Mengenali Operasi IAFM Proton Saga BLM Cara Koman

Sistem pengambilan udara pada kereta Proton Saga BLM dilengkapkan dengan intake air fuel module.Sistem ini direka untuk meningkatkan kecekapan pengambilan udara dengan cara menukar arah laluan pengambilan udara berdasar kepada kelajuan enjin. Penggunaan sistem ini pada kereta Proton Saga BLM dapat meningkatkan daya kilas (torque) dan kuasa (power) pada enjin. Peningkatan daya kilas berlaku pada peringkat kelajuan enjin rendah dan pertengahan. Kuasa pada enjin turut meningkat apabila enjin beroperasi pada peringkat kelajuan yang lebih tinggi.
intake air fuel module
Komponen Sistem
Intake air fuel module berfungsi untuk menyediakan  laluan  pendek dan  laluan panjang. Pada intake manifold dipasang shutter valve, vacum actuactor, vacum reservoir, non-return valve dan extension rod untuk membolehkan sistem intake air fuel module beroperasi. Komponen tersebut berfungsi untuk membuka dan menutup shutter valve dan menukar arah laluan pengambilan udara. 

komponen IAFM
Vacum reservoir
Vacum reservoir menyimpan vacum yang dihasilkan semasa enjin beroperasi dan berfungsi untuk membekalkan vacuum yang stabil kepada vacum actuatorVacuum yang stabil membolehkan vacuum actuactor mengawal operasi shutter valve dengan tepat.

vacum reservoir
Vacuum actuactor
Rekabentuk vacuum actuactor terdiri dari depression chamber, solenoid valve, spring dan membrane. Solenoid valve pada vacum actuactor beroperasi apabila menerima isyarat "ON" dari ECU. 

vacuum actuactor
Depression chamber
Depression chamber adalah sebahagian dari komponen vacuum actuactor  dan direka untuk membuka dan menutup shutter valve. Apabila vacuum dibekalkan kepada depression chamber, extension rod bergerak menarik shutter valve dan membuka laluan  pendek.

depression chamber
Apabila vacum tidak dibekalkan pada depression chamber, spring akan menolak extension rod kembali kepada kedudukan asal lalu menutup shutter valve pada laluan pendek.

Operasi sistem
Sistem ini dikendalikan oleh vacum yang terhasil semasa enjin beroperasi dan dikawal oleh ECU. Untuk membolehkan sistem ini beroperasi (membuka/menutup shutter valve untuk menukar laluan pengambilan udara), throttle body, non return valve, vacuum reservoir dan vacum actuactor disambungkan dengan hos. Pemasangan non-return valve bertujuan mengelakkan kehilangan vacum di dalam vacum reservoir.

Operasi peringkat kelajuan rendah dan pertengahan
Apabila kelajuan enjin kurang dari 4500 pusingan per minit, solenoid valve berada pada kedudukan "OFF".  Tekanan di dalam dan di luar vacum actuactor dalam keadaan sekata. Tiada pergerakan oleh vacum actuactorShutter valve pada laluan pendek kekal tertutup.
Dalam keadaan shutter valve tertutup semasa peringkat kelajuan enjin rendah ke peringkat kelajuan pertengahan, pengambilan udara ke dalam kebuk pembakaran disalur melalui laluan panjang.

udara melalui laluan panjang

Dalam operasi ini, kadar kelajuan pengambilan udara telah dipertingkat dan pengaruh kesan inersia pada laluan panjang turut terhasil. Hasil gabungan tersebut dapat meningkat daya kilas enjin pada peringkat kelajuan rendah dan pertengahan.

Operasi peringkat kelajuan tinggi
Apabila kelajuan enjin melebihi 4500 pusingan per minit, ECU memberi isyarat "ON" dan solenoid valve terbuka. Tekanan di dalam vacum atuactor menjadi sama dengan tekanan di dalam vacum reservoir . Oleh kerana tekanan di dalam depression chamber rendah, tekanan tinggi atmosfera di luar vacum actuactor menolak membrane dan memampatkan spring di dalam depression chamber. Extension rod turut bergerak kerana disambung dengan vacum actuator. Pergerakan extension rod membuka shutter valve pada laluan pendek. 

udara melalui laluan pendek

Dalam operasi ini, pengambilan udara kepada enjin adalah melalui laluan pendek. Sedikit pengambilan udara turut berlaku melalui laluan  panjang. Hasil yang diperolehi adalah peningkatan kuasa enjin pada peringkat kelajuan tinggi.

Ganti Minyak Pelincir Enjin Perodua Alza Cara Koman

Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem yang sangat penting di dalam enjin kereta Perodua Alza. Penyelenggaraan sistem pelinciran secara berkala dapat memastikan enjin berada pada pretasi optimum. Merujuk kepada manual pengguna yang dibekalkan, pengeluar menetapkan minyak pelincir perlu diganti setiap 5000 kilometer perbatuan ataupun 3 bulan. 
jadual penyelenggaraan berkala Perodua Alza
Minyak pelincir pada enjin kereta Perodua Alza dikeluarkan melalui drain plug.Kedudukan drain plug  enjin Perodua Alza mudah dicapai kerana berada dibawah takungan minyak pelincir. Berdasarkan kedudukan tersebut, kereta Perodua Alza tidak perlu diletakkan di atas jack stand. Hanya tempat yang rata diperlukan untuk meletak kereta Perodua Alza dan kerja menukar minyak pelincir boleh dilakukan. Walaubagaimanapun penggunaan jack stand dapat memberi ruang kerja yang lebih selesa. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan untuk mengganti minyak pelincir dan penapis minyak pelincir enjin kereta Perodua Alza. 



