Memahami Throttle Body Proton Waja Cara Koman


Bagi kereta Proton Waja , throttle body  merupakan sebahagian dari sistem pengambilan udara. Throttle body berfungsi untuk mengawal jumlah udara yang memasuki ke dalam enjin berdasarkan tindak balas accelerator pedal. Throttle body terletak di antara kotak penapis udara dan intake manifold. Throttle body yang digunakan pada Proton Waja adalah dari jenis stepper motor. 
throttle body Proton Waja
Pada  throttle body terdapat beberapa komponen yang dipasang dan mempunyai fungsi tersendiri. Di antara komponen tersebut adalah :

i.Fast Idle Air Valve
ii.Idle Speed Control  Servo Motor
iii.Speed Adjusting Screw


keratan rentas throttle body
Fast Idle Valve dari jenis thermo wax berfungsi untuk mempercepatkan proses warm up enjin selepas dihidupkan. Thermo wax digunakan kerana mudah bertindakbalas dengan kesan haba. Pada satu bahagian Fast Idle Valve, terdapat hose yang bersambung dengan engine coolant. Semasa enjin berhenti, Fast Idle Air Valve dan ISC Servo Motor  berada dalam keadaan terbuka. Pada waktu yang sama, Throttle Valve pula berada dalam keadaan tertutup.  

Oleh kerana Fast Idle Valve dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan masuk ke dalam cylinder enjin walaupun throttle valve berada dalam keadaan tertutup. Lebih banyak udara memasuki enjin akan menyebabkan peningkatan isipadu minyak petrol yang dipancitkan oleh injector dan seterusnya meninggikan pusingan enjin. ECU akan cuba mengekalkan nisbah campuran udara dan petrol pada tahap ideal. Disebabkan itu, semasa enjin kereta Proton Waja dihidupkan pada waktu pagi, pusingan enjin akan berada di antara 1200 hingga 1500.

     Peningkatan pusingan enjin akan mempercepatkan  pemanasan enjin. Apabila suhu enjin meningkat, suhu coolant juga turut meningkat. Peningkatan suhu coolant akan menutup Fast Idle Air Valve secara perlahan-lahan dan seterusnya mengurangkan kemasukan udara. Pengurangan kemasukan udara akan mengurangkan pancitan minyak petrol kedalam enjin. Selepas beberapa minit, Fast Idle Valve akan  tertutup sepenuhnya dan pada ketika itu pusingan enjin Proton Waja  akan berada pada tahap idle speed (750 rpm) yang dikehendaki. 

Kerosakan Fast Idle Air Valve menyebabkan idle speed tidak turun ke tahap idle speed yang ditetapkan. Fast Idle Valve tidak boleh diganti jika rosak kerana berada di dalam throttle body. Keseluruhan throttle body perlu diganti baru jika Fast Idle Air Valve mengalami kerosakan.

ISC  Motor berfungsi untuk meningkatkan pusingan enjin ketika keadaan seperti berikut :

i. Penyaman udara dihidupkan
ii.Stering kereta dipusingkan
iii.Engaged gear
iv.Brek kereta ditekan

Sebagai contoh, apabila pendingin udara dihidupkan, beban enjin akan bertambah. Setelah ECU mengesan  pendingin udara dihidupkan melalui aircond switch, ECU akan menggerakkan ISC Motor supaya berada dalam keadaan terbuka. Semasa ISC Motor dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan memasuki ke dalam enjin. Lebih banyak udara masuk kedalam enjin, lebih banyak minyak petrol  dipancitkan oleh injector ke dalam kebuk pembakaran enjin. Pertambahan campuran nisbah udara dan petrol akan meningkatkan pusingan enjin dan dapat mengelakkan enjin mati akibat pertambahan beban. Kebiasaannya, kerosakan  ISC Servo Motor akan menyebabkan pusingan enjin tidak stabil. 

Speed Adjusting Screw berfungsi untuk menetapkan idle speed seperti yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika idle speed terlalu tinggi, gearbox sukar untuk engaged  dan bunyi bising gear bergeseran akan kedengaran. Jika idle speed terlalu rendah, enjin akan mati apabila beban bertambah. Sebaiknya speed adjusting screw tidak diganggu dan perlu berada di dalam kedudukan asal seperti yang telah ditetapkan semasa dikeluarkan dari kilang.

134 comments:

  1. pada kes saya, pada waktu pagi, apabila enjin dihidupkan pusingan enjin tidak ditarik tinggi dan menyebabkan mati enjin. Ini adalah Fast Idle Valve rosak ? Bagaimana saya boleh selesai masalah ini. Nak tukar keseluruhan throttle body ? Estimate berapa harga ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Fast Idle Valve rosak, idling speed adalah tinggi. Saya fikir masaalah enjin mati diwaktu mungkin disebabkan fuel regulator rosak atau pun fuel filter tersumbar. Adalah lebih baik fuel system dibuat pemeriksaan tekanan minyak petrol. Sila rujuk entry Proton Waja Fuel Pressure Testing,

      Delete
    2. tak tau mula-mula idling speed tinggi ke tidak, sebab pomen sdh adjust idling speed. bila enjin panas takda masalah cuma bila start enjin bila enjin sejuk akan mati enjin. fuel filter tak lama tukar. di mana boleh buat pemeriksa tekannan minyak? semua proton service center?

      Delete
    3. Saya fikir lebih baik buat di Proton Service Center. Disitu ada perkakas yang lengkap dan juga factory scantool. Minta mereka buat perkara berikut :
      1.Check Idling Speed 2.Check Ignition Timing 3.Check Fuel Pressure. Perkara tersebut perlu berada pada specsifikasi yang betul.

      Delete
    4. Assalamualaikum..sy nak tny knp ek enjin kereta sy bile waktu pg rpm tggi sehgga 2500k rpm..pastu sy off enjin..pastu sy on suis pastu tekn mnyk dlm 30 saat pastu stat enjin blik timing jd ok..adakh isc punca kerosakkn..terima kasih

      Delete
    5. Salam. Semasa enjin mula dihidupkan diwaktu pagi, perhatikan berapa lama masa diambil untuk idling RPM stabil kepada 750 rpm tanpa penyaman udara dihidupkan. Biasanya masa yang diambil untuk idling RPM stabil tidak melebihi 5 minit. Jika masa yang diambil melebihi 5 minit, kemungkinan fast idle valve di dalam throttle body ada masaalah ataupun gasket inlet manifold bocor.

      Delete
    6. Pastu sy reset ecu dgn cara cabut bateri pastu psg kn blik..timing ok pastu bsk pg nak stat enjin timing jd giler blik..

