Memahami Relay Proton Saga BLM Cara Koman

        Relay merupakan sejenis suis yang menggunakan litar arus kecil untuk menghidupkan litar yang mempunyai arus yang besar di dalam kenderaan. Adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri relay yang diguna pakai supaya memudahkankan kerja-kerja mengenalpasti kerosakan di dalam sesuatu litar. Bukan mudah untuk mendapatkan litar pendawaian sesebuah kenderaan kerana  hanya dibekalkan kepada dealer sesuatu jenama kenderaan.

relay di dalam kotak fius
Untuk mengenalpasti relay tersebut, keluarkan relay dari kotak fius dan lihat nombor siri yang berada di sebelah luar relay tersebut. Sebagai contoh, relay dibawah merupakan relay fuel pump kereta Proton Saga BLM. Nombor  siri yang tertera di relay tersebut adalah seperti berikut  : V23074-A1001-A402

nombor  siri relay
Dengan mengunakan nombor siri itu, buat carian di internet datasheet relay tersebut. Datasheet relay tersebut boleh di perolehi disini .Dengan mengunakan rujukan dari datasheet, maklumat serta spesifikasi  relay tersebut dapat dikenalpasti dengan mudah.



Maklumat dari  datasheet menunjukkan relay adalah dari jenis Plug In Micro Relays. Keupayaan menampung arus elektrik pada relay tersebut adalah 25 amp @85 darjah Celcius. Relay tersebut juga dipasang resistor untuk mengelakkan voltage spike. Pin #3 dan pin#5 merupakan litar bekalan kuasa ke fuel pump. Pin #1 dan pin #2 merupakan pin litar kawalan

Testing Ignition Coil Proton Waja Cara Koman

     Selain dari menggunakan spark tester untuk menguji ignition coil, terdapat satu lagi cara khusus untuk menguji ignition coil kereta Proton Waja. Oleh kerana di dalam ignition coil Proton Waja terdapat power transistor yang dipasang secara terbina dalam, langkah pengujian berikut perlu dilakukan.

1.Ignition coil sedia ada perlu dikeluarkan dari cylinder head.

ignition coil dikeluarkan
2.Di dalam ujian ini, analog multimeter  digunakan untuk menguji bahagian primary ignition coil. Pada primary coil terdapat pin yang dinomborkan seperti yang tertera dalam gambar.

pin pada bahagian primary ignition coil
3.Multimeter perlu disetkan pada julat ohm.Probe negative multimeter hendaklah disambungkan pada pin #1. Probe positive multimeter pula disambungkan pada pin #2.

sambungan probe multimeter
4.Sebiji sel kering 1.5V  juga diperlukan dalam ujian ini yang lengkap dengan wire .

sel kering 1.5V
5.Seterusnya, sambungkan wire positive sel kering ke pin # 3. Wire negative  sel kering pula disambungkan ke pin # 2. Proses ujian ini hendaklah dilakukan dengan cepat dan dibuat tidak melebihi 10 saat. JIka dibuat melebihi 10 saat, transistor di dalam ignition coil akan mengalami kerosakan.

sambungan lengkap multimeter dan sel kering
6.Jika ignition coil dalam keadaan baik, jarum penunjuk multimeter akan begerak ke kanan (continuity)  seperti di dalam gambar dibawah. Jika jarum multimeter tidak bergerak menunjukkan power transistor di dalam ignition coil telah rosak.

bacaan continuity multimeter
7.Satu lagi ujian yang perlu dilakukan adalah dengan menguji rintangan bahagian secondary ignition coil. Digital multimeter digunakan pada ujian ini dan disetkan pada julat . Probe positive dan negative multimeter hendaklah disambung pada high voltage terminal ignition coil.

pengukuran rintangan bahagian secondary ignition coil
6.Bacaan rintangan secondary coil yang baik adalah  di antara 14 - 21k. Ignition coil yang diuji menunjukkan bacaan rintangan sebanyak 10.71kdan berada di luar spesifikasi yang disyorkan pengeluar. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan ignition coil tersebut tidak boleh digunakan sungguhpun berjaya melepasi ujian pada power transistor.
bacaan rintangan secondary coil yang didapati rosak
7.Ujian diatas adalah untuk menguji ignition coil bagi  Proton Waja yang menggunakan enjin 4G18 Mitsubishi.

