Saturday, October 28, 2017

Selenggara Horn Switch Proton Saga BLM Cara Koman

Seperti kebanyakan kereta, horn switch  kereta Proton Saga BLM dipasang  pada roda stereng. Switch tersebut berada  di tengah-tengah roda stereng. Secara amnya semasa horn switch  ditekan, arus elektrik mengalir melalui geganti kepada horn dan horn akan berbunyi.
Penggunaan horn switch secara kerap menyebabkan screw pengikat menjadi longgar dan horn switch tidak berfungsi.  Apabila horn switch  tidak berfungsi dengan baik, horn  mungkin tidak berbunyi dan boleh mendatangkan bahaya. Untuk memeriksa horn switch pada kereta Proton Saga BLM langkah berikut oleh diikuti.

1. Buka kotak fius berdekatan stereng.
kotak fius
2. Keluarkan fuse horn dari kotak fius menggunakan fuse puller yang berada di dalam kotak fius diruang enjin.
posisi fuse horn
3. Buka 2 biji  torx screw  yang memegang penutup horn switch  di tepi steering colum.
torx screw 
4. Tanggalkan sambungan wayar ke horn switch dan keluarkan horn switch dari steering colum.
5. Buka screw yang mengikat penutup horn switch pada kerangka besi.
screw penutup
6. Tarik dan pisahkan penutup horn switch dari kerangka besi. Pakai sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada tangan disebabkan kerangka besi yang tajam.
7. Kunci sehingga ketat 3 screw yang mengikat horn switch pada kerangka besi.
screw kerangka
8. Pasang penutup horn switch pada kerangka besi.
9.Pasangkan semula horn switch pada roda stereng dan sambung wayar dengan clock spring. Ikat penutup  horn switch dengan torx screw. Pastikan penutup horn switch berada dalam keadaan rapat kepada roda stereng dan dalam keadaan baik.
penutup horn switch
10.Pasang semula fuse horn ke dalam kotak fius. Uji horn switch untuk memastikan pemasangan berada dalam keadaan baik

Monday, October 23, 2017

Periksa Starter Relay Enjin Sangkut Yamaha F225 Cara Koman


Litar starter relay
1. Sedia dan laraskan  analog multimeter pada julat Ω.
Analog multimeter
2. Sambungkan wayar probe analog multimeter  kepada terminal relay starter.
3. Sambungkan wayar coklat (Br) relay kepada  positif terminal bateri.
Starter relay
4. Sambungkan wayar hitam (B) relay  kepada negative terminal bateri.
5. Periksa kesinambungan antara starter terminal relay.  Jarum penunjuk multimeter akan  bergerak ke kanan jika ada kesinambungan.

6. Gantikan relay starter jika tidak ada kesinambungan.
7. Pastikan tidak ada kesinambungan antara terminal relay starter  selepas sambungan wayar coklat atau hitam diputuskan. Ganti relay starter jika terdapat kesinambungan.

Wednesday, October 18, 2017

Mengenali Sistem Bekalan Bahanapi EFI Enjin Sangkut Cara Koman

Fungsi sistem bekalan bahanapi EFI enjin sangkut adalah untuk membekal nisbah campuran udara dan bahanapi yang betul kepada enjin secara berterusan dalam semua keadaan operasi. Antara faktor-faktor  yang memberi kesan kepada keadaan tersebut  adalah kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk enjin. 

Saturday, June 17, 2017

Baiki Pemegang Kuali Tidak Melekat Cara Koman

Kuali merupakan salah satu komponen penting yang digunakan semasa memasak. Walaubagaimanapun, penggunaan kuali tradisional semakin berkurangan dengan kemunculan kuali tidak melekat. Penggunaan kuali tidak melekat  semasa memasak semakin popular  dikalangan  surirumah.
kuali tidak melekat
Pemegang kuali  diikat dengan  sebatang screw  pada kuali untuk mengelakkan dari tertanggal. Screw yang digunakan untuk mengikat pemegang kuali adalah berbeza dari screw biasa. Torx screw adalah jenis screw yang digunakan pada pemegang kuali. 
torx screw
Penggunaan secara kerap menyebabkan pemegang kuali tersebut menjadi longgar. Screw pada pemegang kuali yang longgar perlu diikat dengan sejenis peralatan khusus. Peralatan yang digunakan adalah T25 ‘L' wrench
T25 'L' wrench
Dengan menggunakan peralatan tersebut, torx screw dapat diikat dengan ketat. Pembeliaan T25 ‘L' wrench boleh dibuat di kedai yang menjual peralatan kejuruteraaan.
penggunaan T25 'L' wrench
Selain dari itu, screwdriver T25 juga boleh digunakan untuk mengikat screw pemegang kuali tidak melekat. Walaubagaimanapun, screwdriver yang digunakan perlu mempunyai panjang yang sesuai.Panjang screwdriver tersebut perlu melebihi panjang pemegang kuali tidak melekat untuk mengelakkan kesukaran  mengunci torx screw.