      Delete
    7. Salam tuan. Kereta saya waja 2003 dulu pernah jadi bila start RPM naik tinggi dan bila saya berhenti di traffic light ia akan mengaum semula sampai saya tak perlu tekan minyak utk ia jalan. Saya just buat tuning di bengkel biasa je cuba selesaikan masalah tu. Saya tak terfikir pulak mengenai Fast Idle Valve rosak ke apa. Adakah ia masalah itu sbenarnya? Lepas daripada tuning, mula-mula tu kereta ok dan masalah kereta mengaum tu xberlaku lagi, tapi lama-kelamaan ia bermasalah macam mslh dalam komen ni, pusingan enjin tak tarik tinggi dan saya terpaksa tekan pedal minyak utk seketika supaya kereta tak mati. Saya pernah tuning bbrp kali ttp kereta ok sebulan dua je kemudian masalah sama berulang. Kalau saya buka aircond masa tgh jalan, saya tekan clutch utk tukar gear, mesti kereta akan mati wlpn saya dh on the road lbh dari sejam (enjin dh panas). Kalau 5 minit je saya panaskan kereta mmg bila jalan wlpn xbukak aircond kereta akan mati bila saya tekan clutch nak tukar gear. Saya harap tuan blh bantu saya dalam masalah ni.

      Delete
    8. Oh ya tuan, lupa nak bgtau masalah ni bukan waktu pagi je berlaku tp setiap kali saya nak hidupkan kereta lepas enjin telah sejuk. Tak kira pagi petang atau malam wlpn saya dah pernah hidupkan kereta sebelumnya.

      Delete
    9. Pomen pernah tukar ISC Valve tp tak jadi elok pun, ada yg cadang servis throttle body. Saya harap tuan blh bg penyelesaian yg terbaik sbb benda ni dh berlarutan lama.

      Delete
    10. Salam. Oleh kerana ISC telah diganti, kemungkinan Fast Idle Valve rosak tetap ada. Saya fikir cuba pinjam throttle body dari kereta kawan untuk dibuat ujian. Jika telah dikenalpasti throttle body benar-benar rosak, barulah diganti baru.

      Delete
    11. Assalam ..tn tarmizi masalah rpm gila tu mcm mana

      Delete
  2. ISC servo motor dan stepper motor benda yang sama ke?
    Adakah ISC servo motor ada dijual dikedai spare part dan boleh dipasang sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-duanya adalah benda yang sama, nama sahaja yang berbeza. ISC ada dijual secara berasingan dari throttle body dan boleh dipasang sendiri.

      Delete
  3. cikgu..
    saya pakai enjin 4g15 injektion single cam...
    tp TB saya mcm jenis tuk DOCH sebab ada stepper motor...
    skrg ni bila onaircond jer enjin x stabil walaupun dah pasang FICD...
    ada kah disebabkan stepper motor ni gak dan mcm mana nak selesaikannyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjin Mitsubishi direka tanpa memerlukan FICD untuk mengawal idling speed. ECU kereta Mitsubishi diprogramkan tanpa FICD sebagai actuator. Oleh itu, lupakan FICD. Throttle body enjin 4G15 SOHC menggunakan Idle Air Control Valve dan itulah yang telah diprogramkan dalam memori ECU. Apabila throttle body DOHC yang menggunaka Idle Speed Control (Stepper Motor ) dipasang pada enjin tersebut, ECU tidak mengenali stepper motor. Bagaimana ECU hendak mengawal ISC jika tidak dikenali? Saya fikir pemasangan FICD ataupun ISC jenis stepper motor tidak membawa sebarang faedah.Langkag terbaik adalah dengan menukar throttle body kepada jenis yang dipasang semasa kereta dikeluarkan dari kilang supaya senang dikenali oleh ECU.

      Delete
  4. salam tuan..kalau buka lampu kereta waktu mlm..knp idle dia turun ye..waja mmc auto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir terdapat masaalah pada pendawaian lampu yang dinyalakan seperti lampu depan dan lampu belakang.Cuba keluarkan fius lampu yang berkaitan dan nyalakan lampu tersebut satu persatu untuk menentukan samaada masaalah yang sama berulang lagi.

      Delete
  5. Salam..terima kasih ats penerangan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman,

      Delete
  6. As salam...
    Waja 2004.
    Stepper motor dah tukar baru tp kalau on aircon rpm drop 400...aircon off idle ok 750...
    Apa puncanya?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kelaurkan steeper motor tersebut. Minta seorang pembantu untuk onkan kunci kereta. Lihat samaada hujung pintle stepper motor menjulur keluar. Jika pintle stepper motor tidak bergerak, kemungkinan terdapat wayar yang terputus menyebabkan steepper motor tidak dapat beroperasi walaupun telah diganti baru.

      Delete
    2. Apa yg saudara jelaskan saya dah buat...ada pergerakan keluar masuk pintle stepper motor...

      Delete
    3. Tanda kedudukan speed adjusting screw pada throttle body dengan marker pen. Hidupkan enjin kereta tanpa onkan A/Cond. Pusingkan speed adjusting screw sebanyak 1/4 pusingan pada arah lawan jam. Onkan A/Cond dan lihat adakah rpm meningkat pada 900 rpm. Jika tiada perubahan rpm, kemungkinan throttle body perlu ditukar.

      Delete
  7. Tiada perubahan rpm,drop jugak...
    Stepper motor bleh reset ke tuan?
    Pergi SC proton pon diaorng sruh tkar tb seketul...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ganti throttle body yang baru, keluarkan stepper motor dan sembur srmua lubang pada throttle body dengan angin dari air compressor untuk keluarkan kotoran. Jika tiada perubahan RPM barulah diganti throttle body baru.

      Delete
    2. Salam tuan saya pakai waja mmc sy bru je service throttle body. Selepas saya buat bile saya hidup kan injin rpm naik lbh dari 10000 apa punca dia tuan dan apa masaalah tu tuan

      Delete
    3. Salam. Semasa enjin sejuk, RPM akan naik melebihi 10000 RPM dan akan turun perlahan-lahan ke 750 RPM dalam kurang 5 minit. Jika masih tidak turun, cuba periksa dan tentukan gasket throttle body tidak bocor. Jika bocor, lebihan udara akan by-pass throttle body dan menyebabkan RPM menjadi tinggi. Pastika juga lebihan bahan kimia pencuci dibersihkan dari throttle body. Jika wayar stepper motor ditanggalkan semasa cuci throttle body, enjin perlu reset dengan cara menanggalkan terminal negatif batteri selama 30 saat.

      Delete
  8. salam tuan. kadang injin mati ketika hidpunkan aircond. waja(4g18) . tp semasa idling xda masalah. terkadang injin mati setelah tekan clutch semasa bejalan. sekiranya aircond tidak dihidupan xda masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba cuci throttle body dahulu kemungkinan kotor.Rujuk entri Bersih Throttle Body Proton Waja Cara Koman.Selain dari itu, saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat dan menyebabkan tekanan minyak petrol berkurangan di dalam fuel rail.Untuk lebih kepastian, fuel system perlu diuji dengan fuel pressure tester dan dipastikan tekanan menepati spesifikasi yang ditetapkan pengeluar.Sila rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.

