Proton Waja Fuel Pump Diagnosis With Oscilloscope Cara Koman

Old  Fuel Pump Waveform
Maker: Proton
Model : Proton Waja
Engine  : Mitsubishi 4G18P



New Fuel Pump Waveform

Proton Waja Engine Block Core Plug Replacement Cara Koman

Sekiranya kereta anda sudah lama digunakan, anda mungkin pernah mengalami masaalah core plug yang bocor dang menyebabkan coolant kereta anda berkurangan.

Anda mungkin boleh  mencuba langkah-langkah berikut untuk menggantikan core plug tersebut.

1.Buka exhaust manifold kereta anda sekiranya berkaitan dan keluarkan coolan kereta anda.

core plug yang bocor
2.Ketuk pada tengah core plug tersebut dengan menggunakan drive punch
keluarkan core plug

3.Seterusnya, ketuk pada tepi core plug tersebut sehingga beralih kedudukan dan gunakan grip plier untuk mencabut core plug tersebut.
4.Setelah berjaya dikeluarkan, bersihkan dan sapu high temperature silicone sealant pada core plug dan juga lubang pada engine block

sapu silicon sealant
 5.Untuk memasukkan kembali core plug tersebut, anda boleh membuat speacial tool dari komponen paip galvanise iron yang terdiri dari cap dan reducer  dengan saiz yang bersesuaian.

speacial tool
6.Setelah siap biarkan sealant pada core plug tersebut kering selama 24 jam..Anda juga boleh memasang core plug tersebut tanpa sealant.

siap pemasangan
 7.Sesudah itu, pasanglah kembali exhaust manifold dan isikan coolant didalam radiator.
8.Hidupkan kereta anda dan periksa core plug tersebut jika ada kebocoran coolant.



Alpha -N EFI


Terdapat  satu lagi sistem EFI yang digunakan pada kereta lumba yang dikenali dengan nama Alpha-N. Sistem ini mendapat input yang utama dari throttle position sensor dan crank position sensor. Throttle position sensor menghantar maklumat kedudukan sudut throttle plate (α - alpha) kepada ECM. Manakala crank position sensor pula menghantar maklumat kelajuan enjin   ( rpm- N). 

Sistem ini dibangunkan kerana enjin kereta lumba kerapkali beroperasi pada tahap idle dan separuh throttle. Keadaan ini menyebabkan manifold vacum yang dihasilkan adalah kecil dan tidak cukup untuk dibekalkan kepada MAP sensor. Sistem ini adalah kurang cekap jika dibandingkan dengan sistem EFI Speed Density ataupun Mass Air Flow. Penggunaan sistem EFI jenis ini menyebabkan emissi yang dikeluarkan kurang mesra alam sekitar.

Oleh kerana itu, sistem ini hanya digunakan pada kereta lumba kerana kosnya  yang murah untuk dibangunkan. Sekiranya terdapat MAP sensor pada sistem Alpha-N, fungsi MAP sensor tersebut hanya tertumpu kepada mengukur barometric pressure untuk mengesan perubahan tahap ketinggian. Oleh kerana jumlah kereta lumba yang tidak banyak , tiada masaalah system ini digunakan walaupun tidak mematuhi peraturan emisi sedia ada.


Proton Waja CPS Diagnosis With Oscilloscope Cara Koman

Crankshaft Position Sensor Waveform yang dilihat dengan menggunakan oscilloscope.


Kereta : Proton Waja 2000

Proton Waja Injector Diagnosis With Oscilloscope Cara Koman


saturated switch injector waveform



Waveform Injector di lihat dengan menggunakan oscilloscope dari kereta Proton Waja Tahun 2000.

Ganti Rocker Valve Cover Gasket Saga BLM Cara Koman

        Proton Saga BLM  kerap kali mengalami masaalah   minyak pelincir bocor pada rocker valve cover. Masaalah tersebut sering terjadi disebabkan gasket rocker valve cover tidak bertahan lama. Langkah berikut boleh dijadikan panduan untuk menggantikan gasket rocker valve cover tersebut .

1.Tanggalkan kabel negatif batery.


2.Buka rocker valve cover, camshaft sensor  dan upper timing belt cover sepenuhnya.


rocker cover telah dibuka

3.Keluarkan gasket  rocker valve cover.

4.Bersihkan minyak pelincir pada permukaan rocker valve cover  dan  rocker valve.

5.Periksa dan pastikan keadaan permukaan rocker valve cover  tidak retak.

6.Letakkan gasket sealant pada empat tempat di gasket dan masukkan gasket  pada groove yang terdapat di rocker valve cover.


letakkan gasket sealant pada gasket


7. Pada masa yang sama, letakkan gasket sealant  pada empat tempat seperti gambar berikut pada kedua-dua  camshaft: 

gasket sealant dilekatkan pada camshaft
8.Dalam masa 10 minit, pasang gasket rocker valve cover kerana gasket sealant cepat kering. Penggunaan gasket sealant dapat mengelakkan minyak pelincir bocor disebabkan gasket tidak rapat.

9.Gunakan gasket  rocker cover yang lama sebagai gasket alternatif pada upper timing belt cover. Untuk mengelakkan dari tertanggal, lekatkan  gasket rocker cover pada upper timing belt cover dengan gasket sealant


upper timing belt cover
10.Pasang kembali camshaft sensor dan battery negatif kabel.

11.Setelah selesai proses pemasangan, enjin hanya boleh dihidupkan selepas 1 jam untuk membolehkan gasket sealant kering. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik gasket sealant pada gasket rocker valve cover dibiarkan kering dalam tempoh 24 jam sebelum enjin dihidupkan.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...