Mengenali Operasi IAFM Proton Saga BLM Cara Koman

Sistem pengambilan udara pada kereta Proton Saga BLM dilengkapkan dengan intake air fuel module.Sistem ini direka untuk meningkatkan kecekapan pengambilan udara dengan cara menukar arah laluan pengambilan udara berdasar kepada kelajuan enjin. Penggunaan sistem ini pada kereta Proton Saga BLM dapat meningkatkan daya kilas (torque) dan kuasa (power) pada enjin. Peningkatan daya kilas berlaku pada peringkat kelajuan enjin rendah dan pertengahan. Kuasa pada enjin turut meningkat apabila enjin beroperasi pada peringkat kelajuan yang lebih tinggi.
intake air fuel module
Komponen Sistem
Intake air fuel module berfungsi untuk menyediakan  laluan  pendek dan  laluan panjang. Pada intake manifold dipasang shutter valve, vacum actuactor, vacum reservoir, non-return valve dan extension rod untuk membolehkan sistem intake air fuel module beroperasi. Komponen tersebut berfungsi untuk membuka dan menutup shutter valve dan menukar arah laluan pengambilan udara. 

komponen IAFM
Vacum reservoir
Vacum reservoir menyimpan vacum yang dihasilkan semasa enjin beroperasi dan berfungsi untuk membekalkan vacuum yang stabil kepada vacum actuatorVacuum yang stabil membolehkan vacuum actuactor mengawal operasi shutter valve dengan tepat.

vacum reservoir
Vacuum actuactor
Rekabentuk vacuum actuactor terdiri dari depression chamber, solenoid valve, spring dan membrane. Solenoid valve pada vacum actuactor beroperasi apabila menerima isyarat "ON" dari ECU. 

vacuum actuactor
Depression chamber
Depression chamber adalah sebahagian dari komponen vacuum actuactor  dan direka untuk membuka dan menutup shutter valve. Apabila vacuum dibekalkan kepada depression chamber, extension rod bergerak menarik shutter valve dan membuka laluan  pendek.

depression chamber
Apabila vacum tidak dibekalkan pada depression chamber, spring akan menolak extension rod kembali kepada kedudukan asal lalu menutup shutter valve pada laluan pendek.

Operasi sistem
Sistem ini dikendalikan oleh vacum yang terhasil semasa enjin beroperasi dan dikawal oleh ECU. Untuk membolehkan sistem ini beroperasi (membuka/menutup shutter valve untuk menukar laluan pengambilan udara), throttle body, non return valve, vacuum reservoir dan vacum actuactor disambungkan dengan hos. Pemasangan non-return valve bertujuan mengelakkan kehilangan vacum di dalam vacum reservoir.

Operasi peringkat kelajuan rendah dan pertengahan
Apabila kelajuan enjin kurang dari 4500 pusingan per minit, solenoid valve berada pada kedudukan "OFF".  Tekanan di dalam dan di luar vacum actuactor dalam keadaan sekata. Tiada pergerakan oleh vacum actuactorShutter valve pada laluan pendek kekal tertutup.
Dalam keadaan shutter valve tertutup semasa peringkat kelajuan enjin rendah ke peringkat kelajuan pertengahan, pengambilan udara ke dalam kebuk pembakaran disalur melalui laluan panjang.

udara melalui laluan panjang

Dalam operasi ini, kadar kelajuan pengambilan udara telah dipertingkat dan pengaruh kesan inersia pada laluan panjang turut terhasil. Hasil gabungan tersebut dapat meningkat daya kilas enjin pada peringkat kelajuan rendah dan pertengahan.