Sunday, May 28, 2017

Mengenali Operasi Purge Valve Proton Saga Cara Koman

Minyak petrol merupakan bahan api yang mudah mengewap dan menghasilkan vapour. Minyak petrol yang digunakan pada kenderaan terdiri dari pelbagai hidrokarbon yang berbeza (HC). Semasa cuaca panas, unsur-unsur ringan yang terkandung dalam minyak petrol mengewap dengan mudah.
Vapour yang terdapat di dalam tangki bahan api boleh menyejat tanpa mengira masa. Lubang pengudaraan (air vent) yang terdapat pada tangki bahan api kenderaan jenis terbuka membolehkan vapour keluar bebas ke atmosfera walaupun kenderaan tidak dipandu. Vapour yang keluar ke atmosfera tanpa kawalan boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 
Salah satu sumber pencemaran yang disebabkan oleh vapour adalah jerebu. Pembentukan jerebu adalah merupakan hasil tindak balas di antara vapour dengan udara dan cahaya matahari. Penggunaan sistem evaporative emission control dapat mengelakkan vapour sebagai sumber pencemaran udara dengan menghalang vapour dari sistem bahan api keluar bebas ke atmosfera. Kereta Proton Saga turut dipasang dengan sistem evaporative emission control sebagai langkah mengurangkan pencemaran udara.

Komponen Sistem Evaporative Emission Control
Komponen sistem evaporative emission control pada kereta Proton Saga adalah terdiri dari  komponen seperti berikut iaitu purge valve, hos air vent dan penutup tangki minyak petrol yang tertutup. Sistem yang digunakan pada Proton Saga tidak dilengkapkan dengan purge valve canister
purge valve
Pada purge valve terdapat 1 inlet dan 1 outlet yang disambungkan dengan hos. Pada hujung inlet purge valve terdapat hos yang bersambung dengan air vent tangki minyak petrol. Hos pada hujung outlet purge valve bersambung dengan intake manifold di belakang throttle body. Operasi penutupan dan pembukaan purge valve dikawal oleh ECU.
 hos ke intake manifold
Operasi Sistem Evaporative Emission Control

Sistem evaporative emission control adalah sistem tertutup sepenuh yang direka untuk mengekalkan tekanan tangki minyak petrol yang stabil tanpa membenarkan vapour  keluar bebas ke atmosfera. Vapour yang keluar melalui lubang pengudaraan tangki bahan api akan dihalang oleh purge valve sehingga enjin beroperasi. Apabila enjin panas dan kenderaan sedang bergerak, ECU membuka purge valve lalu membenarkan vapour dari tangki minyak petrol bergerak masuk ke dalam pancarongga pengambilan. Vapour yang masuk ke dalam  pancarongga pengambilan  dibakar dengan campuran udara / bahan api biasa. Penambahan vapour dilakukan semasa sistem evaporative emission control dalam keadaan operasi secara closed loop.

Monday, May 1, 2017

Ganti Timing Belt Dan Water Pump Proton Saga BLM Cara Koman

Timing belt  kereta Proton Saga BLM merupakan salah satu komponen penting yang perlu diselenggara secara berkala. Pengeluar kereta  menetapkan timing belt perlu diganti pada setiap 100000 kilometer ataupun 5 tahun. Timing belt dan water pump  sebaiknya diganti pada masa yang sama disebabkan proses untuk menggantikan kedua-dua komponen tersebut dilakukan mengikut tatacara yang sama. Alatganti seperti timing belt kit, fead beltcoolant water pump dan timing belt cover seal disediakan sebelum kerja-kerja dilakukan. 

