Memahami Masaalah Fuel Injector Tersumbat Cara Koman

            Fuel injector  merupakan merupakan komponen  yang sangat penting  di dalam enjin sangkut yang menggunakan electronic fuel injection system. Salah satu masaalah yang kerap berlaku  kepada fuel injector adalah tersumbat.  

injector enjin sangkut
             Sistem bahanapi enjin sangkut bermula dari tangki bahanapi dan berakhir di fuel injector. Walaupun sistem bahanapi untuk enjin sangkut dipasang dengan  fuel water saparator, low pressure  fuel filter, high pressure fuel filter dan fuel injector micro filter masaalah tersebut tetap berlaku. Untuk mengatasi masalah tersebut, tangki minyak petrol akan dibersihkan apabila kerja-kerja penyenggaraan dilakukan. Semasa penyenggaraan, salah satu komponen yang kerapkali terlepas pandang adalah penggantian fuel  hose yang digunakan  pada system bahanapi. Fuel hose jarang sekali diganti  baru walaupun terdapat syor dari pihak pengeluar untuk menukar fuel hose apabila mencapai tempoh tertentu. Fuel hose perlu diganti apabila sudah digunakan selama 2 tahun.

fuel hose enjin sangkut
           Fuse hose yang digunakan pada enjin sangkut terdedah kepada persekitaran marin  dan memerlukan penyenggaraan yang lebih  kerap.  Apabila mencapai tempoh masa tertentu, bahan yang digunakan untuk membuat fuel hose akan menjadi  lusuh. Dari segi fizikal luaran. fuel hose kelihatan masih baik tetapi berbeza dengan keadaan  fizikal di dalam fuel hose. Minyak petrol diketahui mempunyai kesan kakisan kepada bahan yang diperbuat dari getah.

       Pengaliran minyak petrol  secara berterusan di dalam fuel hose akan menghakis bahagian  dalaman fuel hose secara perlahan-lahan. Kotoran dari kesan kakisan tersebut akan mengalir bersama  minyak petrol dan seterusnya terhenti di micro fuel injector filter. Itulah punca yang menyebabkan micro fuel injector filter tersumbat. Sekiranya fuel injector tersumbat, enjin sangkut tidak  dapat beroperasi dengan baik.  

Memahami Throttle Body Proton Waja Cara Koman


Bagi kereta Proton Waja , throttle body  merupakan sebahagian dari sistem pengambilan udara. Throttle body berfungsi untuk mengawal jumlah udara yang memasuki ke dalam enjin berdasarkan tindak balas accelerator pedal. Throttle body terletak di antara kotak penapis udara dan intake manifold. Throttle body yang digunakan pada Proton Waja adalah dari jenis stepper motor. 
throttle body Proton Waja
Pada  throttle body terdapat beberapa komponen yang dipasang dan mempunyai fungsi tersendiri. Di antara komponen tersebut adalah :

i.Fast Idle Air Valve
ii.Idle Speed Control  Servo Motor
iii.Speed Adjusting Screw


keratan rentas throttle body
Fast Idle Valve dari jenis thermo wax berfungsi untuk mempercepatkan proses warm up enjin selepas dihidupkan. Thermo wax digunakan kerana mudah bertindakbalas dengan kesan haba. Pada satu bahagian Fast Idle Valve, terdapat hose yang bersambung dengan engine coolant. Semasa enjin berhenti, Fast Idle Air Valve dan ISC Servo Motor  berada dalam keadaan terbuka. Pada waktu yang sama, Throttle Valve pula berada dalam keadaan tertutup.  

Oleh kerana Fast Idle Valve dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan masuk ke dalam cylinder enjin walaupun throttle valve berada dalam keadaan tertutup. Lebih banyak udara memasuki enjin akan menyebabkan peningkatan isipadu minyak petrol yang dipancitkan oleh injector dan seterusnya meninggikan pusingan enjin. ECU akan cuba mengekalkan nisbah campuran udara dan petrol pada tahap ideal. Disebabkan itu, semasa enjin kereta Proton Waja dihidupkan pada waktu pagi, pusingan enjin akan berada di antara 1200 hingga 1500.

     Peningkatan pusingan enjin akan mempercepatkan  pemanasan enjin. Apabila suhu enjin meningkat, suhu coolant juga turut meningkat. Peningkatan suhu coolant akan menutup Fast Idle Air Valve secara perlahan-lahan dan seterusnya mengurangkan kemasukan udara. Pengurangan kemasukan udara akan mengurangkan pancitan minyak petrol kedalam enjin. Selepas beberapa minit, Fast Idle Valve akan  tertutup sepenuhnya dan pada ketika itu pusingan enjin Proton Waja  akan berada pada tahap idle speed (750 rpm) yang dikehendaki. 

Kerosakan Fast Idle Air Valve menyebabkan idle speed tidak turun ke tahap idle speed yang ditetapkan. Fast Idle Valve tidak boleh diganti jika rosak kerana berada di dalam throttle body. Keseluruhan throttle body perlu diganti baru jika Fast Idle Air Valve mengalami kerosakan.

ISC  Motor berfungsi untuk meningkatkan pusingan enjin ketika keadaan seperti berikut :

i. Penyaman udara dihidupkan
ii.Stering kereta dipusingkan
iii.Engaged gear
iv.Brek kereta ditekan

Sebagai contoh, apabila pendingin udara dihidupkan, beban enjin akan bertambah. Setelah ECU mengesan  pendingin udara dihidupkan melalui aircond switch, ECU akan menggerakkan ISC Motor supaya berada dalam keadaan terbuka. Semasa ISC Motor dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan memasuki ke dalam enjin. Lebih banyak udara masuk kedalam enjin, lebih banyak minyak petrol  dipancitkan oleh injector ke dalam kebuk pembakaran enjin. Pertambahan campuran nisbah udara dan petrol akan meningkatkan pusingan enjin dan dapat mengelakkan enjin mati akibat pertambahan beban. Kebiasaannya, kerosakan  ISC Servo Motor akan menyebabkan pusingan enjin tidak stabil. 

Speed Adjusting Screw berfungsi untuk menetapkan idle speed seperti yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika idle speed terlalu tinggi, gearbox sukar untuk engaged  dan bunyi bising gear bergeseran akan kedengaran. Jika idle speed terlalu rendah, enjin akan mati apabila beban bertambah. Sebaiknya speed adjusting screw tidak diganggu dan perlu berada di dalam kedudukan asal seperti yang telah ditetapkan semasa dikeluarkan dari kilang.

Periksa Cabin Air Filter Perodua Alza Cara Koman

           Cabin air filter merupakan salah satu komponen sistem penyaman udara. Oleh kerana kedudukannya yang berada di dalam glove box dan tersorok, seringkali cabin air filter tidak diganti. Cabin air  filter perlu diganti setiap 30000km. Jika tidak diganti, cabin air filter yang tersumbat akan menyebabkab suhu di dalam kereta menjadi kurang sejuk. Untuk memeriksa cabin air filter langkah berikut boleh dijadikan panduan.

1.Buka glove box yang berada pada bahagian penumpang hadapan sebelah kiri.

housing cabin air filter
2.Buka penutup cabin air filter dengan cara menarik klip penutup housing.

klip penutup
3.Keluarkan cabin air filter yang berada di dalam housing.

penutup housing cabin air filter
4.Gantikan cabin air filter dengan yang baru jika di dapati kotor.Semasa pemasangan, cabin air filter tersebut hendaklah dipasang mengikut kedudukan  anak panah yang tertera.

cabin air filter
5.Cabin air filter yang kotor perlu diganti baru kerana tidak boleh dibersihkan.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...