Operasi peringkat kelajuan tinggi
Apabila kelajuan enjin melebihi 4500 pusingan per minit, ECU memberi isyarat "ON" dan solenoid valve terbuka. Tekanan di dalam vacum atuactor menjadi sama dengan tekanan di dalam vacum reservoir . Oleh kerana tekanan di dalam depression chamber rendah, tekanan tinggi atmosfera di luar vacum actuactor menolak membrane dan memampatkan spring di dalam depression chamber. Extension rod turut bergerak kerana disambung dengan vacum actuator. Pergerakan extension rod membuka shutter valve pada laluan pendek. 

udara melalui laluan pendek

Dalam operasi ini, pengambilan udara kepada enjin adalah melalui laluan pendek. Sedikit pengambilan udara turut berlaku melalui laluan  panjang. Hasil yang diperolehi adalah peningkatan kuasa enjin pada peringkat kelajuan tinggi.

66 comments:

  1. Replies
    1. Beli di kedai sparepart luar. Perlu order kerana tidak disimpan sebagai stok.

      Delete
  2. Iafm yg selalu rosak tu kt bhgian mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vacuum actuactor. Untuk menguji kerosakan samaada vacuum actuactor berfungsi dengan baik, letak jari pada extension rod semasa enjin hidup. Minta rakan tekan accelerator pedal supaya RPM enjin melebihi 4000 rpm. Vacuum actuactor yang dalam keadaan baikakan menggerakkan extension rod pada RPM tersebut.

      Delete
  3. Nanti sy akan cuba.. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  4. Saya pengguna Saga BLM sejak 2008. Masih guna sampai sekarang untuk hantar anak sekolah.

    Kalau tak silap IAFM berfungsi mengatur laluan udara ke Throttle Body dengan Long Runner (slower air) utk rpm bawah 4500 rpm, dan Short Runner (faster air) untuk 4500 rpm ke atas.

    Bila dikatakan IAFM rosak, adakah blade itu sentiasa berada pada bukaan Long Runner?

    Apa faedahnya IAFM pada saya yang memandu sekitar 3000 rpm saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika IAFM tidak berfungsi, shutter valve tidak terbuka dan udara sentiasa melalui long runner walaupun RPM melebihi 4500. Pada kelajuan 3000 RPM, enjin mempunyai torque yang baik dan sesuai dengan penggunaaan bahanapi. Apabila kelajuan enjin melebihi 4500 RPM, injector memancit bahanapi dengan isipadu yang lebih tinggi. Oleh kerana shutter valve tidak terbuka, udara dan bahanapi tidak dapat bercampur dengan baik. Enjin akan kehilangan kuasa semasa proses pembakaran dan menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi.

      Delete
  5. ade cara untuk selesai bunyi ketukan IAFM? aku rase flap tu sentiasa ketuk pada manifold menghasilkan bunyi ketukan, amat ganggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada kereta saya, penggantian vacuum actuactor telah menghilangkan bunyi ketukan tersebut. Cuba uji vacuum actuator tersebut seperti di ruangan komen di atas. Ada juga yang menanggalkan extension rod untuk menghilangkan bunyi ketukan tersebut tetapi itu bukan penyelesaian sebenar.

      Delete
    2. Dekat mana nak beli vacuum actuator tu tuan?berapa kos gantian vacuum actuator

      Delete
    3. Vacuum actuactor boleh beli di kedai spare part. Minta maaf, saya lupa harga vacuum actuactor.

      Delete
  6. Bgaimana pulak jikalau tutup/kunci skru vacum itu? Ada efek lain atau fungsi IAFM sepatutnya akan terjejas? Kesan lama adakah merosakkan komponen enjin yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ditutup bekalan vacuum, shutter valve sentiasa dalam keadaan terbuka. Torque enjin semasa kelajuan rendah akan terjejas. Lebih banyak bahanapi diperlukan semasa hendak menggerakkan kereta dari kedudukan berhenti. Lebihan bahanapi akan menyebabkan pembakaran tidak lengkap dan menyumbang kepada pembentukan karbon di dalam combustion chamber serta pada piston. Akibat pembentukan karbon yang banyak, piston ring mungkin melekat didalam piston ring groove lalu menyebabkan oil scrapper ring tidak dapat menyebarkan enjin oil keseluruhan cylinder liner.

      Delete
  7. Adakah operasi iamfm ini berkait dgn sistem brek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Operasi IAFM tida kaitan dengan sistem brek kereta.