Alatganti
Tatacara untuk mengeluarkan timing belt dan water pump
1.Tanggalkan wayar negatif pada terminal bateri.
2.Angkat  bahagian depan kereta dengan menggunakan  jack  kepada ketinggian yang mencukupi  supaya mudah bekerja di bawah kereta.
3.Keluarkan tayar hadapan sebelah kanan.
4.Tanggalkan splash shield di bawah enjin.
5.Longgarkan bolt yang mengikat water pump sebelum menanggalkan  fead belt (serpentine belt).
6.Buka dua biji bolt pengikat pada fead belt tensioner. Keluarkan fead belt tensioner dan fead belt.
7.Buka 3 biji bolt pada upper timing belt cover dengan menggunakan socket spanner saiz 10mm. 
8.Lapik bahagian bawah oil sump dengan plywood. Jack pada bahagian bawah oil sump untuk menampung berat enjin. Buka bolt pengikat dan keluarkan engine mounting sebelah kanan.Tanggalkan juga power steering fluid reservoir.
Mengeluar Engine Mounting 
9.Letakkan tanda pada bolt dan crankshaft pulley untuk memudahkan proses pemasangan semula. Buka  crankshaft pulley  bolt dengan menggunakan socket spanner sais 19mm. Penggunaan air gun memudahkan kerja-kerja  tersebut dilakukan. Tahan crankshaft pulley  dengan peralatan khas untuk mengelakkan crankshaft berpusing.
Membuka Crankshaft Pulley Bolt
10.Pasang semula bolt pada crankshaft pulley. Pusingkan crankshaft mengikut arah jam sehingga timing mark selari. Timing mark pada kedua-dua camshaft sprocket perlu selari dengan timing mark pada engine block front case. Tandakan timing mark dengan cat putih supaya dapat dilihat dengan jelas.
Timing Mark Camshaft Sprocket
11.Pastikan timing mark pada crankshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul.Timing mark pada crankshaft sprocket  perlu selari dengan timing mark pada engine block front case yang berada  pada kedudukan pukul satu.
Timing Mark Crankshaft Sprocket
12.Periksa ketegangan timing belt sebelum dikeluarkan. Pastikan rentang timing belt  diantara exhaust camshaft sprocket dan crankshaft sprocket boleh dipusingkan dengan jari sebanyak 90°. 

Pastikan rentang timing belt di antara timing belt tensioner pulley dan crankshaft sprocket boleh dipusingkan sebanyak 45°. Pemeriksaan yang dilakukan ini merupakan satu alternatif.
Memeriksa Ketegangan Timing Belt


