Cabin air filter merupakan salah satu komponen sistem penyaman udara. Oleh kerana kedudukannya yang berada di dalam glove box dan tersorok, seringkali cabin air filter tidak diganti. Cabin air filter perlu diganti setiap 30000km. Jika tidak diganti, cabin air filter yang tersumbat akan menyebabkab suhu di dalam kereta menjadi kurang sejuk. Untuk memeriksa cabin air filter langkah berikut boleh dijadikan panduan.
1.Buka glove box yang berada pada bahagian penumpang hadapan sebelah kiri.
housing cabin air filter |
2.Buka penutup cabin air filter dengan cara menarik klip penutup housing.
klip penutup |
3.Keluarkan cabin air filter yang berada di dalam housing.
penutup housing cabin air filter |
4.Gantikan cabin air filter dengan yang baru jika di dapati kotor.Semasa pemasangan, cabin air filter tersebut hendaklah dipasang mengikut kedudukan anak panah yang tertera.
cabin air filter |
5.Cabin air filter yang kotor perlu diganti baru kerana tidak boleh dibersihkan.
tq 4 d info....bleh la try wat sdiri pah ni..brape harga filter ni agaknya...
ReplyDeleteHarga air filter (genuine part) dalam lingkungan RM 40.00. Yang aftermarket RM 20.00.
ReplyDeleteSalam bos...kabin filter waja mmc duk kt mne ye...pastu bleh x try bt sndiri..bos bleh bg step x cara nk bukak...1lg kabin filter tuk waja mmc brp bosku??
Delete