Fuel injector merupakan salah satu komponen
penting di dalam electronic fuel
injection system yang digunakan oleh kereta. Kerosakan fuel
injector menyebabkan keupayaan enjin kereta tidak dapat mencapai tahap
optima. Salah satu peralatan yang
digunakan untuk mengenalpasti kerosakan fuel
injector adalah oscilloscopes.
Penggunaan digital oscilloscope dapat memberi gambaran yang lebih jelas kerosakan fuel injector. Waveform yang dipapar oleh oscilloscopes dapat dinilai untuk menentukan tahap kerosakan yang berlaku pada fuel injector.
Penggunaan digital oscilloscope dapat memberi gambaran yang lebih jelas kerosakan fuel injector. Waveform yang dipapar oleh oscilloscopes dapat dinilai untuk menentukan tahap kerosakan yang berlaku pada fuel injector.
Gambar di atas menunjukkan voltage
waveform fuel injector Proton Saga dalam keadaan baik.
Bahagian A
Pada bahagian ini menunjukkan bekalan kuasa dari bateri
kepada fuel injector. Voltan bekalan kuasa perlu sama dengan voltan bateri.
Bahagian B
Apabila ECU
menyambung bekalan kuasa kepada ground,
arus elektrik mula mengalir di dalam litar. Nilai voltan bekalan kuasa turun kepada 0 volt.Medan magnet terbentuk pada
lilitan fuel injector. Kekuatan medan magnet yang terbentuk melawan tekanan
spring di dalam fuel injector dan
membuka pintle valve. Bahanapi dipancitkan oleh fuel injector ke dalam intake
manifold.
Bahagian C
Bahagian ini menunjukkan masa yang diambil oleh fuel injector untuk memancit bahanapi.
Pintle valve masih terbuka dan memancitkan bahanapi .Tempoh pintle valve terbuka bergantung kepada
beban enjin.
Bahagian D
Bahagian ini menunjukkan ECU memutuskan bekalan kuasa di
dalam litar. Apabila bekalan kuasa diputuskan, arus elektrik tidak mengalir di
dalam litar. Medan magnet yang terbentuk
akan kehilangan kemagnetan dan
menghasilkan back EMF. Medan magnet
dari back EMF kembali teraruh ke
dalam lilitan fuel injector dan
menyebabkan berlaku voltage spikes. Pintle hump menunjukkan pintle valve tertutup. Tidak semua fuel injector akan menghasilkan pintle hump.
Bahagian E
Bahagian ini
menunjukkan voltan kembali kepada nilai voltan bekalan kuasa iaitu sama dengan
voltan bateri.
pengukuran voltan |
Gambar di atas menunjukkan voltan yang diukur menggunakan oscilloscopes. Pengukuran dilakukan semasa pusingan enjin dalam keadaan idling speed. Pada bahagian A, menunjukkan nilai voltan bateri iaitu sebanyak 13.79 volt. Bahagian B pula, menunjukkan jumlah masa pintle valve fuel injector terbuka adalah sebanyak 2.294 ms. Tempoh tersebut juga dikenali dengan nama pulse width. Voltage spikes back EMF adalah sebanyak 52 volt.
assalammualaikum tuan...sy pengguna saga blm manual thn 2008...ade hjt dihati nx pasang additional rpm n water temp meter mcm brand defi tu...so, nx mnx tnjuk ajar dr tuan mcm mana nx wt wiring...mksd sy nx tap dkt sensor mana dan kedudukan sensor tersebut...tq tuan..
ReplyDeleteSalam. Minta maaf tidak dapat membantu. Tiada pengalaman ubahsuai RPM seperti yang dihajati.
Deletetq tuan
DeleteSalam tuan, Nak tahu adakah terdapat perbezaan sekiranya kereta diperiksa menggunakan scann tool di SC dan scan tool yang digunakan di benkel kereta lain? Adakah bengkel kereta di luar mempunyai scantool yang sama dengan scantool Proton? Masalah kereta akan bergegar sekejap macam nak mati enjin apabila compressor aircond hidup.
ReplyDeleteKedua, berapa kerap sebenarnya perlu untuk membersihkan throttle body? Pomen bengkel tempat sy hantar kereta kata tak perlu nak bersihkan TB sebab dah tukar plug dan COP, tapi masalah kereta bergegar ni masih berlaku cuma kurang sikit.
Salam. Scantool yang digunakan oleh SC mempunyai keupayaan membuat diagnostic keatas semua system electronic didalam kereta jenama yang sama sahaja(Proton). Scantool yang digunakan diworkshop keupayaan membuat diagnostic terhad keatas sistem electronic didalam kereta. Walaubagaimanapun diagnostic boleh dibuat ke atas kereta yang mempunyai jenama yang berbeza. Scantool hanya digunakan untuk diagnostic electronic system apabila Check Engine Menyala semasa sedang memandu.
DeleteMasaalah kereta bergegar, cuba gantikan fuel filter jika tidak pernah diganti di dalam tempoh 3 tahun.