Spark plug kereta Proton Saga BLM perlu diperiksa setiap 20000 kilometer dan perlu digantikan jika didapati tidak berada dalam keadaan baik. Oleh kerana Proton Saga BLM menggunakan coil on plug ignition system, penggunaan spark plug cable tidak diperlukan. Spark plug juga tidak kelihatan kerana berada dibawah ignition coil. Jika spark plug hendak diganti, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.
1. Buka penutup enjin dan ketepikan penutup tersebut.
spark plug dibawah ignition coil |
2.Tanggalkan negatif battery terminal untuk mengelakkan kemungkinan enjin hidup. Langkah tersebut juga dapat mengelakkan check engine light menyala disebabkan socket wayar ignition coil ditanggalkan.
3.Tekan clip dan tanggalkan socket wire pada ignition coil
clip socket wire |
4.Buka bolt pengikat dan keluarkan keempat-empat ignition coil.
bolt pengikat ignition coil |
5.Buka spark plug sedia ada dengan menggunakan spark plug spanner. Periksa keadaan spark plug yang dikeluarkan dari enjin. Tentukan keadaan spark plug tersebut dan gantikan dengan yang baru jika perlu.
spark plug yang lama dan yang baru |
6.Dapatkan spark plug yang baru dan pasangkan pada lubang spark plug. Proton Saga BLM menggunakan spark plug yang mempunyai nombor alatganti NGK BPR6EF-11. Penggunaan spark plug yang betul adalah perlu untuk mengelakkan keadaan engine missfiring semasa enjin beroperasi.
pemasangan spark plug baru |
7.Spark plug perlu diikat dengan tangan terlebih dahulu. Ikat dengan tangan sehingga rapat di dalam lubang spark plug.
spark plug dikunci drngan tangan |
8.Setelah diikat dengan rapat, spark plug perlu diikat lagi sebanyak 1/16 pusingan seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Spark plug perlu diikat dengan spark plug spanner yang disambungkan dengan rachet ataupun sliding T bar. Selain dari itu, torque wrench boleh digunakan untuk mengikat spark plug mengikut tightening torque yang boleh didapati dari service manual.
cara mengikat spark plug yang disyorkan |
9.Sebagai alternatif, spark plug juga boleh diikat dengan socket spanner menggunakan kekuatan tarikan 2 jari pada rachet handle. Elakkan spark plug diikat dengan terlalu ketat. Kemungkinan sebahagian spark plug akan tertinggal di dalam lubang spark plug semasa dibuka jika spark plug diikat dengan terlalu ketat. Untuk membuka bahagian spark plug yang tertinggal di dalam lubang spark plug, enjin perlu dibuat top overhaul.
spark plug diikat dengan 2 jari |
10.Setelah spark plug siap diikat, pasangkan kembali keempat-empat ignition coil.
12.Sambungkan socket wire pada ignition coil dan pasangkan kembali negatif battery terminal.
13.Hidupkan enjin untuk menguji hasil kerja yang telah dilakukan.
Salam admin,
ReplyDeleteMacam mana saya boleh perolehi service manual untuk Proton Saga FLX? Adakah service manual tersebut boleh didapati di kedai alat ganti tulen proton ataupun di mana-mana kedai alat ganti?
Terima kasih
Salam. Cuba tanya pada Proton Part Centre di pautan berikut : http://www.protonparts.com.my/corporate/index.php/market-network
ReplyDeleteSalam. Boleh tahu harga 1 set 4 biji spark plug tu? Bercadang nak tukar plug FLX saya yg dah 60k km.
ReplyDeleteSalam. Harga spark plug di kedai sparepart dalam lingkungan RM26.00 satu set.
ReplyDeleteKenapa bengkel Minta saya rm550 utk tukar spark plugs 4 biji saga flx...harga rm26 Tu untuk Satu biji atau 4biji 1set?
DeleteHarga RM 26.00 adalah untuk 4 biji spark plug jika dibeli di kedai spare part. Jika bengkel minta RM 550.00 untuk ganti spark plug, lebih baik cari bengkel lain.