Ganti Serpentine Belt Proton Saga BLM Cara Koman

  Setelah mengenalpasti keadaan serpentine belt yang retak, penggantian perlulah dilakukan dengan segera.Proses untuk menggantikan serpentine belt tersebut tidaklah begitu sukar. Serpentine belt pada Saga BLM digunakan untuk memusingkan  waterpump, alternator, power steering pump dan aircond compressor melalui crankshaft pulley. Sebelum serpentine belt diganti, gunakan digital camera untuk mengambil gambar laluan serpentine belt supaya dapat memudahkan kerja penggantian. Lukis semula laluan serpentine belt jika perlu. Oleh kerana serpentine belt tensioner juga akan turut terlibat , periksalah keadaannya semasa enjin sedang hidup.Jika serpentine belt tensioner dilihat bergoyang-goyang semasa enjin sedang hidup, maka ianya juga perlu diganti. Kaedah berikut boleh dijadikan panduan untuk menggantikan serpentine belt Proton saga BLM ataupun untuk enjin CAMPRO.

1.Langkah pertama adalah dengan meletakkan kereta bahagian depan di atas jack stand. Seterusnya adalah memusingkan steering kebahagian kanan bertujuan memberi ruang kerja yang lebih luas pada bahagian tayar sebelah kanan. Gunakan peralatan yang bersesuaian untuk mengendurkan tegangan serpentine belt. Terdapat special service tool yang boleh dibeli untuk memudahkan kerja menggantikan serpentine belt. Pada serpentine belt tensioner, terdapat satu lubang khas  yang boleh digunakan untuk memasang special service tool. 


breaker bar berada di  lubang khas tensioner
2.Dalam proses ini, breaker bar digunakan sebagai alternatif walaupun sedikit sukar. Oleh kerana ruang yang sempit, handle breaker bar perlu dileraikan terlebih dahulu. Setelah breaker bar drive head dimasukkan ke dalam lubang khas pada serpentine belt tensioner, barulah handle breaker bar dipasang semula.

breaker bar dileraikan
3.Setelah breaker bar berada pada lubang khas serpentine belt tensioner, tekan breaker bar kearah lawan jam. Pada ketika ini, serpentine belt akan menjadi kendur dan boleh ditanggalkan dari  pulley peralatan yang terlibat dengan mudah.

serpentine belt lama dalam proses dikeluarkan
4.Serpentine belt masih  tidak boleh dikeluarkan  lagi kerana terhalang oleh bolt yang mengikat serpentine belt tensioner. Pada serpentine belt tensioner terdapat 2 bolt yang perlu dibuka. Bolt pada bahagian bawah serpentine belt tensioner dibuka sepenuhnya dan perlu dikeluarkan dengan menggunakan socket spanner 10mm. Bolt pada bahagian tengah serpentine belt tensioner pula hanya perlu dilonggarkan menggunakan socket spanner 13mm untuk membolehkan serpentine belt dikeluarkan.

bolt bahagian bawah tensioner
5.Setelah serpentine belt yang lama dikeluarkan, masukkan serpentine belt yang baru. Periksa laluan pemasangan  serpentine belt berpandukan gambar yang diambil sebelumnya. Seterusnya ikat semula 2  bolt yang mengikat serpentine belt tensioner.

serpentine belt yang baru
6.Untuk menempatkan serpentine belt pada kedudukan pulley dengan betul, sekali lagi serpentine belt tensioner perlu ditekan ke arah lawan jam. Setelah tegangan serpentine belt tensioner dkendurkan  barulah serpentine belt dapat dipasang dengan baik pada pulley peralatan yang terlibat. Setelah breaker bar dikeluarkan, hidupkan enjin kereta untuk menilai keadaan serpentine belt yang baru dipasang.

