Periksa Alternator Proton Saga BLM Cara Koman

      Terdapat cara mudah untuk memeriksa alternator tanpa peralatan yang canggih. Hanya   multimeter yang diperlukan untuk memeriksa alternator yang bermasaalah. Langkah berikut boleh dilakukan untuk dijadikan panduan.

1.Laraskan multimeter pada julat Volt DC dan letakkan probe merah multimeter pada positive bateri terminal manakala probe hitam multimeter pada negative bateri terminal.

mengukur voltage bateri
2.Ukur bacaan voltage bateri. Bacaan yang didapati adalah 12.32 V. Bacaan bateri yang baik adalah 12.6 V.

voltage bateri sediaada
3.Hidupkan enjin kereta dan pada ketika ini voltage akan meningkat melebihi bacaan voltage bateri. Bacaan voltage yang diperolehi pada multimeter untuk alternator yang dalam keadaan baik adalah diantara 13.5Volt dan 14.5Volt. 

bacaan voltage bateri semasa enjin dihidupkan
4.Pada masa yang sama perhatikan lampu yang mempunyai simbol bateri pada meter kereta. Lampu tersebut akan terpadam semasa enjin  dihidupkan yang menunjukkan alternator dalam keadaan baik.

lampu penunjuk alternator
5.Hidupkan peralatan seperti penyaman udara, lampu, radio serta wiper dan perhatikan bacaan voltage pada  multimeter. Sekiranya voltage pada multimeter  tidak berubah dan stabil diantara 13.5Volt  dan 14.5 Volt DC, ini menunjukkan alternator dalam keadaan baik. Jika voltage semakin menurun dari 12.3Volt iaitu voltage bateri yang diukur pada permulaan setelah peralatan tambahan dihidupkan, ini menunjukkan alternator tidak mengecas bateri.Semakin banyak peralatan dihidupkan, voltage bateri akan semakin menurun.

Berdasarkan pengalaman, alternator yang mampu mengecas bateri biasanya boleh disentuh dengan tangan pada housing dan rasanya tidak begitu panas (suam). Jika berasa panas hingga tidak boleh disentuh, menunjukkan alternator tersebut telah berlaku litar pintas. Jika sejuk, alternator tersebut tidak boleh mengecas..

Baiki Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman

    Sungguhpun ETB boleh dibersihkan secara insitu, ETB juga boleh diselenggara dengan lebih terperinci lagi sekiranya tiada pilihan dan perlu mengganti ETB dengan yang baru. TIdak salah mencuba untuk membuat penyenggaraan menyeluruh ETB daripada dibiarkan terbuang begitu sahaja. Ini bermakna ETB perlu dikeluarkan dari kedudukan sediaada. Perkara paling penting sekali semasa membuat penyenggaraan tersebut adalah dengan memastikan kabel negatif pada bateri hendaklah ditanggalkan. 

  Apabila  kabel tersebut dikeluarkan, ECU tidak mendapat bekalan kuasa dan berada di dalam mode off. Pada ketika ini, ECU tidak menyedari sebarang perubahan yang berlaku. Sekiranya ECU berada dalam keadaan mode on dan ETB ditanggalkan , ECU akan merakam di dalam memori sebagai "FAULT CODE". Masaalah akan timbul semasa enjin dihidupkan selepas kerja penyenggaraan. Dibawah ini disertakan beberapa link yang boleh dijadikan panduan untuk penyenggaraan menyeluruh ETB. Walaupun dari segi fizikal ETB terdapat sedikit perbezaan tetapi DNA adalah masih sama.

1.Benz

2.VW

Penyenggaraan ETB tidaklah begitu sukar sebagaimana yang disangka dan mampu dilakukan sendiri jika  ada keyakinan dan kemahuan.

Bersih Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman

     Pada kebiasaannya, kebanyakan kereta menggunakan kovensional throttle body untuk mengawal udara yang masuk  ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak petrol  seterusnya dibakar oleh  palam pencucuh. Kebelakangan ini, kebanyakan kereta telah beralih kepada  pengguanaan electronic throttle body (ETB). Pengunaan sistem ini menyebabkan tiada lagi sambungan secara mekanikal diantara  throttle valve dengan accelerator pedal. Sambungan  yang ada hanyalah sambungan melalui wayar elektrik. Electronic Throttle Body (ETB) adalah salah satu komponen yang terdapat pada Electronic Throttle Control sistem . Ia  juga disebut dengan nama drive by wire berasaskan teknoloji yang digunapakai di dalam kapalterbang yang dikenali sebagai fly by wire. Throttle valve di dalam  Electronic Throttle Body dibuka dan ditutup  oleh throttle valve motor yang dikawal oleh ECU
    Kereta  keluaran Proton seperti Waja Campro, Saga BLM dan juga Persona menggunakan sistem ini.  Pada  Electronic Throttle Body biasanya  dua perkara tidak  dipasang iaitu :

