Seringkali apabila kereta Proton Waja yang menggunakan gearbox automatic diganti bateri baru ataupun bateri sedia ada ditanggalkan bateri kabel, masaalah yang akan dihadapi oleh pemandu adalah kereta bergerak tidak lancar. Kereta Waja akan terasa lambat pergerakannya. Setelah beberapa hari digunakan, barulah pergerakan kereta kembali lancar. Bagi yang tidak sabar, mereka akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk dibuat penalaan.
Walaubagaimanapun terdapat satu cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masaalah tersebut tanpa proses yang menyusahkan. Setelah bateri ataupun kabel bateri kereta Proton Waja dipasang semula, lakukan langkah-langkah berikut :
Google image |
1.Switch on ignition key tetapi enjin kereta Proton Waja tidak dihidupkan
2. Gerakkan gear selector dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L.
3 .Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.
4. Buat proses ulang alik gear selector tersebut sebanyak 10 kali.
P.........L - 5 kali
L.........P - 5 kali
Jika pergerakan kereta masih lagi tidak lancar juga, lakukan langkah berikut pula:
1.Hidupkan enjin kereta Proton Waja
2.Tekan brek
3. Gerakkan gear selector dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L.
4 .Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.
5. Buat proses ulang alik gear selector tersebut sebanyak 10 kali.
P.........L - 5 kali
L.........P - 5 kali
Kaedah diatas hanya untuk kereta Proton Waja Automatic yang menggunakan enjin/gearbox Mitsubishi sahaja. Proses tersebut dinamakan Gearbox ECU Relearn Procedure
Apabila bateri dikeluarkan, ECU Gearbox akan kehilangan memory sementara. Setelah dipasang bateri, memori ECU Gearbox akan kembali tetapi ECU masih dalam keadaan terpinga-pinga. Justeru itu, ECU perlu di ajar cara untuk beroperasi dengan betul. Macam budak kecil, perlu di ajar bertatih dahulu sebelum boleh berjalan betul. Kaedah diatas juga boleh dicuba untuk lain-lain kereta Mitsubishi yang menggunakan gearbox automatik
Maker : Proton
Model : Proton Waja 1.6 Auto
Enjin : Mitsubishi 4G18P
Maker : Proton
Model : Proton Waja 1.6 Auto
Enjin : Mitsubishi 4G18P
Knp perlu di buat begitu....saya ada waja auto 1.6 masalah nya gear D tak berfungsi masa krt hendak di gerakkan terpaksa masukk gear 3 dulu baru lah boleh brhgersk dam seterus nya baru maduk gear D....apakah masalah gearbox?
ReplyDeleteItu adalah procedure.Tak mahu buat pun tiada masaalah. Dalam kes gearbox kereta anda, cuba periksa pekara yang mudah dahulu. Lampu N berkelip atau tidak? Minyak gear adakah mencukupi? Minyak gear adakah sudah terlalu lama? Apakah warna minyak gear sudah berubah? Bilakah kali terakhir dibuat flushing? Minyak gear Waja auto setiap kali dibuat penukaran isipadunya 8 liter. Bukan 4 liter. Bila tukar gunakan fluid changing machine. Akhir sekali sekiranya masih bermasaalah, kena kemungkinan kena check valve body pada gearbox :)
DeleteGear box sy jdi bnyi berdengung knape ye?brape liter mnyk gearbox auto waja..
DeleteGearbox waja ada filter x
Kemungkinan bearing gearbox ataupun klac plate sudah rosak. Kapaisiti minyak gearbox Waja adalah 8 liter yang boleh dikeluarkan melalui kaedah flushing..Filter gearbox Waja berada di dalam gearbox dan hanya boleh diganti jika gearbox dibuat overhaul.
DeleteBro keta waja sy klau bgerak starting gear akn sentap, D msh menyala dan terus lampu N berkelip bsama.apa hrs sy lakukan
ReplyDeleteDari maklumat menunjukkan elektronik control system memang bermasaalah. Kereta perlu diperiksa dengan menggunakankan scan tool. Sila ke Proton Service Center ataupun workshop persendirian yang memiliki scan tool. Dengan scan tool komponen elektronik yang bermasaalah lebih mudah dikesan dan diganti.
DeleteSalam...kereta sy pn mslh cm ni..bateri kong..ble tukar bateri..gear D berkelip2 walaupn gear diletakkan di P/N...punca nye dr bateri kong tu ke..ape perlu buat ye...
DeleteKalau masa tengah jalan enjin rsa berat ada kne mengena gn gear box ke
ReplyDeleteAda banyak faktor yang boleh menyebabkan kereta bergerak tidak lancar. Perlu asingkan masaalah enjin dan masaalah gearbox. Saya berpendapat kereta anda sentiasa diservis mengikut jadual. Oleh itu, anda disaran membuat "compression test" pada enjin kereta anda untuk menentukan samada compression pressure masih dalam julat yang disyorkan oleh pengeluar. Dari situ, masaalah pada enjin boleh diasingkan dari masaalah gearbox.
DeleteBro...kenapa bila sy buka lampu malam ataupun headlight. Bila tekan break lampu R akan menyala dan bila nak jalan respon akan lambat sedikat dan tersentak? Dan bila reverse masa lampu headlight dan malam masih menyala dan tekan break lepas tu bila masuk D masalah yg sama juga..lambat respon dan tersentak. Tetapi bila lampu dimatkan ia akan berfungsi seperti normal.
ReplyDeleteBrake Light Switch adalah salah input kepada Transmission Control Unit (TCU). Kemungkinan Brake Light Switch tersebut bermasaalh. Secara teori apabila headlight dinyalakan, kemungkinan voltage yang dibekalkan kepada Brake Light Switch tidak mencukupi . Apabla brake ditekan, TCU mungkin mendapat maklumat yang salah dari Brake Light Switch dan seterusnya memberi tindakbalas yang tidak sepatutnya. Cuba periksa sambungan wayar Brake Light Switch samaada dalam keadaan baik. Ataupun putuskan sambungan wayar tersebut dan uji kereta semasa headlight dinyalakan tanpa Brake Light Switch untuk melihat masaalah tersebut masih berlaku lagi ataupun tidak.
DeleteBro masalah gear sy ok slpas ikut manual yg bro ajar
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman. :)
DeleteBro...terima kasih dengan info anda. Nak tahu brake light switch terletak di mana bro...
ReplyDeleteBro....terima kasih atas info ands. Aku dah try buka brake light switch seperti yg disuruh dan hasilnya ok dan gear tak tersentak dan lambat respon masa headlight dan lampu malam on..maksud nya di sini bermakna switch itu ada problem kan...
ReplyDeleteAda 2 kemungkinan. Samada switch itu sendiri bermasaalah ataupun wiring lampu brake tersebut bermasaalah..Kalau ada kereta yang sama dari rakan, cuba pinjam switch untuk test. Untuk wiring, cuba periksa ground cable yang disambung pada chasis kemungkinan ada yang berkarat ataupun bolt yang longgar.
ReplyDeleteBro...teroma kasih bro. Bro...nak tya satu soalan lagi berkaitan brake light switch lg. Hari tu aku dah cuba buka brake light switch seperti yg di suruh dan bila test masalah itu sudah ok dan bila pasang balik masalah yg sama berulang. Td sy cuba buka socket lampu belakang sebelah driver,dan cuba on lampu dan tekan brake lampu R tak menyala lgi dan bila masuk gear ke N dan msuk ke D kereta berjalan dgan lancar daan yak tersentak lagi..bila pasang semula masalah kembali berulang. Untuk pengetahuan saudara, salah satu board lampu belakang sy ada problwm sbb masuk air hari tu...adakah ini penyebb nya juga...
ReplyDeleteSaya fikir itulah masaalahnya.Mungkin sudah berkarat pada socket sebab kena air .Cuba perhatikan dengan teliti socket lampu tersebut samaada sudah berkarat terutama skru yang mengikat wayar negatif (hitam) pada socket lampu. Housing lampu susah nak berkarat kerana diperbuat dari plastik.
ReplyDeletekereta saya mangalami timing tidak sekata apabila aircond d i hidupkan.. apabila aircond di hidupkan rpm saya menurun.. sebelum tukar gear box tak ada masalah..dulu nya auto..apabila tukar gear box manual jadi macam ni..boley bg idea..adakan trotol body ataupon ecu..sbb trotol body sudah 2x tukar..
ReplyDeleteBiasanya idling speed tidak stabil pada kereta Waja disebabkan masaalah ISC motor di throttle body. Tidak semestinya gantikan keseluruhan Throttle Body.Oleh kerana Throttle Body sudah ditukar, cuba buat pemeriksaaan awal idling speed seperti berikut :
Delete1.Gear pada "Neutral" 2.Hidupkan enjin sehingga suhu sampai 80-90C 3.Steering & 4 tayar lurus. 4. Offkan accessories spt lampu. 5.Pada ketika ini, idling speed sepatutnya 750 RPM (perhatikan adakah idling speed menepati spec.) 6. Setkan blower pada maximun dan onkan aircond & idling speed akan meningkat ke 850-900 rpm. (perhatikan adakan idling speed menepati spec).