      Delete
  9. salam bang. tumpang tanya. saya pakai gen 2.
    fuel filter dengan fuel pump menda sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Fuel punp berfungsi mengepam minyak petrol dari tangki minyak melalui fuel filter yang menapis kekotoran sebelum minyak petrol sampai ke fuel injector. Kedua-duanya adalah benda yang berbeza.

      Delete
    2. Terima kasih..

      Delete
  10. Salam tuan..saya mengunakan waja 1.6 engine mmc..saya ada 2 soalan
    1)Masalah yang saya hadapi ialah bila engine sejuk. First hidupkan engine, rpm drop sehingga engine mati. Kadang2 2,3 kali start baru engine ok.
    2) rpm 1k, bila on aircond rpm terus drop ke rpm500..

    ReplyDelete
  11. Salam tuan..saya mengunakan waja 1.6 engine mmc..saya ada 2 soalan
    1)Masalah yang saya hadapi ialah bila engine sejuk. First hidupkan engine, rpm drop sehingga engine mati. Kadang2 2,3 kali start baru engine ok.
    2) rpm 1k, bila on aircond rpm terus drop ke rpm500..

    ReplyDelete
  12. Salam.Untuk masaalah #1, saya fikir fuel regulator tidak dapat mengekalkan tekanan minyak petrol apabila enjin dimatikan. Sila rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing untuk pencerahan.Untuk masaalah #2, saya fikir mungkin ISC Motor rosak ataupun thermo valve di dalam throttle body rosak. Cuba tanggalkan socket ISC Motor dan hidupkan enjin dan onkan aircond. Perhatikan samaada rpm menurun seperti sebelumnya.Jika sama keadaannya, bermakna kemungkinan ISC motor rosak.

    ReplyDelete
  13. salam tuan...kete sy toyota seg black top..knpe iscv cpt rsk apabila sy cabut bateri.timing jd turun naek.ape punce ia rsk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan voltage dibekalkan pada ISCV tidak menepati spesifikasi. ISCV ada 3 pin. Pin yang ditengah adalah pin yang menerima bekalan 12 V.Semasa enjin hidup, back probe pin yang berada ditengah. Dengan menggunakan multimeter ukur voltage pada pin tersebut dan engine ground.Pastikan voltage yang didapati adalah tidak kurang dari 12V. Seterusnya tanggal ISVC wayar connector dan pastikan pin pada tidak berkarat. Pastikan juga pin wayar ISCV connector tidak longgar dan boleh memegang pin ISCV dengan kemas apabila dipasang kembali. Periksa juga semua wire ground yang diikat pada engine block dan pastikan tidak berkarat. Jika berkarat, rintangan yang berlaku mengurangkan voltage sampai pada ISCV.

      Delete
  14. Salam tuan. Knp lepas cabut throtthle body saga BLM utk pembersihan dlm TB, lepas tu pasang balik, then start enjin rpm dlm kedudukan 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan ECU tidak dapat mengawal throttle valve motor selepas dipasang semula. Cuba tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat dan seterusnya pasang semula. Langkah tersebut perlu dilakukan untuk reset ECU. Hidupkan enjin dan uji kereta tersebut. Sekiranya masaalah yang sama masih berulang, ECU enjin kereta tersebut perlu dibuat proses "initialization" dengan menggunakan scan tool supaya enjin kembali normal.

      Delete
  15. salam tuan. sy pakai waja 2002. kereta sy selalu semput mcm xcukup miyak bile tekan pedal. sy baru tukar plug,coil,fuel filter(semue x smpi setahun) dan miyak gearbox belum 10k. sy xde masalh nk start kereta sbb tu 2-3 org pomen kte bukan maslah fuel pump. mereka xdpt detect prob sbb time sy ade mse nk ke bengkel msti kereta 2 ok. kereta klau start jln die ok, so smpi mati engine die akn ok. tp kalu sy start jln prob mmg akan trus semput bile kite tekan pedal miyak. kadang2 time gear neutral pn die ade smput2 cm nk mati(tp xselalu). sy dh 2 bln xsetel lg prob ni. yg sy perasan mse awal2 kne, semput ni time sy nk start jln je. klau dh dpt 50-60km/j die ok dh. tp skng klau sy bwk 80km/j pn ade gak semput2 sbb tu xcnfiden nk mmotong. tp klau ari die ok 130km/j pn ok je.. harap tuan dpt mmbntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Walaupun fuel filter telah ditukar, untuk lebih kepastian lebih baik dibuat pemeriksaan fuel pressure. Kadangkala fuel pum yang sudah berusia tidak dapat menghasilkan tekanan minyak petrol mengikut spesifikasi yang diperlukan enjin. Periksa dan pastikan fuel system tiada sebarang masaalah. Rujuk Proton Waja Fuel pressure Testing Cara Koman. Walaupun ignition coil telah diganti baru, lakukan juga pemeriksaan dengan menggunakan timing light dan pastikan ignition system tiada sebarang masaalah..Rujuk Periksa Ignition System Cara Koman. Dengan menggunakan timing light juga, periksa ignition timing dan pastikan ignition timing berada pada 10 darjah sebelum TDC semasa enjin idling. Akhir sekali, periksa EGR valve dan pastikan EGR Valve tidak kotor.

      Delete
  16. salam.. saya ingin bertanya sedikit kemuskilan.. waja auto saya tahun 2001 bila mesuk gear D (drive) kereta terus bergegar macam enjin nak mati.. bila kereta dah berjalan ok je tak de masalah.. kalau masuk ke N kereta ok.. so apa puncanya ya.. mounting, plug, coil plug agak baru juga.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Cuba periksa tekanan minyak petrol. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman. Gantikan fuel filter jika sudah lama tidak diganti.

      Delete
  17. Salam tuan,kalau tukar stapper moto,perlu tuning blk tak,sbb rpm jd tggi bila on aircond

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak perlu buat tuning dengan scn tool. Hanya perlu tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat dan pasang semula. Semasa aircond dihidupkan, rpm akan naik dari 750 ke 900 dan itu adalah normal.Jika rpm melebihi 900, pusingkan idling screw melawan jam sedikit demi sedikit.

      Delete
  18. Dah buat tu suma tuan,screw idling pun dah abis putar ke lawan jam bru timing rendah..adakah tu normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya idling screw tidak dipusing sampai habis. Jika dipusing sampai habis, kemungkinan ada masaalah lain. Salam satu kemungkinanya adalah kerosakan thermo wax di dalam throttle body untuk fast idling. Rujuk entri Memahami Throttle Body Proton Waja Cara Walaubagaimanapun gunakan kereta seperti biasa. Jika masih lagi bermasaalah, kemungkinan perlu tukar throttle body.

      Delete
    2. Thermo wax tu bahagian mane lak bos

      Delete
    3. Sbb skang stapper dh tuka bru,tp idling jd tggi,stapper yg lama pulak,idling jd rendah lak bila on aircond.