1.  Speed Adjusting Screw 


2.  Idle Speed Control  Motor

Pada dasarnya, Throttle Position Sensor adalah sebuah Potensionmeter. Walaupun Throttle Position Sensor tidak dipasang pada ETB  secara fizikal, fungsi tersebut telah diambil alih oleh Potensionmeter yang dipasang secara bersepadu didalam  ETB untuk menentukan kedudukan throttle valve. Idle speed pada ETC system pula, telah ditetapkan oleh ECU. Sebagaimana  kovensional throttle body, ElectronicThrottle Body juga akan bermasaalah jika didalamnya kotor. Untuk membersihkan ETB secara insitu, langkah berikut boleh dilakukan dengan menggunakan ETB  kereta  Proton Saga BLM sebagai contoh.

1.Tanggalkan air cleaner trunking dan akan kelihatan throttle valve yang berada dalam keadaan tertutup. Keadaan ini bukanlah bermakna throttle valve  tertutup sepenuhnya. Sebenarnya throttle valve tetap terbuka dengan kecondongan sudut di antara 3-5 darjah. Kalau dilihat simbol throttle valve  pada carburetor ataupun throttle body dalam lukisan, throttle valve dilukis dalam dalam keadaan condong. Jika throttle valve tertutup sepenuhnya, tiadalah udara akan memasuki enjin. Tiada udara masuk maka tiadalah minyak petrol dipancitkan oleh injector. Apabila kekotoran terkumpul diantara throttle valve, dan throttle body housing, ruang di aakantaranya semakin kecil dan udara yang masuk akan berkurangan. Jangan sesekali menutup ruang tersebut kerana ia bukannya kerosakan throttle valve yang telah menjadi renggang. Ia digunakan sebagai laluan untuk  udara masuk semasa idling apabila throttle valve ditakrifkan dalam keadaan tertutup.

 
bahagian yang perlu dibersihkan
2. Seorang pembantu diperlukan untuk memijak accelerator pedal sampai rapat ke  lantai dan “on”kan kunci kereta tersebut.
 
throttle valve tertutup
3.Apabila kunci di“on”kan dan accelarator pedal dipijak pada masa yang sama, throttle valve akan terbuka serta merta. Pada ketika inilah bahagian atas dan bawah celahan throttle valve di dalam  ETB dibersihkan. Masa yang ada hanyalah lebih kurang 8 saat. Kemudian  throttle valve  akan tertutup semula. Sembur dengan throttle body cleaner dan bersihkan dengan kain, Sebagai alternatif, gunakan putik kapas yang dicelup dengan minyak petrol untuk membersihkan bahagian yang terbuka tersebut. Jangan gunakan jari untuk mencuci bahagian tersebut. Jari boleh putus jika tersepit dicelah throttle valve akibat torque yang dihasilkan oleh throttle valve motor.
 
throttle valve terbuka penuh
4.Setelah dibersihkan pasang kembali  air cleaner trunking dan hidupkan enjin kereta untuk menilai keadaan enjin.

Penjelasan Operasi

Semasa kunci kereta di”off”kan, throttle valve tidak akan terbuka walaupun accelerator pedal  dipijak. Keadaan ini oleh dilihat jika air cleaner trunking tidak dipasang lagi. Setelah kunci  di “on”kan ,  throttle valve serta merta akan terbuka dan bunyi throttle valve terbuka  akan kedengaran . Ini disebabkan   ECU mendapat isyarat dari accelerator pedal sensor  untuk  membuka   throttle valve.

Setelah lebih kurang 8 saat, throttle valve akan tertutup semula dan sekali lagi bunyi throttle valve tertutup akan kedengaran . Penutupan ini dilakukan oleh ECU apabila mendapat isyarat dari Neutral Switch dan Crank Position Sensor. ECU mengesan isyarat dari Neutral Switch yang berada dalam keadaan "on" yang bermaksud gearbox dalam keadaan "neutral" dan ini bermakna kereta tidak bergerak. Manakala  Potensiometer  pula memberi isyarat throttle valve terbuka penuh. Secara lojiknya throttle valve tidak perlu dalam keadaan terbuka penuh jika kereta tidak bergerak.

Pada masa yang sama, ECU pula mengesan isyarat enjin yang tidak berpusing  dari   Crank Position Sensor  . Logiknya jika  throttle valve terbuka penuh, enjin akan berpusing pada kelajuan tinggi. Berpandukan isyarat  tersebut maka ECU menutup throttle valve setelah didapati enjin tidak berpusing. Dalam ertikata yang lain, tipuhelah diperlukan untuk memaksa ECU membuka throttle valve yang tertutup  jika enjin tidak dihidupkan.


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...