Masalah alarm waja saya sering trlock sendiri walaupun pintu terbuka kenapa yer...minta pandangan
ReplyDelete1.Periksa batteri dalam remote mungkin longgar pada tapak remote - adakah kunci pernah jatuh sebelumnya
Delete2.Periksa wayar central lock yang melalui di celah kedua-dua pintu depan - mungkin ada pembalut wayar pecah dan wayar terdedah
3,Periksa sambungan wayar pada Central Lock Module. Kadangkala loggar akibat gegaran. Keluarkan dan sambung semula. Periksa sekali wayar negatif (ground) diikat dengan baik.
4.Coding remote mungkin berubah dan perlu diset semula.
Bro..nak tanye...sekarg...gear kat D....tapi lampu N beryala....
ReplyDeleteCuba reset dengan cara tanggalkan wayar negative bateri buat seketika. Pasangkan kembali wayar negatif dan hidupkan enjin dan uji kereta. Perhatikan adakah masaalah yang sama masih berulang? Jika masaalah tersebut masih berulang, gearbox kereta perlu scan dengan scan tool supaya masaalah tersebut dapat dikenalpasti dengan lebih tepat. Lebih baik buat scan di Proton Service Center kerana mereka menggunakan manufacture scan tool.
Deletesalam... kalau nak setting kat waja manual pulak... camner yer...
ReplyDeleteWslm. Gearbox manual tak perlu setting kerana gearbox manual tiada ECU tetapi ada engine ECU . Manakala gearbox auto sahaja yang perlu setting semula kerana gearbox dan engine ada ECU yg di pasang secara bersepadu.
Deletesalam....gearbox tak tukar gear lh...lepas tu meter km tak jln dgn lampu gear pon x menyale...bele mse on kunci lampu gear N berkelip sekali sahaja....ape masaalah die ye....
ReplyDeleteW'salam. Kemungkinan speed sensor ataupun wiringnya bermasaalah. Speed sensor digunakan sebagai input oleh engine ECU & gearbox ECU. Sensor berada pada gearbox. Jika bermasaalah, gear susah masuk. Lebih baik pergi scan di Proton Service Centre untuk mengenalpasti masaalah dengan lebih tepat. Lampu N berkelip tersebut menunjukkan tanda awal gearbox electronic control system bermasaalah dan perlu scan dengan scan tool.
DeleteBolehkah gearbox filter d tukar oleh mekanik biasa? ( engine mitsu ) tma kseh
ReplyDeleteJika gearbox filter untuk waja mitsu hendak ditukar, gearbox perlu di keluarkan dari kereta.Filter difahamkan bertahan lama. Tak perlu bimbang. Kalau nak tukar juga , perlu overhaul gearbox. Kalau di kereta wira agak mudah , hanya perlu buka oil pan gearbox untuk tukar filter.
Deletebro... kereta waja saye ade masalah kaitan ngan gearbox(auto) gak... pi masalah jerking apebila penukaran gear (1>2 2>3) paling kuat jerking nye... then bila henti lampu trafik atau simpang gearnye ngan sendiri tukar free pastu tukar balik ke gear 1... bila bawa ke workshop cuba check guna komputer tu gear box xde problem lak... pi mekanik tu suruh try tukar gearbox... nak tukar gearbox bknnye risau nye pi klu pas tukar gear box masih ade prblm seperti tersebut yg merisaukan.... leh tolong saye settle kan problem nie???
ReplyDeleteCuba reset TCU dengan cara tanggalkan cable negative bateri selama 1 minit. Periksa wayar sambungan yang ada atas gearbox jika longgar.Pasang kembali negative cable.Buat gearbox relearn procedure. Pandu kereta untuk menguji keadaan gearbox. Jika gearbox dapat beroperasi normal buat seketika dan kemudiannya masaalah yang sama berulang kembali, itu menunjukkan gearbox control system bermasaalah. Perlu gunakan manufacture scantool untuk scan. Kadangkala after market sacn tool gagal mengesan masaalah sebegitu.Ataupun guna kaedah di Proton Waja Flash Codes. Jika masaalah yang sama terus terjadi, semasa gearbox diuji, itu menunjukkan sistem mekanikal gearbox bermasaalah.Komponen di dalam geabox perlu diperiksa.
Deletesalam bro saya pun menghadapi masalah yg sama dgn bro junior, tetapi mechanix shorkan saya utk tukar valve body, bila di tukar maslah yg sama tetap berulang. mohon pencerahan bro
DeleteBro nak tanye.waja 1.6 auto minyak hitam leakage kat bawah.klu nk repair perlukah kena bukak gear box dulu?
ReplyDeleteBergantung kat mana yang bocor. Kalau pada shaft oil seal perlu kelaurkan gearbox. Kalau pada oil pan, hanya perlu buka oil pan, check permukaan oil pan, letakkan sealant dan pasang semula.
DeleteBro nk tanya..waja 1.6 auto bagaimana cara nk check minyak gearbox?kenapa minyak gear sering kuar ikut tmpat penutup sukatan minyak gear?
ReplyDeleteCheck minyak gearbox auto. Pandu kereta hingga engine capai suhu 80 C.Berhetikan kereta, enjin kereta hendaklah dalam keadaan hidup dan letak tuil gear pada N.Tekan brek, gerakkan tuil gear dari N hingga L ( berhenti 2 saat) dan dari L hingga P dan seterusnya dari P hingga N. Tarik hand brake, tarik keluar dipstick, bersihkan dan ukur semula minyak gearbox, Paras minyak gearbox perlu berada pada tanda hot semasa enjin sedang hidup. Jika kurang kena tambah. Olek kerana dipstick waja adalah diperbuat dari plastic, susah nak nampak minyak pada tandatanya. Penyelesaian, dapatkan dipstick logam dari kedai potong kereta dan tandakan mengikut panjang dipstick waja. Minyak keluar melalui dipstick,o ring pada dipstick sudah usang.Mungking o ring tak ada dijual.Lebih baik beli dipstick baru.
DeleteSalam bro.nk tanya boleh? Waja auto 1.6 time speed gear sentap melambung.pikap pun xde.ape problem ya?
ReplyDeleteBiasanya kes macam ni, clutch didalam gearbox sudah slip. Walubagaimanapun, check paras minyak gearbox dan warna minyak gearbox.Kalau warna kehitaman, ada masaalah clutch slip.
DeleteTerrbaik la bro ... tk atas info2 yg diberikan...
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman. -)
DeleteSalam. Semalam tukar minyak auto utk kereta waja, arini bila jalam perlahan, terasa semput2. Lambat mahu gerak. Bila laju ok. Tq
ReplyDeleteW'salam. Cuba periksa kembali adakah minyak gearbox mencukupi. Kat atas komen ada cara nak check paras minyak gearbox auto.
Deleteterima kasih atas ilmu ni bro. mudah mudahan mnjadi saham pahala buat saudara. smoga diredhai Nya.
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Semoga saudara juga mendapat manafaat. :-)
DeleteAssalam. Nak tanye cmna nak relearn gearbox ecu utk waja cps? Dan soalan lainnye.. :-
ReplyDelete1- kenapa bila bila engine bru running sy rasa ade sedikit jerking kat gear 2 ke 3. Tp bila dah panas or running lama skit or main pedal gear shifting tu ok? ( sory xpernah pakai keta auto )
2- mmg engine cps ni rasa berat skit ke nak naik 120kmh dan keatas? (Sory gak sebab dah biasa pakai saga manual standard n engine turbo )
3- mmg gearbox auto tanpa cvt ada rasa skit2 jerking ke?
W'salam. Tiada pengalaman tentang gearbox waja cps.Maaf tak dapat membantu.
DeleteOk2 xpe. Tq. Good blog
DeleteBro, lampu enjin menyala dan bila tekan minyak acceleration hilang. Enjin tak mati pulak. Minta bantu
ReplyDeleteSaya fikir ada masaalah pada batteri.Voltage tak cukup.Kemungkinan bateri clamp longgar, high resistance ataupun batteri hampir rosak. Cuba buat begini.Buka kedua-dua bateri clamp dari bateri post.Gunakan kertas pasir yang halus, bersihkan kedua-dua bateri clamp dan bateri post.Pasangkan kembali bateri clamp dan uji kereta. Perhatikan adakah masaalah yg sama berulang. Jika masaalah yg sama berulang, cuba pinjam bateri kereta yang lain dari rakan, pasang dan uji kereta semula. Kalau masaalah yg sama masih berlaku, bawa kereta ke pusat service untuk periksa dengan scantool untuk menentukan punca CEL menyala.
