Periksa Ignition System Proton Saga Cara Koman


Enjin Proton Saga BLM menggunakan satu ignition coil yang dipasang pada setiap silinder . Sistem ini berfungsi dengan menghapuskan keperluan untuk menggunakan spark plug high tension cable. Setiap ignition coil dipasang secara terus di atas spark plug . ECU mengawal ignition timing dua unit  igniton coil pada satu masa. Ignition coil #1 dioperasikan dengan ignition coil #4 yang disambung secara bersiri.  Ignition coil #2 yang dioperasikan bersama dengan ignition coil #3 juga turut disambung secara bersiri . Sistem ini dinamakan sebagai waste spark ignition system. Terdapat dua wayar  khusus untuk setiap set ignition coil. Dua set wayar adalah untuk bekalan kuasa dari bateri dan dua set lagi wayar untuk litar kawalan ground ignition coil dari ECU.
ignition system Saga BLM
Jika berlaku masaalah kepada ignition system, ECU akan menyalakan check engine light sebagai amaran kepada pemandu. Scantool perlu digunakan untuk mengesan masaalah yang berlaku. Masaalah yang dikesan melalui scantool dikenali sebagai fault codes. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan check engine light menyala jika terdapat masaalah pada ignition system. Di antara faktor-faktor tersebut adalah :
1.Wayar pada ignition coil  telah berkarat
2.Wayar pada ignition coil putus atau berlaku litar pintas
3.Wayar di antara ignition coil dan ECU terputus
4.Kerosakan ignition coil
5.Kerosakan spark plug
6.Walaupun jarang berlaku,  ECU juga boleh mengalami kerosakan

Untuk mengenalpasti masaalah yang berlaku, pemeriksaan dimulakan dengan memeriksa rintangan ignition coil yang disyaki bermasaalah melalui ujian rintangan yang diukur melalui digital multimeter. Rintangan yang didapati diantara setiap ignition coil hendaklah sama. Ujian selanjutnya adalah dengan menggunakan spark tester dan dipastikan percikan bunga api dapat dilihat dengan jelas. Keadaan elektrod spark plug  juga perlu diperiksa.

Ignition coil  tidak akan berfungsi jika tidak mendapat bekalan voltan yang cukup. Pengukuran voltan bekalan ignition coil dilakukan dengan kaedah backprobe dan menggunakan digital multimeter. Langkah-langkah berikut adalah kaedah mengukur voltan bekalan pada ignition coil.


1.Sediakan digital multimeter dan setkan pada julat DC volt
2.Backprobe wayar bekalan voltan  pada ignition coil dengan jarum
3."On" kan ignition key atau hidupkan enjin kereta
4.Sambungkan probe positif digital multimeter dengan jarum tersebut
5.Sambungkan probe negatif digital multimeter dengan battery negatif terminal


Wayar voltan dan ground ignition coil
Bacaan voltan ignition coil pada digital multimeter yang diperolehi hendaklah sama dengan voltan bateri. Jika tidak sama, wayar ignition coil perlu diperiksa dan dipastikan tiada tanda-tanda kakisan, terkoyak ataupun telah cair.


Pemeriksaan seterusnya dilakukan pada litar ground yang dikawal oleh ECU. Ignition coil dan grounperlu dipastikan bersambung dengan lengkap. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menggunakan computer safe test light. Penggunaan computer safe test light dapat mengelakkan kerosakan ECU disebabkan arus yang berlebihan. Cara membuat computer safe test light boleh dilihat disini. Langkah-langkah berikut adalah kaedah menguji litar kawalan ground ignition coil  dengan menggunakan computer safe test light.

1.Backprobe wayar control ground pada ignition coil dengan jarum.
2.Sambungkan klip wayar computer safe test light dengan jarum tersebut
3.Sambungkan hujung computer safe test light dengan battery positif terminal


JIka enjin dalam keadaan hidup, test light akan kelihatan berkelip-kelip menandakan ground circuit ignition coil dalam keadaan baik. Cahaya yang kelihatan walaupun tidak begitu terang tetapi sudah cukup untuk mengesahkan litar dalam keadaan baik. Jika enjin tidak dapat dihidupkan, seorang pembantu diperlukan untuk crank enjin. Semasa enjin di crank, perhatikan test light dan pastikan test light berkelip. 
Jika test light tidak berkelip, kemungkinan wayar diantara ignition coil dan ECU sudah terputus, kerosakan ECU ataupun wayar ground ECU terputus. Cara ini dapat membantu mengesahkan sama ada ECU menghantar isyarat yang betul kepada ignition coil .

