Testing Fius Proton Saga BLM Cara Koman

       Fius yang digunakan di dalam litar elektrik kenderaan boleh diuji dengan  multimeter untuk menentukan keadaannnya samaada masih baik ataupun telah rosak. Walaubagaimanapun, fius tersebut perlu dikeluarkan dari kotak fius untuk mengujinya. Namun begitu, penggunaan test light adalah lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan fius dari kotak fius. Kaedah berikut boleh dijadikan panduan.

1. Buka penutup kotak fius untuk mendedahkan fius yang terpasang. Jika dilihat pada kedudukan fius, kaki yang hendak diuji adalah sangat kecil. Justeru itu, penggunaan test light yang hujungnya ditajamkan akan memudahkan kerja-kerja pengujian.


kedua-dua kaki dalam bulatan akan diuji

2. Sambungkan klip buaya test light kepada engine ground ataupun terminal negative battery. Manakala, hujung positive test light disambungkan kepada terminal positive battery. Pastikan  test light tersebut keadaan baik dan menyala.


test light sedang diuji

3. Uji salah satu kaki fius.

salah satu kaki fius sedang diuji
4. Uji kaki fius yang satu lagi.

kaki fius yang selebihnya diuji
5. Kesimpulan hasil ujian adalah seperti berikut.

- Jika kedua-dua kaki fius diuji dan  kedua-duanya membolehkan  test light menyala, fius dalam keadaan baik.
- Jika  kedua-dua kaki fius diuji dan test light tidak menyala, bukan bermakna  fius telah rosak. Litar fius yang diuji tersebut perlu di"on"kan  terlebih dahulu untuk membolehkan arus elektrik mengalir. Sebagai contoh, fius lampu headlamp tidak akan membolehkan test light  menyala pada kedua-dua belah kaki fius jika tidak di"on"kan.
-Jika hanya satu kaki fius membolehkan  test light menyala manakala satu lagi kaki fius menyebabkan test light tidak menyala,  fius dalam keadaan rosak.

DIY Computer Safe Automotive Test Light Cara Koman

   Test light merupakan peralatan yang digunakan untuk menentukan   voltage pada sesuatu litar elektrik kenderaan. Sungguhpun kurang tepat, penggunaan test light sangat diperlukan oleh para  mekanik. Penggunaan test light yang betul sangat  kritikal untuk mengelakkan kerosakan kepada komponen elektronik yang digunakan oleh ECU. Test light yang  mempunyai mentol   menggunakan  arus yang tinggi dan tidak digalakkan untuk digunakan menguji sistem elektronik kenderaan seperti fuel injector drive circuit. Jika hanya digunakan untuk menguji fius tiada masaalah untuk dilakukan ujian tersebut. 

Test light yang menggunakan LED sewajarnya digunapakai berbanding test  light yang menggunakan mentol. Selain dari dibeli, test light yang menggunakan LED juga boleh juga dibuat sendiri. Komponen-komponen yang diperlukan yang diperlukan  untuk membuat test light tersebut adalah seperti berikut :

1 nos  3V LED (merah)
1 nos  auto cable 
1 nos alligator clip
1 nos 470 ohm resistor
1 nos  240V ac test pen

komponen test light

Cara-cara untuk membuat  test light tersebut adalah seperti berikut :

1 .Dapatkan  satu  AC test pen yang bersesuaian.

ac test pen

2.Tebuk lubang pada penutup test pen menggunakan saiz mata gerudi yang sama dengan  diameter  auto cable  dan keluarkan  komponen  yang berada di dalam  test pen tersebut.

komponen test pen dikeluarkan

3. Mentol dan resistor yang berada di dalam test pen diasingkan kerana tidak digunakan lagi.

mentol dan resistor diasingkan

4. Solder katod (kaki pendek) kaki LED dengan auto cable yang bersambung dengan alligator clip.

LED disolder

5. Solder anod (kaki panjang) kaki LED dengan resistor dan masukkan kedalam kelonsong plastik yang diambil dari test pen.

LED didalam kelonsong plastik

6. Seterusnya masukkan kelongsong plastik tersebut ke dalam test pen yang telah dikosongkan isi kandungannya. Siaplah sudah test light yang dibuat sendiri.

dc test light yang siap

7. Sambungkan negative test probe multimeter kepada terminal negative battery dan seterusnya sambungkan multimeter yang disetkan pada julat 10 A dengan sambungan secara siri. Alligator clip pada test light  hendaklah disambung kepada positive test probe multimeter. Uji test light tersebut.

test light sedang diuji

8.Test light sebagai beban, hanya menggunakan arus elektrik sebanyak 16mA ataupun 0.016A. Arus tersebut adalah sangat kecil dan dapat mengelakkan kerosakan komponen elektronik didalam ECU.

bacaan arus test light

9.Test light tersebut dapat digunakan untuk menguji fius, kehadiran voltage, bypass solenoid ataupun fuel injector drive circuit. Hujung test light tersebut hendaklah ditajamkam untuk memudahkan menguji komponen yang kecil. Alligator clip pada test light hendaklah disambungkan pada negative battery terminal ataupun engine ground.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...