Memahami Flash Codes Perodua Alza Cara Koman

          Bagi kereta yang menggunakan Electronic Fuel Injection System terdapat 2 kaedah yang telah disediakan oleh pengeluar kereta untuk mengenalpasti masaalah pada Electronic Control System. Masaalah yang berlaku pada Electronic Control System boleh dikenalpasti melalui penggunaan scantool ataupun flash codes

Flash codes merupakan salah satu ciri-ciri diagnosis yang dilengkapkan  pada kereta Perodua Alza. Permasaalahan yang berlaku pada Electronic Control System boleh diketahui berpandukan flash codes yang dipancarkan oleh ECU. Walaubagaimanapun, flash codes yang dipancarkan itu perlu dirujuk kepada workshop manual kereta Perodua Alza bagi mendapatkan codes yang tepat.  

Bagi pengguna biasa,  workshop manual kereta Perodua Alza amat sukar diperolehi kerana hanya dibekalkan kepada workshop bertauliah sahaja. Untuk mengenalpasti flash codes yang dipancarkan oleh ECU, langkah berikut boleh dijadikan panduan hanya terhad kepada pengguna yang memiliki workshop manual.

1.Petunjuk untuk memancarkan flash codes telah dilekatkan pada bonet  kereta. Dari maklumat yang tertera, sambungan diantara pin perlu dilakukan pada 16 pin Diagnostic Link Connector (DLC) . Pada kereta Perodua Alza,DLC yang digunakan adalah dari jenis OBD2 dan merupakan DLC standard yang digunakan oleh hampir semua kereta pada masa sekarang.

petunjuk DLC

2.Pada DLC perlu disambungkan di antara pin #5 dan pin #13  untuk membolehkan ECU memancarkan flash codes untuk engine. Untuk  mendapatkan  flash codes untuk gearbox automatic perlu disambungkan pin  #4 dan pin #13.

Pin DLC

3.DLC kereta Perodua Alza terletak di bawah dashboard sebelah pemandu.

kedudukan DLC

4.Walaupun dinamakan 16 pin DLC, hanya terdapat beberapa pin sahaja yang dipasang pada DLC. Selebihnya tiada pin dipasang,

5.Sambungan di antara  pin #5 dan pin #13  boleh dibuat dengan jumper wire ataupun dawai yang bersesuaian seperti klip kertas. Setelah dibuat sambungan, barulah boleh switch on kunci kereta . Enjin kereta tidak perlu dihidupkan.

sambungan jumper pada DLC

6.Setelah kunci kereta dalam keadaan switch on, Check Engine Light akan menyala berkelip-kelip dengan sekata sekiranya Electronic Control System tiada masaalah. 

CEL
7. Jika Engine Electronic Control System bermasaalah, Check Engine Light akan menyala berkelip-kelip dengan tidak sekata. Adalah menjadi kelebihan sekiranya memiliki workshop manual kerana codes yang dipancarkan melalui CEL boleh dibandingkan dengan codes yang terdapat dalam workshop manual.Flash codes merupakan salah satu alternatif selain dari penggunaan scantool. Melalui flash codes, secara tidak langsung dapat dipastikan samada Electronic Control System bermasaalah ataupun tidak. Kadangkala walaupun Electronic Control System bermasaalah, CEL tidak menyala semasa kereta sedang dipandu.


connector Oxygen Sensor ditanggalkan




Sebagai contoh untuk tujuan demontrasi, flash codes menunjukkan codes  23 iaitu heater circuit front oxygen sensor bermasaalah. Setelah dibuat pembaikan, codes tersebut perlu dipadam dengan cara menanggalkan kabel negatif batery ataupun fius EFI selama 30 saat.

code engine Alza

code engine Alza
code engine MyVi
code engine MyVi
code gearbox automatik Myvi/Alza

Buat Sarung Pisau Cara Koman

               Kebanyakan pisau yang dibeli untuk kegunaan memotong  atau melapah daging dijual tanpa sarung. Keadaan demikian menyukarkan pemilik pisau tersebut untuk membawa pisau tanpa sarung. Pisau perlu mempunyai sarung, atas sebab keselamatan terutama kepada pemilik yang membawa pisau tersebut. Sarung pisau boleh dibuat dari kulit, kayu ataupun PVC bergantung kepada kesukaan pemilik pisau. Untuk membuat sarung pisau dari kulit langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.

1,Dapatkan kulit yang mempunyai ketebalan 3 mm. Buat template dari kertas cardboard mengikut bentuk pisau. Pindahkan template ke kulit dan potong kulit mengikut template. Lekatkan kulit dengan gam untuk menjadikan sarung pisau. Untuk mengukuhkan sarung pisau tersebut, bahagian yang digam perlu dijahit dengan benang.

tempalte pisau
2.Bahagian yang hedak dijahit perlu ditanda untuk mendapatkan jarak jahitan yang seragam. Setelah ditanda pada sarung pisau , tebuk lubang untuk benang jahitan dengan menggunakan gerudi.

menebuk lubang  jaahitan pada sarung
3.Setelah lubang jahitan siap ditebuk pada sarung, sapukan lilin pada benang jahitan supaya benang menjadi licin dan memudahkan kerja-kerja menjahit.

