Periksa Paras Minyak Pelincir Kereta Cara Koman

Penukaran minyak pelincir enjin kereta  merupakan salah satu rutin penyenggaraan.Samada dilakukan secara DIY ataupun oleh mekanik pusat service bertauliah, menentukan isipadu minyak pelincir yang betul didalam enjin adalah sangat mustahak. Seelok-eloknya pemeriksaan paras minyak pelincir di dalam enjin dilakukan waktu pagi ketika hampir semua minyak pelincir sudah turun ke dalam engine crankcase. Langkah berikut boleh dilakukan sebagai panduan.

1.Keluarkan  engine oil dipstick secara perlahan-lahan dan bersihkan dari minyak pelincir

2.Masukkan kembali engine oil dipstick seketika dan keluarkan semula.

3.Pastikan  paras minyak pelincir pada dipstick hendaklah berada di antara tanda low level dan high level. 


paras minyak pelincir

4. Sekiranya paras minyak pelincir berada melebihi paras  high level, sebahagian minyak pelincir perlu dikeluarkan ..Jika tidak, enjin tidak dapat bergerak dengan lancar disebabkan rintangan minyak pelincir pada engine crankshaft. Secara analoginya boleh dibandingkan dengan cara mendayung sampan. Jika dayung dimasukkan ke dalam air dengan lebih dalam, sampan akan terasa berat untuk didayung dan begitulah sebaliknya.

5.Sekiranya paras minyak pelincir dibawah low level, minyak pelincir perlu ditambah. Jika tidak, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan komponen enjin.

6.Bagi kereta yang menggunakan sistem EFI, sekiranya terdapat fuel injector  yang telah tersumbat, minyak petrol tidak dapat dipancit dengan sempurna.

7. Kesan dari itu, minyak petrol tersebut akan bercampur dengan  minyak pelincir dan seterusnya  isipadu minyak pelincir akan meningkat di dalam engine crankcase. Pada masa yang sama, minyak pelincir dikesan berbau minyak petrol. Percampuran yang berlaku akan menyebabkan kelikatan minyak pelincir berkurangan dan seterusnya merendahkan tekanan minyak pelincir. Keadaan ini boleh menyebabkan komponen-komponen enjin akan terdedah kepada risiko kerosakan yang serius.

8.Amalan pemeriksaan minyak pelincir secara individu merupakan satu langkah yang bijak dalam proses penyenggaraan kereta tidak kira tempat yang melakukan  penyenggaraan tersebut.

9.Jika penukaran minyak pelincir dilakukan, isikan kembali minyak pelincir sehingga tanda high level. Kemudian hidupkan enjin seketika dan matikan enjin. Tunggu seketika, dan periksa paras minyak pelincir. Biasanya minyak pelincir berada diantara tanda low level dan high level.


Warm-Up Enjin Kereta Cara Koman

Adalah perlu semua enjin dilakukan warm-up sebelum enjin dioperasikan sepenuhnya. Semasa menghidupkan enjin kereta setiap pagi, enjin hendaklah dibiarkan beroperasi seketika sebelum memulakan perjalanan. Enjin perlu mencapai suhu operasi iaitu  80°C untuk membolehkan minyak pelincir mengalir dengan sempurna ke komponen-komp[onen enjin yang memerlukan pelinciran. Ini dapat mengelakkan komponen enjin tersebut menghadapi masaalah "premature failures".Tidak kira samada enjin kereta  menggunakan sistem carburetor ataupun EFI kedua-dua jenis enjin perlu diwarm-up terlebih dahulu.

Pada enjin yang menggunakan sistem EFI, terdapat fungsi yang dinamakan fast idle-speed yang bertujuan untuk mempercepatkan proses warm-up enjin. Keadaan ini boleh diperhatikan semasa menghidupkan enjin EFI pada waktu pagi, RPM enjin akan naik sekitar 1500  dan kemudiannya  turun kepada RPM  idle speed yang ditetapkan secara perlahan-lahan.

Sekiranya enjin tidak diwarm-up, kelikatan minyak pelincir tidak berada pada  suhu operasi dan boleh menyebabkan pergerakan piston tidak lancar didalam liner  pada peringkat awal. Sungguhpun enjin akan mencapai suhu operasi secara perlahan-lahan sekiranya tidak diwarm-up, mengelakkan masaalah "premature failures" adalah satu langkah yang bijak

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...