13.Buka semua bolt yang mengikat lower timing belt cover. Periksa keadaan lower timing belt cover seal.
14.Periksa dan tentukan sais hexagon head pada bolt  yang mengikat  timing belt tensioner pulley . Jika didapati hexagon head menggunakan spanner sais 10mm, pemilihan jenis spanner yang sesuai sangat mustahak.
Timing Belt Tensioner Pulley
Bolt  tersebut mudah rosak jika spanner yang digunakan tidak sesuai. Spanner yang sesuai adalah dari jenis  ⅜” drive 10mm 6 point socket spanner ataupun 10mm 6 point flexible head socket spanner yang berkualiti. Spanner yang tidak berkualiti  gagal mencengkam dengan baik dan menyebabkan kerosakan hexagon head . Spanner perlu ditekan pada bolt  untuk mengelakkan terlucut semasa dibuka. Mungkin disebabkan mudah rosak, pihak pengeluar telah menukar hexagon head sediaada kepada sais spanner 14mm untuk mengelakkan malapetaka berulang.
Kerosakan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt
15. Kimpalan adalah salah satu cara yang sesuai  untuk mengeluarkan tensioner pulley bolt  yang rosak. Tanggalkan penyambungan wiring harness enjin sebelum kerja kimpalan dilakukan dan sambung semula setelah selesai kerja kimpalan. Pastikan keselamatan diri dan kereta semasa melaksana kerja-kerja kimpalan. Lakukan kerja kimpalan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran berlaku pada kereta. Dapatkan  hexagon head Ø10mm x 12mm mild steel bolt.  Kimpal  bolt  tersebut pada  bolt  yang rosak.
Mengimpal Tensioner Pulley Bolt
16.Buka bolt tersebut dengan spanner setelah kedua-dua bolt bersambung dengan kukuh. Keluarkan timing belt  tensioner pulley.
MengeluarTensioner Pulley Bolt 
17.Keluarkan  dan periksa keadaan timing belt. Jika hendak diguna semula, arah pusingan timing belt  perlu ditanda dengan cat putih sebelum dikeluarkan.
18.Buka bolt pengikat camshaft sprocket  menggunakan 17 mm 12 point 70° double offset ring spanner yang berkualiti. Camshaft sprocket  perlu ditahan menggunakan peralatan khas untuk menggelakkan berpusing. Tanggalkan kedua-dua camshaft sprocket setelah bolt dikeluarkan. Periksa camshaft sprocket  dan pastikan  gigi sprocket dalam keadaan baik.
Membuka Camshaft Sprocket
19.Periksa keadaan dan kedudukan pemasangan camshaft oil seal. Pastikan camshaft oil seal  dipasang lebih rendah dari permukaan engine block front case.
20.Keluarkan kedua-dua camshaft oil seal dengan menggunakan oil seal puller. Secara  alternatif oil seal boleh dicungkil keluar menggunakan flat screw driver.
Kebocoran Camshaft Oil Seal
21.Buka bolt yang mengikat water pump pada front case menggunakan 10mm socket spanner. Sebanyak 10 biji bolt perlu dibuka. Coolant akan mengalir keluar dari engine block apabila water pump dikeluarkan. Tutup alternator dengan plastik untuk mengelakkan limpahan coolant. Pada perumah water pump  terdapat satu lubang yang dikenali dengan nama tell tale hole. Coolant akan mengalir keluar melalui lubang tersebut menandakan  mechanical seal di dalam pam telah bocor dan pam perlu diganti.
22.Keluarkan crankshaft  sprocket  dari crankshaft. Umpil bahagian belakang crankshaft  sprocket  dengan menggunakan flat screwdriver besar  jika sukar dikeluarkan. Periksa dan pastikan lubang crankshaft  sprocket  tidak berkarat dan pastikan  gigi sprocket dalam keadaan baik.
23.Periksa keadaan  dan kedudukan pemasangan crankshaft oil seal. Pastikan crankshaft oil seal dipasang rata dengan permukaan engine block front case.
24.Crankshaft oil seal dikeluarkan dengan kaedah yang sama untuk mengeluarkan camshaft oil seal .

