Compression Test Enjin Sangkut Cara Koman

  Cara  mudah untuk mengetahui keadaan cylinder pressure yang rendah di dalam cylinder enjin adalah dengan melakukan compression test. Kaedah yang digunapakai untuk enjin sangkut ataupun enjin kereta adalah hampir sama. Terdapat 2 cara  compression test iaitu dry compression test dan wet compression test. 

Tekanan cylinder menjadi  rendah adalah disebabkan beberapa masaalah seperti berikut :

-Cylinder liner yang sudah haus
-Piston atau piston ring yang sudah haus
-Piston ring melekat pada piston ring groove
-Injap masuk atau  ekzos tertutup  tidak rapat 
-Gasket cylinder head bocor

Semasa ujian dilakukan, battery hendaklah dalam keadaan dicas sepenuhnya. Sebagai contoh, cara di bawah  digunakan untuk menguji compression pada  enjin sangkut Suzuki DF140 sebagai panduan.

Dry Compression Test

1. Hidupkan enjin  sangkut  sehingga mencapai suhu operasi dan      matikan enjin.
2. Keluarkan semua spark plug
3. Pasangkan compession tester pada lubang spark plug

compression tester siap dipasang
4. Tanggalkan sambungan wayar pada primary ignition coil.
5. Tanggalkan sambungan wayar pada semua fuel injector.

throttle cable
6. Tolak throttle lever untuk membuka throttle valve sepenuhnya      di dalam throttle body 
7. Crank enjin beberapa kali dan lihat pressure maksima yang        direkodkan  pada compresion tester
8. Bandingkan pressure yang diperolehi dengan spesifikasi            pressure yang ditetapkan oleh pengeluar 

Wet compression test tidak perlu dilakukan pada enjin sangkut kerana akan memberi hasil ujian yang tidak jauh berbeza dengan dry compression test.

Untuk mengetahui  tekanan cylinder yang rendah dengan lebih tepat adalah dengan membuat "cylinder leakdown test"








Periksa Kehilangan Coolant Cara Koman

Bagi enjin kereta yang pernah mengalami masaalah overheat, ,tahap kerosakan enjin. tersebut akan menjadi persoalan kepada pemandunya Masaalah yang sering timbul adalah, coolant di dalam radiator berkurangan tanpa disedari. Walaubagaimanapun, terdapat satu cara mudah untuk mengenalpasti masaalah kehilangan coolant tersebut. Seelok-eloknya ujian ini dilakukan diwaktu pagi semasa enjin kereta masih sejuk .Proses ini  memerlukan seorang pembantu.

1.Buka penutup radiator dan isikan coolant (air) jika berkurangan sehingga penuh.

2.Tutup lubang isian coolant dengan bekas lutsinar( botol air mineral) bertujuan untuk mengelakkan coolant menyembur keluar.

radiator  fill
3.Hidupkan kereta dan perhatikan jika coolant menyembur keluar melalui lubang isian pada radiator. Sekiranya coolant menyembur keluar, bermakna cylinder head enjin telah bengkok dan perlu dimesin sehingga rata mengikut spesifikasi pengeluar.

4. Jika tiada coolant menyembur keluar, bukan bermakna semuanya dalam keadaan baik dan kaedah yang lebih professional perlu dilakukan. Untuk tujuan itu, compression test perlu dilakukan supaya dapat menentukan compression pressure cylinder engine.

Secara teori, cylinder head yang bengkok menyebabkan terdapat kelegaan diantaranya dengan engine block. Semasa enjin tidak dihidupkan. cylinder gasket masih lagi dapat menahan tekanan coolant. dan disebabkan itu tiada berlakunya percampuran coolant dengan minyak pelincir di dalam oil pan.

Apabila enjin dihidupkan, tekanan di dalam cylinder akan meningkat dan seterusnya tekanan tersebut melepasi cylinder head gasket. Tekanan yang panas tersebut akan melalui lubang-lubang coolant pada cylinder head dan cylinder block engine. Suhu coolant di dalam engine jacket dan radiator juga akan meningkat dengan mengejut. Setelah suhu coolant di dalam radiotar melebihi tekanan 0.9 Kg/cm² , radiator cap akan melepaskan tekanan tersebut ke dalam reserve tank. Pendidihan coolant yang berterusan berlaku di dalam reserve tank dan di situ coolant akan keluar melalui drain hose lalu terbuang ke persekitaran Kehilangan coolant selepas overheat bukanlah sesuatu yang misteri.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...