Deleteitu nama nya bengkel cekik darah keturunan yahudi
DeleteSalam mcm mana klu getah lekat dan coil sahaja yg tecabut..sy dah cuba dua kali tetap sama.
ReplyDeleteSalam. Cuba gunakan long nose plier yang panjang dan kepit lalu tarik keluar rubber boot tersebut.
DeleteCheisa macam mana keadaan spark plug awak dah boleh cabut belum...saya pon melekat gila
DeleteMcm mana kalau rubber boot koyak...adakah kena tukar yg baru
DeleteJika rubber boot spark plug koyak perlu diganti baru untuk mengelakkan engine missfire.
Deletekalau guna plier mmg risiko rubber boot tu pecah tinggi..saya pernah kena dulu...nak tukar rubber boot kena beli satu set coil plug...mmg membazir...second time tukar spark plug tak berani buat sendiri...pergi authorized proton sc, mekanik dia ajar guna bontot screw driver yang ada getah grip...make sure size bontot screw driver lebih kurang sama size dengan lubang rubber boot...senang jek tgk mekanik tu cabut rubber boot tu guna belakang screw driver
Delete1st tkr plug mmg g sc... tp koyak jgk... x pasal2 kene bli 2 set coil plug...
DeleteAda demo di you tube cara nak keluarkan bahagian getah coil yang tertanggal.
Deletehttps://youtu.be/lIX-avD7sSo
Salam bos. Spanar spark plug ni ada size mcm spanar biasa ke? Kt mana nak beli spanar spark plug ni?
ReplyDeleteSalam. Spark plug spanner sama saiz dengan socket spanner. Walaubagaimanapun, spark plug spanner mempunyai getah di bahagian dalam. Getah tersebut akan mengcekam spark plug dan mudah untuk dikeluarkan. Spark plug spanner boleh dibeli dikedai hardware yang khusus menjual peralatan membaiki kereta.Socket spanner juga boleh digunakan untuk membuka spark plug. Walaubagaimanapun, spark plug akan tertinggal di dalam lubang spark plug setelah dibuka. Dalam keadaan sedemikian, gunakan hose minyak petrol diameter 9mm x 150mm panjang dan sarungkan pada bahagian porceline spak plug untuk mengeluarkkannya dari lubang spark plug di cylinder head.
ReplyDeleteTrima kasih bos atas penerangan yg jelas
DeleteSalam. Socket spanar yg tuan pakai tu panjang berapa cm? Sy nak beli kt kedai tp takut terbeli yg pendek.
DeleteSalam. Panjang spark plug socket tersebut adalah 75mm dan perlu disambung dengan 150mm 1/2" drive socket extension.
Deletebos nak tanya. ignition coil tu kalau pasang balik x ikut urutan nombor dia x pe ke? contohny, coil yg dulunya pertama. pasang d tempat yg kedua.
ReplyDeleteKeempat-empat ignition coil adalah sama spesifikasi. Boleh dipasang disemua cylinder. Tidak perlu ikut no. cylinder.
DeleteSalam. (1) Sya masih keliru klu pasang ignition coil tak ikut nombor cylinder, tak ape ke boss? tak ganggu ke firing order cylinder? (2) sya pakai Proton saga FLX tahun 2014. Sama ke dgn Proton BLM jenis spark plug yg perlu saya iaitu NGK BPR6EF-11. TQ
DeleteSalam . Tiada masaalah walaupun ignition coil bertukar kedudukan cylinder. Yang menjadi masaalah adalah pada kereta yang menggunakan distributor disebabkan kedudukan high tension cable perlu mengikut cylinder. Untuk mengetahui jenis spark plug yang tepat sila rujuk pada owner manual. Di situ dinyatakan jenis spark plug yang betul. Alternatif lain adalah membuka spark plug sedia ada di kereta dan beli spark plug yang baru berdasarkan spark plug tersebut.
DeleteSalam.. Lepas sy tukar spark plug saga blm.. Lampu enjin menyala dan kereta jadi semput serta sering mati.. Ape perlu dibuat?
