EFI Jenis D Jetronic

sumber:Toyota
Speed Density EFI merupakan satu lagi kaedah untuk mengukur  udara yang memasuki cylinder enjin . Pihak  Bosch menamakan sistem ini dengan nama D-Jetronic ataupun D-EFI dan memegang paten tersebut. "D" adalah singkatan dari perkataan German iaitu Druck yang membawa maksud tekanan.

Vacum yang terhasil didalam intake manifold diukur oleh Manifold Absolute Pressure sensor . Ukuran tersebut berdasarkan absolute pressure bukannnya vacum. Dengan menggunakan absolute pressure, sebarang perubahan yang berlaku mudah dikesan oleh MAP seperti dari vacum ke boost pressure. MAP sensor juga kadangkala diintergerasikan  dengan Barometer untuk  mengukur paras ketinggian melalui barometric  pressure. MAP sensor mengukur Manifold Absolute Pressure semasa enjin beroperasi dan mengukur barometric pressure semasa enjin hendak dihidupkan.Pada EFI jenis ini hanya  Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor ataupun Vacuum sensor yang digunapakai .Oleh itu, sekiranya diperhatikan dengan lebih dekat didapati Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor  berada pada kedudukan selepas Throttle Body.

ECU memerlukan speed dan density udara untuk menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan ke dalam cylinder. Ketumpatan udara ditentukan oleh pusingan enjin, bukaan throttle valve  dan barometric pressure. Sekiranya ketumpatan udara diketahui, jumlah udara yang memasuki cylinder enjin dapat dikira. Walaubagaimanapun, D-EFI tidak diprogram sebegitu. ECU tidak mengira udara yang masuk sebaliknya hanya mengukur absolute pressure. Pengeluar kenderaan telah menyediakan "fuel map" didalam ECU EEPROM. Semasa enjin beroperasi, ECU hanya perlu mengetahui density udara dan pusingan enjin dan seterusnya membandingkan dengan "fuel map" yang disediakan bagi menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan.

Pada sistem EFI jenis speed density,  pengubahsuaian pada piston, combustion chamber,size intake dan exhaust port hendaklah dielakkan. Pengubahsuaian pada bahagian tersebut mengakibat perubahan pada volumetric efficiency  enjin dan menyebabkan perubahan jumlah udara yang masuk. Akibat dari itu, ECU tidak dapat menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan dengan tepat. Sekiranya pengubahsuaian hendak dilakukan juga, 'fuel map" di dalam ECU perlu diubah. Proton Waja (Mitsubishi) merupakan di antara contoh kereta yang menggunakan sistem EFI jenis speed density. 

Sistem  EFI jenis speed density kurang cekap jika dibandingkan dengan L EFI dan emisi yang dikeluarkan tidak berupaya melepasi peraturan berkaitan emissi yang semakin ketat. Oleh sebab itu, ianya semakin kurang digunapakai pada kenderaan pada masa sekarang.

Pada masa sekarang, terdapat kereta-kereta  model terbaharu yang telah dilengkapkan dengan MAF dan MAP sensor. Penggunaan MAP sensor tersebut hanyalah untuk mengukur Manifold Absolute Pressure. Pengukuran jumlah udara yang memasuki cylinder dilakukan oleh MAF sensor.

No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...