1.Sediakan bekas takungan yang cukup besar untuk mengumpul minyak pelincir yang dikeluarkan dari enjin. 

2.Sediakan minyak pelincir,gasket drain plug dan penapis minyak pelincir yang baru.
3.Hidupkan enjin atau pandu kereta selama 15 minit sebelum minyak pelincir dikeluarkan.Matikan enjin setelah dipastikan enjin mencapai suhu operasi.Minyak pelincir akan mengalirkan keluar dengan lebih cepat semasa enjin dalam keadaan panas. 
4.Kenalpasti lokasi drain plug pada enjin.
lokasi drain plug
5.Lapik suratkhabar di bawah bekas takungan untuk mengelakkan percikan minyak pelincir.
6.Buka penutup lubang pengisi minyak pelincir pada enjin.
penutup lubang pengisi minyak pelincir
7.Gunakan socket spanner sais 14mm untuk melonggarkan drain plug dengan cara melawan arah pusingan jam.
8.Setelah longgar, tanggalkan drain plug dengan tangan secara perlahan-lahan. Pastikan minyak pelincir mengalir ke dalam bekas takungan yang disediakan. Elakkan terkena minyak pelincir yang keluar dalam keadaan suhu panas.
9.Periksa benang drain plug dan tentukan dalam keadaan baik. 
drain plug dikeluarkan
10.Pasangkan drain plug beserta gasket baru setelah minyak pelincir berhenti mengalir keluar. Ikat drain plug mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
11.Longgarkan penapis minyak pelincir menggunakan peralatan membuka penapis.
12.Setelah longgar, tanggalkan penapis minyak pelincir menggunakan tangan. Tuangkan sisa minyak pelincir yang berada dalam penapis ke dalam bekas takungan.
penapis minyak pelincir dikeluarkan
13.Bersihkan tapak pemasangan penapis minyak pelincir pada enjin.
tapak pemasangan penapis minyak pelincir
14.Sapukan sedikit minyak pelincir pada permukaan ‘o’ ring penapis minyak pelincir yang baru untuk mengelakkan ‘o’ ring dari retak, melekat dan bocor. Elakkan mengisi minyak pelincir ke dalam penapis minyak pelincir yang baru.
minyakkan 'o' ring
15.Pasang penapis minyak pelincir dengan tangan sehingga permukaan penapis minyak pelincir menyentuh tapak penapis minyak pelincir.Pusingkan penapis minyak pelincir sebanyak 1 pusingan.
16.Gunakan corong yang sesuai semasa mengisi minyak pelincir untuk mengelakkan minyak pelincir tumpah.
botol air mineral sebagai corong
17.Tuangkan minyak pelincir ke dalam enjin dengan berhati-hati untuk mengelakkan minyak pelincir tumpah.
18.Isikan minyak pelincir ke dalam enjin sehingga hampir tanda 3 liter mengikut sukatan pada bekas minyak pelincir yang baru.Isipadu minyak pelincir yang diperlukan untuk kereta Perodua Alza adalah sebanyak 3.1 liter.
baki minyak pelincir yang tinggal
19.Periksa paras minyak pelincir pada dipstick.Terdapat 2 lubang pada dipstick sebagai penanda paras minyak pelincir. Tanda MAX dan MIN diletakkan sebagai rujukan.
dipstick penanda paras minyak pelincir
20.Isikan minyak pelincir enjin sehingga hampir paras (MAX) yang ditunjukkan pada dipstick. Minyak pelincir akan turun di bawah tanda MAX setelah enjin dihidupkan.
21.Pasangkan penutup lubang pengisi minyak pelincir.
22.Pastikan percikan minyak pelincir pada enjin dibersihkan.
23.Hidupkan enjin selama 1 minit supaya minyak pelincir dapat beredar ke dalam seluruh sistem pelinciran.Pastikan lampu penunjuk tekanan minyak pelincir pada combination meter padam setelah enjin dihidupkan sekitar 5 saat. Enjin perlu dihentikan jika lampu penunjuk tekanan minyak pelincir tidak padam. 
lampu penunjuk tekanan minyak pelincir
24.Matikan enjin setelah enjin hidup mencapai masa 1 minit.
25.Periksa dan pastikan minyak pelincir tidak bocor pada drain plug dan sekitar permukaan penapis minyak pelincir.
26.Keluarkan dipstick dan bersihkan kesan minyak pelincir.
27.Masukkan semula dipstick dan keluarkan sekali lagi.
paras minyak pelincir yang betul
28.Periksa paras minyak pelincir dan pastikan paras minyak pelincir berada di antara tanda MAX dan MIN pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika paras minyak pelincir berada hampir dengan tanda MIN.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...