Buat Kabinet Simpanan Peralatan Cara Koman

Peralatan yang digunakan kerja-kerja pertukangan memerlukan tempat simpanan supaya mudah dicapai semasa diperlukan. Peralatan yang disimpan di dalam kabinet dapat mengelakan  peralatan diletakkan secara berselerak. Penggunaan plywood semasa membina kabinet peralatan membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan pantas . 

Keseluruhan kabinet peralatan dibina menggunakan 19mm plywood. Di dalam kabinet dipasang dengan rak untuk menempatkan kotak perlatan. Bahagian pintu dipasang dengan stainless steel piano hinges untuk membolehkan rak pintu dapat menampung berat peralatan yang diletakkan. Magnetic catch dipasang supaya pintu sentiasa dalam keadaan tertutup. Pemegang pintu turut dipasang pada pintu. Bahagian bawah kabinet dipasang dengan castor wheel supaya cabinet dapat dipindah dengan mudah. 

kabinet peralatan

bahagian dalam kabinet

magnetic catch

piano hinges

Periksa Fuel Injector Proton Saga Dengan Oscilloscopes Cara Koman

    Fuel injector merupakan salah satu komponen penting di dalam electronic fuel injection system yang digunakan oleh kereta. Kerosakan fuel injector menyebabkan keupayaan enjin kereta tidak dapat mencapai tahap optima. Salah satu peralatan yang digunakan untuk mengenalpasti kerosakan fuel injector adalah oscilloscopes

Penggunaan digital oscilloscope dapat memberi gambaran yang lebih jelas kerosakan fuel injector. Waveform yang dipapar oleh oscilloscopes dapat dinilai untuk menentukan tahap kerosakan yang berlaku pada fuel injector.
 
fuel injector waveform
Gambar di atas menunjukkan voltage waveform fuel injector  Proton Saga dalam keadaan baik.

Bahagian A 
Pada bahagian ini menunjukkan bekalan kuasa dari bateri kepada fuel injector. Voltan bekalan kuasa perlu sama dengan voltan bateri.

Bahagian B 
Apabila ECU menyambung bekalan kuasa kepada ground, arus elektrik mula mengalir di dalam litar. Nilai voltan bekalan kuasa turun kepada 0 volt.Medan magnet terbentuk pada lilitan  fuel injector. Kekuatan medan magnet yang terbentuk melawan tekanan spring di dalam fuel injector dan membuka pintle valve. Bahanapi  dipancitkan oleh fuel injector ke dalam intake manifold.

Bahagian C 
Bahagian ini menunjukkan masa yang diambil oleh fuel injector untuk memancit bahanapi.  Pintle valve masih terbuka dan memancitkan bahanapi .Tempoh pintle valve terbuka bergantung kepada beban enjin.

Bahagian D 
Bahagian ini menunjukkan ECU memutuskan bekalan kuasa di dalam litar. Apabila bekalan kuasa diputuskan, arus elektrik tidak mengalir di dalam litar.  Medan magnet yang terbentuk  akan kehilangan kemagnetan dan menghasilkan back EMF. Medan magnet dari back EMF kembali teraruh ke dalam lilitan fuel injector dan menyebabkan berlaku voltage spikes. Pintle hump menunjukkan pintle valve tertutup. Tidak semua fuel injector akan menghasilkan pintle hump.

Bahagian  E 
Bahagian ini menunjukkan voltan kembali kepada nilai voltan bekalan kuasa iaitu sama dengan voltan bateri.


pengukuran voltan
Gambar di atas menunjukkan voltan yang diukur menggunakan oscilloscopes. Pengukuran dilakukan semasa pusingan enjin dalam keadaan idling speed. Pada bahagian A, menunjukkan nilai voltan bateri iaitu sebanyak 13.79 volt. Bahagian B pula, menunjukkan jumlah masa pintle valve fuel injector terbuka adalah sebanyak 2.294 ms. Tempoh tersebut juga dikenali dengan nama pulse width. Voltage spikes  back EMF adalah sebanyak  52 volt.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...