      Delete
    4. Thermo wax berada di dalam throttle body dan tidak boleh dicapai kerana diintergerasi dengan throttle body. Saya fikir kemungkinan throttle body yang rosak. Sebelum diganti throttle body, cuba pinjam throttle body dari kereta lain dan buat ujian semula.

      Delete
    5. Sy dh tuka tb dgn yg lain,start terus ok,tp jd blk bila keta dh jalan jauh,dia jd blk..ada kemungkinan ke minyak atau api tak cukup..

      Delete
    6. Kalau masaalah pada minyak ataupun ignition system, enjin akan mudah mati ataupun sukar untuk dihidupkan jika ada masaalah. Satu lagi kemungkinan masaalah yang menyebabkan idling tinggi adalah gasket inlet manifold bocor. Jika gasket bocor lebih banyak udara akan masuk ke dalam enjin dan ECU akan pancit lebih banyak petrol dan seterusnya meninggikan RPM enjin. Cuba percik air menggunakan hand pump sprayer disekeliling gasket inlet manifold semasa enjin beroperasi. Jika inlet manifold bocor, enjin akan mati disebabkan udara bercampur air masuk ke dalam enjin.

      Delete
  19. Replies
    1. Biasanya stepper motor ada dijual secara berasingan dari throttle body.

      Delete
  20. Saya guna kereta waja auto 2003..saya baru tukar batteri baru..selepas sy tukar..engine hidup spt biasa..tapi masalahnya timing menjadi sangat rendah..dan enjine akan mati bila saya berhenti di lampu isyarat..apa masalahnya?

    ReplyDelete
  21. Saya fikir kemungkinan throttle body kotor dan perlu dibersihkan.Rujuk entri Bersih Throttle Body Proton Waja Cara Koman. Periksa juga tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan menepati spesifikasi pengeluar. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk pencerahan.Jika perlu gantikan fuel filter.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum tuan..saya pakai waja tahun 2002..masalah kereta bila tgah drive timing jadi tak stabil..contoh bila saya drive dlm 70km/h and saya lepas pedal minyak meter tetap maintain kat 70km/h juga dalam lingkungan 10 saat dan engine seperti mengerang..meter rpm turun..tetapi meter yg km/h lambat turun..kenapa yee tuan ??

    ReplyDelete
  23. Apabila accelerator pedal dilepaskan, rpm enjin menurun disebabkan isipadu minyak petrol yang dipancitkan oleh injector berkurangan.Walaupun begitu, pergerakan kereta masih tidak menurun disebabkan momentum kelajuan pergerakan kereta masih tinggi dan mengambil masa untuk menurun kecuali brek ditekan. Jika rpm enjin tidak stabil, cuba bersihkan throttle body.

    ReplyDelete
  24. aslkum,saya pakai waja 2002,masalah kereta saya kadang2 masa tengah bergerak gear lambat masuk,bila tekan lepas minyak baru masuk.biasa dberlaku masa bawak perlahan.saya ada bawak ke bengkel,pomen cakap senser tps bermasalah,perlu ke tukar tps sahaja atau sekali throttle body sensor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika kereta tersebut telah diperiksa oleh mekanik dan didapati TPS bermasaalah, hanya TPS sahaja yang perlu ditukar.

      Delete
  25. Salam tuan..sya ada sdikit pertnyaan..kereta saya waja2001 enjin mtsubishi..baru2 ni sya ada buat chek enjen guna alat elekronik di bengkel, pomen kata bacaan TBody saya 0 dan motor dlm TBody tu sdah rosak..perlukah saya tukar motor shj atau satu set TBody? Yg kdua maslah yg brlaku pd gear saya sama mcm tuan arif, gear satu ke dua lmbt masok, gear lain smua ok..apa yg perlu sya buat? Maaf sya kurang arif tntang kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika kereta masih baru dan berlaku kerosakan pada ISC motor secara logik hanya perlu gantikan motor sahaja. Walaubagaimanapun, memandangkan kereta sudah berusia saya fikir lebih baik diganti satu unit throttle body yang baru. Ini adalah kerana di dalam throttle body terdapat thermo wax yang menunggu masa akan rosak. Kerosakan pada thermo wax memerlukan throttle body diganti baru.
      Masaalah pada gearbox, saya fikir kemungkinan ada masalah pada underdrive clutch ataupun valve body menyebabkan gear 1 sukar dianjak. Dalam keadaan tersebut, pemeriksaan lebih terinci perlu dilakukan oleh mekanik yang mahir tentang gearbox automatic.

      Delete
  26. Hebat tuan..trima kasih atas pencerahan..

    ReplyDelete
  27. Salam Tuan, Waja 2001 mitsu ECU saya telah rosak dan telah pergi service. Lepas service ECU, ECU itu telah pasang balik. Idle speed ok masa gear P dan Gear N. Buka Aircond pun tak ada masalah. Tapi Masa Gear D, RPM sangat rendah terutama kereta henti macam semasa traffic light merah atau traffic Jam. Boleh rendah sampai < 500. Kalau buka aircond, engine boleh mati. Adakah masalah ECU lagi atau throttle body?

    ReplyDelete
  28. Salam. Throttle body dalam keadaan kotor adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan enjin mati. Cuba bersihkan throttle body. Jika masaalah masih berulang, periksa idling speed dan pastikan berada 750 RPM tanpa accesories dalam keadaan off. On kan aircond dan pastikan RPM naik kepada 900 RPM. Jika RPM tidak naik kemungkinan ISC motor rosak. Cuba periksa samada mekanik ada adjust speed adjusting screw pada throttle body. Kadangkala speed adjusting screw dilaras kurang tepat menyebabkan RPM rendah semasa dalam keadaan beban penuh.

    ReplyDelete
  29. Salam tuan saya ingin bertnya...kereta saya ni wira 1.5 vdo..saya ada cuci t.body di kedai...lepas tu dlm 2 minggu...taiming bler tekan minyak dia x turun rpm ke 900 atau 800...dia stay dkt rpm 1000 je...pas pasang aircond lampu bagai dia trun ke 900 ke 800...saya x pasti knp..boleh tuan membantu...masaalah skr kereta semua keadaan baik...enjin x mati semua...tp bler tekan minyak rpm tak trn 900 ke 800 dia stay ke rpm 1000 je..on aircond on lampu dia maintain blik 800 900...apa masaalah yer tuan..cek computer xda eror apa pun...tlg tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir cuba reset ECU dengan menanggalkan kabel negative bateri selama 30 saat dan dipasang semula. Kadangkala throtlle body perlu dibuat initialization setelah wire throttle body motor ditanggalkan.Jika tiada perubahan, buat initialization di SC dengan scantool. Periksa semula dengan mekanik samaada dibuat initialization semasa pemeriksaan dengan scan tool sebelumnya. Selain dari itu, periksa operasi throttle valve di dalam throttle body. Rujuk entri berikut untuk pencerahan. https://serbamaneka.blogspot.my/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html

      Delete
  30. Salam sejahtera bro,

    Waja saya 2002, saya dah servis throttle body, tukar fuel pump dan air flow sensor. Tetapi, bila saya on aircon, enjin akan mati. Check enjin akan tunjuk. Tutup dan start enjin, 2 3 seconds enjin mati. Lepas biarkan selama 30min, enjin boleh start dan jalan tanpa aircon. Boleh saya tahu ada apa2 saya missed nak tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu,bro. Bila aircon on, rpm naik dan turun berkali-kali.. dan enjin mati. Start balik dan enjin mati sekali lagi.

