Periksa Ignition System Proton Waja Cara Koman

      Enjin kereta Proton Waja menggunakan ignition system yang dikenali dengan nama distributorless waste spark gnition system. Pada sistem jenis ini ,hanya 2 unit ignition coil digunakan untuk menyalakan 4 unit palam pencucuh. Kerosakan ignition system menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan juga menyebabkan enjin mati secara mendadak. Terdapat beberapa kaedah untuk memeriksa dan memastikan ignition system enjin kereta Proton Waja berada dalam keadaan yang baik. Kaedah yang disyorkan oleh pengeluar kereta ada  ditunjukkan di dalam service manual yang  tidak dibekalkan secara percuma kepada pengguna.

Terdapat kaedah yang lebih mudah dan berkesan untuk memeriksa ignition system tanpa perlu merujuk kepada service manual . Selain digunakan untuk melaras ignition timing enjin kereta, timing light juga boleh digunakan untuk memeriksa keadaan ignition system yang bermasaalah. Penggunaan timing light merupakan kaedah yang berkesan dan mudah untuk memeriksa ignition system enjin kereta Proton Waja.
penggunaan timing light 
Untuk memeriksa keadaan ignition system kereta Proton Waja yang bermasaalah, timing light clamp perlu dikepit pada spark plug cable selinder nombor 1-4 dan 2-3 dalam keadaan enjin kereta sedang hidup pada kelajuan idling. Cahaya timing light tersebut dihalakan kepada bahagian berwarna  gelap kereta dan kerlipan cahaya tersebut diperhatikan dengan teliti.

                                     ignition system dalam keadaan baik

Jika ignition system dalam keadaan baik, kerlipan cahaya timing light  akan berkelip dengan sekata. Jika ignition system dalam keadaan bermasaalah, kerlipan cahaya timing light akan berkelip dengan tidak sekata dan seakan-akan terhenti seketika. Masaalah tersebut diantaranya spark plug , spark plug cable ataupun ignition coil yang rosak. Pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan, untuk menentukan samaada spark plug ataupun ignition coil yang bermasaalah.
ignition system bermasaalah

Untuk memeriksa ignition coil Proton Waja dengan lebih terperinci boleh dirujuk disini .

Buat Adirondack Chair Cara Koman

pandangan depan
pandangan sisi

Spesifikasi :

Bahan          :Kayu Meranti
Kemasan    : Varnish
Warna         : Rosewood
Sambungan: Screw



Mengenal Kerosakan Free Maintenance Battery Perodua Alza Cara Koman

 Penggunaan Free Maintenance Battery semakin  meningkat dikalangan pengguna kereta. Harga Free Maintenance Battery lebih mahal jika dibandingkan  dengan Seal Lead Acid Battery.  Free Maintenance Battery tidak memerlukan penyenggaraan dan kadangkala menjadi  rosak  diluar masa jangkaan. Kerosakan Free Maintenance Battery boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Pada kereta Perodua Alza, terdapat tanda-tanda tertentu jika Free Maintenance Battery  yang digunakan mengalami kerosakan. Diantara tanda-tanda tersebut adalah, starter motor tidak boleh dipusingkan semasa kunci kereta ditetapkan pada kedudukan'start". Pada masa yang sama, perkataan "error" akan kelihatan pada lampu penunjuk minyak petrol di "meter cluster". Isipadu minyak yang ditunjukkan pada lampu penunjuk minyak petrol  juga semakin berkurangan.
Jika  diukur voltage bateri dengan digital multimeter dan bacaan yang didapati adalah kurang dari 12 volt, kesimpulan boleh dibuat bateri tersebut sudah rosak. Jika  bacaan yang didapati adalah melebihi dari 12 volt, tidak bermakna bateri berada dalam keadaan baik. Ujian selanjutnya hendaklah dilakukan untuk mendapat keputusan yang tepat.


Pasangkan  klip buaya pada probe digital multimeter yang ditetapkan julat 'DC Volt'. Lekatkan clip buaya pada  positif dan negative bateri terminal. Switch On kunci kereta dan pasangkan 'head lamp'. Sekiranya  lampu pada meter cluster terpadam dan 'head lamp' malap dengan cepat bermakna bateri tidak dapat menyimpan cas. 

