Kebanyakan pisau yang dibeli untuk kegunaan memotong atau melapah daging dijual tanpa sarung. Keadaan demikian menyukarkan pemilik pisau tersebut untuk membawa pisau tanpa sarung. Pisau perlu mempunyai sarung, atas sebab keselamatan terutama kepada pemilik yang membawa pisau tersebut. Sarung pisau boleh dibuat dari kulit, kayu ataupun PVC bergantung kepada kesukaan pemilik pisau. Untuk membuat sarung pisau dari kulit langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.
1,Dapatkan kulit yang mempunyai ketebalan 3 mm. Buat template dari kertas cardboard mengikut bentuk pisau. Pindahkan template ke kulit dan potong kulit mengikut template. Lekatkan kulit dengan gam untuk menjadikan sarung pisau. Untuk mengukuhkan sarung pisau tersebut, bahagian yang digam perlu dijahit dengan benang.
tempalte pisau |
2.Bahagian yang hedak dijahit perlu ditanda untuk mendapatkan jarak jahitan yang seragam. Setelah ditanda pada sarung pisau , tebuk lubang untuk benang jahitan dengan menggunakan gerudi.
menebuk lubang jaahitan pada sarung |
3.Setelah lubang jahitan siap ditebuk pada sarung, sapukan lilin pada benang jahitan supaya benang menjadi licin dan memudahkan kerja-kerja menjahit.
benang dan lilin |
4.Sediakan 2 batang jarum yang bersesuaian dan masukkan benang pada jarum.
jarum yang digunakan |
5.Untuk memudahkan kerja menjahit, apitkan sarung pisau pada 2 keping papan.
proses menjahit |
6,Sarung pisau dijahit secara berselang seli dengan menggunakan 2 batang jarum.Sebaik-baiknya kedua-dua jarum tersebut hendaklah tumpul untuk mengelakkan tercucuk benang semasa proses menjahit.
jahitan secara berselang seli |
7.Jahit sarung pisau sehingga siap dan pada hujung benang terakhir, bakar dengan api untuk mengemaskan benang jahitan..
sarung OKAPI dan TRAMONTINA siap dijahit |
8.Bergantung kepada kesukaan pemilik pisau, sarung kulit boleh dibiarkan dalam warna asal kulit ataupun diwarnakan.
sarung dalam warna asal kulit |
9.Untuk mewarna kulit, pewarrna khas perlu digunakan . Pewarna yang digunakan mampu mengekalkan warna kulit dalam tempoh yang lama.
pewarna kulit |
No comments:
Post a Comment