      Delete
    2. yang ni memang maharaja lawak mega

      Delete
  8. Jika pakai iafm yg dh dimodi buang valve dlm tu ada effect x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjin akan kehilangan torque pada kelajuan rendah. Penggunaan bahanapi akan bertambah.

      Delete
  9. Iafm sy ada bunyi tak tak..ape puncanye ye..valve sy pun ada bunyi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan shutter valve patah ataupun vacuum actuactor tidak berfungsi. Untuk menguji kerosakan samaada vacuum actuactor berfungsi dengan baik, letak jari pada extension rod semasa enjin hidup. Minta rakan tekan accelerator pedal supaya RPM enjin melebihi 4000 rpm. Vacuum actuactor yang dalam keadaan baik akan menggerakkan extension rod pada RPM tersebut.

      Delete
  10. Enjin saga BLM saya berat semasa memulakan perjalanan.kurang kuasa kilas(under power).bila dalam keadaan kelajuan tinggi rpm 4000 meter kilometer hanya 120 tu pon dah habis tekan minyak...kenapa ye jadiacam tu....saga saya auto...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir kemungkinan throttle valve tidak memberi respon dengan baik apabila accelerator pedal ditekan. Cuba bersihkan throttle body. Rujuk entri berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2014/04/bersih-electronic-throttle-control-cara.html . Disamping itu juga, periksa dan pastikan pergerakan throttle valve adalah lancar. Rujuk entri berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2016/01/periksa-electronic-throttle-body-proton.html . Buat throttle adaption seperti berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2017/03/laksana-proton-saga-blm-throttle-body.html . Akhir sekali, jika masaalah sama masih berulang bawa kereta ke workshop dan buat initialization ECU dengan scantool supaya throttle valve dapat respon kepada accelerator pedal mengikut spesifikasi.

      Delete
  11. Kenapalah design intake ini menyusahkan. Kenapa x buat simple je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap rekabentuk yang digunakan di dalam kenderaan adalah berdasarkan penyelidikan. Walaupun rekabentuk IAFM agak complicated, kebaikannya adalah dapat menambah torque dan kuasa enjin sesuai dengan beban kereta.

      Delete
  12. Salam... ingin tahu, dr manakah datangnya bunyi cengkerik.. dan apabila sy menyentuh bahagian bulatan sebelah extention rod bunyi tersebut hilang.. kemudian apabila enjin dimatikan akan keluar bunyi seakan siulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bunyi seakan cengkerik tersebut kemungkinan berpunca dari fead belt yang memacu compressor aircond dan water pump. Cuba periksa fead belt tersebut.

      Delete
  13. Salam tuan, adakah purge valve canister menghasilkan bunyi ketukan kalau bermasalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kalau ada masaalah purge valve canister berbunyi seakan ball bearing bergoncang.

      Delete
  14. As salam tuan sy baru bercadang nk beli preve 1.6 exec 2014 dan ini kereta pertama sy dah 20 tahun naik motor berpanas berhujan..ok lah apakah langkah pertama yg patut sy ambil kira utk memastikan keadaan iafm dlm keadaan baik atau kensel je hasrat nk beli proton terus sbb byk dah org complains psal intake iafm ni byk masalah atau ada pendapat lain ke ..bukan tak sokong buatan malaysia tapi tgok lah org komplain tak berhenti psal masalah yg berterusan sy pn naik takut dengar psal harga iafm ni sbb sy bukan org senang kais pagi mkn ptg kais petang mkn esok atau lusa kadang2 tak mkn langsung
    Maaf tuan jika bahasa penyampaian sy kurang selesa sbb dah terbiasa ckp terus terang 😣😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Setiap jenama kereta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Masaalah IAFM lebih sinonim dengan Proton Saga. Saya percaya pihak Proton telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan penambaikan dilakukan pada IAFM. Untuk mendapatkan kereta yang sesuai, beberapa faktor perlu diambil kira. Faktor seperti penjimatan bahanapi, kelengkapan aksesori dan bilangan penumpang yang boleh dibawa perlu diambil kira. Terdapat kereta yang mungkin murah semasa dibeli tetapi memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara. Paling penting adalah harga yang sanggup dibayar mengikut kemampuan.