Tatacara untuk memasang timing belt dan water pump


1.Kenalpasti tanda pemasangan pada shaft water pump yang baru. Padankan tanda “FRONT” pada water pump pulley dengan tanda  pada shaft water pump.  Letak ‘O’ ring pada permukaan water pump. Jika perlu, sapukan sedikit sealant untuk mengelakkan ‘O’ ring tertanggal. Pasang kembali water pump pada front case tanpa water pump pulley.
Water Pump
2.Sapu sedikit minyak pelincir pada bahagian dalam crankshaft oil seal yang baru . Pasangkan oil seal tersebut pada front case. Dapatkan Ø 25mm pvc pipe connector dan pasang bersama crankshaft pulley bolt. Ikat crankshaft pulley bolt supaya pvc pipe connector dapat menolak oil seal . Pastikan oil seal masuk dengan rata dan selari pada permukaan  front case.
Memasang Crankshaft Oil Seal
3.Pasangkan semula crankshaft sprocket  pada crankshaft.
4.Sapu sedikit minyak pelincir pada bahagian dalam (lip seal) camshaft oil seal  yang baru. 
Minyakkan Oil Seal
Pasangkan oil seal tersebut pada front case. Dapatkan Ø 40mm pvc pipe cap. Gunakan pvc pipe cap tersebut untuk menolak  oil seal . Pastikan oil seal dipasang  dengan sekata dan lebih rendah dari permukaan front case.
Memasang Camshaft Oil Seal
5.Pasangkan semula camshaft sprocket  pada kedua-dua camshaft. Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head camshaft sprocket bolt dan ikat dengan kemas mengikut daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada camshaft sprocket bolt.
6.Pasangkan timing belt tensioner pulley yang baru dan ikat dengan timing belt tensioner pulley bolt (PW811696). Terdapat perubahan sais spanner pada bolt yang baru dan  spanner sais 14mm perlu digunakan.
Perbezaan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt
7.Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head tensioner pulley bolt.  Ikat tensioner pulley bolt  secara longgar untuk memudahkan pelarasan.
8.Lilit timing belt pada camshaft sprocket , crankshaft sprocket  dan tensioner pulley. Pastikan timing mark pada crankshaft sprocket  dan camshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul. Gunakan dua  batang 17mm  70° offset ring spanner untuk melaras kedudukan kedua-dua camshaft sprocket.
Melaras Camshaft Sprocket
9.Pasangkan  timing belt  pada kedua-dua  camshaft sprocket  dan kepit dengan klip kertas untuk mengelakkan camshaft sprocket berubah kedudukan.
Memasang Timing Belt
10.Tarik bahagian timing belt  pada rentang yang panjang dengan tegang dan lilit pada crankshaft sprocket . Tolak timing belt tensioner pulley  supaya timing belt menjadi tegang. Pastikan timing mark tidak berubah.
Peralatan Menegang Timing Belt
11.Pasang peralatan khas pada timing belt tensioner pulley  untuk menegang timing belt. Periksa ketegangan timing belt supaya sama dengan pemeriksaan awal. Pastikan ketegangan timing belt telah mencukupi. Tahan timing belt tensioner pulley  supaya tidak berpusing dan ikat timing belt tensioner pulley bolt mengikut daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada tensioner pulley bolt.
Menegang Timing Belt
12.Pusing crankshaft sebanyak 2 pusingan penuh (720°) mengikut arah pusingan jam. Periksa dan pastikan  timing mark pada  crankshaft sprocket  dan kedua-dua camshaft sprocket  berada pada kedudukan yang betul. Keluarkan semula crankshaft pulley setelah ditentukan pemasangan adalah betul. Ulang semula proses di atas jika timing mark berubah kedudukan.
13. Gantikan lower timing belt cover seal dan pasang  lower timing belt cover.
14.Pasang semula  crankshaft pulley dan pastikan pin pada crankshaft sprocket dipasang dengan betul. Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head crankshaft pulley bolt . Ikat  crankshaft pulley bolt  mengikut daya kilas yang ditetapkan atau tanda yang dibuat pada awal. Bersihkan kesan minyak pada crankshaft pulley bolt .
Crankshaft Pulley Bolt
15. Pasang   engine mounting dan power steering fluid reservoir dengan kemas dan alih jack yang menampung berat enjin.
16.Pasang water pump pulley pada water pump. Padankan tanda “FRONT” pada water pump pulley dengan tanda yang ada pada shaft water pump supaya lubang bolt pengikat selari.
Water Pump Pulley
17. Pasang fead belt tensioner dan fead belt.
18. Ikat bolt pengikat water pump pulley dengan kemas
19. Pasang wayar negatif pada bateri terminal
20.Lakukan throttle body adaption. Rujuk disini .
21. Periksa semua pemasangan dan pastikan berada dalam keadaan teratur.
22. Hidupkan enjin selama  3 minit. Matikan enjin setelah 3 minit ataupun jika kedengaran bunyi luarbiasa. Pastikan tidak ada kedengaran bunyi luarbiasa dari enjin. Jaga keselamatan diri semasa enjin dihidup Perhatikan pergerakan timing belt melalui upper timing belt cover semasa enjin hidup. Pastikan timing belt berpusing dengan sekata dan berada tetap pada gigi camshaft sprocket.

23.Hidupkan enjin semula selama 15 minit setelah ditentukan enjin dalam keadaan normal. Periksa dan pastikan tidak ada  kebocoran pada water pump ataupun oil seal. Suluh dengan lampu picit melalui upper timing belt cover keadaan crankshaft oil seal setelah enjin dimatikan dan pastikan tidak ada kebocoran minyak pelincir.

24. Apabila enjin dimatikan, coolant di dalam expansion tank akan disedut ke dalam radiator. Tambah coolant ke dalam radiator dan expansion tank jika berkurangan. Pastikan suhu coolant telah menurun semasa menambah coolant.
25. Gantikan upper timing belt cover seal dan  pasang kembali upper timing belt cover.
26. Pasangkan splash shield di bawah enjin.
27. Pasang tayar semula dan ikat bolt pengikat tayar
28. Alih jack stand dan turunkan kereta
29. Periksa dan pastikan bolt pengikat tayar diikat dengan kemas.
30. Pandu uji kereta dan pastikan enjin beroperasi dengan baik.