DeleteAkum pro tanya skit 1.6 auto gearbox auto pada waktu cuaca sejuk ja terjadi lampu n menyala jalan lembap dah banyak duit abis tapiasih tetap sa
ReplyDeleteW'salam.Lampu "N" yang menyala menunjukkan ada masaalah pada Transmission Electronic Control System. Lebih baik bawa ke Proton Service Center untuk scan ECU dengan menggunakan magnufacture scantool (MUT-11/PADT).
Deletesaya dah bust tapi dkt kedai biasa xsama ke bro
DeleteScantool kat kedai biasa kadang-kadang tak boleh pick-up masaalah yang berlaku. Yang kat kedai biasa dipanggil aftermarket scantool. Aftermarket scantool boleh scan ECU banyak model kereta tetapi keupayaannya terhad. Proton scantool dipanggil manufacture scantool semua sistem electronic control (ECU) didalam semua model kereta Proton boleh scan. Itu kelebihan manufacture scantool. Saya fikir lebih baik scan di Proton Service Center. Lagipun untuk scan sahaja tidaklah berapa mahal.
Deletebiasanya bro klau buat kt proton tu agak2nya badjet brapa ya. ...takut nanti sama ja laaa
ReplyDeleteAnggaran kos bergantung kepada sensor ataupun actuator gearbox yang perlu ditukar . Cara terbaik adalah telefon Proton Edar yg terdekat minta aggaran kos untuk scan ECU. Cuma pastikan service center tersebut yg benar-benar dikendalikan oleh Proton. Ada sebahagian service center dilantik oleh Proton.Biasanya sesudah scan dengan scantool ,sensor ataupun actuator yg rosak mudah dikesan.Dari situ anggaran kos spare part dapat diketahui.
DeleteSalam Koman Spana, Nak bertanya...Ada kemungkinankah untuk berlakunya kelonggaran Torque Converter dan mengeluarkan bunyi getaran? Dan setelah diketatkan kereta terasa berat terutama menaiki bukit, Atau mungkin tidak membuat penambahan minyak gear setelah membuka bahagian gearbox berkenaan. Waja 1.6 MMC AT 2002, Atau perlukan saya melakukan gearbox flushing.
ReplyDeleteBolt longgar pada torque converter dan menyebabkan getaran tetap ada kerana misalignment dengan engine.Jika minyak kurang perlu tambah dan periksa semasa enjin panas (80 C). Jika warna minyak gearbox pada dipstick warna kehitaman dan melebihi 40000 km selok-eloknya dibuat flushing sebagaimana disaran oleh Mitsubishi disebabkan filter gearbox tak boleh tukar.
Deletesalam....saya ada masalah ngn gearbox auto psjero io..bila reverse rpm2000 br nak gerak itupun slow je kekadang sentap...waktu pagi lambat tukar gear.....bolih tuanku jelaskan ape masalah kereta patik ni
ReplyDeleteW'salam. Sebagai langkah awal pemeriksaan, saya fikir lebih baik periksa paras minyak gearbox berada pada paras yang betul semasa enjin panas. Perhatikan juga warna minyak gearbox pada dipstick. Flushing keseluruhan minyak gearbox juga merupakan pilihan baik jika sudah melebihi 40000km. Jika masaalah yang sama tidak selesai, terpaksalah buka gearbox tersebut untuk periksa clutch assembly. Tidak banyak pilihan yg ada dalam proses menyenggara gearbox automatic.
Deleteassalamualaikum bro, saya ada masalh dgn waja 1.6 auto enjin mitshubishi.
ReplyDeletesaya baru tukar gearbox recon 5 bulan lepas, skrg bila jalan dari gear 1 ke 2 ada bunyi geseran di sebelah kiri masuk gear 3 dan seterusnye bunyi geseran hilang, saya hantar bengkel pomen ckp bearing gearbox bunyi. pomen test gantung keta masuk D bunyi tuktuktuk bila gear N BUNYI SENYAP. perlu ke saya tukar gearbox lagi? lagi satu ada ke gearbox ori kat kedai potong sbb pomen ckp takde gearbox ori kat kedai potong, semua recon. segala jwapan didahului ucapan terima kasih
W'salam. Membeli gearbox dari kedai potong (half-cut) lebih kepada nasib semata-mata. Jika nasib baik, dapatlah gearbox yang dalam keadaan baik.Jika tidak bernasib baik, dapat gearbox yang bermasaalah.Gearbox di kedai potong merupakan gearbox dari kereta Mitsubishi yang telah dilupuskan (besi buruk) di negara Jepun. Masaalah yang timbul adalah rekod sebelumnya tentang gearbox tidak diketahui.Bermakna pretasi sebenar gearbox tidak diketahui.Saya fikir lebih baik gearbox tersebut dibuat overhaul. Jika dibuat overhaul, komponen dalaman gearbox dapat diperiksa dengan lebih jelas dan seterusnya digantikan komponen yg rosak . Recondition ataupun overhaul membawa maksud yang sama. Kedai potong tak ada masa nak buat perkara tersebut. Gearbox terus dijual sebagaimana diterima dari pembekal yg mengimport dari Jepun tanpa dibuat proses penyenggaraan.
DeleteAssalam.. Saya sangat menghargai jika sudi menjawab..
ReplyDeleteProton waja saya 1.6 auto 2001.. Selalu susah dihidupkan apabila setelah dimatikan.. Waktu pagi semasa enjin sejuk tak ada masalah.. Tetapi apabila dimatikan enjin sukar dihidupkan. Terpaksa menunggu beberapa jam baru boleh di bidupkan semula.
Saya baru menggantikan bateri.
Bagaiman mengatasinya.. Terima Kasih.
W'salam. Terdapat 2 keadaan perkara tersebut boleh berlaku. 1.Enjin tidak boleh crank (dipusingkan).Kemungkinan masaalah pada starter motor (Minta mekanik test secara terus by-pass kunci ataupun keluarkan starter motor), wire bateri longgar/terputus ataupun kunci kereta bermasaalah. 2.Enjin boleh crank tetapi enjin tidak hidup. Kemungkinan masaalah pada fuel sistem.Gunakan fuel pressure tester untu uji fuel sistem. Kemungkinan ignition coil bermasaalah.Gunakan spark tester untuk uji ignition coil.Jangan gunakan spark plug, percikan api tak kuat.
DeleteTerima kasih kerana sudi menjawab. Saya baru tukar fuel motor.. Ada kemungkinan ke fuel motor bermasalah..
ReplyDeleteTiada istilah fuel motor dalam kereta Waja. Jika fuel filter, terletak dibawah kereta sebelah penumpang kanan. Jika fuel filter tersumbat, enjin tidak akan bergerak lancar semasa kelajuan tinggi.Kalau sudah lebih 3 tahun elok ditukar walau tidak tersumbat sebagai salah satu rutin penyenggaraan. Fuel pump di dalam tangki minyak.Jika bermasaalah, enjin akan mati dengan serta merta dan tidak dapat dihidupkan lagi. Itu sebab saya syorkan,guna fuel pressure tester untuk periksa tekanan minyak seperti di dalam entri Periksa Tekanan Minyak Petrol Proton Waja Cara Koman. Masaalah yang dihadapi adalah, tidak semua mekanik ada fuel pressure tester. Cuma saya nak tanya, masalah kereta saudara
Deletei.adakah enjin tidak boleh crank ataupun
ii.enjin boleh crank tetapi tidak hidup
Terimakasih.. Enjin boleh crank ttpi sukar hidup.. Tadi saya cuba rujuk mekanik.. Dia kata kemungkinan sensor cam.. Tapi saya kurang yakin. Ada kemungkinankah sedemikian
DeleteKalau cam sensor rosak, biasanya check engine light akan menyala.Untuk memeriksa kerosakan cam sensor lebih tepat, perlu periksa dengan scantool. Oleh kerana enjin boleh crank, bermakna starting sistem tiada masaalah. Saya syorkan periksa tekanan minyak petrol, periksa ignition timing (timing belt), periksa ignition sistem (coil) dan last sekali periksa compression pressure, mungkin piston ring dan liner sudah haus.Periksa sistem satu persatu.Moga dapat selesai masaalah.
DeleteSatu lagi cara test fuel system. On kan kunci kereta selama 5 saat dan off kan semula tetapi jangan start enjin. Buat proses yang sama sekurang-kurangnya 5 kali. Kemudian baru start enjin.Lihat adakan enjin boleh hidup?
DeleteAssalamuaikum..nak tanye..apakah yg perlu d servis semasa menukar minyak itam kereta?
ReplyDeleteW'salam.Kalau setakat nak tukar minyak pelincir (engine oil) perkara berikut perlu dilakukan:
Delete1.Gantikan engine oil 2.Gantikan oil filter 3.Gantikan oil pan drain plug gasket .Tidak perlu tambah berbagai-bagai product additive yang di syorkan pusat service.
