan putik kapas yang dicelup dengan minyak petrol untuk membersihkan bahagian yang terbuka tersebut. Jangan gunakan jari untuk mencuci bahagian tersebut. Jari boleh putus jika tersepit dicelah throttle valve akibat torque yang dihasilkan oleh throttle valve motor.
 
throttle valve terbuka penuh
4.Setelah dibersihkan pasang kembali  air cleaner trunking dan hidupkan enjin kereta untuk menilai keadaan enjin.

Penjelasan Operasi

Semasa kunci kereta di”off”kan, throttle valve tidak akan terbuka walaupun accelerator pedal  dipijak. Keadaan ini oleh dilihat jika air cleaner trunking tidak dipasang lagi. Setelah kunci  di “on”kan ,  throttle valve serta merta akan terbuka dan bunyi throttle valve terbuka  akan kedengaran . Ini disebabkan   ECU mendapat isyarat dari accelerator pedal sensor  untuk  membuka   throttle valve.

Setelah lebih kurang 8 saat, throttle valve akan tertutup semula dan sekali lagi bunyi throttle valve tertutup akan kedengaran . Penutupan ini dilakukan oleh ECU apabila mendapat isyarat dari Neutral Switch dan Crank Position Sensor. ECU mengesan isyarat dari Neutral Switch yang berada dalam keadaan "on" yang bermaksud gearbox dalam keadaan "neutral" dan ini bermakna kereta tidak bergerak. Manakala  Potensiometer  pula memberi isyarat throttle valve terbuka penuh. Secara lojiknya throttle valve tidak perlu dalam keadaan terbuka penuh jika kereta tidak bergerak.

Pada masa yang sama, ECU pula mengesan isyarat enjin yang tidak berpusing  dari   Crank Position Sensor  . Logiknya jika  throttle valve terbuka penuh, enjin akan berpusing pada kelajuan tinggi. Berpandukan isyarat  tersebut maka ECU menutup throttle valve setelah didapati enjin tidak berpusing. Dalam ertikata yang lain, tipuhelah diperlukan untuk memaksa ECU membuka throttle valve yang tertutup  jika enjin tidak dihidupkan.


40 comments:

  1. Tips yang sangat berguna utk kaki DIY. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Bila idle up tidak berfungsi, apa yang rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan fuel filter tersumbat menyebabkan idling speed tidak meningkat disebebkan kekurangan bahanapi. Cuba periksa tekanan minyak petrol.Sila rujuk link berikut https://serbamaneka.blogspot.my/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html. Selain dari itu, throttle plate mungkin tidak dapat dibuka oleh throttle motor. Cuba periksa operasi throttle plate. Rujuk link berikut https://serbamaneka.blogspot.my/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html.

      Delete
    2. Untuk cuci dan buat detox kereta saga blm kos dia rm220 betul ker

      Delete
    3. Maaf tak faham maksud apa yang dimaksudkan dengan detox. Tak pernah dengar.

      Delete
  3. Salam tuan, kereta saya persona 1.6 iafm auto, taun 2009. Skrg ni bila drive dlm 30minit ke atas, enjin akan mati tiba2. Bila start semula, enjin hidup, tp lambang check enjin kluar dan rpm naik terus ke 8k. Tp enjin takberderum kuat. Normal. Saya boleh bawak mcm biasa. Boleh tuan agak masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika check engine light menyala, perlu guna scantool untuk mengesan masaalah sebenar. Kereta perlu scan di SC ataupun workshop yang ada scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan masaalah yang ditemui melalui scantool.

      Delete
  4. Salam. Apabila check engine light menyala, bermakna terdapat masaalah pada engine electronic control system. Dalam situasi begini, hanya satu pilihan yang ada iaitu enjin perlu dibuat pemeriksaan (diagnosis) dengan menggunakan scantool untuk mendapat keputusan yang tepat. Pemeriksaan boleh dilakukan di Proton SC ataupun workshop luar yang memiliki scantool. Pembaikan seterusnya adalah berdasarkan masaalah yang ditemui oleh scantool.