Periksa Serpentine Belt Proton Saga BLM Cara Koman

   Penukaran serpentine belt merupakan salah satu penyenggaraan berkala  yang tercatat di dalam buku panduan penggunaan kereta sebagaimana yang di syorkan oleh pihak pengeluar. Walaubagaimanapun, perkara tersebut sering terlepas pandang sekiranya penyenggaraan kereta  dilakukan secara DIY. Lama-kelamaan  serpentine belt tersebut akan menjadi kendur dan seterusnya akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan. Oleh itu, pemeriksaan yang lebih kerap perlu dilakukan untuk memastikan belting tersebut dalam keadaan baik. Kebiasaannya semasa proses  pemeriksaan, belting perlu dikeluarkan. Proses mengeluarkan belting tersebut agak menyulitkan dan memakan masa. Terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk memeriksa belting tanpa perlu dikeluarkan dari tempat sedia ada. Sebagai contoh, serpentine belt pada enjin Saga BLM boleh diperiksa tanpa dikeluarkan.

1.Gunakan lampu picit yang menggunakan LED dan mempunyai cahaya yang terang.
2.Suluh pada  bahagian bawah serpentine belt yang mengelilingi pulley alternator. Pada bahagian tersebut, serpentine belt mudah dilihat pada bahagian sebelah dalamnya.
serpentine belt
3.Cahaya dari lampu picit dapat memudahkan untuk mengesan jika terdapat kesan retak pada serpentine belt tersebut.
4.Gunakan scissor jack handle dan cangkuk bahagian bawah serpentine belt tersebut dan pada masa yang sama suluh dengan lampu picit. Kesan retak akan lebih mudah dilihat semasa sepentine belt tersebut dicangkuk ke atas.


serpentine belt dicangkuk ke atas
5.Kaedah ini boleh digunakan untuk memeriksa serpentine belt  enjin CAMPRO pada model kereta selain Saga BLM.

Periksa Neutral Switch Enjin Sangkut Suzuki DF300 Cara Koman

     Pada masa sekarang, hampir semua engine sangkut  telah dilengkapkan dengan keupayaan "Start in gear protection" yang bertujuan untuk menghalang enjin sangkut dihidupkan apabila gearbox dalam keadaan enggaged. Ia dikawal oleh ECM melalui maklumat yang dihantar oleh "Neutral Switch". Apabila gearbox dalam keadaan "Neutral", "Neutral Switch" akan menghantar signal "on" kepada ECM. manakala signal "off" akan dihantar  apabila gearbox  berada dalam keadaan "Forward" ataupun "Reverse". Jika "Neutral Switch". bermasaalah, starter motor  langsung tidak boleh dipusingkan . Langkah paling mudah jika hendak memeriksa keadaan "Neutral Switch" apabila starter motor tidak boleh dipusingkan adalah dengan menggunakan Suzuki Diagnosis System (SDS - scan tool). "Neutral Switch" adalah  berasal dari  "Limit Switch".

1. Sambungkan SDS seperti yang disaran oleh pengeluar.

proses  diagnosis enjin
2. Periksa service data  di dalam SDS. 


service data SDS
3. Jika data di dalam SDS menunjukan "Neutral Switch" dalam keadaan "off" tetapi gearbox  berada dalam  kedudukan  neutral, bermakna ia bermasaalah dan perlu diganti.

kedudukan neutral switch di enjin
4. Untuk mengesahkan kerosakan "Neutral Switch", ujian "continuity" perlu dilakukan. Semasa switch  tersebut ditekan dan terdapat bacaan "contuinity"  pada multimeter yang menunjukkan ianya dalam keadaan baik. Jika tiada  "contuinity", switch tersebut adalah rosak.

neutral switch  yang rosak
5. "Neutral Switch" di aktifkan secara mekanikal. Lama-kelamaan, proses on/off switch tersebut secara mekanikal akan merosakkannya.

bahagian switch yang rosak
6. Penggunaan SDS untuk mengesan kerosakan enjin sangat mustahak dan dapat mengelakkan  diagnosis yang tidak tepat.

SDS Interface

6. Selepas penggantian "Neutral Switch", bot dibuat ujian laut untuk menilai keupayaan enjin.

Suzuki DF300 in action
Engine : Suzuki DF300
Configuration : V6


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...