Walaubagaimanapun,penyenggaraan enjin kereta bukan sekadar menukar minyak pelincir sahaja. Perlu lihat pada jarak perjalanan pada odometer dan seterusnya rujuk manual pengguna yang dibekalkan oleh pengeluar kereta. Penyenggaraan perlu dilakukan berdasar syor di dalam manual pengguna untuk memastikan enjin berada dalam keadaan baik. Lebih baik rujuk pada mekanik jika kurang pasti.
Sudah seminggu sy tukar myk auto sy tp slps tukar sy rase mcm berat sgt... knp? Sy gunakan myk auto proton sndiri... 4 liter..
ReplyDeleteCuba periksa kembali paras minyak gearbox automatic tersebut samaada mencukupi. Pemeriksaan perlu dilakukan semasa enjin panas dan dalam keadaan enjin hidup pada gear Neutral.Paras minyak perlu berada dalam julat 'H" (Hot).
DeleteSalam komen spana. cuma nak bertanya pasal waja 1.6. kenapa kereta saya akan menjadi lembab atau sebu apabila menaiki bukit. Pada jalan lurus tiada masalah.. kereta seperti tidak mahu memecut.. rpm 2000 saja tidak naik semasa menaiki bukit. Adakah ianya masalah computer box atau masalah lain. Mohon penjelasan. Tq
ReplyDeleteW'salam.Terdapat 2 masaalah yang berbeza. Masaalah pada enjin, mungkin igniton timing tidak menepati specsifikasi.Perlu periksa ignition timing. Masaalah pada gearbox, mungkin clutch sudah slip. Sila periksa paras dan warna minyak gearbox jika warna berubah. Akhir sekali,minta mekanik periksa tekanan minyak hydraulic gearbox samaada menepati specsifikasi. Saya tidak fikir masaalah pada ECU.
DeleteW'salam. Oleh kerana valve body telah diganti, saya fikir tekanan minyak hydraulic tidak normal ataupun berlaku kerosakan oil pump. Lebih baik diperiksa tekanan minyak hydraulic gearbox.Tanya dulu mekanik samada memiliki pressure gauge untuk tujuan tersebut. Dapatkan mekanik yang boleh buat pressure test gearbox. Kat bawah gearbox ada port (lubang) untuk pasang gearbox pressure gauge. Bandingkan pressure yg didapati dengan spesifikasi.
DeleteSalam...nak tanya,
ReplyDeletewaja auto saya tetiba atas hiway bertukar gear ke gear 3 mgkin. Kemudian lampu N berkelip2 sedagkan gear berada pada D. Saya hentikan kereta dalam 15minit dia jadi ok balik. Kemudian sambung perjalanan kadang2 jadi balik kadang2 ok terus. Cuma jadi atas hiway...long distance. Kalau setakat jalan dalam bandar...tk pernah jadi mcm tu. Mohon bantuan.
Saya fikir lebih baik saudara pergi scan dengan scantool di Proton Service Center.Lampu N berkelip menunjukkan ada kerosakan berlaku pada gearbox elektronik control. Mungkin kerosakan solenoid valve di valve body. Yang pasti kena scan ECU sebelum diganti komponen yang rosak.
DeleteAslkum,saya punya waja 1.6,bila on aircond tming jd rndah.thrttle dah cuci dan icv dah tukar baru tp mslah msih ttap sama.apa mslah nya?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir lebih baik periksa igntion timing dengan timing light.Periksa juga ignition sistem samaada coil bermasaalah. Periksa tekanan minyak petrol samaada berada dlm spec.Akhir sekali cuba laraskan idling speed semula.
DeleteHarap tuan dpt membantu.trima kasih.
ReplyDeleteSalam bang. Waja saya auto 1.6 tahun 2003 mitsubishi. Gearbox transmition dari 1 ke 2 jerking. Naik bukit akan lg teruk. Kalau bawak slow kurang sikit. Minyak auto dh tukar. Tp lepas 2 minggu tukar, colour jadi perang dan ada bau hangit. Mekanik sy suruh overhaul atau tukar gearbox recond. Cost rm2,500. Cuma risau dh labur masalah tak settle. Ada kemungkinan sebab ECU yg abang sebut tak? Harap abg dpt bg pandangan. Tq.
ReplyDeleteSalam.Kalau minyak gearbox sudah bertukar warna perang kemungkinan clutch sudah slip. Tak banyak pilihan yg ada. Saya fikir lebih baik gearbox tersebut dibuat overhaul. Jika dibuat overhaul, komponen dalaman gearbox dapat diperiksa dengan lebih jelas dan seterusnya digantikan komponen yg rosak .Sebagai pemilik saudara sendiri dapat lihat proses overhaul dibuat. Recondition ataupun overhaul membawa maksud yang sama.Kalau beli gearbox yg dikatakan recond, entah betul recond ataupun tidak.
DeleteRibuan terima kasih atas nasihat abang. Moga Allah membalas jasa abang. Amin.
ReplyDeletesalam bro.. saya pandu waja 2002 dlm hujan lebat. tiba2 lampu N berkelip dlm posisi D. bila berhenti lama kemudian start masuk gear D, tiada lampu N berkelip2. 1time jadi. adakah lopak air boleh beri kesan pada sensor elektronik?
ReplyDeleteW'salam.Mungkin speed sensor atau inhibitor switch terkena air.Apabila air kering, masaalah tersebut hilang.Saya fikir lebih baik saudara bawa kereta pergi scan. Lampu "N" yang berkelip menunjukkan ada komponen electronic pada gearbox yang menghadapi masaalah.Cuma masaalah tersebut belum kritikal.
ReplyDeletesaya memandu kereta persona 1.6 Auto, masalahnya lampu gear D berkelip ketika memandu, apakah masalahnya?
ReplyDeleteSaya fikir lebih baik pergi scan gearbox ECU dengan scantool. Lampu "D" yang berkelip menunjukkan ada komponen electronic pada gearbox yang menghadapi masaalah.Cuma masaalah tersebut belum kritikal.
DeleteTumpang tanya kereta waja auto2001 bila pagi start jalan gearbox bunyi macam goreng kacang after temp sudah panas bunyi nya hilang ape masalah eh?
ReplyDeleteSaya fikir masaalah tersebut adalah pada enjin bukannya pada gearbox. Biasanya bunyi belting pada alternator ataupun aircond yang kendur akan berbunyi semasa enjin dihidupkan dan kemudiannya bunyi tersebut hilang setelah enjin hidup. Periksa kedua-dua belting tersebut dan tegangkan jika perlu.
DeleteTerbaiklah bro koman spana ini semoga anda dirahmati oleh Allah, dilimpahi rezeki yg banyak, diberikan kesihatan yg baik... jawapan bro sangat profesional. .. saya respect lah
ReplyDeleteKalau dapat no hp lagi bagus nie hehehe
DeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman. :)
DeleteSalam Bro, saya pakai waja 2003, baru baru nie kereta saya , mula berhenti secara tiba2 waktu memandu, rpm akan jatuh ker 0dan kereta akan berhenti...kalau start balik tak hidup....lepas lebih kurang 5 min bila kereta di start, iya akan hidup semula...sewaktu kereta berhenti, meter rpm akan bergerak sendiri dari 0 ker maksima secara berulang kali...pada masa yg sama ada bunyi tik..tik..tik yg keluar, kalau tak salah saya dari kawasan belakang pemulas aircon atau kawasan sekitarny...trotel body dah tukar, bateri baru, fuel pam baru, koil spark plug baru tukar, alternater mekanik kata ok...problem biasa akan ulang balik dalam masa selang sehari...tolong bro
ReplyDeleteW'salam.Biasanya masaalah begitu adalah disebabkan kerosakan ignition system. Oleh kerana ignition coil sudah ditukar, saya fikir lebih baik dibuat pemeriksaan dengan scantool.Mungkin ada komponen elektronik yang lain bermasaalah dan pemeriksaan dengan scantool lebih memudahkan proses pembaikan.
DeleteSalam, nk tnya sy pkai waja enjin mithubishi auto second tahun 2002, masalah sy perasan apabila tukar minyak auto nut sekeliling bwh gear box itu ada kesan welding, yaitu sudah crack sblm ini,sy nk tnya boleh ke klu nk tukar 1 set cover@kulit tmpt nut tu, brp kos nyer?buat stakat ni tiada linking.
ReplyDeleteWslm.Kalau tidak ada minyak gearbox bocor pada bahagian yang dikimpal tersebut tidaklah perlu ganti Walaubagaimanapun, periksa bahagian kimpalan tersebut dari masa ke semasa.Jika terdapat kesan bocor pada barulah diganti dengan yang baru.