      Delete
  15. Salam Tuan,
    Persona 1.6 (2011) saya pun ada bunyi IAFM tu. Kalau nak repair boleh tukar bahagian yang rosak (vacuum actuator) itu sahaja atau kesuluruhan IAFM Manifold? Adakah kerosakkan ini menyebabkan penggunaan minyak petrol yang banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bunyi ketukann tersebut mungkin disebabkan shutter valve IAFM patah ataupun vacuum actuactor tidak berfungsi. Untuk menguji samaada vacuum actuactor berfungsi dengan baik, letak jari pada extension rod semasa enjin hidup. Minta rakan tekan accelerator pedal supaya RPM enjin melebihi 4000 rpm. Vacuum actuactor yang dalam keadaan baik akan menggerakkan extension rod pada RPM tersebut. Jika shutter valve yang patah, perlu ganti IAFM assy.

      Delete
    2. Dalam gambar di atas ada ditandakan. Perlu besarkan gambar baru nampak dengan jelas kerana tulisan yang kecil.

      Delete
  16. Assalam Tuan.
    Screw vacuum actuator tercabut. Kat mn boleh dapat screw size 5.5 tu @ ada cara lain utk gantikan screw tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tuan boleh beli di Proton Part Center ataupun minta kedai sparepart buat tempahan bolt tersebut.

      Delete
    2. Jika screw tu tercabut dan hilang ada tak effect pada engine..

      Delete
  17. salam bro..saga flx bunyi ktak3x..mcmne nk test vacum actuator sbb flx cut rpm dlm 2.5 je bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menguji kerosakan samaada vacuum actuactor berfungsi dengan baik, letak jari pada extension rod semasa enjin hidup. Minta rakan tekan accelerator pedal supaya RPM enjin melebihi 4000 rpm. Vacuum actuactor dalam keadaan baik akan menggerakkan extension rod pada RPM tersebut. Walaupun vacumm actuactor dalam keadaan baik, shutter valve yang patah juga boleh menyebabkan bunyi tersebut.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalam Tuan.
    Screw vacuum actuator tercabut. Jika screw tu tercabut dan hilang ada tak effect pada engine..

    ReplyDelete
  20. saya owner preve manual..hajat di hati utk swap enjin..boleh cadangkan pilihan enjin yg bersesuaian..plug n play diutamakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tiada pengalaman melakukan swap engine kereta. Maaf tidak dapat membantu.

      Delete
  21. Asslm nak tnya kalo iafm berbunyi perlu tukar sebiji intake manifol tu ka? Atau boleh di repair??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sebaiknya ditukar satu unit yang baru supaya IAFM berfungsi mengikut spesifikasi asal pengeluar. Walaupun boleh diubahsuai, IAFM tidak akan berfungsi mengikut spesifikasi asal.

      Delete
    2. Apa kesan kalau hanya di repair saja??

      Delete
    3. Enjin akan kekurangan torque pada kelajuan rendah. Penggunaan minyak petrol akan bertambah.

      Delete
  22. thanks en.engineer, article ni padat and banyak membantu assignment uni saya!!!

    ReplyDelete
  23. Kereta saga blm sy keluar lampu check engine..pergi bengkel diorg scan dapat kod p1403 vim short circuit. Pomen xtau punca masalah..kereta jadi berat bila low gear fan makan minyak kuat..ada kemungkinan x vacuum actuator rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua kemungkinan iaitu vacuum actuactor rosak ataupun wayar vacuum actuactor terputus . Cuba periksa dan pastikan vacumm actuactor boleh beroperasi. Letak jari pada extension rod dan minta bantuan rakan tekan accelerator pedal sehingga pusingan enjin meningkat kepada 4000 RPM. Extension rod akan bergerak jika vacuum actuactor masih dalam keadaan baik. Jika tiada pergerakan, periksa pendawaian pada vacum actuactor dan pastikan wayar tidak terputus serta menerima bekalan 12 volt.