    ReplyDelete
  5. salam tuan,saya guna saga flx 1.3 auto,kereta kalau kat trafik light akan mati secara tiba2 kemudian saya ubah gear dari n ke p dan tarik hand brek terus cabut kunci,pastu masuk balik kunci start baru hidup.kenapa berlaku macam ni,kalau tutup econ hidup pulak.apakah puncanya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan tekanan minyak petrol rendah. Cuba periksa tekanan minyak petrol.Sila rujuk link berikut https://serbamaneka.blogspot.my/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html. Fuel filter perlu ditukar setiap 3 tahun.

      Delete
  6. Salam...
    Kalau kita cabut throttle body keluar untuk clean ok tak...
    Lagi puas hati...
    Tapi ape akibat dia kalau kita paksa valve tu buka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir cara berikut seperti pautan berikut sudah mencukupi
      https://serbamaneka.blogspot.com/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html
      Terdapat juga kes, jika throttle body yang dikeluarkan sepenuhnya mengalami masaalah semasa enjin dihidupkan semula. RPM enjin menjadi tidak stabil dan perlu dibuat initialization dengan scantool.

      Delete
  7. hello, sya guna saga flx auto. masaalah nya, bila saya start je kereta, rpm mencanak naik pegi 3-4rpm. padahal saya x tekan pedal minya pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello. Cuba periksa dan bersihkan throttle valve di dalam throttle body. Mungkin throttle valve tersekat dan tidak tertutup dengang baik menyebabkan RPM meningkat.

      Delete
  8. salam, kereta saya kadangkala gagal dihidupkan selepas berhenti di petrol pump. lock n unlock . berjaya dihidupkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika engine tidak boleh crank , kemungkinan terdapat masaalah pada starter motor, starter relay ataupun ignition key. Jika engine boleh crank tetapi engine tidak boleh dihidupkan, kemungkinan terdapat masaalah pada fuel system dan perlu diperiksa seperti pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html . Gantikan fuel filter jika sudah lama tidak diganti seperti pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2015/11/ganti-fuel-filter-proton-saga-cara-koman.html .

      Delete
  9. As salam
    Saya telah buka dan mcuci TB saga blm dengan petrol dan memasang semula.. Tetapi apabila enjin dihidupkan timing rpm enjin mjadi tinggi cecah 2k.. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat. Pasang semula kabel negatif bateri. Buat throttle body adaption seperti berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2017/03/laksana-proton-saga-blm-throttle-body.html . Hidupkan enjin dan jika masih tiada perubahan pada pusingan enjin,saya fikir enjin perlu dibuat initialization dengan scantool.

      Delete
    2. salam
      Saya telah buka dan mcuci TB proton gen 2 manual,dengan trottlebody cleanser dan memasang semula.. Tetapi apabila enjin dihidupkan timing rpm enjin mjadi tinggi cecah 2k dan tidak setabil
      .. Mohon pencerahan

      Delete
    3. Salam. Cuba tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat. Pasang semula kabel negatif bateri. Hidupkan enjin kereta. Jika masih tiada perubahan pada idling speed enjin,saya fikir enjin perlu dibuat initialization dengan scantool.

      Delete
    4. Salam.. Berapa kos utk initialization dgn scantool ye tuan.. Sekiranya kereta digunakn dlm keadaan rpm msih tingi adakah akn mendatangkan masalah yg lain?

      Delete
    5. Kalau buat initialization di bengkel luar lebih kurang RM 50.00. Jika RPM tinggi, gear akan berbunyi dengan kuat semasa pertukaran dan boleh merosakkan komponen dalaman gearbox.

