Relay merupakan sejenis suis yang menggunakan litar arus kecil untuk menghidupkan litar yang mempunyai arus yang besar di dalam kenderaan. Adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri relay yang diguna pakai supaya memudahkankan kerja-kerja mengenalpasti kerosakan di dalam sesuatu litar. Bukan mudah untuk mendapatkan litar pendawaian sesebuah kenderaan kerana hanya dibekalkan kepada dealer sesuatu jenama kenderaan.
relay di dalam kotak fius |
Untuk mengenalpasti relay tersebut, keluarkan relay dari kotak fius dan lihat nombor siri yang berada di sebelah luar relay tersebut. Sebagai contoh, relay dibawah merupakan relay fuel pump kereta Proton Saga BLM. Nombor siri yang tertera di relay tersebut adalah seperti berikut : V23074-A1001-A402
nombor siri relay |
Dengan mengunakan nombor siri itu, buat carian di internet datasheet relay tersebut. Datasheet relay tersebut boleh di perolehi disini .Dengan mengunakan rujukan dari datasheet, maklumat serta spesifikasi relay tersebut dapat dikenalpasti dengan mudah.
Maklumat dari datasheet menunjukkan relay adalah dari jenis Plug In Micro Relays. Keupayaan menampung arus elektrik pada relay tersebut adalah 25 amp @85 darjah Celcius. Relay tersebut juga dipasang resistor untuk mengelakkan voltage spike. Pin #3 dan pin#5 merupakan litar bekalan kuasa ke fuel pump. Pin #1 dan pin #2 merupakan pin litar kawalan
Maklumat dari datasheet menunjukkan relay adalah dari jenis Plug In Micro Relays. Keupayaan menampung arus elektrik pada relay tersebut adalah 25 amp @85 darjah Celcius. Relay tersebut juga dipasang resistor untuk mengelakkan voltage spike. Pin #3 dan pin#5 merupakan litar bekalan kuasa ke fuel pump. Pin #1 dan pin #2 merupakan pin litar kawalan
salam,
ReplyDeletesaya bercadang untuk menggunakan walbro 255lph menggantikan fuel pump oem sedia ada, perlukah saya menukar/menambah relay dan bagaimana.
harap dapat beri pencerahan.
Salam. Relay adalah magnetic switch. Menambah relay didalam litar bermakna menambah suis.Untuk memaang fuel pump Walbro, relay tambahan tidak perlu dipaang. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah socket penyambung wayar elektrik pada fuel pump mestilah sepadan. Disamping itu juga, saiz fuel pump perlu diambillkra supaya mudah dipasang.
DeleteTerima kasih atas pencerahan.
Deletesaya bercadang untuk menggunakan relay jenama Bosch menggantikan fuel pump relay asal Blm, Minta bantuan tuan untuk beri cadangan tentang spec relay bosch yang sesuai untuk blm yang menggunakan fuel pump walbro.
ReplyDeleteSpecsifikasi pada relay sediaada sudah mencukupi untuk menampung arus yang mengalir melalui fuel pump Walbro. Gunakan relay tersebut sebagai sample semasa hendak membeli relay jenama Bosch,
DeleteIni adalah code Bosh 0332017300 micro relay yang saya ingin gunakan.
Deletetak tau le sesuai atau tidak.
http://www.eccmec.it/wp-content/uploads/2012/05/Rel%C3%A8-Bosch.pdf
Terima kasih kerana membantu.
Semua relay adalah mempunyai spesifikasi yang standard dan dikeluarkan dari pengilang yang sama (OEM) walaupun jenama yang berbeza. Kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah sangat minima.
DeleteAssalam,
Deletekenapa bila pasang fuel regulator pada blm ada kedengaran bunyi berdesing . Bunyi ini amat jelas kedengaran dari dalam kereta.
Salam.Jika fuel presure regulator pada Saga BLM rosak, perlu digantikan dengan alatganti tulen yang lebih menepati specifikasi. Kemungkinan berlakunya pengaliran gelombang minyak petrol yang tidak terkawal di dalam fuel rail menyebabkan bunyi tersebut.Gunakan mechanic stetescope untuk mendengar bunyi yang terhasil pada fuel presure regulator dan gantikannya jika perlu.
DeleteKereta saya jenis saga blm (enjin cempro).feul pam tak berfungsi dan pomen mengatakan dari main suis. Dah tukar relay masih juga bermasalah dan tak berfungsi
ReplyDeleteSalam. Bekalan kuasa 12V akan didapati pada fuel pump jika enjin hidup ataupun enjin di crank. Minta bantuan rakan untuk crank enjin dan ukur voltage pada fuel pump dengan digital multimeter. Pastikan bekalan kuasa 12v diperolehi. Jika diperolehi 12V bermakna fuel pump rosak. Jika tiada bekalan 12V, uji bekalan kuasa pada relay base. Sila rujuk entri Testing Fuelpump Relay Proton Saga BLM Cara Koman. Mungkin maklumat ini agak teknikal untuk DIY.
DeleteUntuk kereta saga flx, sekiranya aircond mengeluarkan asap tanpa bau dan tanpa rasa sejuk semasa memandu 140kmh, adakah asap tu keluar sbb memandu terlalu laju?
ReplyDeleteKemungkinan terdapat baki air yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari takung evaparator. Apabila kereta dipandu dengan laju, aliran udara yang bergerak masuk bertembung dengan air tersebut dan membentuk keadaan seperti asap yang keluar dari grill aircond. Cuba periksa dan pastikan takungan evaporator tidak menyimpan air. Bersihkan juga cabin air filter dan blower.
Delete