      Delete
  24. 1. pada pendapat tuan, adakah menukar 1set iafm ni lebih baik daripada membaiki/ubahsuai nya? namun, sekiranya kita membeli dan menukar 1set iafm ni, adakah ia datang dalam 1set lengkap dengan semua kompenan seperti vacum actuator, valve dan lain2 kompenan yg dipasang bersamanya?atau ia di jual berasingan?
    2. apakah kod PW.(part no.) iafm utk saga flx 2012?,adakah iafm saga blm boleh di pasang pada saga flx?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. IAFM lebih baik diganti. Pengubahsuaian IAFM tidak dapat mengembalikan fungsi asal. Komponen IAFM jika dibeli baru tidak dibekalkan dengan vacumm actuator. Untuk mendapatkan alatganti tulen, IAFM perlu dibeli di Proton Part Center. Saga BLM dan FLX menggunakan komponen IAFM yang sama.

      Delete
  25. boleh tolong tunjukkan cara2 untuk membuka dan menanggalkan iafm ni dari enjin step by step

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf. Tatacara mengganti IAFM belum ada kesempatan untuk ditulis.

      Delete
  26. Salam.Kemungkinan berlaku kerosakan pada tapak shutter valve tetap ada jika bunyi yang pelik kedengaran dari IAFM. Dalam kes begini perlu diganti baru IAFM. Walaugabagaimanapun, cuba tuan periksa perkara seperti berikut terlebih dahulu dan pastikan non return valve dalam keadaan baik seperti link berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2017/03/uji-non-return-valve-aifm-proton-saga.html

    Jika vacuu actuator ditolak keadalam adalah normal jika berbunyi angin keluar.

    ReplyDelete
  27. Salam...Ada dengar bunyi angin area IAFM ketika off enjin...kenapa ya?

    ReplyDelete
  28. Salam bro,

    Sya guna Saga FlX 1.6 auto. Ada jumpa posting mengenai buang "butterfly" dalam manifold.

    Adakah perkara ni akan beri effect kepada kenderaan? Sebab based on testimoni2 yang di beri, kereta lebih pick-up selepas "butterfly" di buang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=874889576337261&id=100014486792856&sfnsn=mo

      Delete
    2. Salam. Saya fikir mungkin penjelasan begini lebih sesuai. Komponen seperti AIFM yang dipasang pada kenderaan Proton telah melalui penyelidikan dan ujian-ujian tertentu secara kejuruteraan yang dilakukan oleh para jurutera otomotif. Berdasarkan penyelidikan tersebut, pengeluar kereta akan mengeluarkan kereta yang memberi nilai terbaik kepada pengguna. Bermakna pengeluar kereta mempunyai bukti dari data-data penyelidikan jika timbul sebarang persoalan tentang kereta.
      Jika terdapat kenyataan yang menyatakan dengan membuang shutter valve di adalam AIFM akan memberi pretasi lebih baik kepada kereta Proton Saga maka penyataan tersebut perlu dibuktikan secara data penyelidikan. Penyataan secara cakap kosong tanpa sebarang bukti penyelidikan hendaklah diabaikan.

      Delete
  29. Assalamualaikum. Tma kasih ats sgala ilmu yg dkongsikan. Tq tq tq tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan. :)

      Delete
  30. Assalam tuan, kereta saya saga blm 2008 selalu semput bila nak teruskan perjalanan selepas berhenti di simpang. Ada berpunca dari manifold ni jugak

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum.. Intake manifold saga flx original ada butterfly Tpi da patah.. klu pomen modify buang butterfly tu boleh intake manifold tu still boleh guna ke? N apa keburukkan Dan kelebihan bila guna intake manifold yg x ada butterfly..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kelebihan : Tidak perlu membeli intake manifold baru. Keburukan :Enjin akan kehilangan torque pada kelajuan rendah. Penggunaan bahanapi akan bertambah.

      Delete
  32. salam tuan. proton saga fl pakai iafm atau iafm+?

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...