ReplyDeleteSalam. Pastikan jenis spark plug yang digunakan adalah betul mengikut spesifikasi. Periksa semula sambungan wayar pada ignition coil. Kemungkinan ada wayar yang tidak dipasang dengan betul semasa proses mengganti spark plug. Tanggalkan dan pasang semula wayar tersebut. Jika tiada perubahan , perlu scan dengan scan tool untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku.
DeleteSalam, Saya ada kereta saga BLM Auto, baru ni terjadi enjin kereta mati ketika tengah drive.Start balik enjin hidup,jalan dalam 3 ke 4 meter enjin mati balik,apa masalah yang terjadi dan bagaimana cara mengatasinya?
ReplyDeleteSalam. Pastikan Check Engine Light di combination meter tidak menyala. Jika CEL menyala, perlu scan dengan scantool. Seterusnya, cuba bersihkan throttle body. Rujuk entri Bersih Throttle Body Proton Saga Cara Koman. Gantikan fuel filter jika sudah melebihi 3 tahun tidak diganti. Rujuk entri Ganti Fuel Filter Proton Saga Cara Koman.
DeleteSalam ..Fuel Filter Saga FLX memang dalam Fuel Pum Ker??
DeleteFuel filter ada diluar tangki minyak.
DeleteFuel filter di luar tangki di bahagian bawah kereta. Kalau Saga BLM tepi dekat tayar belakang sebelah kanan.
DeleteBengkel Minta saya rm550 utk tukar spark plug...wajar ke harga tersebut...saya pakai saga flx..Mohon penerangan..
ReplyDeletesy ada bli socket spanar size 14 tp masih xdpt nk bka plug.apakah size yg betul utk plug kereta persona
ReplyDeleteSocket spanar yang betul adalah saiz 16mm. Perlu gunakan jenis deep socket spanner.
DeleteSalam nak tnya ada tak coil plug brand lain pnp untuk saga flx?
ReplyDeleteSalam. Saya tak pasti samaada ignition coil jenis lain boleh digunakan untuk Saga FLX. Sebaiknya digunakan ignition coil mengikut spesifikasi sedia ada.
DeleteBos saya baru tukar plug saga blm jenama iridium total kos rm 230 berbaloi x harga tu yer
ReplyDeleteHarga spark plug standard yang disyorkan pengeluar untuk Saga BLM adalah dalam lingkungan RM 30.00 satu set dan digantikan jika perlu pada setiap 40000 Km. Jika dibuat perbandingan harga diantara keduanya terdapat perbezaan yang sangat besar. Walaubagaimanapun mungkin spark plug jenis iridium mempunyai kelebihan lain berbanding spark plug standard yang menyebabkan harganya agak tinggi.
DeleteBos. Mau tanya berpa harga sebiji ignition coil saga flx auto?
ReplyDeleteHarga ignition coil Saga FLX lebih kurang RM 100.00 satu unit dan bergantung kepada lokasi tempat dibeli.
ReplyDeletekalau nak guna torque wrench utk ketatkan spark plug saiz apa yg sesuai? 1/2 3/8 atau 1/4?
ReplyDeleteGunakan torque wrench 3/8" drive untuk mengikat spark plug.
ReplyDeleteSalam,,tumpang tny,,plug ape yg bagus utk saga blm 1.3,,yg tahan dan power..tq
ReplyDeleteSalam. Pada pendapat saya, gunakan spark plug yang standard sudah mencukupi. Tiada bukti secara jelas yang menyatakan spark plug jenama tertentu dapat meningkatkan pretasi kereta.
DeleteSalam tuan, plug saya ke empat2 ketat tak tau nk habaq....ad cara ka nk bg dia loose..getah tu nsb baik dah ad jual skarang...mmg hancuq punya dok godek2..tinggal plug ja nk buka tp habis tenaga
ReplyDeleteSalam. Perlu guna 5/8"deep socket untuk buka spark plug supaya hexagon dicengkam dengan baik dan sekata . Jika tidak sekata, bahagian porcelin spark plug boleh patah.
ReplyDelete