DeleteSalam. saya pakai waja auto.. starting gear 1 ke 2 jerking..ke 3 setrusnya ok..tinggikah kos nak repair bro?
ReplyDeleteW'salam.Saya fikir lebih baik minta mekanik periksa tekanan minyak hydraulic gearbox dan bandingkan dengan spesifikasi dalam workshop manual. Lebih senang untuk meramalkan masalah yang berlaku berpandukan tekanan minyak hydraulik gearbox yang didapati. Kos pembaikan bergantung kepada komponen yang perlu ditukar.
DeleteSalam bro nak tanya waja sy streng dia bergegar apabila enjin dihidup kan.bila dah bawa xbergegar tapi klu berenti kat gegar lak.kawan2 kata mounting enjin tapi sy dh tkr gegar jgk.sy jd buntu.minta beri pencerahan sikit
ReplyDeleteSalam. Gegaran pada steering semasa idling biasanya akan hilang setelah semua engine mounting diganti baru.Saya fikir cuba lakukan perkara berikut :
DeleteHidupkan enjin tanpa switch on penyaman udara dan perhatikan adakah gegaran masih berlaku pada steering? RPM.enjin berada pada tahap idling. Seterusnya switch on penyaman udara dan perhatikan adakah gegaran berlaku? RPM enjin sepatutnya meningkat apabila penyaman udara dihidupkan. Jika RPM tidak meningkat kemungkinan ISC motor bermasaalah ataupun belting compressor slip.
Slm bro..apa mslh bila kita tekan break,lampu dpn pun menyala..kereta waja manual 1.6
ReplyDeleteSalam.Saya fikir mungkin terdapat masaalah pada ignition switch. Cuba switch on dan tekan brek. Pada masa yang sama goyangkan ignition key untuk melihat masaalah tersebut masih berlaku ataupun tidak.Periksa juga wayar ground yang diikat pada chasis kereta jika berkarat ataupun longgar..
DeleteSalam bro, ada xcara nk adjust headlamp yg bukan ori bgi waja mistu. Tq
ReplyDeleteSaya fikir bukan masaalah pada pelarasan ketinggian lampu headlamp. Lampu bukan ori mungkin bermasaalah pada reflector didalam headlamp yang tidak boleh fokus. Cahaya lampu akan kelihatan pecah dan lebih tinggi dari had yang sepatutnya.
ReplyDeletesalam bro...
ReplyDeletesaya ada satu masalah tentang kereta waja tahun 2003 auto...
bila start n on aircond..RPM akan turun sampai nak mati...
dah bawak jumpa pomen...pomen cakap masalah dekat kompressor aircond n system aircond...pomen suruh servis n tukar sistem n kompressor aircond...
boleh bagi pencerahan tak apa masalah sebenarnya
Salam. Apabila air cond kereta Waja dihidupkan, rpm enjin akan meningkat kepada 900 rpm semasa idling. RPM enjin tersebut meningkat melalui kawalan ISC motor. Jika ISC motor rosak rpm enjin kemungkinan tidak meningkat atupun tidak stabil. Saya fikir lebih baik enjin elctronik control system di scan dengan scan tool untuk menentukan samada ISC motor rosak ataupun tidak.Lebih baik pergi scan di Proton Service Center.
DeleteSalam bro,
ReplyDeletewaja 1.6 auto ada masalah jerking bila gear shift 1-2-3.. rpm jatuh, lampu engine light kluar and lampu bateri skali dan buat mcm enjin nak mati.
Bende nie x berlaku bila saya tidak buka aircond mahupun radio..
bleh terangkan ape problem sebenarnya ?
Salam.Saya fikir kereta tersebut perlu diperiksa pendawaian elektrik pada clutch aircond. Mungkin terdapat wayarr elektrik yang bermasaalah. Cuba periksa wayar 'ground' pada clutch aircond, mungkin sudah berkarat ataupun putus.
DeleteAssalamualaikum..sy nak tny..kete sy waja 1.6campro thn 2002..tibe2 enjin mati mase tgh drive..dah cube idupkn tp tak boleh..hny ade bunyi 'tik tik' je..sebelum enjin mati radio dgn lampu sume ok..lepas enjin mati radio tak boleh on..lampu depan malap..dan power window jd slow..adakah sebab nk kena tuka bateri baru ataupun alternator kena ganti..apa masalah yg sebenarnye..?
ReplyDeleteSalam. Saya fikir keadaan tersebut disebabkan batery yang telah kehilangan kuasa. Buat sementara waktu, bateri perlu dicas semula ataupun pinjam bateri dari kenalan untuk membolehkan enjin kereta dihidupkan. Setelah enjin dapat dihidupkan barulah ditentukan samada alternator yang rosak (tidak mengecas) ataupun bateri yang rosak.Jika alternator rosak, lampu charging pada meter cluster tidak menyala.
ReplyDeletesalam nak tnye..bwk kete gen 2 ..then skrg ni xleh nk masuk gear p, bile nk g ke p dr r mmg tersekat..mohon bantu
ReplyDeleteSalam. Saya fikir Manual Control Lever di atas gearbox tidak berada pada kedudukan yang betul. Control cable gearbox mungkin perlu diperiksa dan dilaraskan semula.
Deleteassalam bro..brp kos utk tukar output speed sensor?adakah bgkel2 diluar boleh buat atau di pat srvis proton shj?apakah kesan klu kite tidak tukar?sy mgalami masalh ni baru 2minggu..
ReplyDeleteSelain dari Proton Service Center speed sensor boleh ditukar juga oleh bengkel luar yang memiliki scan tool Perlu reset dan scan semula untuk memastikan masaalah speed sensor tersebut telah selesai. Selain digunakan sebagai penunjuk kelajuan kereta,speed sensor digunakan sebagai input kepada gearbox dan ABS. Jika tidak ditukar mungkin gearbox mengalami masaalah penukaran gear yang tidak lancar.
DeleteAsalamualaikum
ReplyDeleteSaya pengguna proton waja auto 2001 dan telah mengalami masalah sentakan pada gear tiap kali ingin laju atau memperlahankan kenderaan selepas memandu beberapa ketika.kenapa ini berlaku dan apakah solusi yg tuan boleh cadangkan bagi menyelesaikan masalah ini?terima kasih
W'salam.Cuba periksa paras dan warna minyak gearbox. Jika minyak gearbox dalam keadaan baik, perlu periksa tekanan minyak hydraulic gearbox.Saya fikir tekanan minyak hydraulic gearbox tidak normal ataupun berlaku kerosakan pada gearbox oil pump.
Deletesalam tuan...
ReplyDeletekereta saya waja mitsubishi 1.6 auto.. ada dua keadaan masalah ini sering berlaku. situasi pertama apa bila start enjin dan gear masuk ke P dan D ia akan tersentak. bila Gear berada di D, N akan berkelip kelip. kemudian apabila kereta bergerak gear rotation tidak berfungsi dari 1-2-3-4 tetapi gear hanya statik di 3 sahaja..
ReplyDeletesituasi kedua, kereta mengalami masalah yang sama semasa dalam pemanduan, permulaan pemanduan baik tetapi selepas beberapa lama gear secara tiba2 bertukar ke gear 3 sahaja dan tidak berubah, gear N juga berkelip kelip pada masa ini.
apa masalah sebenarnya tuan dan cara penyelesaiannya?
kalau ni masalah selonide valve apa yg patut saya buat? kne tukar gearbox lg ke?
DeleteSalam.Jika lampu "N" berkelip, menunjukkan terdapat masaalah pada electronic control system yang mengawal operasi gearbox. Langkah terbaik adalah melakukan diagnostic dengan magnufacture scan tool. Tindakan penyenggaraan selanjutnya adalah berpandukan maklumat yang didapati melalui scan tool. Tanpa scan tool, penyenggaraan tidak dapat dibuat dengan tepat. Tidak boleh dibuat penyenggaraan melalui 'trial and error".
DeleteWaja auto 1.6 2001. Gear kadang2 tersentak semasa mandu dan bateri cepat kong..
ReplyDeleteKalau batteri cepat kehilangan kuasa, kemungkinan terdapat component yang menggunakan kuasa elektrik (short circuit) walaupun kunci "off" Biasanya ECU hanya menggunakan sedikit sahaja arus elektrik walaupun kunci "off". Perkara tersebut dikenali dengan nama"'parasitic drain" Untuk memeriksa masaalah tersebut, lebih mudah jika menggunakan clamp meter yang dipasang pada cable positif ataupun cable negatif bateri. Arus elektri yang didapati melebihi 10mA dianggap tinggi. Kemudian keluarkan fius satu persatu hingga arus yang tinggi tersebut hilang. Dari situ barulah dikenalpasti component yang bermasaalah.
