Mesin router merupakan alat yang
sangat berguna dalam kerja-kerja pertukangan kayu. Selain menggunakan secara
bebas dengan tangan, mesin router juga boleh dipasang secara tetap pada meja.
Pemasangan pada meja membolehkan fungsi mesin router dapat dipelbagaikan.
Meja mesin router boleh dibeli
ataupun dibuat sendiri. Pemilihan meja mesin router hendaklah bersesuaian
dengan keperluan pengguna.Sekiranya dibuat sendiri,kabinet meja mesin router hendaklah
dibuat dari plywood tebal supaya dapat
mengurangkan getaran.Pemasangan kabinet hendaklah diperkukuhkan lagi dengan skru.Selain
dari itu, ruang simpanan tambahan hendaklah dipasang pada bahagian bawah kabinet meja router.
Kabinet
Meja Mesin Router
Pada bahagian sisi, atas dan bawah kabinet
meja router dibuat dari plywood yang mempunyai ketebalan 19mm.
pemasangan kabinet |
Bahagian belakang
pula dilapisi dengan plywood yang mempunyai ketebalan 6mm.Pada sisi cabinet
dibuat rabbet dan dado untuk menerima plywood bahagian
atas dan bawah. Skru dan gam kayu turut digunakan untuk menguatkan pemasangan kabinet.
kabinet siap dipasang laci |
Dua laci turut dilengkapkan pada cabinet. Laci tersebut digunakan untuk
menyimpan kelengkapan mesin router seperti router
bit. Pintu cabinet dipasang dengan magnet catch untuk memastikan pintu
sentiasa dalam keadaan tertutup.Roda caster turut dipasang di bawah kabinet untuk mwmudahkan cabinet diubah.
Bahagian
Atas Meja Mesin Router
Bahagian tersebut dibuat dari 2
keping plywood yang mempunyai ketebalan 19mm
setiap satu.
pemasangan suai router |
Kedua-dua keping plywood digam bersama-sama untuk membentuk
bahagian atas meja.Bahagian atas meja pula dilapisi dengan 1 lapisan formica.
Dengan menggunakan formica, permukaan meja akan menjadi lebih licin.Pada
bahagian tengah meja dibuat lubang untuk
menempatkan router bit. Sebanyak 4 lubang ditebuk di atas meja tersebut
untuk pemasangan mesin router. Disekeliling bahagian tepi meja router di lapisi
dengan kayu untuk menutup tepi plywood yang terdedah.
Router
Fence
Router fence dibuat dari 2 keping
plywood yang dipasang pada aluminum angle .
aluminum angle |
Pada bahagian tengah aluminum angle dipotong ruang untuk
menempatkan router bit. 2 keping plywood yang membentuk router fence dipasang
pada aluminum angle dengan bolt dan
nut.
router fence |
Kedua-dua keping plywood tersebut turut dilapisi dengan formica.
Kesimpulan
Meja mesin router yang dibuat sendiri mempunya ciri-ciri yang dapat disesuaikan dengan keperluan pengguna. Selain dari itu, meja mesin router dilengkapkan dengan ciri-ciri tambahan seperti berikut :
router fence siap dipasang |
* Meja router dapat dipasang dengan mesin router yang besar.
*Pintu di bahagian depan dapat mengurangkan
bunyi bising dan memberi ruang yang
luas untuk mencapai mesin router.
*Suis mesin router yang berada di luar
meja mudah dicapai dan tidak perlu meraba-raba di bawah meja untuk menghidupkan
mesin router.
*Permukaan meja router dapat diangkat
untuk memudahkan penukaran router bit.
No comments:
Post a Comment