Mengenali Powerhead Enjin Sangkut Cara Koman

Powerhead enjin sangkut adalah bahagian  atas enjin sangkut yang merangkumi komponen seperti flywheel, cylinder head, cylinder block, piston, con-rod, crankshaft, camshaft (enjin 4 lejang), crankcase, sistem pencucuhan, sistem bahanapi, sistem udara masuk, sistem pengecas dan sistem penghidup.

Kebanyakan powerhead enjin sangkut menggunakan minyak petrol sebagai bahan bakar. Terdapat juga powerhead yang menggunakan minyak kerosene sebagai bahan bakar untuk tujuan lebih ekonomi. Powerhead enjin sangkut biasanya mempunyai satu hingga lapan selinder.

Powerhead ditutup oleh penutup yang dinamakan cowling untuk melindungi enjin dari percikan air dan mengurangkan kebisingan bunyi enjin. Disamping itu juga, cowling dapat melindungi pengendali bot dari bahaya bahagian enjin yang sedang bergerak. Komponen cowling terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian sebelah atas dinamakan top cowling dan bahagian sebelah bawah dinamakan bottom cowling.
powerhead enjin sangkut
Flywheel berfungsi untuk mengekalkan momentum pusingan enjin supaya komponen dalaman di dalam cylinder dapat berfungsi dengan lancar di antara setiap lejang kuasa. Disamping itu juga, flywheel turut  mengandungi magnet yang digunakan untuk membekal kuasa elektrik kepada sistem pencucuhan dan juga peralatan elektrik. Sebagaimana enjin pembakaran dalam yang lain, flywheel enjin sangkut dipasang pada crankshaft.
komponen powerhead enjin sangkut
Komponen dalaman seperti piston dipasang pada conrod dan disambung kepada crankshaft. Proses pembakaran yang berlaku di dalam kebuk pembakaran telah menghasilkan pergerakkan piston. Setiap piston bergerak ke atas dan ke bawah di dalam cylinder untuk memusing crankshaft. Seterusnya crankshaft menukar pergerakan turun naik piston kepada pergerakan pusingan untuk menggerakkan enjin.

Pada bahagian belakang powerhead enjin sangkut  terdapat 1 ataupun 2 cylinder head yang dipasang dengan spark plug pada setiap cylinder. Powerhead enjin sangkut yang mempunyai 1 cylinder head dinamakan “inline model”. Ini adalah kerana semua cylinder berada dalam kedudukan sebaris.

Bagi powerhead  enjin sangkut yang mempunyai 2 cylinder head pula dinamakan “V model”. Ini adalah kerana kedua-dua cylinder berada dalam keadaan bentuk huruf Vee. Sesetengah powerhead enjin sangkut Vee model dinamakan 60°V disebabkan sudut diantara kedua-dua cylinder head adalah 60°.  Selain dari itu, ada juga powerhead enjin sangkut  Vee model yang dinamakan 90°V.
enjin sangkut 60° V Yamaha
Bagi powerhead enjin sangkut 4-lejang, cylinder head juga turut dilengkapkan dengan inlet dan exhaust valve. Fuel injector juga turut dipasang pada cylinder head jika powerhead tersebut menggunakan electronic fuel injection system. Pemasangan fuel injector adalah pada intake manifold berhampiran inlet valve tetapi di luar combustion chamber.

Terdapat powerhead enjin sangkut 2-lejang yang menggunakan sistem bahanapi Gasoline Direct Injection (GDI). Fuel injector untuk 
Gasoline Direct Injection (GDI) dipasang secara terus di atas cylinder head.

Air silencer terletak pada bahagian hadapan powerhead enjin sangkut. Carburetor pula terletak di belakang air silencer. Bagi powerhead enjin sangkut yang menggunakan electronic fuel injection system, udara memasuki kedalam cylinder melalui throttle body. Terdapat powerhead enjin sangkut menggunakan throttle body dari jenis tunggal. Sebilangan lagi powerhead menggunakan throttle body jenis berbilang. Penggunaan throttle body pada powerhead enjin sangkut bergantung kepada kesesuaian rekabentuk enjin.

No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...