      Delete
    2. Salam sejahtera.Dari tanda-tanda RPM yang tidak stabil menunjukkan kemungkinan ISC motor telah rosak. Tapi jangan terus ganti baru ISC motor lagi.Cuba buat ujian keatas ISC motor seperti di entri berikut
      https://serbamaneka.blogspot.my/2013/11/bersih-throttle-body-proton-waja-cara.html Keluarkan ISC motor dan ON kan kunci kereta tanpa menghidupkan enjin. Pada masa yang sama, perhatikan bahagian hujung pintle ISC motor dan pastikan pintle bergerak menjulur keluar. Apabila OFFkan kunci, pintle akan bergerak rapat ke ISC motor. Satu lagi kemungkinan adalah, throttle body tersebut yang rosak disebabkan thermo wax tidak berfungsi. Dalam kes sebegini, yhrottle body perlu diganti satu unit. Walaubagaimanapun sebelum diganti, cuba pinjam throttle body dari kawan yang ada kereta jenis yang sama untuk dibuat ujian. Setelah disahkan throttle body rosak, barulah diganti.

      Delete
  31. Salam tuan. Waja sy tahun 2002, lepas sy buat service throttle body, rpm dlm bacaan 1300 (air cond off), on air cond rpm tggal 875. Sebelum buat servicing, rpm dlm 800-900 ja. Apa masalahnya tu tuan. Mohon pencarahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Biasanya RPM akan meningkat kepada 1200 pada permulaan enjin dihidupkan. Jika RPM masih tidak menurun kepada 750 RPM steleah 5 minit enjin dihidupkan,kemungkinan terdapat gasket pada throttle body yang bocor. Gasket bocor menyebabkan udara yang banyak memasuki cylinder dan menyebabkan lebih minyak petrol dipancitkan. Cuba periksa gasket throttle body. Pastikan speed adjusting screw tidak dilaras semasa mencucui throttle body.

      Delete
    2. Terima kasih bnyk tuan atas info yg berguna.

      Delete
  32. salam tuan. waja mitsubishi auto sy dah dipasang ficd. idle speed 750 dan 900 on a/c. masalah bila kipas a/c nak pusing semasa dalam gear d atau r rpm akan drop dan enjin mati. kalau dalam geat n atau p, pusing stereng ketika kipas ac nak pusing enjin mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Pemasangan FICD bukanlah penyelesaian kepada masaalah idling speed kereta Proton Waja. Sebaiknya diganti ISC motor ataupun dalam kes yang lebih teruk throttle body perlu diganti untuk menyelesaikan masaalah tersebut. FICD hanya meneyelesaikan masaalah penurunan idling speed semasa penyaman udara dihidupkan. FICD tidak membantu meninggikan idling speed semasa enggaed gear ataupun steering dipusingkan. Fungsi terdsebut dikawal oleh ISC motor.

      Delete
    2. salam tuan. saya telah cuba buang ficd dan pasang stepper motor yg baru. tetapi masalah enjin mati semasa kipas a/c mahu pusing dan gear dalam kedudukan d atau r dan brek sedang dipijak. maaf jika situasi yg sy ceritakan sukar utk difahami.

      Delete
    3. Salam. Satu lagi kemungkinan yang menyebabkan masaalah tersebut masih berlaku adalah kerosakan throttle body. Cuba pinjam throttle body Waja dari kereta rakan dan gunakan untuk dibuat ujian.

      Delete
  33. Assalam..tuan..
    Saya ada masalah dgn engine wira 1.5 MMC injection.Rpm kereta saya turun naik dlm sekitar 1300rpm..Bila saya on aircond,rpm kereta saya mencecah 2000rpm.Tapi ada masanya rpm dpd tinggi terus drop sampai nak mati engine.Bila dibiarkan ..rpm naik semula Ker 1300 rpm dan idle turun naik.Adakah saya perlu menukar throttle body baru?Adakah rpm turun naik ada bersangkut paut dgn ECU?

    ReplyDelete
  34. Salam. Idling speed tidak stabil kemungkinan berpunca dari ISC. Wira DOHC menggunakan Stepper Motor untuk mengawal idle speed. Jika bermasaalah, steeper motor perlu diganti. Manakala Wira SOHC menggunakan ISC servomotor dan perlu diganti gear kit jika gear yang bermasaalah.Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu idling speed tidak stabil adalah disebabkan throttle body dan memerlu diganti keseluruhan throttle body tersebut. Jika ada kereta wira yang sama model, lebih baik pinjam throttle body untuk dibuat ujian sebelum throttle body diganti baru.

    ReplyDelete
  35. salam tuan..saya guna wira 1.5 vdo auto yg tak ada isc valve, fast idle valve atau speed adjusting screw. problemnye rpm akan drop banyak (rpm500+/-)bile masuk mana2 gear R,D,1 dan 2. rpm stabil pada gear N dan P. TB dah cuci tp x settle masalah. rpm pun ade drop bile on aircon. saya ada perasan kat comment atas ada yg alami masalah yg sama tp utk mmc.tuan ade rekomen check fuel pressure or filter tp dlm kes saya ni tak rasa sebab fuel kerana saya pakai ngv pun terjadi masalah yg sama. saya suspect tb vdo yg rosak. ape pendapat tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Wira VDO menggunakan electronic throttle body. Pergerakan throttle valve dikawal oleh ECU melalui throttle valve motor. Saya fikir kemungkinan TB tersebut ada masaalah. Cuba buka penutup palstic berwarna hitam bahagian gear TB tersebut. Periksa dan pastikan gear palstic tersebut dalam keadaan baik. Jika gear rosak, dapatkan gear kit untuk menggantikannya. Walaubagaimanapun, kadangkala electronic TB perlu dibuat inilization (tuning) dengan scantool untuk membolehkan enjin berfungsi dengan normal.

      Delete
    2. terima kasih tuan..saya dah pernah bukak cover TB tu dan gear nampak ok.tuning lum buat lg..satu lg TB vdo tu ade jual repair kit?kalu ade nak cari kat sparepart. MMC mmg ade..

      Delete
    3. TB vdo tu ade jual repair kit . Dikeluarkan oleh third party, bukan part Proton.

