Baiki Enjin Sangkut Cara Koman

Enjin sangkut Suzuki 4 stroke DF-140 EFI ini mengalami masaalah kerap kali enjin mati secara tiba-tiba semasa bot sedang beroperasi. Apabila enjin mati, instrument panel tidak mengeluarkan  flash code.

panel instrument

Setelah dikenalpasti kerosakannya, pembaikan dilakukan dengan menukar keseluruhan pendawaian yang kelihatan tidak elok. Walaubagaimanapun masaalah yang sama masih timbul lagi.

enjin suzuki DF140

Akhirnya keputusan dibuat untuk menggantikan ECU dengan menukarkan dengan enjin yang satu lagi.

ecu pada enjin


Ternyata ikhtiar ini berjaya menyelesaikan masaalah enjin yang mati secara tiba-tiba.


ecu yang diganti
Sungguhpun kerosakan ECU adalah sesuatu yang jarang terjadi, kemungkinannya untuk rosak tidak boleh diabaikan. Pada permulaan pergerakan enjin, ECU masih lagi sejuk  dan ia berfungsi dengan baik. Lama-kelamaan akibat dari operasi enjin yang berterusan, ECU akan menjadi panas dan menyebabkan enjin mati dengan tiba-tiba. Apabila ECU sejuk, enjin kembali normal. ECU yang panas sukar dipegang dengan tangan terutama pada bahagian kaki komponen-komponen elektronik yang disolder. 

Periksa Engine Mounting Cara Koman

Pemeriksaan Engine Mounting seringkali diabaikan para pemandu kenderaan kerana kedudukannya yang agak tersorok. Walaubagaimanapun terdapat satu kaedah yang mudah untuk memeriksa engine mounting tersebut. Sekiranya diperhatikan pada bahagian bawah kenderaan anda, terdapat satu center member yang merentangi dibawah enjin anda dan lebih tepat lagi di bawah gearbox. Terdapat clearance di antara gearbox dan cross member tersebut. Sekiranya kedua-duanya bersentuhan, bermakna engine mounting anda perlu diganti.
Bagi  kereta yang menggunakan electronic fuel injection system, penggantian engine mounting sangat mustahak kerana terdapatnya knock sensor yang menjadi sebahagian komponen engine control system. Sentuhan cross member dan gearbox akan menghasilkan bunyi ketukan. Ini sangat kritikal kerana bunyi ketukan boleh menyebabkan  disalah tafsir oleh knock sensor yang menyangka berlakunya engine knocking. Bunyi ketukan tersebut menyebabkan engine control unit akan melakukan operasi  retard ignition timing dan menyebabkan kereta akan bergerak tidak lancar. Seelok-seloknya gantikan kesemua engine mounting seperti yang disyorkan oleh pengeluar.


Enjin Waja

Ganti Bateri Kereta Proton Cara Koman

    Terdapat berbagai pendapat tentang cara-cara untuk menggantikan bateri kereta. Ada yang mengatakan bateri kereta hendaklah diganti semasa enjin kereta sedang hidup untuk mengelakkan ECU kehilangan memory.

Cara di atas adalah berbahaya kepada kereta anda. Semasa enjin hidup, alternator akan mengecas bateri. Apa akan terjadi apabila anda mengeluarkan bateri ketika itu? Kemanakah 'charging current" akan pergi bila bateri dikeluarkan? Jawapannya retifier berisiko tinggi akan rosak kerana proses mengecas tidak lengkap. Elakkan diri dari menggantikan bateri semasa enjin sedang hidup. Gantikan bateri semasa enjin off seperti biasa.

RAM di dalam ECU akan hilang sementara sahaja tetapi ROM masih kekal.Jadi tiada masaalah yang besar.Yang hilang hanya setting pada jam, radio ataupun immobiliser dan boleh diset semula secara manual. Anda juga boleh mengunakan "memory saver" semasa menukar bateri sekiranya ada dan dapat  mengelakkan  jam, radio ataupun immobiliser perlu diset semula..

Proton Waja Automatic Gearbox ECU Relearn Procedures Cara Koman

   Seringkali apabila kereta Proton Waja yang menggunakan gearbox automatic diganti bateri baru ataupun bateri sedia ada ditanggalkan bateri kabel, masaalah yang akan dihadapi oleh pemandu adalah kereta bergerak tidak lancar. Kereta Waja akan terasa lambat pergerakannya. Setelah beberapa hari digunakan, barulah pergerakan kereta kembali lancar. Bagi yang tidak sabar, mereka akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk dibuat penalaan.
Walaubagaimanapun terdapat satu cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masaalah tersebut tanpa proses yang menyusahkan. Setelah bateri ataupun kabel bateri kereta Proton Waja dipasang semula, lakukan langkah-langkah berikut :

Google image 
1.Switch on ignition key tetapi enjin  kereta Proton Waja  tidak dihidupkan
2. Gerakkan gear selector dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L.
3 .Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.
4. Buat proses ulang alik gear selector tersebut sebanyak 10 kali.
    P.........L  - 5 kali
    L.........P  - 5 kali

Jika pergerakan kereta masih lagi tidak lancar juga, lakukan langkah berikut pula:


1.Hidupkan enjin  kereta Proton Waja 
2.Tekan brek
3. Gerakkan gear selector dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L.
4 .Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.
5. Buat proses ulang alik gear selector tersebut sebanyak 10 kali.
    P.........L  - 5 kali
    L.........P  - 5 kali

Kaedah diatas hanya untuk kereta Proton Waja Automatic yang menggunakan enjin/gearbox  Mitsubishi sahaja. Proses tersebut dinamakan Gearbox ECU Relearn Procedure

Apabila bateri dikeluarkan, ECU Gearbox akan kehilangan memory sementara. Setelah dipasang bateri, memori ECU Gearbox akan kembali tetapi ECU masih dalam keadaan terpinga-pinga. Justeru itu, ECU perlu di ajar cara untuk beroperasi dengan betul. Macam budak kecil, perlu di ajar bertatih dahulu sebelum boleh berjalan betul. Kaedah diatas juga boleh dicuba untuk  lain-lain kereta Mitsubishi yang menggunakan  gearbox automatik

Maker : Proton
Model : Proton Waja 1.6 Auto
Enjin  : Mitsubishi 4G18P


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...