Kerja mengetam
kayu untuk meluruskan dan melicinkan
permukaan kayu bagi mendapatkan sais yang betul merupakan satu proses dalam
pertukangan kayu. Kerja mengetam boleh dilakukan samaada menggunakan mesin ketam berkuasa elektrik ataupun ketam tangan tradisional. Penggunaan mesin ketam berkuasa elektrik dapat menjadikan kerja
mengetam kayu menjadi lebih mudah . Walaupun
begitu ketam tangan yang
ditala dengan baik dapat juga memberi hasil kerja yang berkualiti.
Terdapat dua
jenis ketam tangan yang digunakan di dalam kerja pertukangan kayu. Perbezaan ketara
di antara kedua-dua ketam tersebut adalah pada bahagian sole yang diperbuat dari bahan berbeza. Ada sole yang diperbuat dari kayu dan dan ada juga yang diperbuat dari
besi. Sole ketam tangan yang diperbuat dari besi masih lagi dikeluarkan oleh beberapa syarikat pengeluar.
Stanley Jack Plane No. 5 |
Ketam tangan dikeluarkan di dalam berbagai bentuk dan saiz. Semasa melakukan kerja-kerja pertukangan
kayu, memiliki beberapa sais ketam tangan tertentu untuk kerja mengetam kayu sudah
memadai. Salah satu ketam yang perlu ada untuk kerja pertukangan kayu adalah jack plane no. 5. Antara ketam tangan yang mudah
diperolehi dalam pasaran adalah Stanley Jack Plane No.5. Sesuai dengan nama, ketam
tangan tersebut boleh digunakan untuk melakukan berbagai jenis kerja mengetam kayu jika ditala dengan
baik.
Dari pemerhatian ketam tangan yang masih dalam keadaan baru mendapati keadaan sole yang diperbuat dari besi tuangan dimesin dengan baik dan dalam keadaan rata. Pemasangan chipbreaker dan blade telah dipasang dengan rapat. Apabila pemasangan dibuat dengan rapat, cebisan kayu yang diketam tidak dapat memasuki bahagian tersebut.
Jarak Hujung Chipbreaker & Blade |
Jarak
diantara hujung chipbreaker dan blade perlu berada di dalam lingkungan 1 milimeter untuk mendapat permukaan kemasan kayu yang licin semasa kerja mengetam kayu. Untuk mengetam kayu dengan cepat kepada sais yang betul pula, jarak
diantara hujung chipbreaker dan blade perlu berada diantara 1 milimeter hingga
2 milimeter.
Kedudukan frog dipasang agak
kebelakang dari mouth sesuai untuk
kerja mengetam kayu dengan cepat. Kedudukan frog boleh dilaras lebih dekat dengan mouth untuk kerja melakukan kerja kemasan.
Blade
yang yang masih baru semasa diukur dengan sesiku L didapati dalam keadaan bersudut tepat. Kerja mencanai perlu dilakukan pada blade jika didapati tidak bersudut tepat.
Frog |
Blade Bersudut Tepat |
Mata blade yang masih baru dicanai pada sudut 25 darjah semasa dikeluarkan dari kilang pengeluar.
Honing Blade |
Pihak
pengeluar ketam tangan mencadangkan blade yang baru perlu dibuat honing di atas batu pengasah kepada sudut 30
darjah.
Bevel 30° |
Semasa dibuat honing, cebisan besi yang
dinamakan burr akan terbentuk pada mata blade.
Burr |
Untuk
menghilangkan burr, bahagian belakang iron blade perlu dicanai di atas batu pengasah
dan seterusnya pada kertas
pasir grit #1200. Bahagian bucu
mata blade perlu dibulatkan untuk
mengelakkan bucu yang tajam merosakkan kayu yang diketam. Bucu mata blade yang dibulatkan sesuai untuk kerja
mengetam kayu untuk mendapatkan kemasan kayu yang licin.
Bucu Blade Dibulatkan |
Setelah
pemasangan blade pada sole, jarak kedalaman blade dilaras menggunakan cutter-adjustment knob yang perbuat dari solid brass.
Adjustment Knob |
Cutter-adjustment knob perlu dilaras sedikit demi sedikit sehingga
mendapat hasil kerja mengetam yang baik. Untuk melaras mata blade ke kiri ataupun ke kanan, lateral adjustmen lever digunakan.
Kayu Bersudut Tepat |
Stanley
Jack Plane no. 5 yang mempunyai panjang 14 inci dan berat 1.8 kilogram memberi
hasil kerja mengetam yang baik untuk kayu yang panjang. Momentum dari berat ketam tersebut memudahkan kerja-kerja mengetam.
Kayu Diketam |
Walaubagaimanapun jack plane tersebut agak sukar untuk mengetam
kayu yang pendek. Mata ketam tangan tersebut tidak boleh tertumpu pada bahagian
kayu tertentu yang ingin diketam disebabkan sole yang panjang.
No comments:
Post a Comment