Ganti Fuel Filter Proton Saga Cara Koman

                Semua kereta yang menggunakan electronic fuel injection system dilengkapkan dengan fuel filter. Pada kereta Proton Saga, fuel filter dipasang pada kedudukan  sebelah kanan dibawah kereta. Fuel filter disyorkan oleh pengeluar diganti setiap 3 tahun walaupun tidak bermasaalah. Untuk menentukan samaada fuel filter dalam keadaan baik, ujian tekanan minyak petrol boleh dibuat seperti disini. Langkah berikut pula adalah cara-cara untuk mengantikan fuel filter kereta Proton Saga BLM.

1.Gunakan  jack yang bersesuaian dan angkat kereta untuk memberi ruang yang selesa semasa membuka fuel filter.
kedudukan fuel filter
2.Keluarkan fuel pump relay yang berada di dalam kotak fius.
fuel pump relay
3.Hidupkan enjin kereta dan biarkan enjin mati dengan sendirinya. Pada masa ini, tekanan minyak petrol didalam fuel hose akan berkurangan. Walaupun minyak petrol sudah berkurangan, masih terdapat lagi lebihan minyak petrol di dalam fuel hose. Sediakan bekas yang sesuai untuk menampung lebihan minyak petrol tersebut. Picit pengunci pada fuel hose dan tanggalkan fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.

4.Gunakan spanner saiz 10mm dam buka bolt bracket yang memegang fuel filter. Seterusnya barulah dibuka fuel hose pada arah minyak petrol mengalir keluar  dari fuel filter.
fuel filter lama
5.Pasang fuel filter yang baru  pada fuel hose arah minyak petrol mengalir keluar  dari fuel filter. Seterusnya pasang fuel filter pada bracket yang memegang fuel filter. Setelah itu, pasang fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.
fuel filter baru
6.Sebelum fuel hose dipasang pada fuel filter, pastikan arah aliran minyak petrol masuk ke dalam fuel filter mengikut tanda yang terdapat pada fuel filter. Sebagai contoh, fuel filter jenama Bosch menggunakan tanda 'IN" untuk menunjukkan arah aliran minyak petrol.
tanda arah aliran miyak petrol masuk
7.Setelah semuanya siap , pasangkan kembali fuel pump relay. Onkan  dan offkan kunci kereta beberapa kali untuk  membolehkan fuel pump mengepam minyak petrol ke dalam fuel hose yang kosong. Periksa sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tidak berlaku kebocoran minyak petrol.

8.Jika tiada kebocoran, hidupkan enjin kereta selama 10 minit untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik. Periksa semula sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tiada kebocoran.

16 comments:

  1. Assalam...tuan ada buka bengkel ka??area mana dan apa nama kedai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Monon maaf , saya tidak ada bengkel dan maklumat yang saya paparkan melalui blog ini hanya sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  3. Saga lmst ade petrol filter jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti samaada Saga LMST dipasang dengan fuel filter. Walaubagaimanapun, cuba periksa saluran minyak petrol berhampiran carburetor. Kereta yang menggunakan carburetor,fuel filter biasanya berada berhampiran carburetor.

      Delete
  4. Fuel filter proton saga 1997 letak di bahagian mana tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf. Saya tidak pasti dimanakah letaknya fuel fvilter tersebut.

      Delete
    2. Kalau pasang terbalik ade effect x?

      Delete
    3. Tanda arah aliran pada fuel filter dapat menentukan aliran bahanpi dapat mengalir dengan lancar. Jika dipasang terbalik, fuel filter masih lagi boleh berfungsi. Walaubagaimanapun kemungkinan fuel filter akan menjadi tidak cekap disebabkan element di dalam housing fuel filter lebih cepat tersumbat. Aliran bahanapi akan terhalang.

      Delete
  5. Hi tuan.. nak tanya berkenaan proton saga baru.. enjin boleh hidup.. tp semalam tiba tiba kereta tak bole berjalan kat atas highway tp enjin masih hidup.. bila cuba press minyak smpi cecah pantai, bunyi tekanan die dalam keadaan slow.. senang kata kite remp minyak smpi habis tp bunyi enjin mcm kereta tengah parking je.. apa masalag dia ya tuan? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir kemungkinan throttle valve di dalam throttle body tidak terbuka penuh menyebabkan enjin tidak beroperasi dengan lancar. Periksa dan tentukan throttle body beroperasi dengan baik. Rujuk pautan berikut untuk pencerahan
      https://serbamaneka.blogspot.com/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html

      Delete
  6. Wayar untuk fuel filter tarik mcm tu je ker?... Atau kena tekan mane2 mcm clip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hose minyak petrol perlu tolak ke arah filter. Tekan clip tepi hose dan tanggalkan hose.

      Delete
  7. Fuel filer perlu diganti semasa 60000 Km milage ataupun setiap 3 tahun.

    ReplyDelete
  8. Ape akan terjadi jika fuel filter pasang terbalik ya bro?

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...