ReplyDeleteassalammukum bro...sy pakai kereta waja tahun 2003 mitsu...lampu dalam kereta radio x berfungsi td dh check fius....tukar fius,fius putus...dan lagi satu pintu kereta x boleh kunci dari bahagian pemandu
ReplyDeleteSalam.Saya fikir pendawaian lampu tersebut bermasaalah iaitu wayar positif tersentuh badan kereta.Untuk memeriksa masaalah tersebut, perlukan 1 mentol lampu 12V 55W (mentol headligh) yang disambung bersiri dengan fius berasingan mengikut kadaran. Keluarkan fius sedia ada di tempat fius. Masukkan sambungan mentol dan fius ditempat fius yang dikeluarkan.Hidupkan litar lampu yang bermasaalah dan perhatikan mentol yang dipasang pada tempat fius. Jika mentol terang bermakna masaalah masih ada. Kelaukan beban pada litar tersebut hingga mentol padam yang bermakna masaalah telah diasingkan.
DeletePintu tidak boleh kunci melalui pintu depan, saya fikir rod penolak dalam bahagian pintu telah tertanggal.Cuba periksa komponen bahagian dalaman pintu tersebut.
Salam. Kalau untuk kereta saga flx 1.3,boleh juga ke guna cara ni?
ReplyDeleteSalam.Minta maaf, tak pernah cuba. Cara begini lebih sesuai untuk kereta yang menggunanakan ECU Mitsubishi.
DeleteWAJA CPS : kalau gear acceleration mcm tersentap bila jalan kenapa? tak smooth... rasa mcm sentapan kasar masa penukaran gear.
ReplyDeletePeriksa dan pastikan paras minyak gearbox mencukupi. Warna minyak gearbox pula tidak kehitaman. Jika kedua-duanya baik, perlu periksa dan pastikan tekanan minyak hydraulic gearbox menepati specsifikasi yang ditetapkan pengeluar.
DeleteSalam bro kereta saya ada masalah lampu gear..apabila saya masuk gear D boleh berjalan seperti biasa tetapi lampu gear menyala di N...apa masalahnye?
ReplyDeleteSalam.Jika lampu "N" menyala, menunjukkan terdapat masaalah pada electronic control system yang mengawal operasi gearbox. Langkah terbaik adalah melakukan diagnostic dengan magnufacture scan tool. Tindakan penyenggaraan selanjutnya adalah berpandukan maklumat yang didapati melalui scan tool. Tanpa scan tool, penyenggaraan tidak dapat dibuat dengan tepat.
ReplyDeleteAssalam Tuan,
ReplyDeleteWaja MMC sy ada masalah,
Pertama, saya da tukar drive shaft panjang tapi masalah saya ada gegaran ketika tekan minyak..kadang2 tiada gegaran tapi kebanyakan masa memang ada gegaran. Gegaran ada pada low speed throttle dan akan berkurang pada high speed. Dan ketika pemanduan sekejap2 akan ada getaran kecil seluruh kereta dan ramai mekanik dah cuba kesan masalah ini tapi gagal.Mohon bantuan pandangan tuan.
Kedua, selalu selepas start kereta, bila rpm berada bawah 1k, terasa seperti enjin menggigil sekejap-sekejap..bila dah lama barulah gegaran tu berkurang...ignition coil da tukar, timing pully n blade pun dah tukar, cam sensor n tining sendosr pun da tukar hari tu..dan alternator pun baru tuka dua hari lepas sebab kong..huhu..mengikut pengalaman tuan agak2 apa yang masalahnya sebab dah banyak mekanik cuba cari punca malah org proton sendiri x dpt cari masalah ni...
Maaf ya..terima kasih
Salam.Dari penerangan saudara, terdapat tanda-tanda enjin seperti hendak mati ketika kereta bergerak dalam kelajuan tinggi. Gegaran tersebut kemungkinan disebabkan situasi tersebut. Terdapat 2 masaalah yang biasanya menyebabkan enjin akan mati iaitu masaalah pada sistem bahanapi dan sistem ignition. Saya sarankan supaya tekanan minyak petrol dapat dibuat pemeriksaan. Periksa juga fuel pressure regulator dan juga fuel injector. Boleh rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.. Walaupun ignition coil sudah ditukar, tidak semestinya ignition coil yang rosak. Masaalah pada pendawaian ignition coil juga menyebabkan ignition coil tidak berfungsi walaupun ignition coil dalam keadaan baik. Saya sarankan ignition sistem diperiksa dengan kaedah menggunakan timing light.Boleh rujuk entri Periksa Ignition Sistem Cara Koman.
DeleteSalam tuan...kereta waja sy ada mslh sedikit...apabila sy ingin hidupkan engine waktu pagi...sy perlu tekan sedikit pedal minyak utk dihidupkan atau dgn cara lain sy start utk kali kedua baru engine dpt dihidupkan...jika sy start utk sekali shja engine tdk dpt dihidupkan..perlu guna cara itu shja baru ok...
ReplyDeleteSalam. Saya fikir fuel pressure regulator pada sistem minyak petrol tidak berfungsi dengan baik. Saya sarankan saudara rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk mendapat maklumat lanjut.
DeleteAssalam...jam pada dashboard saya tiba2 mati. Selalunya diketuk2 akan menyala semula. Apa cadangan tuan menyelsaikan maaalah ini.
ReplyDeleteSalam. Saya fikir saudara perlu periksa penyambungan wayar pada meter cluster.Kemungkinan terdapat sambungan wayar yang longgar ataupun 'dry joint" solder pada papan litar meter cluster.
DeleteSaya menggunakan kereta waja engin mitsu...
ReplyDeleteAs salam saya guna waja thn 2002 , kenapa bila bg signal kanan atau kiri semua meter kat dashboard akan jadi turun naik ikut signal berkelip , ada short circuit ke , mohon pencerahan....
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa suis signal tersebut.Mungkin terdapat wayar yang pecah pada penebat dan bersentuhan lalu menyebabkan litar pada meter cluster turut terjejas.
Deleteassalam. bro. waja 2003 1.8 renault auto. 5 minit drive, lampu gearbox naik, terus drop 2nd gear, bila berhenti off enjin, restart boleh jalan normal.balik. hari2 macam tu
ReplyDeleteSalam.Jika lampu penunjuk gearbox menyala, menunjukkan terdapat masaalah pada electronic control system yang mengawal operasi gearbox. Langkah terbaik adalah melakukan diagnostic dengan scan tool di pusat service proton. Tindakan penyenggaraan selanjutnya adalah berpandukan maklumat yang didapati melalui scan tool. Tanpa scan tool, penyenggaraan tidak dapat dibuat dengan tepat.
Deleteterima kasih bro. nanti cari kedai yang ada buat scan tool.
Deletesaya ada try buat macam bro ajar. 1st time enjin off. lama sikit dari biasa baru lampu tu nyala. 2nd enjin on, setakat la 5 km tak nyala lampu tu. bawa lancar tak macam baru bawa masa amik dari kedai hari mula. terima kasih bro
Deletebro..tnya skit..proton waja cps auto bila sya masuk kan R trus enjin sentak kuat...knapa ya?help pls
ReplyDeletePeriksa dan pastikan paras minyak gearbox mencukupi. Warna minyak gearbox pula tidak kehitaman. Jika kedua-duanya baik, langkah seterusnya dengan menggunakan pressure gauge tertentu, periksa dan pastikan tekanan minyak hydraulic gearbox menepati specsifikasi yang ditetapkan pengeluar.
Deleteassalam bos..saya baru beli waja sekenhen tahun 2001 / auto..masalah die time bergerak pada kelajuan 110km/j ,tetiba gear seakan2 turun ke gear3 dalam seminit ,lepas tu die naik semula ke gear 4 tapi dekat meter mmg dlm 'D'..sedangkan masa tu saya tekan padel minyak biase je..xde niat nak memotong atau nak laju..klao perjalanan saya tu makan masa dua jam..sepanjang perjalanan die berlaku..minyak petrol kereta pon cepat abes...minyak gear baru tukar jenis proton 4 liter..tolong bantu..
ReplyDeleteSalam. Saya clutch slip ataupun tekanan minyak gearbox tidak normal..Saya sarankan diperiksa tekanan minyak gearbox dan bandingkan dengan spesifikasi dalam workshop manual. Lebih mudah untuk menjangka masalah yang berlaku berpandukan maklumat dari tekanan minyak gearbox yang didapati.
ReplyDeleteterima kasih bos koman..nanti saya akan ke kedai untuk check tekanan minyak..koman syor waja pakai minyak gear jenis cmne xpon brand ape? satu lagi ,jika clutch slip berlaku,adakah boleh di baiki dan anggaran kos baiki berapa?
DeleteGunakan minyak yang disyorkan oleh Proton iaitu ATF SP111. Biasanya kos untuk baiki bergantung kepada berapa banyak alatganti yang perlu ditukar. Untuk gearbox automatic kenderaan yang melebihi 10 tahun, kerja-kerja overhaul lebih sesuai dilakukan kerana banyak komponen yang sudah melebihi jangkahayat yang ditetapkan pengeluar.
