Terdapat beberapa cara untuk menentukan samaada fuel injector yang dipasang pada enjin kereta bermasaalah ataupun tidak. Selain diukur nilai rintangan, voltage fuel injector juga perlu diukur dan dipastikan berada pada julat yang dikehendaki. Voltage pada fuel injector boleh diukur menggunakan kaedah back-probe. Peralatan yang diperlukan hanyalah multimeter dan jarum ataupun peralatan lain yang sesuai untuk back-probe wayar fuel injector.Pengukuran voltage dilakukan pada kedua-dua wayar setiap fuel injector secara bergilir.
Walaubagaimanapun, back-probe tidak boleh dilakukan pada kereta yang menggunakan sistem Gasoline Direct Injection kerana voltage yang dibekalkan pada fuel injector tersebut biasanya melebihi 50 volt. Langkah berikut adalah cara untuk mengukur voltage fuel injector Proton Saga yang menggunakan 12 volt.
1.Ukur voltage pada bateri kereta dengan menggunakan multimeter semasa enjin tidak dihidupkan.Rekod bacaan bateri yang diperolehi.
2.Buka penutup enjin untuk membolehkan wayar fuel injector dapat dicapai dengan mudah.
3.Cucuk jarum pada salah satu wayar yang terdapat di fuel injector dan pastikan jarum tersebut bersentuh dengan pin wayar fuel injector.
backprobe wayar fuel injector |
4.'Switch ON' kunci kereta tanpa enjin kereta dihidupkan.
5.Gunakan klip buaya dan sambungkan jarum yang dicucuk pada wayar fuel injector dengan multimeter.
klip buaya disambung dengan jarum backprobe |
6.Setkan multimeter pada julat DC voltage.
7.Ukur voltage pada fuel injector dengan menggunakan multimeter.Voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage batteri.
7.Ukur voltage pada fuel injector dengan menggunakan multimeter.Voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage batteri.
bacaan voltage fuel injector |
8.Keluarkan jarum tersebut dan cucuk pada wayar fuel injector yang satu lagi.
9.Ukur voltage pada fuel injector dengan menggunakan multimeter.
10.Pastikan voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage yang diukur pada wayar pertama.
10.Pastikan voltage yang didapati hendaklah sama dengan voltage yang diukur pada wayar pertama.
11.Semasa kunci kereta dalam keadaan 'ON", tetapi enjin dalam keadaan 'OFF', voltage yang didapati pada kedua-dua wayar fuel injector adalah sama disebabkan ECU tidak menyambung wayar control ke ground dan litar injector tidak lengkap.
No comments:
Post a Comment