Voltage bateri yang diukur dengan digital multimeter juga akan kelihatan menurun. Hasil ujian yang dilakukan dapat dibuat kesimpulan  Free Maintenance Battery kereta Perodua Alza telah mengalami kerosakan.


Buat Router Table Cara Koman

     Mesin router merupakan alat yang sangat berguna dalam kerja-kerja pertukangan kayu. Selain menggunakan secara bebas dengan tangan, mesin router juga boleh dipasang secara tetap pada meja. Pemasangan pada meja membolehkan fungsi mesin router dapat dipelbagaikan.

Meja mesin router boleh dibeli ataupun dibuat sendiri. Pemilihan meja mesin router hendaklah bersesuaian dengan keperluan pengguna.Sekiranya dibuat sendiri,kabinet meja mesin router hendaklah dibuat dari plywood tebal  supaya dapat mengurangkan getaran.Pemasangan kabinet hendaklah diperkukuhkan lagi dengan skru.Selain dari itu, ruang simpanan tambahan hendaklah  dipasang pada bahagian bawah kabinet meja router.

Kabinet Meja Mesin Router

Pada bahagian sisi, atas dan bawah kabinet meja router dibuat dari plywood yang  mempunyai ketebalan 19mm.

pemasangan kabinet
Bahagian belakang pula dilapisi dengan plywood yang mempunyai ketebalan 6mm.Pada sisi cabinet dibuat rabbet dan dado untuk menerima plywood bahagian atas dan bawah. Skru dan gam kayu turut digunakan untuk menguatkan pemasangan kabinet.

kabinet siap dipasang laci
Dua laci turut dilengkapkan pada cabinet. Laci tersebut digunakan untuk menyimpan kelengkapan mesin router seperti router bit. Pintu cabinet dipasang dengan  magnet catch untuk memastikan pintu sentiasa dalam keadaan tertutup.Roda caster turut dipasang di bawah kabinet untuk mwmudahkan cabinet diubah.

Bahagian Atas Meja Mesin Router

Bahagian tersebut dibuat dari 2 keping plywood yang mempunyai ketebalan 19mm  setiap satu.

pemasangan suai router
Kedua-dua keping plywood digam bersama-sama untuk membentuk bahagian atas meja.Bahagian atas meja pula dilapisi dengan 1 lapisan formica. Dengan menggunakan formica, permukaan meja akan menjadi lebih licin.Pada bahagian tengah meja dibuat lubang untuk  menempatkan router bit. Sebanyak 4 lubang ditebuk di atas meja tersebut untuk pemasangan mesin router. Disekeliling bahagian tepi meja router di lapisi dengan kayu untuk menutup tepi plywood yang terdedah. 

Router Fence

Router fence dibuat dari 2 keping plywood yang dipasang pada  aluminum angle

aluminum angle
Pada bahagian tengah aluminum angle dipotong ruang untuk menempatkan router bit. 2 keping plywood yang membentuk router fence dipasang pada aluminum angle dengan bolt dan nut.

router fence
Kedua-dua keping plywood tersebut turut dilapisi dengan formica.

Kesimpulan

Meja mesin router  yang dibuat sendiri mempunya ciri-ciri yang dapat disesuaikan dengan keperluan pengguna. Selain dari itu, meja mesin router dilengkapkan dengan ciri-ciri tambahan seperti berikut :

router fence siap dipasang
* Meja router dapat  dipasang dengan mesin router yang besar.
*Pintu di bahagian depan dapat mengurangkan bunyi bising dan memberi ruang yang   luas untuk mencapai mesin router.
*Suis mesin router yang berada di luar meja mudah dicapai dan tidak perlu meraba-raba di bawah meja untuk menghidupkan mesin router.
*Permukaan meja router dapat diangkat untuk memudahkan penukaran router bit.
 
kabinet siap dipasang router

Periksa Voltage Fuel Injector Proton Saga Cara Koman

      Terdapat beberapa cara untuk menentukan samaada  fuel injector yang dipasang pada enjin kereta bermasaalah ataupun tidak. Selain diukur nilai rintangan,  voltage fuel injector juga perlu diukur dan dipastikan  berada pada julat yang dikehendaki. Voltage pada fuel injector boleh diukur menggunakan kaedah back-probe. Peralatan yang diperlukan hanyalah multimeter dan jarum ataupun peralatan lain yang sesuai untuk back-probe wayar fuel injector.Pengukuran voltage dilakukan pada kedua-dua wayar setiap fuel injector secara bergilir. 