      Delete
  36. As slam.. Saya nak sbelom ni kete saya selalu mati bla tngah drive atau berhnti check kmputer xdpat dtect lmpu check engine pn tak mnyala.. Saya dah tkar betri,oil flter n fuel pump.. Masih lagi mati2. Bila check kmputer bix skali lagi dapat dtect cranshaf sensor.. So bila tukar ok xmati dah.. Tpi dlm msa 2mnggu sekarang bila start timing trun habis.. Hidup dlm 1 scond mati balik Bila start tak hidup2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terdapat 2 kemungkinan yang menyebabkan enjin mati iaitu masaalah pada sistem bahanapi ataupun ignition sistem. Cuba periksa sistem bekalan minyak petrol seperti entri berikut. https://serbamaneka.blogspot.my/2013/07/fuel-pressure-testing-cara-koman_6.html . Jika sudah lama tidak ditukar, gantikan fuel filter. Selain dari itu periksa ignition system seperti entri berikut https://serbamaneka.blogspot.my/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html . Idling speed tidak stabil biasanya disebabkan kerosakan stepper motor. Walaubagaimanapun dalam kes yang lebih teruk throttle body perlu diganti untuk menyelesaikan masaalah tersebut . Sebaiknya pinjam TB dari kereta rakan sebagai ujian sebelum diganti baru.

      Delete
  37. As salam.. Saya nak tanya klau stepper mtor tidak berfungsi adakah engine masih boleh di hidup kan.. Trma kasih brader..

    ReplyDelete
  38. Salam. Enjin masih boleh dihidupkan tetapi pusingan enjin tidak stabil. Pusingan enjin akan turun dan naik (engine hunting).

    ReplyDelete
  39. Saya guna kenari,nak tanya kereta sy tu pakai FICD juga ke? Sebabnya, kereta saya ada masalah sama mcm FICD problem cthnya: kereta kadang2 pandai semput kdg2 ok, bila tekan minyak sedikit dah start semput. Jika tekan aircond lagi terasa bertambah berat lagi beban memandu. Kadang2 on aircond boleh mati terus kereta. Selepas minta cek pusat servis shell katanya exhaust bocor,then pergila kedai exhaust, dah tukar tetap sama. Masa tukar tu, saya dapati ada 1 wayar yg kemungkinan FICD yang sambung ke enjin sudah terputus. Adakah itu Wayar FICD yang sambung ke enjin punca kereta saya begitu? Nak minta pandangan dari koman spana.....TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engine kereta Kenari yang dikeluarkan dari kilang tidak menggunakan FICD. Kalau ada yang menggunakan FICD, bermakna komponen tersebut di pasang kemudian. Saya fikr kereta tersebut mengalami masaalah penapis minyak petrol tersumbat. Penapis tersebut berada di dalam tangki minyak petrol. Jika penapis tersumbat, bekalan minyak petrol akan terganggu dan menyebakan enjin mudah mati. Cuba periksa dan gantikan penapis minyak petrol tersebut jika perlu.

      Delete
  40. As salam..sy dh tukar isc servo kit utk wira mmc 4g15..masalah nya timing jd rendah bila on air cond..apa masalah nya..blh encik terangkan .. sy dah tekanan kete x ok tp duit dh byk hbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tidak dinafikan masaalah idling speed menjadi rendah sering terjadi pada kereta Wira adalah disebabkan kerosakan ISC valve. Jika ISC valve kit hendak diganti, pastikan alatganti yang digunakan adalah alatganti tulen. Penggunaan alatganti tulen dapat mengelakkan masaalah yang lebih rumit.Selain dari itu, pastikan pemasangan yang dilakukan adalah betul. Jika penggantian ISC valve kit masih tidak dapat menyelesaikan masaalah idling speed rendah, pilihan yang lain adalah menggantikan throttle body. Walaubagaimanapun, sebagai alternatif Fast Idle Control Device boleh dipasang dengan cost yang lebih rendah berbanding mengganti throttle body.

      Delete
  41. Sy juga ada masalah taming pd kereta sy waja 1.6 model 2005..manual,bila on acon rpm jd rendah ke500..sy dh buat servis kat proton servis center S.Alam...tp keadaan lg lebih teruk dari sebelumnya rpmnya jadi tak tentu naik turun rpmnya..apa yg sy perlu buat...antar kn servis center pon tak menjadi..cam ne...pening2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebisaannya RPM yang tidak stabil disebabkan ISC motor telah rosak. Walaubagaimanapun jangan terus ganti ISC motor tersebut.Cuba buat ujian keatas ISC motor seperti di entri berikut
      https://serbamaneka.blogspot.my/2013/11/bersih-throttle-body-proton-waja-cara.html Keluarkan ISC motor dan ON kan kunci kereta tanpa menghidupkan enjin. Pada masa yang sama, perhatikan bahagian hujung pintle ISC motor dan pastikan pintle bergerak menjulur keluar. Apabila OFFkan kunci, pintle akan bergerak rapat ke ISC motor. Satu lagi kemungkinan adalah, throttle body rosak disebabkan thermo wax tidak berfungsi. Dalam kes sebegini, throttle body perlu diganti satu unit. Walaubagaimanapun sebelum diganti, cuba pinjam throttle body dari kawan yang ada kereta jenis yang sama untuk dibuat ujian. Setelah disahkan throttle body rosak, barulah diganti.

      Delete
  42. salam bro..saya pakai waja auto tahun 2002. Bila parking dalam keadaan aircond hidup, kadang2 rpm turun naik/ enjin pun nak mati2..dan bila nak starting jalan kereta tersenggut2..masalah ni berlaku selalu masa aircond dipasang..kalau x pasang aircond ade ok sikit..ape ek masalahnya bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Antara punca RPM tidak stabil adalah disebabkan ISC motor telah rosak ataupun throttle body kotor. Cuba bersihkan throttle body jika sudah lama tidak dibersihkan. Selain dari itu, cuba buat ujian keatas ISC motor seperti di entri berikut
      https://serbamaneka.blogspot.my/2013/11/bersih-throttle-body-proton-waja-cara.html . Keluarkan ISC motor dan ON kan kunci kereta tanpa menghidupkan enjin. Pada masa yang sama, perhatikan bahagian hujung pintle ISC motor dan pastikan pintle bergerak menjulur keluar. Apabila OFFkan kunci, pintle akan bergerak rapat ke ISC motor. Satu lagi kemungkinan adalah, throttle body rosak disebabkan thermo wax tidak berfungsi. Dalam kes sebegini, throttle body perlu diganti satu unit. Walaubagaimanapun sebelum diganti, cuba pinjam throttle body dari kawan yang ada kereta jenis yang sama untuk dibuat ujian. Setelah disahkan throttle body rosak, barulah diganti.

      Delete
  43. Salam tuan,,sya ingin bertanya berkenaan trottle body waja mmc..sekiranya skru adjust timing kepala skru pecah..bleh diganti @ kena tukar TB set.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika speed adjusting screw tersebut pecah, sepatutnya boleh diganti. Cuba tanya di Proton Part Centre samaada alatganti tersebut ada dalam stok.