DeleteAssalamulaikum dan selemat berpuasa.
ReplyDelete1st sekali nak ucap ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu bermanfaat dan semoga diterima Allah sebagai saham akhirat.
Tuan, saya guna kereta waja mitsu thn 2001.
Masalah 1:
Bila ON lampu kecemasan, hanya sebelah kanan sahaja nyala.
saya terpaksa bagi signal kiri untuk nyalakan seperti kecemasan.
Masalah 2:
Bila ON lampu spotlight, meter temperature naik mendadak.
bila OFF,termpreture kembali seperti biasa.
adakah kedua-dua masalah ini berpunca dari center console switch?
Mohon pandangan tuan.
terima kasih.
Salam. Saya fikir kemungkinan wayar ground salah satu lampu tertanggal menyebabkan litar tidak lengkap dan menyebabkan lampu tidak menyala. Cuba periksa pendawaian litar tersebut. Untuk lampu spotlight, saya fikir masaalah adalah sama iaitu terdapat sambungan wayar ground yang longgar dan menyebabkan terjadinya high resistance.
DeleteAssalam...sy nak tanya..sy guna waja campro tahun 06.
ReplyDeleteSy beli 2nd..yg menjadi persoalan kpd sy, setiap kali turun bukit, gear auto drop dr 4 kpd 3..tak kisah samada bukit tu tinggi atau rendah..utk mengelakkan ianya terjadi , sy mesti tekan minyak asa turun bukit..kalau sy lepaskan pedal minyak, mmg akan bertukar gear dari 4 kpd 3..
Apa masalahnya kpd gear kete sy?
Salam. Saya fikir cuba buat diagnosis dengan scan tool walaupun check engine light tidak menyala. Kemungkinan terdapat sensor ataupun solenoid valve yang tidak berfungsi.
DeleteSalam,
ReplyDeletewaja 1.6 saya ada masalah bila gear 1 tkar 2 dan 3 akn sentap / jerk dan akn stuck kt gear 3 dan lampu gear n berkelip.
boleh terangkan apa masalah yg saya hadapi dan cara membaiki nya ?
terima kasih
Salam. Oleh kerana lampu "N" telah berkelip semasa masaalah pada gearbox terjadi, langkah terbaik adalah dengah membuat diagnostic dengan scantool di Proton Service Center.. Pembaikan selanjutnya berdasarkan maklumat yang didapati melalui scantool. Saya fikir kemungkinan terdapat sensor ataupun solenoid valve yang bermasaalah.
DeleteBerapa anggaran kos untuk membaiki nya ? Bila problem nie berlaku, saya akan matikan enjin dan hidupkan semula. masalah tersebut okay sebentar tapi sejak kebelakangan ini kerap berlaku. scantool nie hanya proton service centre yg reliable atau boleh pegi ke pakar gearbox yg lain yg juga mempunyai scantool tersebut ?
DeleteTerima Kasih
Scantool yang sesuai untuk gearbox Waja adalah MUT-11. Biasaya hanya terdapat di Proton Service Center. Tanya dulu samada mereka memilikinya sebelum dibuat diagnostic. Sekarang Proton menggunakan PADT. Selain dari Proton Service Center, workshop luar juga yang memiliki scantool tetapi perlu pastikan boleh scan gearbox Waja.
DeleteSalam koman..ambe pakai waja 2002 auto.nk tanye kalau ambe pakai minyak auto toyota type T-IV ada masalah x nanti kat gearbox sebab haritu minyak auto ori proton xde stok..
ReplyDeleteSalam. Minyak gearbox auto dihasilkan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh pengeluar kereta. Penggunaan minyak gearbox auto yang tidak menepati spesifikasi pengeluar perlu dielakkan. Dalam jangkamasa panjang, minyak gearbox auto yang tidak menepati spesifikasi akan menimbulkan masaalah kepada gearbox.
DeleteSalam..sy pakai waja mitsu auto 4g18p..sy ade masalah..baru2 ni sy mmndu,tibe2 lmpu enjin hidup,trus enjin kete sy sangkut2 mcm nk mati..sy mati kn enjin..dlm 10 saat sy on kn knci..bile lmpu enjin tu padam sy hdup kn enjin..sy jln mcm biase..dlm 100 meter tu lmpu enjin menyala lg..enjin sangkut2 mcm td..hntr kdai tkr sensor dkt dgn timing belt tu,kuel api pn tkr,cuci throttle body pn same jgk,xboleh..last2 hntr g cek komputer..dlm 2 hari diaorg buat dh ok..jln mcm biase lh..dia ckp kmputer box sudah terbakar..dia program semule..semalm petang bnde tu jd semule..enjin sangkut2 bile isyarat enjin tu menyala..sy telepon w/shop yg buat tu..dia suruh dtg smule kt w/shop dia..mslh nye sy kt kampung mertua kat ganu..w/shop nye pulak kat subang (2) selangor.. sy plk xtw sgt masalah ni..boleh kah kira nya bro beritahu sy ape masalah kereta sy..sekian terima kasih..assalam
ReplyDeleteSalam. Saya fikir lebih baik kereta tersebut dihantar semula kepada workshop yang membaikinya sebelum ini. Cuba saudara berhubung dengan workshop tersebut dan tanyakan samaada mereka memiliki cawangan ataupun rakan workshop di Trengganu.
DeleteSalam...tq..dia tiada cwngan di terengganu..ade mekanik dtg cek..dia tukar plug baru..baru ok..xde masalah lg..cume dia suruh test bwk bnyk kali..pusing2 jalan..setakat ni tiada masalah..
Deletesalam tuan,sy br beli gen2 auto 1.6.thn 2004,ade mslh mase start bwk kete..dr gear 1 ke 2 normal...kdg2.. mase nk tkr dr 1 ke 2..terus masuk ke gear 3..terase sentap..br2 ni gearbox leaking,tp sy tgok kat bhg bwh gear box..warna mnyk stil normal x hitam..pd pndpt tuan..selain oil seal dan gasket yg perlu ditukar...auto filter perlu x ditukar skali?
ReplyDeleteSalam. Saya fikir gearbox tersebut perlu dibuat pemeriksaan tekanan minyak hydraulic dengan menggunakan pressure gauge. Hasil ujian tersebut perlu dibandingkan dengan spesifikasi tekanan yang ditetapkan pengeluar yang boleh didapati di dalam service manual. Berpandukan ujian tersebut barulah dapat ditentukan komponen yang bermasaalah.
ReplyDeleteSalam..saya guna mit pajero 2.8 auto japan spec yg 2 bateri..nak tanya kenapa bila gerak sampai gear terakhir akan bertukar balik dn asik bertukar2 bila ada bukit skt..bila jln lurus ok dan bila tekan minyak skt je dah bertukar..mcm terlalu sensitif pulak rasa..minyak gear dah tukar dgn filter sekali..1 hari je ok pastu mula balik masalah asik bertukar2 gear..kenapa boss ape yg perlu dilakukan..
ReplyDeleteCuba periksa cable gear samaada dilaraskan dengan betul.Kadang-kadang cable gear yang tidak cukup tegang boleh menyebabkan masaalah tersebut.
DeleteTuan..adakah ini dikatakan slip gear?terima kasih atas jawapan tuan...
DeleteBiasanya jika clutch slip, keadaan minyak akan kelihatan kotor disebabkan habuk dari geseran clutch plate. Walaubagaimanapun, saya cadangkan saudara buat pemeriksaan tekanan minyak hydraulic gearbox tersebut. Itu adalah adalah standard procedure dalam penyenggaraan automatic gearbox. Berdasarkan tekanan tekanan tersebut barulah boleh dibuat penilaian bahagian gearbox yang bermasaalah.
Deleteasslm,saya nk tukar blm manual 1.6 ka auto.bolih tolong bgtau mcmne cara ya.ada recond atau swap tk kisah.tel no.0172552875
ReplyDeleteSalam. Saya fikir lebih baik saudara berurusan dengan workshop yang biasa mengendalikan kerja-kerja penukaran enjin kereta. Terdapat beberapa prosedure yang perlu dilakukan sebelum enjin ditukar.
DeleteSalam. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan masaalah tersebut berlaku. Kemungkinan kerosakan pada solenoid valve, line pressure tidak menepati spesifikasi ataupun valve body rosak. Operasi solenoid valve boleh diuji dengan scantool. Line pressure perlu diuji tekanan dengan pressure gauge. Valve body perlu dibuka dan dibersihkan.
