Periksa Crank Position Sensor Proton Saga Dengan Oscilloscope Cara Koman

     ECU enjin kereta memerlukan signal dari crank position sensor untuk memastikan enjin terus beroperasi.  Kerosakan crank position sensor menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Masaalah timbul apabila crank position sensor rosak secara tiba-tiba dan menyebabkan kereta tidak boleh bergerak. Lebih malang jika kerosakan tersebut berlaku jauh dari bengkel kereta.
CPS socket
Crank position sensor (CPS) yang digunakan pada kereta Proton Saga BLM terletak di antara gearbox dan enjin. Sensor tersebut terletak  pada kedudukan dibawah flywheel . 
CPS dibawah enjin
Kedudukan sensor tersebut  agak pelik kerana berada dibawah flywheel  dan terdedah kepada cuaca yang melampau kerana tidak terlindung. Pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan untuk memastikan sensor tersebut berada dalam keadaan baik. 
pemasangan oscilloscope
Salah satu cara memeriksa crank position sensor adalah dengan menggunakan oscilloscope. Melalui oscilloscope bentuk gelombang CPS yang bermasaalah dapat dikesan. Crank Position Sensor yang digunakan pada kereta Proton Saga BLM adalah dari jenis magnetic. Bentuk gelombang yang dihasilkan merupakan gelombang arus  ulang alik  (gelombang sinus).

Pada flywheel terdapat gerigi yang dipotong khas untuk bertindakbalas dengan crank position sensor. Apabila flywheel berpusing, gerigi tersebut menghampiri sensor dan seterusnya menghasilkan gelombang yang boleh dilihat melalui oscilloscope.
bentuk gelombang CPS
Pada kedudukan 'a', gerigi tersebut menghampiri CPS dan gelombang positif terhasil. Apabila gerigi tersebut berada bertentangan CPS iaitu pada kedudukan 'b' tiada gelombang dihasilkan bermakna 0 voltage. Setelah gerigi tersebut bergerak menjauhi CPS gelombang negatif akan terhasil pada kedudukan 'c'. 


Kemaskini


waveform CPS


Mengenali Midsection Enjin Sangkut Cara Koman

     Salah satu komponen yang terdapat di bahagian midsection adalah exhaust housing.Di dalam exhaust housing terdapat laluan untuk membolehkan asap dikeluarkan dari enjin.Laluan air untuk sistem penyejukan enjin sangkut juga terletak di midsection.
midsection enjin sangkut
Enjin sangkut di gantung pada bot dengan menggunakan steering bracket.Di antara steering bracket dipasang dengan power tilt & trim unit.Steering arm pula terletak pada swivel bracket untuk membolehkan enjin sangkut digerakkan ke kiri atau kanan.
power tilt & trim unit
Tilt tube diguna sebagai peyambung di antara steering arm dengan swivel bracket. Enjin sangkut yang berpaksi pada tilt tube dapat diangkat dengan menggunakan power tilt & trim.
Biasanya pada tilt tube juga turut dipasang dengan steering cable. Drive shaft yang digunakan untuk memindahkan kuasa dari powerhead ke lower unit juga turut dipasang melalui midsection.

Mengenali Powerhead Enjin Sangkut Cara Koman

Powerhead enjin sangkut adalah bahagian  atas enjin sangkut yang merangkumi komponen seperti flywheel, cylinder head, cylinder block, piston, con-rod, crankshaft, camshaft (enjin 4 lejang), crankcase, sistem pencucuhan, sistem bahanapi, sistem udara masuk, sistem pengecas dan sistem penghidup.

Kebanyakan powerhead enjin sangkut menggunakan minyak petrol sebagai bahan bakar. Terdapat juga powerhead yang menggunakan minyak kerosene sebagai bahan bakar untuk tujuan lebih ekonomi. Powerhead enjin sangkut biasanya mempunyai satu hingga lapan selinder.

Powerhead ditutup oleh penutup yang dinamakan cowling untuk melindungi enjin dari percikan air dan mengurangkan kebisingan bunyi enjin. Disamping itu juga, cowling dapat melindungi pengendali bot dari bahaya bahagian enjin yang sedang bergerak. Komponen cowling terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian sebelah atas dinamakan top cowling dan bahagian sebelah bawah dinamakan bottom cowling.
powerhead enjin sangkut
Flywheel berfungsi untuk mengekalkan momentum pusingan enjin supaya komponen dalaman di dalam cylinder dapat berfungsi dengan lancar di antara setiap lejang kuasa. Disamping itu juga, flywheel turut  mengandungi magnet yang digunakan untuk membekal kuasa elektrik kepada sistem pencucuhan dan juga peralatan elektrik. Sebagaimana enjin pembakaran dalam yang lain, flywheel enjin sangkut dipasang pada crankshaft.
komponen powerhead enjin sangkut
Komponen dalaman seperti piston dipasang pada conrod dan disambung kepada crankshaft. Proses pembakaran yang berlaku di dalam kebuk pembakaran telah menghasilkan pergerakkan piston. Setiap piston bergerak ke atas dan ke bawah di dalam cylinder untuk memusing crankshaft. Seterusnya crankshaft menukar pergerakan turun naik piston kepada pergerakan pusingan untuk menggerakkan enjin.

