Terdapat satu lagi sistem EFI yang digunakan pada kereta lumba yang dikenali dengan nama Alpha-N. Sistem ini mendapat input yang utama dari throttle position sensor dan crank position sensor. Throttle position sensor menghantar maklumat kedudukan sudut throttle plate (α - alpha) kepada ECM. Manakala crank position sensor pula menghantar maklumat kelajuan enjin ( rpm- N).
Sistem ini dibangunkan kerana enjin kereta lumba kerapkali beroperasi pada tahap idle dan separuh throttle. Keadaan ini menyebabkan manifold vacum yang dihasilkan adalah kecil dan tidak cukup untuk dibekalkan kepada MAP sensor. Sistem ini adalah kurang cekap jika dibandingkan dengan sistem EFI Speed Density ataupun Mass Air Flow. Penggunaan sistem EFI jenis ini menyebabkan emissi yang dikeluarkan kurang mesra alam sekitar.
Oleh kerana itu, sistem ini hanya digunakan pada kereta lumba kerana kosnya yang murah untuk dibangunkan. Sekiranya terdapat MAP sensor pada sistem Alpha-N, fungsi MAP sensor tersebut hanya tertumpu kepada mengukur barometric pressure untuk mengesan perubahan tahap ketinggian. Oleh kerana jumlah kereta lumba yang tidak banyak , tiada masaalah system ini digunakan walaupun tidak mematuhi peraturan emisi sedia ada.
Salam bro saya nak tanya kereta saya waja enjin Mitsubishi 2001.bila saya tukar gear D lampu N berkelip.tq
ReplyDeleteW'salam. Lampu N berkelip menunjukkan Gearbox Electronic Control System bermasaalah. Bermakna ada komponen electronic ataupun wayar pada gearbox bermasaalah.Langkah terbaik adalah bawa kereta ke Proton SC untuk scan dengan menggunakan magnufacture scantool.
ReplyDelete