benang dan lilin
4.Sediakan 2 batang jarum yang bersesuaian dan masukkan benang pada jarum.

jarum yang digunakan
5.Untuk memudahkan kerja menjahit, apitkan sarung pisau pada  2 keping papan.

proses menjahit
6,Sarung pisau dijahit secara berselang seli dengan menggunakan 2 batang jarum.Sebaik-baiknya kedua-dua jarum tersebut hendaklah tumpul untuk mengelakkan tercucuk benang semasa proses menjahit.

jahitan secara berselang seli
7.Jahit sarung pisau sehingga siap dan pada hujung benang terakhir, bakar dengan api untuk mengemaskan benang jahitan..

sarung  OKAPI dan TRAMONTINA siap dijahit
8.Bergantung kepada kesukaan pemilik pisau, sarung kulit  boleh dibiarkan dalam warna asal kulit ataupun diwarnakan.

sarung dalam warna asal kulit
9.Untuk mewarna kulit, pewarrna khas  perlu digunakan . Pewarna yang digunakan mampu mengekalkan warna  kulit dalam tempoh yang lama.

pewarna kulit

Memahami Check Engine Light Perodua Alza Cara Koman

         Salah satu komponen siap dipasang  pada kereta yang menggunakan  Electronic Fuel Injection System adalah Check Engine Light (CEL). Begitu juga pada kereta Perodua Alza. CEL di lengkapkan pada combination meter. Setiap kali kunci kereta Perodua Alza dalam keadaan switch on, CEL turut menyala. Setelah enjin kereta dihidupkan barulah CEL terpadam dengan sendirinya. Jika CEL tidak terpadam setelah enjin dihidupkan, ada masaalah sedang berlaku pada Electronic Control System.

CEL Perodua Alza
Terdapat juga pada sesetengah kereta apabila kunci kereta  dalam keadaan switch on, CEL turut menyala dan setelah 5 saat CEL akan terpadam dengan sendiri tanpa perlu enjin dihidupkan. CEL bertujuan memaklumkan kepada pemandu kereta jika Electronic Control System bermasaalah dengan menyala semasa enjin sedang hidup. Jika pemandu kereta melihat CEL menyala semasa sedang memandu, tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan membawa kereta ke pusat service atau bengkel untuk pemeriksaan. ECU kereta perlu di periksa dengan menggunakan scan tool untuk menentukan masaalah yang berlaku pada Electronic Control System. CEL boleh dianggap amaran awal dari ECU kepada pemandu.

CEL perlu dipastikan menyala semasa kunci  kereta dalam keadaan switch on bertujuan untuk memaklumkan kepada pemandu bahawa mentol CEL dalam keadaan baik. Jika CEL tidak menyala apabila kunci kereta dalam keadaan switch on, combination meter  perlu diperiksa dengan segera dan seterusnya dibaiki masaalah tersebut. Sekiranya CEL tidak menyala dan apabila berlakunya masaalah pada Electronic Control System, pemandu tidak mendapat amaran awal dari ECU. Pada ketika itu, pemandu akan memandu kereta yang mempunyai masaalah pada Electronic Control System tanpa disedari.


Periksa Alternator Perodua Alza Cara Koman

        Selain dari menggunakan multimeter untuk memeriksa alternator, terdapat satu lagi cara untuk memeriksa alternator dengan lebih mudah. Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan compass. Secara teori, jika compass berada berdekatan sesuatu benda yang menghasilkann medan magnet,  jarum compass akan bergerak. Pada wayar bateri kereta, arus yang mengalir didalam wayar tersebut menghasilkan medan magnet. Oleh itu, jarum penunjuk compass akan bergerak jika berada berdekatan dengannya. Untuk menguji alternator, langkah-langkah berikut boleh diikuti dengan menggunakan bateri kereta Perodua Alza sebagai rujukan.

1.Letakkan sebuah compass diatas bateri berdekatan dengan positif battery post. Compass hendaklah berada pada kedudukan yang dekat dengan bateri post supaya medan mangnet yang terhasil adalah cukup kuat untuk menggerakkan jarum compass.. Didalam gambar di bawah, jarum penunjuk compass yang berwarna merah berada pada kedudukan E ketika enjin tidak dihidupkan.

compass di atas batteri
2. Seorang pembantu diperlukan untuk menghidupkan enjin kereta. Semasa starter motor sedang memusingkan enjin,  dapat diperhatikan jarum merah compass  akan berpusing mengikut jam dari E sehingga kedudukan S. Pada masa ini, arus elektrik mengalir dari batteri ke alternator dan medan magnet yang terhasil menyebabkan jarum compass berpusing mengikut jam.

3.Setelah enjin dihidupkan, jarum merah compass akan berpusing berpatah balik lawan jam dari S hingga kedudukan E. Pada masa ini, arus elektrik mengalir dari alternator (mengecas) ke batteri dan medan magnet yang terhasil menyebabkan jarum compass berpusing lawan jam.. Itu adalah ciri-ciri yang menentukan alternator dalam keadaan baik secara mudah.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...