Pada bahagian belakang powerhead enjin sangkut  terdapat 1 ataupun 2 cylinder head yang dipasang dengan spark plug pada setiap cylinder. Powerhead enjin sangkut yang mempunyai 1 cylinder head dinamakan “inline model”. Ini adalah kerana semua cylinder berada dalam kedudukan sebaris.

Bagi powerhead  enjin sangkut yang mempunyai 2 cylinder head pula dinamakan “V model”. Ini adalah kerana kedua-dua cylinder berada dalam keadaan bentuk huruf Vee. Sesetengah powerhead enjin sangkut Vee model dinamakan 60°V disebabkan sudut diantara kedua-dua cylinder head adalah 60°.  Selain dari itu, ada juga powerhead enjin sangkut  Vee model yang dinamakan 90°V.
enjin sangkut 60° V Yamaha
Bagi powerhead enjin sangkut 4-lejang, cylinder head juga turut dilengkapkan dengan inlet dan exhaust valve. Fuel injector juga turut dipasang pada cylinder head jika powerhead tersebut menggunakan electronic fuel injection system. Pemasangan fuel injector adalah pada intake manifold berhampiran inlet valve tetapi di luar combustion chamber.

Terdapat powerhead enjin sangkut 2-lejang yang menggunakan sistem bahanapi Gasoline Direct Injection (GDI). Fuel injector untuk 
Gasoline Direct Injection (GDI) dipasang secara terus di atas cylinder head.

Air silencer terletak pada bahagian hadapan powerhead enjin sangkut. Carburetor pula terletak di belakang air silencer. Bagi powerhead enjin sangkut yang menggunakan electronic fuel injection system, udara memasuki kedalam cylinder melalui throttle body. Terdapat powerhead enjin sangkut menggunakan throttle body dari jenis tunggal. Sebilangan lagi powerhead menggunakan throttle body jenis berbilang. Penggunaan throttle body pada powerhead enjin sangkut bergantung kepada kesesuaian rekabentuk enjin.

Mengenali Enjin Sangkut Cara Koman

    Kebanyakaan bot yang bergerak laju digerakkan oleh oleh enjin dalam ataupun enjin sangkut. Walaubagaimanapun, penggunaan enjin sangkut lebih popular disebabkan rekabentuknya yang lebih padat.  Selain dari itu, enjin sangkut yang dipasang pada bahagian belakang bot dapat memberikan ruang yang lebih luas dan selesa di dalam bot. Apabila bot tidak digunakan, enjin sangkut dapat diangkat keluar dari permukaan air yang juga merupakan satu kelebihan berbanding enjin dalam.

Komponen utama enjin sangkut terbahagi kepada 3 bahagian utama. Komponen-komponen tersebut adalah powerhead, mid-section dan lower unit.Walaubagaimanapun istilah yang digunapakai untuk menerangkan komponen-komponen tersebut adalah berbeza di antara sesuatu tempat.


enjin sangkut

    Powerhead adalah enjin kepada sesebuah enjin sangkut. Powerhead enjin sangkut menggunakan kitaran 2 lejang ataupun  kitaran 4 lejang. Terdapat enjin sangkut yang masih lagi menggunakan carburetor  untuk menentukan campuran udara dan petrol berada dalam nisbah yang betul  sebelum melengkapkan proses pembakaran. Perkembangan teknoloji yang semakin pesat menyebabkan electronic fuel injection system semakin popular digunakan pada enjin sangkut. Di samping itu juga, penggunaan Gasoline Direct Injection juga semakin mendapat tempat. 

Bahagian midsection pula terdiri dari sistem penyejukan dan juga laluan exzos. Semasa proses pembakaran berlaku, kuasa pusingan menegak dari powerhead disalurkan melalui driveshaft ke lower unit. Seterusnya lower unit memindah pusingan menegak kepada pusingan mendatar melalui satu set gear untuk memusingkan kipas. Pusingan kipas yang dihasilkan oleh enjin sangkut membolehkan bot  bergerak.




Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...