Mengukur tekanan minyak
petrol bagi enjin yang menggunakan electronic fuel injection system adalah perkara yang sangat penting untuk memastikan enjin
beroperasi dengan baik. Enjin sangkut Mercury 2 stroke EFI juga perlu diperiksa
tekanan minyak petrol jika disyaki enjin mengalami
masaalah beroperasi tidak normal.
enjin sangkut Mercury 250HP 2 Stroke EFI |
Diantara langkah-langkah untuk mengukur
tekanan minyak petrol yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :
1.Pasangkan fuel pressure tester pada high pressure test port yang berada di fuel vapor separator.
high pressure test port |
2.Hidupkan enjin pada kelajuan idling dan perhatikan tekanan yang terhasil. Jika tekanan minyak petrol berada dalam kedaan baik, tekanan akan berada pada tahap 45PSI.
tekanan petrol pada kelajuan idling |
3.Seterusnya pandu bot dan tingkatkan kelajuan enjin setinggi 5500 RPM dan perhatikan tekanan minyak petrol yang terhasil pada fuel pressure tester. Tekanan hendaklah kekal stabil dan berada pada 45PSI.
tekanan petrol pada 5500 rpm |
4.Jika tekanan berada dibawah 45PSI, final filter di dalam fuel vapor separator perlu diperiksa.
kedudukan final filter |
5.Final Filter hendaklah berada dalam keadaan bersih dan digantikan jika perlu.
final filter yang dikeluarkan |
6.Disamping itu juga, tekanan minyak petrol pada low pressure fuel pump juga perlu diperiksa.
low pressure fuel pump |
7.Fuel pressure tester perlu dipasang di antara low pressure fuel pump dan fuel vapor separator.
pemasangan fuel pressure tester |
8.Penggunaa fuel pressure tester yang mempunyai pressure gauge yang bersesuaian adalah sangat penting untuk memudahkan tekanan minyak petrol yang terhasil dibaca.
tekanan yang sukar dibaca |
9.Tekanan minyak petrol terhasil oleh low pressure fuel pump yang baik berada diantara 3 PSI-5PSI semasa enjin sedang beroperasi. Jika tekanan minyak petrol tidak menepati specsifikasi, fuel water separator perlu diperiksa.
No comments:
Post a Comment