Periksa Rintangan Fuel Injector Enjin Sangkut Cara Koman

        Fuel injector merupakan komponen yang sangat penting bagi enjin sangkut yang menggunakan electonik fuel injection. Jika fuel injector bermasaalah, enjin sangkut tidak dapat beroperasi pada tahap terbaik. Terdapat berbagai cara untuk memeriksa fuel injector sekiranya disyaki fuel injector tersebut bermasaalah.Salah satu ujian mudah yang boleh dilakukan adalah ujian rintangan.

         Ujian rintangan dilakukan berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh pengeluar enjin sangkut dan maklumat tersebut  terdapat di dalam workshop manual. Terdapat dua jenis fuel injector yang digunakan didalam electronic fuel injection untuk enjin sangkut. 

perbezaan fuel injector

i.Fuel injector yang mempunyai rintangan tinggi.
Nilai rintangan pada fuel injector tersebut di antara 11 ohm hingga 15 ohm. Biasanya digunakan oleh enjin sangkut  yang menggunakan sistem  Port Fuel Injection. Antara contoh adalah enjin sangkut Yamaha 4 Lejang EFI.

ii.Fuel injector yang mempunyai rintangan rendah.
Nilai rintangan pada injector tersebut di antara 2 ohm hingga 3 ohm. Biasanya digunakan oleh enjin sangkut yang menggunakan sistem Gasoline Direct Injection. Antara contoh adalah enjin sangkut Evinrude E-TEC 2 Lejang GDI.

nilai rintangan injector PFI sebanyak 14.9 ohm

          Pada fuel injector yang mempunyai rintangan tinggi, jika diukur dengan multimeter nilai rintangan tidak berubah dan  masih dalam julat yang disyorkan oleh pengeluar. Jarang sekali fuel  injector tersebut rosak disebabkan nilai rintangannya berubah.

nilai rintangan injector GDI sebanyak  2.8ohm

            Keadaan sebaliknya berlaku pada injector  yang mempunyai nilai rintangan yang rendah. Oleh kerana nilai rintangan yang rendah, kerosakan kerap berlaku disebabkan gegelung di dalam fuel injector terputus.Pemeriksaan nilai rintangan pada fuel injector yang mempunyai nilai rintangan yang rendah hendaklah dilakukan dengan lebih kerap jika disyaki fuel injector bermasaalah.


No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...