ReplyDeleteAssalamualaikum. .sekiranya bateri kong terus slame 3 hr...bila tkr bateri..dn start cm biasa..lampu gear D berkelip walaupn gear dimasukkan di P/N...pnukaran gear ade sentakan ckit...nk ty
ReplyDelete1) blh bwk spti biasa ke
2) kos baik pulih
3) punca nye dr bateri kong ke
Sekian..terima kasih
Salam. Saya fikir masaalah tersebut bukan berpunca dari bateri yang rosak. Kemungkinan terdapat masaalah gearbox electronic control system. Adalah lebih baik jika diagnosis dengan scantool dibuat untuk mengenalpasti masaalah tersebut. Langkah pembaikan seterusnya adalah bergantung kepada hasil diagnosis.
ReplyDeleteMahal ke kos nye tuan...
ReplyDeleteKos scan dengan scan tool, tidaklah mahal. Selepas discan barulah dapat diketahui komponen yang perlu diganti dan kos sebenar yang terlibat yamg bergantung kepada jenis penyenggaraan yang dilakukan.
ReplyDeleteTumpang tanya... waja auto saya ada mslah apa bila gear di letak kan pada D . Kereta langsung tidak bergerak tp bila di letak kan pada R berfungsi pulak .. kembali kepada D. Tetap tidak mahu bergerak... kenapa ya... tq
ReplyDeleteCuba tanggalkan negartif battery terminal selaama 30 saat dan sesudah itu pasang kembali.Uji kereta samaada masaalah yang sama masih berulang. Jika tiada perubahan kemungkinan valve body bermasaalah dan perlu dibersihkan. Gunakan kaedah flash code atau scan tool untuk menentukan samaada terdapat masaalah pada elektronic control system.
DeleteAslmkm tuan,mtk tlg skit..1.enjin waja 2002 xle crank lgsng..btri,coil,plug,fuel pump dh tkar.
ReplyDelete2.air radiator tendang ke spare tank(jd penuh),sllu topup kt radiator..hrp sudi mmbantu
Salam. Masalah pada starting system. Oleh kerana bateri dalam keadaan baik, kemungkinan starter motor yang bermasaalah. Lain-lain masaalah adalah starter relay yang rosak, ignition suis yang rosak dan juga starter solenoid yang rosak. Perlu uji satu persatu. Masaalah air radiator yang susut. Kemungkinan cylinder head gasket sudah bocor. Untuk memastikannya perlu buat "compression test". Jika radiator cap rosak, masaalah tersebut juga boleh terjadi.
ReplyDeleteassalamualikum ... keta waja sy mengalami masalah gearbox... gear R jadi sentap.. manakala gear D 3 2 L menjadi berat dan lampu N berkelip2 ketika gear D-L dimasukan
ReplyDeleteharap dapat membantu saya.. baru2 ini saya ada tukar minyak gearbox
Deletesalam. Olehkerana lampu "N" telah berkelip, boleh gunakan kaedah flash code untuk menentukan maaalah yang berlaku pada elektronic control system. Untuk lebih mudah, ECU boleh dibuat diagnois dengan scan tool. Peneyenggaraan selanjutnya adalah berdasarkan maklumat yang didapati melalui scantool..
DeleteBiasanya maasalah yang dikesan melalui scan tool adalah 99.9% tepat. Walaubagaimanapun, aftermarket scan tool yang digunakan kadangkala adalah terbatas kemampuannya berbanding factory scan tool. Penggunaan factory scan tool seperti MUT-II lebih sesuai untuk melakukan diagnosis pada kereta Waja yang menggunakan enjin Mitsubishi. Maklumat “ transmission relay open circuit” menunjukkan kemungkinan voltage tidak sampai pada relay base menyebabkan relay tidak berfungsi. walaupun telah ditukar dengan yang baru. Dengan menggunakan multimeter , ukur voltage pada relay base untuk memastikan wayar tidak putus
DeleteSalam tuan sy ada guna waja 1.8 renault.signal gear kt meter tak menyala tpi bila masuk gear D jalan seperti biase bila benti kt trafik light tukar gear N engine idup dalam beberape minit signal N kat meter idup dgan signal auto idup skal mase tu bila masuk D gear jadi sentap dan bila nak gerak lambt dan gear sampai gear 3.bila off kuncu ob blik gear terus ok tpi signal tetap same x kuar kt meter
ReplyDeleteSalam. Saya fikir lebih baik gearbox tersebut dibuat pemerikaan dengan menggunakan can tool. Kemungkinan terdapat sensor ataupun solenoid valve yang bermasaalah..Jika didapati tiada maaalah melalui pemeriksaan dengan scan tool, perika pula tekanan minyak hydraulic dan pastikan tekanannya menepati spesifikai..
DeleteSalam.. Enjin waja auto 1.6 2002
ReplyDelete1.bila enjin baru hidup bawak terasa pickup dan berdezup.. Tapi bila enjin panas terasa lama kelamaan terasa lembab.. Terpaksa selalu drop ke gear 3 atau 2..
2.Tiada masalah ke jika selalu drop gear dari D ke 3 atau 2 bila kenderaan dipandu laju atau pun ketika memotong
Terim kasih tuan..
Salam.Saya fikir terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan terjadinya masaalah tereput. Masaalah pada enjin, kemungkinan iignition timing tidak betul. ataupun ignition coil bermasaalah. Fuel system yang bermasaalah juga boleh menyumbang perkara terebut..Perlu periksa sisitem pada enjin dan pastikan dalam keadaan baik.Kemungkinan masaalah pada gearbox pula, brake ataupun clutch dalam automatic gearbox sudah tidak berfungsi dengan baik.Tiada masaalah jika gear kerap diturunkan semasa hendak memotong. Walaubagaimanapun, masaalah sebenar perlu dikenalpasti dan dibaiki.
DeleteAssalam tuan.mohon pencerahan.waja 1.6 manual bila kereta bergerak speedometer x naik.apa punca dan cara nak selesaikan.terima kasih...
ReplyDeleteSalam. Kerosakan mungkin berlaku pada ECU, socket penyambung wayar elektrik ke combination meter, wayar elektrik ke combination meter (wire harness) terputus dan combination meter. Periksa komponen tersebut dan pastikan berada dalam keadaan baik.Pada combination meter circuit board mungkin terjadi dry joint dan perlu disolder semula.
DeleteSalam tuan...kenapa gear auto bila sampai 3 ke 4 tak masuk..kadang2 masuk sekejap pastu balik ke gear 3.selalu memang tak nak masuk gear 4..apa masalah dan masihkah boleh dibaiki..harap tuan beri penjelasan..terima kasih..
ReplyDeleteSalam.Saya fikir mungkin terdapat masaalah pada valve body yang mungkin menyebabkan masaalah tersebut.Minta mekanik bersihkan vavlve body sebagai langkah awal penyenggaraan.
DeleteSalam...tuan...saya baru amik waja auto tahun 2004 enjin mitsu 4g18...masalahnya bila enjin di hidupkan kereta seperti semput,macam tersedu2..adakah masalah plug kong ataupun masalah lain??bila kereta berjalan pon sama...rasa tersangkut2...harap dapat beri penjelasan..
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat.Gantikan fuel filter tersebut.Jika masaalah ama berulang, buat ujian fuel pressure. Jika fuel presure menepati speifikasi, test ignition system pula dengan spark tester ataupun timing light.
DeleteElok rujuk masalh ni di bengkel biasa ataupun di proton service centre??
DeleteElok rujuk masaalah tersebut di proton service centre kerana terdapat special tool untuk menguji masaalah tersebut berbanding bengkel biasa.
Deletesalam. tuan.... proton waja auto 4g18p saya mengalami masalah cuma gear R sahaja berfungsi. tapi bila sudah sejuk. semua gear berfungsi seperti biasa. minyak baru sahaja tukar. boleh bagi penjelasan tak
ReplyDeleteSalam.Saya fikir mungkin terdapat masaalah pada valve body ataupun underdrive solenoid valve.Minta mekanik bersihkan vavlve body sebagai langkah awal penyenggaraan. Uji juga operasi underdrive solenoid valve dengan menggunakan scan tool menentukannya dalam keadaan baik.
DeleteSalam..sy punya kereta waja 1.6 auto..dh 2 minggu rosak..sy anta 1st bengkel then tukar fuel pump..still x blh idup...ade crank tp xnk idup..pomen 1st bengkel tu xdpt punca..trus anta bengkel no 2...now pomen bengkel tu kata ecu problem...coz nk repair ecu 800..wiring 300..btol ke mmg ni mslh nye n btol ke harga yg pomen tu bg.
ReplyDeleteMlm ni sy col mintak kereta then die ckp xpe die anta rumah..bl sy pergi bengkel kereta xde..blh ke pomen jdkn kereta kt utk hal2 lain..mengarut..janji pkul 9 tp pkul 11 baru kete sampai umah..tengok2 pintu x blh lock,temperature kete naik n kipas ekon dh x bjalan..ape yg slh ni sy pun x tau...sgt2 stress skrg...
ReplyDelete