      Delete
  44. enjin waja bila start pada waktu pagi dan ptng..adakah ianya normal rpm 1200..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. RPM tersebut adalah normal. Dari 1200 rpm akan turun perlahan-lahan kepada 750 rpm semasa idle. Apabila switch on penyaman udara, RPM meningkat kepada 900 semasa idle.

      Delete
  45. Salam tuan..saya ada waja tahun 2002..asalnya kereta saya auto..bulan lepas gear box saya rosak..dah saya tukar pada manual..lepas seminggu guna..bila buka aircond rpm terus drop bawah 1000..dan bila saya pusing2 stering..enjin mcm nak mati..saya ada tukar dia punya ISC tapi x berubah..sama juga keadaannya..apa masalahnya ye sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika ISC tiada masaalah kemungkinan komponen lain yang rosak adalah throttle body. Sebelum ditukar baru, cuba pinjam throttle body dari kereta rakan untuk digunakan sebagai ujian. Setelah disahkan throttle body rosak, barulah diganti baru.

      Delete
  46. Salam timing sy tinggi walaupun dah tukar sensor dkt trottle body. Dan sy telah reset balik komputer box. Masih jgk dlm keadaan yang sama. Apakah masalah nye. Ye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba laraskan speed adjusting screw secara malawan jam sebanyak 1/8 pusingan dan pastikan idle speed menurun. Jika tiada perubahan pada idle speed kemungkinan throttle body perlu diganti . Jika boleh pinjam throttle body dari rakan, gunakan sebagai ujian untuk memastikan throttle body yang rosak.

      Delete
  47. Salam tuan ada kedai ke? Kalo mcm ni lagi bagus jumpa tuan

    ReplyDelete
  48. Salam tn.. Mohon pencerahan. Waja first model. Timing tggi bila start pgi2.xstabil. Kdg2 jadi semput.rpm naik smpai 20k-30k.

    ReplyDelete
  49. Maaf. 2k-3k rpm naikon aircond dia trun sdikit

    ReplyDelete
  50. Salam. Saya fikir kemunkinan ada masaalah pada ISC motor menyebabkan idle speed tidak stabil. ISC motor perlu disahkan benar-benar rosak dengan cara melihat operasi ISC motor melalui scantool sebelum dibuat penggantian.
    Dalam sesetengah kes, throttle body perlu diganti sebagai satu unit apabila idle speed tidak stabil.

    ReplyDelete
  51. salam tuan. timing enjin kereta waja saya x menentu dan semput. langsung x ada pick up. enjin tersenguk2. kalau buka aircond langaung x ada pick up. adakah ini punca dar stepper motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan idle speed tidak stabil iaitu samaada stepper motor rosak ataupun throttle body yang rosak. Cara paling selamat adalah dengan meminjam throlle body yang masih elok dari kereta lain untuk dibuat ujian.

      Delete
  52. Salam tuan, saya menggunakan waja tahun 2004 engine mmc. Masalah yang saya alami adalah timing tidak stabil. Saya tukar tb baru terus. Apa yang berlaku, timing tidak stabil. Waktu pagi start rpm 1500 dan turun 1000 naik balik 1500. Selepas beberapa minit lampu check engine menyala dan rpm menjadi normal 7000. Apabila saya matikan engine hidupkan balik, lampu check engine hilang dan rpm jadi gila. Rpm akan melonjak sehingga 2200. Setelah 10 hingga 15 minit. Timing kembali normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa flash code seperti pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2013/07/flash-code.html disebabkan check engine telah menyala . Jika ada code, pembaikan dilakukan bedasrkan penemuan code tersebut. Jika tiada code diperolehi, sya fikir pendawaian ISC motor perlu diperiksa dan dipastikan dalam keadaan baik. Ini adalah kerana walaupun throttle body telah diganti baru tetapi pendawaian ISC motor dalam keadaan rosak masaalah idle speed tidak stabil tetap akan berlaku.

      Delete
  53. Minta tuan bantu saya, saya hampir giveup. Beribu sudah habis. Mohon tuan hubungi saya atau WhatsApp di talian 0133114623-Asyraf.
    Mohon bantuan tuan.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum tuan.. Baru2 saya ada buat service intake modifold dengan TB proton waja mmc 2001..Sekrang timing jadi tak stabil rpm naik turun seolah2 menggunakan high cam.😅.. Tambah pulak merebak ke sistem brake, apabila tekan pedal brake jadi keras.. Apakah sintom tersebut tuan? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terdapat beberapa kemungkinan yan menyebabkan idle speed tidak stabil iaitu : 1) Throttle body rosak 2) ISC motor rosak 3. Wire harness ISC motor rosak . Saya cadangkan cuba pinjam throttle body dari rakan untuk dibuat ujian sebelum diganti baru. Dengan meminjam, throttle body dan ISC motor dianggap dalam keadaan baik. Jika setelah dipasang tetapi masaalah yang sama masih berulang, bermakna hanya pendawaian ISC motor perlu diperiksa. Ini adalah kerana walaupun throttle body telah diganti baru tetapi pendawaian ISC motor dalam keadaan rosak masaalah idle speed tidak stabil tetap akan berlaku.
      Jika brake sukar ditekan, cuba periksa hose vacum ataupun brake booster. Kemungkinan hose vacum pecah atau tercabut. Kerosakan pada diafghram brake booster juga boleh menjadi penyebab bare sukar ditekan.

      Delete
  55. Assalam tuan, nak tanya....sy pakai wira 1.6 manual.problem sekarang taiming rpm semasa air cond berjalan, apabila kerata diberhentikan pergerakan rpm drop, tapi enjin kerata tidak mati. Kalau kerata tidak bergerak air cond berfungsi rpm satbil sempurna dgn keadaan air cond berfungi semasa cut/off. Yg ketara disini adalah rpm drop semasa kerata berhenti trafik light mahupun utk menukar gear utk masuk atau keluar simpang. Mohon tuan bole jelaskan apakah masalah di alami?

    ReplyDelete
  56. Asalamualaikum..sy pemilik proton perdana v6... Mengalami masalah timing tk stability..,on aircond enjin mati,masuk gear D/N enjin mati..,kadang2 conner pon enjin mati...break pon jadi berat...kenapa ye Tuan..apakah kerosakan sebenar..harap tuan dpt bgi penjelasan...adakah TPS@ISC yg perlu diganti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Antara punca idle speed tidak stabil adalah disebabkan ISC motor telah rosak ataupun throttle body kotor. Cuba bersihkan throttle body jika sudah lama tidak dibersihkan. Selain dari itu, cuba buat ujian keatas ISC motor seperti di entri berikut
      https://serbamaneka.blogspot.my/2013/11/bersih-throttle-body-proton-waja-cara.html. Cara adalah sama walaupun kereta berbeza.
      Keluarkan ISC motor dan ON kan kunci kereta tanpa menghidupkan enjin. Pada masa yang sama, perhatikan bahagian hujung pintle ISC motor dan pastikan pintle bergerak menjulur keluar. Apabila OFFkan kunci, pintle akan bergerak rapat ke ISC motor. Pergerakan ISC motor juga boleh dilihat jika ISC motor diuji dengan menggunakan scantool.
      Satu lagi kemungkinan adalah, throttle body rosak disebabkan thermo wax tidak berfungsi. Dalam kes sebegini, throttle body perlu diganti satu unit.
      Walaubagaimanapun sebelum diganti, cuba pinjam throttle body dari kawan yang ada kereta jenis yang sama untuk dibuat ujian. Setelah disahkan throttle body rosak, barulah diganti. TPS jarang sekali menyebabkan idle speed tidak stabil.
      Kadangkala, tekanan minyak petrol yang rendah disebabkan fuel filter tersumbat juga boleh menyebabkan enjin tidak stabil dan mati. Gantikan fuel filter jika tidak pernah diganti dalam tempoh 3 tahun.

