Bersih Throttle Body Proton Waja Cara Koman

      Kereta Proton Waja yang dipasang enjin Mitsubishi masih lagi  menggunakan mekanikal throttle body. Selain penukaran air cleaner, throttle body enjin kereta juga perlu dibersihkan untuk memberi pretasi yang optimun pada kereta yang digunakan. Untuk tujuan tersebut, langkah-langkah berikut boleh dilakukan.


throttle body Proton Waja
1.Keluarkan air cleaner trunking 
2.Spray throttle body cleaner pada kain yang bersih
3.Gunakan kain tersebut untuk membersihkan ruang di antara throttle valve dengan throttle body housing serta bahagian dalam throttle body. Kotoran yang melekatkan pada ruang throttle valve akan mengurangkankan udara masuk ke dalam cylinder enjin. Kurang udara yang masuk, kuranglah minyak petrol yang dipancitkan oleh injector melalui kawalan ECU.

ISC motor dikeluarkan
4.Buka  bolt pengikat  dan keluarkan ISC motor.
5.Bersihkan  hujung  pintle  ISC Motor serta lubang yang menempatkan ISC Motor.
6.Pasangkan kembali  ISC motor dan air cleaner trunking
7.Tanggalkan kabel negative battery selama 30 saat untuk reset ECU.
8.Hidupkan enjin kereta dan tekan accelerator pedal  secara mengejut untuk menilai pretasi enjin.

Selenggara Fuel Injector Cara Koman

      Jika dirujuk pada workshop manual enjin sangkut, tiada ujian khusus yang dinyatakan bagi kerja-kerja menyenggara fuel injector. Kerja-kerja penyengaraan yang dinyatakan hanyalah ujian rintangan. Walaubagaimanapun, terdapat peralatan khusus yang boleh digunapakai untuk menyenggara fuel injector iaitu Injector Cleaner & Tester. Dengan adanya peralatan tersebut kerja-kerja menyenggara fuel injector menjadi lebih mudah.


Injector Cleaner & Tester
ujian  yang boleh dibuat

injector enjin sangkut Yamaha sedang diuji

proses ultrasonic cleaning

leakage test

spray pattern test

Setelah fuel injector didapati melepasi ujian  yang ditetapkan, jangan lupa gantikan micro filter seperti disini    .


Ganti Micro Filter Fuel Injector Enjin Sangkut Cara Koman

     Salah satu komponen yang penting di dalam sistem pancitan bahanapi elektronik adalah fuel injector. Masaalah yang sering berlaku pada fuel injector yang digunakan pada enjin sangkut adalah tersumbat. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, pergerakan enjin sangkut akan bergerak tidak lancar. Pada masa yang sama tiada fault codes yang dikeluarkan. Perkara ini menyukarkan kerja-kerja mengenalpasti masaalah tersebut walaupun menggunakan scantool.

Untuk menyenggara fuel injector yang tersumbat, langkah  terbaik adalah dengan menghantar ke bengkel yang memiliki peralatan khusus untuk membuat penyenggaraan fuel injector. Walaubagaimanapun, terdapat satu komponen di dalam fuel injector yang seringkali terlepas pandang untuk diganti iaitu micro filter.  Ini disebabkan micro filter yang asli sukar didapati dan sebagai gantian, universal micro filter digunakan . Kelemahan universal micro filter adalah kerana mempunyai luas permukaan dan saiz  yang lebih  kecil. Pembelian micro filter boleh dibuat secara dalam talian. 

Langkah berikut boleh dijadi panduan untuk mengganti micro filter fuel injector dengan menggunakan fuel injector enjin sangkut  sebagai contoh.

1. Gunakan bolt extractor  yang mempunyai left-hand thread.

tool
2. Fuel injector sebelum dikeluarkan micro filter.

micro filter didalam injector
3. Apitkan bolt extractor pada ragum dengan kuat.

proses mengeluarkan micro filter
4. Pusingkan fuel injector melawan pusingan jam sambil mengoyang serta menarik  fuel injector tersebut sehingga micro filter berjaya dikeluarkan.

micro filter
5. Periksa fuel injector tersebut sekiranya terdapat kekotoran yang masih tertinggal.

injector sesudah dikeluarkan micro filter

6. Dapatkan micro filter yang sesuai dan masukkan kedalam injector lalu diketuk dengan gandin getah.


micro filter universal & OEM
Kaedah di atas boleh juga digunakan untuk menggantikan micro filter fuel injector yang digunakan oleh enjin kereta.


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...