Memahami Operasi Litar Sensor Cara Koman



ECM mempunyai keupayaan untuk memeriksa dan mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada komponen sensor. Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan kepada Engine Coolant Temperature Sensor, ECM akan merekodkan kerosakan tersebut dan  menyalakan CEL sebagai amaran kepada pemandu.

Engine Coolant Temperature Sensor yang digunakan di dalam litar adalah dari jenis Negatif Temperature Coefficient yang merupakan sejenis thermistor. Apabila  suhu thermistor dari jenis Negatif Temperature Coefficient meningkat, rintangan akan menurun.
Engine Coolant Temperature Sensor
Di dalam litar di atas, apabila thermistor menjadi panas, nilai rintangan akan menurun dan pada masa yang sama turut menurunkan nilai voltan. Oleh kerana terdapat arus yang mengalir di dalam litar maka susutan voltan telah berlaku pada coolant temperature sensor (R1). Walaugaimanapun, arus yang mengalir di dalam litar adalah sangat kecil dan tidak boleh diukur dengan ammeter.

Di dalam litar thermistor,  ECM memantau voltan di antara perintang R1 dan perintang R2 yang dipasang secara bersiri. Voltan di antara kedua-dua perintang bergantung kepada jumlah rintangan setiap perintang dan juga samaada litar dalam keadaan tertutup atau terbuka.

Apabila litar dalam keadaan terbuka, tiada arus akan mengalir melalui litar. Disebabkan itu, tiada berlaku susutan voltan pada coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM akan merekodkan bacaan 5 volt setiap masa. ECM akan merekodkan keadaan "open circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.

Jika berlaku litar pintas di antara wayar 5 volt dengan engine ground ataupun sensor mengalami short circuit, semua voltan bekalan kuasa akan mengalami susutan voltan melalui coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM pula akan merekodkan bacaan 0 volt. ECM akan merekodkan keadaan  "short circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.


No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...