Walaubagaimanapun, back-probe tidak boleh dilakukan pada kereta yang menggunakan sistem Gasoline Direct Injection kerana voltage yang dibekalkan pada fuel injector tersebut biasanya melebihi 50 volt. Langkah berikut adalah cara untuk mengukur voltage fuel injector Proton Saga yang menggunakan 12 volt.

1.Ukur voltage pada bateri kereta dengan menggunakan multimeter semasa enjin tidak dihidupkan.Rekod bacaan bateri yang diperolehi.
2.Buka penutup enjin untuk membolehkan wayar fuel injector dapat dicapai dengan mudah.
3.Cucuk jarum pada salah satu wayar yang terdapat di fuel injector dan pastikan jarum tersebut bersentuh dengan pin wayar fuel injector.

backprobe wayar fuel injector
4.'Switch ON' kunci kereta tanpa enjin kereta dihidupkan.
5.Gunakan klip buaya dan sambungkan jarum yang dicucuk pada wayar fuel injector dengan multimeter.

klip buaya disambung dengan jarum backprobe
6.Setkan multimeter pada julat DC voltage.
7.Ukur voltage pada fuel injector dengan menggunakan multimeter.Voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage batteri.

bacaan voltage fuel injector
8.Keluarkan jarum tersebut dan cucuk pada wayar fuel injector yang satu lagi.
9.Ukur voltage pada fuel injector dengan menggunakan multimeter.
10.Pastikan voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage  yang diukur pada wayar pertama.
11.Semasa kunci kereta dalam keadaan 'ON", tetapi enjin dalam keadaan 'OFF', voltage yang didapati pada kedua-dua wayar fuel injector adalah sama disebabkan ECU tidak menyambung wayar control ke ground dan litar injector tidak lengkap.


Back Probe Voltage Cara Koman

Pengukuran voltage merupakan salah satu perkara penting semasa membuat kerja-kerja diagnostic  sistem elektronik dan elektrik kenderaan. Walaubagaimanapun, pengukuran voltage memerlukan peralatan khusus untuk memudahkan kerja-kerja tersebut dilaksana. Di antara peralatan yang kerap digunakan adalah multimeter. Oleh kerana wayar tembaga yang membawa arus elektrik disalut penebat. pengukuran voltage sukar dilakukan kerana tiada wayar tembaga yang terdedah.
        Bagi mengatasi masaalah tersebut, kaedah yang kerap digunakan untuk mengukur voltage adalah dengan cara menebuk penebat wayar dengan hujung probe multimeter. Penebat yang telah ditebuk akan membuatkan penebat berlubang. Kaedah tersebut akan membuatkan wayar tembaga yang dilindungi penebat akan terdedah kepada unsur-unsur persekitahan yang boleh mendatangkan kerosakan wayar tembaga. Lembaran wayar tembaga juga mungkin boleh terputus jika terkena hujung probe multimeter yang tajam.
        Pihak pengeluar kenderaan ada menyediakan peralatan khusus (special service tool) yang dikenali sebagai breakout box ataupun test cord untuk  mengukur voltage. Walaubagaimanapun, peralatan khusus tersebut hanya terhad kepada model kenderaan tertentu sahaja. Untuk memiliki peralatan khusus tersebut sudah tentu memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi jika hendak dibeli berdasarkan semua model kenderaan.
Sebagai alternatif, beberapa jenis peralatan yang mudah diperolehi boleh digunakan sebagai alat bantuan pengukuran voltage. Di antara peralatan tersebut adalah jarum, keronsang ataupun klip kertas. Sebagai contoh, jarum boleh dicucuk pada bahagian belakang socket sambungan sesuatu litar.
peralatan untuk back probe
Jarum tersebut seterusnya dihubungkan dengan klip buaya yang bersambung dengan probe multimeter untuk mendapatkan bacaan voltage yang ingin diketahui. Jarum yang digunakan itu perlu dielakkan bersentuh dengan enjin untuk mengelakkan kerosakan ECM.
jarum dicucuk pada belakang socket sambungan
Penggunaan jarum yang dicucuk pada bahagian belakang socket sambungan  dapat mengelakkan penebat wayar elektrik ditebuk dan seterusnya berlubang. Kaedah yang dilakukan tersebut tidak merosakkan wayar elektrik dan adalah selamat jika dilakukan dengan berhati-hati.