      Delete
  10. sy dh cuci t.body..tp timing nek tinggi...sy dh anta tok cek komputer tp die ckp t.body dh kong sbb mse cuci pomen dh tertkn valve 2..jd nk settg semua dh x bole...mohon pencerahan..sy dh pning...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggalkan negatif battery terminal. Cuba buat seperti entri berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html . Periksa pergerakan throttle valve tersebut. Dalam keadaan tertutup bukan bermaksud throttle valve tertutup dengan rapat. Masih ada ruangan untuk udara masuk melalui throttle valve. Tolak bahagian atas throttle valve supaya tertutup, bahagian bawah masih ada sedikit renggang ( 3 darjah). Pasang kembali kabel bateri. Seterusnya cuba buat seperti berikut pula,
      https://serbamaneka.blogspot.com/2017/03/laksana-proton-saga-blm-throttle-body.html . Hidupkan enjin dan tentukan idling enjin adalah stabil. Jika tiada perubahan, kemungkinan throttle body perlu diganti.

      Delete
  11. ade video yang menunjukkan throttle tu kena cabut dan bersihkan. Jadi yg mana betul?

    ReplyDelete
  12. salam Bro.
    Bolehkah throttle valve disentuh/tolak dengan jari?semasa proses pembersihan dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Throttle valve boleh ditolak dengan jari. Pastikan terminal negatif bateri ditanggalkan dahulu sebelum ditolak throttle valve.

      Delete
  13. salam bos..nak tanya kenapa kereta saga blm tak boleh hidup..lampu enjin menyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika enjin boleh crank tetapi tidak boleh hidup dan lampu check engine sentiasa menyala kemungkinan ada masaalah pada engine electronic control system. Saya fikir cuba buat diagnostic dengan scantool bagi mengenalpasti masaalah sebenar. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan masaalah yang dikenalpasti oleh scantool.

      Delete
  14. Salam,kereta terlanggar lopak air ketika hujan lebas,blik rumah,keesokan hari start 5 minit hidup pas tu enjin mati dan dah x hidup..kenapa ek?trottle body masuk air ke

    ReplyDelete
  15. Salam, sy pakai proton saga blm 1.3, 2hari lepas ada try nak panas kan enjin, bila start kereta rpm naik mencanak tiba2 padahal sy langsung x tekan pedal minyak, so dkt sini nak minta pencerahan sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin terdapat kecoran pada intake manifold menyebabkan RPM meningkat. Ataupun throttle body perlu dilaras semula dengan scantool.

      Delete
  16. Sy nk tanya knp kereta saya kena masukan mnyak di trottle body baru hidup..adakah masalah feul injektor? Rpm plak hanya 2 shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan bukaan throttle plate tidak cukup semasa enjin hidup. Dua kemungkinan iaitu samadaa throttle body motor rosak ataupun throttle body kotor.

      Delete
  17. halo.sy slh guna spray..sy terguna fuel injector clener ..sy spray waktu hidup injin d trotel..dan rpm skrg da naik x stsbil.da buka ecu reset..masi jugk sama..

    ReplyDelete
  18. Salam encik.. Saga flx saya idle jadi gila..bila berhenti di simpang.. Bila nak jalan tenkan minyak kereta tak begerak..rmp jadi trun naik bwah pada 1..trotel body dah cuci.. Pangil orang cucuk cek ecu pun takde naik apa2 masalah..reset trottle body dah.. Pun sama juga problem nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Biasanya masaalah berkaitan dengan rpm enjin hunting adalah disebabkan masaalah pada throttle body. Tidak dinafikan kadangkala scantool tidak mengesan sebarang masaalah. Selain mengesan masaalah, scantool boleh digunakan untuk memeriksa pergerakan throttle body motor dan dipasikan throttle body motor tersebut berfungsi.
      Selain dari itu, pemeriksaan perlu dibuat pada tekanan minyak petrol dan dipastikan menepati spesifikasi. Tekanan minyak petrol yang boleh menyebabkan enjin mati. Sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...