      Delete
  57. Assalamualaikum tuan. saya menghadapi masalah kereta wira injection mesti rpm 2 keatas. jika meter rpm dibawah 2, kereta mcm lost power untuk bergerak. sebelum ni ingatkan masalah throttle body. tapi lepas tukar throttle body lain pn masih sama. enjin vdo tp pasang pada throttle body mmc

    ReplyDelete
  58. Salam. Saya fikir masaalah throttle body perlu diselesaikan terlebih dahulu. Wira VDO menggunaan electronic throttle body manakala Wira MMC menggunakan mechanical throttle body. Cara kerja kedua-dua throttle body adalah tidak sama. Saya fikir gunakan throttle body seperti specsifikasi asal kembali. Setelah itu, cari punca yang menyebabkan enjin tidak boleh beroperasi pada kelajuan rendah.

    ReplyDelete
  59. Assalam tuan,kereta saya model waja 2003 ada masalah dgn idling,kmdian saya buat service throtle body dan tukar gasket sbb gasket dh reput,lps service idling ok,tp tak lama slps tu jdi masalah lain.. jdi masalah timing akan turun smpai 5rpm apabila on aircond..masalah ni jadi tak kira waktu samada enjin sejuk atau panas.. tapi apabila waktu berjalan tiada apa2 masalah pada enjin walaupun aircond di 'on' kan..mohon jasa baik tuan utk beri sedikit bantuan penerangan masalah kereta saya,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba buat flash code jika ada masaalah pada electronic control system. Selain dari itu, periksa stepper motor dan pastikan boleh beroperasi. Kadangkala pemasangan socket stepper motor yang longgar juga boleh menyebabkan keadaan seperti stepper motor yang rosak.

      Delete
    2. Terima kasih byk tuan kerana respon dan beri kan pendapat.. pendapat tuan amat saya hargai,terima kasih.

      Delete
  60. salam tuan.. sy guna wira 1.8 masalah dia bila mula2 start rpm tinggi 3000 rpm selalu nya masa enjin tgh sejuk.. ambik masa jgk la dlm 5 minit baru dapat idle 900 rpm.. throttle body dah servis.. steper motor dah tukar baru.. throttle body gasket pun dah tukar juga.. pendapat tuan macam mana nak settel masalah timing tinggi ni. ini apa perlu saya buat lagi..

    ReplyDelete
  61. Assalam tuan. Saya dah servis throttle body. Mula elok, lepastu masalah sama datang. Bila kereta nak berhenti, rpm akan jadi low sebelum naik ke 700, tapi agak perlahan untuk naik ke 700 tu. Bila on aircond, rpm akan jadi lagi rendah bila kereta tengah idle. Adakah masih masalah throttle body?

    ReplyDelete
  62. salam tuan, waja saya masalah dia time pagi atau da parking lama..contoh masa nk start kereta waktu pagi, gear dalam kedudukan P/N rpm stabil..apabila masuk gear D kereta terus jerking..selepas jalan beberapa km kereta kembali normal.. hanya berlaku masa enjin sejuk sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk pemeriksaan awal, sila pastikan minyak ATF adalah mencukupi dan ditukar mengikut jadual. Pastikan juga MIL untuk gearbox tidak menyala. Jika perkara tersebut telah dibuat, saya fikir kemungkinan terdapat masaalah pada underdrive gear atauupun valve body. Langkah seterusnya adalah membuat ujian tekanan kepada gearbox (perkara yang jarang dibuat oleh mekanik gearbox). Hasil ujian tersebut perlu dibuat perbandingan tekanan dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika terdapat perbezaan tekanan yang ketara , valve body perlu diservice. Pastikan service dibuat oleh mekanik yang mahir dengan gearbox automatik.

      Delete
  63. salam..kereta sy waja tahun2000..lepas tukar bateri...rpm jd drop...dan bila lepas padel minyak...enjin mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. 1.Kemungkinan cable batteri longgar ataupun battery clamp berkarat dan perlu dibersihkan. 2. Mungkin disebabkan ISC motor rosak . 3. Fuel filter tersumbat.

      Delete
  64. Salam tuan koman spana yang tak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa membantu orang ramai. Maaf bertanya di thread yang dah lama tapi saya memang perlukan jawapan. Kereta proton waja mmc 1.6, bila cold start and rpm dah start menurun, rpm akan tak stable, semput² kejap naik ke 700 kejap turun ke 400 kadang rasa macam nak mati tapi tak mati. Bila masuk gear terutamanya reverse dan drive, semput tu makin teruk dan sekali sekala sampai enjin mati. Waktu drive slow semput tu sangat ketara tapi bila dah naik ke gear 2 atau dah laju elok macam biasa. Saya assume isc motor tapi boleh jadi fuel pump. Atau mungkin juga distributor, coil, plug tiga sekawan ni. Fuel filter mungkin tapi tu murah jadi saya boleh tukar tu sekali jalan. Tuan rasa apa masalahnya ye? Saya perlu bagitahu juga waktu gear rendah tu saya boleh kurangkan gegaran dengan main pedal, seakan² semput tu berlaku waktu nak tukar gear, jadi bila semput tu terasa saya lepas throttle sikit, semput tu hilang, saya tekan throttle yang mana akan paksa gear naik ke gear 2 and lepas tu hilang semput. Saya harap maklumat² ni berguna untuk orang lain juga troubleshoot masalah yang serupa. Terima kasih banyak tuan koman spana 🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dari maklumat tuan, saya fikir punca idle speed tidak stabil adalah disebabkan ISC motor ataupun throttle body telah rosak . Walaubagaimanapun sebelum diganti, cuba pinjam throttle body dari kawan yang ada kereta jenis yang sama untuk dibuat ujian dan mengenalpasti punca kerosakan tersebut. Perbatuan kereta yang tinggi dan usia kereta yang semakin meningkat menjadi faktor kegagalan komponen-komponen kereta berfungsi dengan baik.

      Delete
  65. Experience the high-performance Body Safety Harness by TrekkersPk. Built for heavy-duty use, this harness ensures maximum protection and freedom of movement, making it the trusted choice for serious outdoor and industrial activities. body safety harness

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...