Memahami Operasi Litar Sensor Cara Koman



ECM mempunyai keupayaan untuk memeriksa dan mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada komponen sensor. Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan kepada Engine Coolant Temperature Sensor, ECM akan merekodkan kerosakan tersebut dan  menyalakan CEL sebagai amaran kepada pemandu.

Engine Coolant Temperature Sensor yang digunakan di dalam litar adalah dari jenis Negatif Temperature Coefficient yang merupakan sejenis thermistor. Apabila  suhu thermistor dari jenis Negatif Temperature Coefficient meningkat, rintangan akan menurun.
Engine Coolant Temperature Sensor
Di dalam litar di atas, apabila thermistor menjadi panas, nilai rintangan akan menurun dan pada masa yang sama turut menurunkan nilai voltan. Oleh kerana terdapat arus yang mengalir di dalam litar maka susutan voltan telah berlaku pada coolant temperature sensor (R1). Walaugaimanapun, arus yang mengalir di dalam litar adalah sangat kecil dan tidak boleh diukur dengan ammeter.

Di dalam litar thermistor,  ECM memantau voltan di antara perintang R1 dan perintang R2 yang dipasang secara bersiri. Voltan di antara kedua-dua perintang bergantung kepada jumlah rintangan setiap perintang dan juga samaada litar dalam keadaan tertutup atau terbuka.

Apabila litar dalam keadaan terbuka, tiada arus akan mengalir melalui litar. Disebabkan itu, tiada berlaku susutan voltan pada coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM akan merekodkan bacaan 5 volt setiap masa. ECM akan merekodkan keadaan "open circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.

Jika berlaku litar pintas di antara wayar 5 volt dengan engine ground ataupun sensor mengalami short circuit, semua voltan bekalan kuasa akan mengalami susutan voltan melalui coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM pula akan merekodkan bacaan 0 volt. ECM akan merekodkan keadaan  "short circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.


Periksa Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman

    Selain dari dibersihkan, operasi throttle valve di dalam electronic throttle body Proton Saga perlu diperiksa dan ditentukan berada dalam keadaan baik.Kaedah seperti berikut boleh digunakan untuk memeriksa throttle valve tersebut.

1.Tanggalkan kabel negative dari battery terminal untuk mengelakkan throttle valve motor beroperasi.

2.Tanggalkan air cleaner  hose supaya  throttle valve senang diperiksa.
air cleaner hose ditanggalkan
3.Pada masa yang sama, bersihkan electronic throttle body.
electronic throttle body dibersihkan


4.Tolak throttle valve yang berada dalam keadaan tertutup dengan jari supaya terbuka sepenuhnya. Pastikan throttle valve bergerak dengan lancar.Walaupun pergerakan throttle valve motor tidak lagi dikawal oleh ECU, tekanan dari spring pada throttle valve boleh mendatangkan kecederaan pada jari jika tersilap langkah.
throttle valve ditolak ke posisi terbuka
5.Setelah throttle valve berada pada kedudukan terbuka,lepaskan throttle valve dan pastikan  throttle valve bergerak dengan lancar ke posisi tertutup.

throttle valve dilepaskan ke posisi tertutup
6.Jika throttle valve  bergerak tidak lancar ataupun terhenti pada satu kedudukan sebelum sampai ke posisi tertutup semasa dilepaskan,  electronic throttle body tersebut perlu diganti.
7.Setelah diperiksa dan dipastikan throttle valve berfungsi dengan baik,pasang kembali kabel negative  ke battery terminal.
8.Pasang kembali air cleaner hose ke throttle body.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...