Testing Fuel Pump Relay Proton Saga BLM Cara Koman

   Kadangkala fuel pump kereta Proton Saga BLM menjadi rosak setelah lama digunakan. Kerosakan mungkin boleh terjadi kepada komponen fuel pump tersebut ataupun litar pendawaian fuel pump. Sebelum membuat kesimpulan berlakunya kerosakan kepada komponen fuel pump, adalah lebih baik sistem pendawaian  diperiksa terlebih dahulu. Salah satu komponen yang ada didalam  litar pendawaian fuel pump adalah relay. Untuk menguji relay beberapa cara boleh digunakan.


1. Kenalpasti  kedudukan relay fuel pump yang berada di dalam kotak fius dan keluarkan relay dari relay base.

kotak fius
2. Kenalpasti kedudukan pin pada relay. Pin relay telahpun dinomborkan. Maklumat tersebut boleh dirujuk kepada datasheet untuk mengenal kedudukan nombor  pin dengan lebih jelas.

relay
3. Kenalpasti kedudukan  nombor pin pada relay base . Gunakan nombor pada relay sebagai rujukan.

relay base
4. Gunakan test light dan uji  pin relay #3. Test light akan  menyala. Jika tidak menyala kemungkinan rosak pada pendawaian  atau fius telah putus.

pin relay base  #3
5 .Switch on ignition key dan  uji  pin relay base #1 dengan test light dan test light mestilah menyala . Pin #1 dikawal oleh ECU. Jika tidak menyala , pendawaian dari ECU perlu diperiksa.  Setelah kedua-dua pin diuji dan didapati test light menyala dapatlah dibuat kesimpulan bekalan kuasa dari bateri ke relay base adalah dalam keadaan baik.

pin relay base #5
6. Langkah seterusnya adalah menguji relay pula dengan menggunakan multimeter dan bateri. Selain dari menggunakan bateri kereta, relay juga boleh diuji dengan menggunakan bateri 9V. Multimeter jenis analog lebih sesuai digunakan dalam proses ini. Setkan multimeter pada julat ohm dan dan sambungkan probe multimeter pada pin #3 dan pin #5 dengan klip buaya .

sambungan pada relay
7. Seterusnya, sambungkan terminal positive bateri pada pin #1 .Sambil memerhatikan multimeter,   sambungkan terminal negative bateri pada pin #2

bateri 9V
 8. . Jika relay dalam keadaan baik, jarum multimeter akan bergerak ke kanan dan seterusnya relay akan berbunyi “klik”.


pergerakan jarum multimeter
9.Selain dari itu, relay juga boleh dibuat pintasan di antara pin #3 dan pin #5 pada relay base. Pintasan ini membolehkan fuel pump berfungsi secara terus tanpa perlu melalui ignition key iaitu dengan menggunakan multimeter ataupun jumper wire. Jika menggunakan digital multimeter, setkan julat multimeter pada DCA. Ubah probe positive multimeter kepada kedudukan lubang probe  10A. Sambungkan pin #3 dan pin #5 yang berada pada relay base dengan probe multimeter. Probe positive multimeter  hendaklah diletakkan pada pin # 3 dan probe negative pula  hendaklah diletakkan pada pin #5.

pintasan menggunakan multimeter
10.   Jika fuel pump dalam keadaan baik, bunyi fuel pump beroperasi akan kedengaran dan tekanan minyak petrol boleh dirasakan mengalir melalui hose ke fuel rail. Multimeter juga akan menunjukkan arus yang  digunakan oleh fuel pump.

arus fuel pump

11. Semua relay di dalam kotak fius kereta  Proton Saga BLM adalah dari jenis yang sama. Sekiranya berlaku kerosakan relay fuel pump, relay yang lain boleh digunakan sebagai gantian untuk sementara waktu bagi membolehkan kereta bergerak. Sebagai alternative, relay dari compressor pendingin udara ataupun  headlamp boleh digunakan.

Proton Saga BLM Fuel Pump Diagnostic With Oscilloscope Cara Koman

Fuel pump merupakan salah satu komponen yang sangat penting di dalam kereta yang menggunakan electronic fuel injection system. Kerosakan pada fuel pump menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Oleh itu, pemeriksaan awal untuk menentukan keadaan semasa fuel pump tersebut adalah sesuatu yang digalakkan. Selain dari memeriksa tekanan minyak petrol, keadaan fuel pump tersebut boleh juga diperiksa  melalui oscilloscopes dan low amp clamp meter.
pemasangan oscilloscope
1. Low amp clamp meter boleh di pasang pada wayar negatif ataupun wayar positif fuel pump. Untuk pemeriksaan ini, clamp meter dipasang pada fius fuel pump melalui jumper wire.

current meter pada fius fuel pump
2. Dengan menggunakan oscilloscope, keadaan waveform fuel pump tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas. Waveform dibawah adalah untuk kereta Proton Saga BLM yang berusia 5 tahun. Dari pemerhatian, waveform yang dihasilkan oleh commutator  fuel pump dalam keadaan sekata. Berdasarkan waveform tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan fuel pump masih dalam keadaan baik.

waveform fuel pump
3. Waveform tersebut boleh dijadikan rujukan apabila  hendak dibuat pemeriksaan berikutnya pada fuel pump.

Kemaskini.


4. Waveform fuel pump Proton Saga dengan menggunakan oscilloscopes yang lebih terkini.



waveform fuel pump



DIY Serpentine Belt Tool Proton Saga BLM Cara Koman

     Untuk menggantikan serpentine belt pada Proton Saga BLM adalah sangat mudah jika menggunakan special service tool. Masaalah  penggantian serpentine belt pada Proton Saga BLM adalah disebabkan ruangan yang terhad dan sempit. Penggunaan ratchet ataupun breaker bar menjadi sukar. Special service tool pula agak sukar diperolehi dan jika adapun harganya adalah mahal. Dengan menggunakan sedikit kreativiti, special service tool tersebut boleh dibuat sendiri . Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat serpentine belt tool adalah seperti berikut ;

Ganvanise  pipe – Ø 12mm x 300mm – 1 lgh
Ganvanise plug  - Ø 20mm                    - 1 pc
Mild steel flat bar – 6mm x 20mm x 100 mm  -  1 pc
Mild steel flat bar – 6mm x 20mm x 50 mm  -  1 pc

1.Potong separuh  ganvanise plug   pada bahagian benang supaya menjadi lebih pendek.

galvanise plug
2.Kimpal semua bahan-bahan  tersebut untuk  membentuk serpentine belt tool. Posisi sambungan yang hendak dikimpal hendaklah bersesuaian dengan posisi lubang pada serpentine belt tensioner.

bahan yang siap dikimpal
3.Uji  serpentine belt tool pada ½” drive socket. Kikir pada bahagian  hujung  yang mempunyai segi empat sama jika tidak boleh masuk ke dalam lubang socket.

uji pada socket
4.Belah pada hujung pipe galvanise sepanjang  25 mm dan masukkan hujung  flat bar pada belahan tersebut. Kimpal pipe tersebut untuk menjadikan serpentine belt tool yang dikehendaki.

tool yang sudah siap
5.Uji serpentine belt tool yang telah siap pada serpentine belt tensioner.
tool sedang diuji
6.Catkan serpentine belt tool  tersebut untuk mengelakkan dari berkarat.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...