Setiap enjin 4 lejang dilengkapkan dengan timing belt. Fungsi timing belt adalah untuk memindahkan kuasa
pusingan yang dihasilkan oleh crankshaft
kepada camshaft bagi mengerakkan
injap sedutan dan injap ekzos. Timing belt perlu ditukar secara berkala untuk mengelakkan
kerosakan berlaku.
Kepanasan yang dihasilkan oleh enjin boleh menyebabkan timing belt retak dan putus.
Piston dan injap akan berlaga apabila
timing belt putus lalu menyebabkan injap
bengkok. Enjin perlu dirombak rawat untuk membaiki kerosakan injap. Pengeluar menetapkan timing belt kereta Proton Saga BLM perlu ditukar setiap 100000km
ataupun 5 tahun. Tiada tempoh pemeriksaan secara berkala timing belt ditetapkan oleh pengeluar. Walaubagaimanapun, pemeriksaan timing belt wajar dilakukan untuk memastikan timing belt berada dalam keadaan baik. Untuk memeriksa timing belt kereta Proton Saga BLM langkah-langkah berikut boleh
diikuti.
1.Pusingkan tayar hadapan sebelah kanan ke arah
kanan untuk memberi lebih ruang memusing crankshaft.
2.Buka upper
timing belt cover.
3.Hidupkan enjin kereta dan pastikan timing belt berada dalam keadaan tetap pada gigi camshaft sprocket.
4.Matikan enjin dan pusing crankshaft
mengikut jam sebanyak 90° (¼ pusingan). Periksa keadaan bahagian dalam dan luar timing belt. Gunakan lampu suluh supaya keadaan
timing belt dapat dilihat dengan
jelas.
- Pastikan bahagian tepi timing belt tidak berbulu.
- Pastikan gigi timing belt tidak terkoyak dan tertanggal.
Pemeriksaan keadaan tepi dan gigi timing belt |
- Pastikan bahagian luar timing belt tiada kesan retak.
Pemeriksaan bahagian luar timing belt |
- Pastikan bahagian luar timing belt tidak berbekas semasa ditekan dengan kuku.
- Pastikan timing belt tidak basah dengan minyak ataupun air.
- Pastikan timing belt bersih dari kotoran seperti pasir atau habuk.
5.Crankshaft perlu dipusing sehingga satu pusingan penuh. Pusing crankshaft
mengikut jam dan berhenti pada setiap 90° pusingan. Ulang pemeriksaan pada timing belt.
6.Ganti timing belt jika didapati menghadapi tanda-tanda kerosakkan seperti yang dinyatakan.
7.Pasang upper timing belt cover setelah dipastikan timing belt dalam keadaan baik.
7.Pasang upper timing belt cover setelah dipastikan timing belt dalam keadaan baik.
No comments:
Post a Comment