Sekiranya kereta anda sudah lama digunakan, anda mungkin pernah mengalami masaalah core plug yang bocor dang menyebabkan coolant kereta anda berkurangan.
Anda mungkin boleh mencuba langkah-langkah berikut untuk menggantikan core plug tersebut.
1.Buka exhaust manifold kereta anda sekiranya berkaitan dan keluarkan coolan kereta anda.
|
core plug yang bocor |
2.Ketuk pada tengah core plug tersebut dengan menggunakan drive punch
|
keluarkan core plug |
3.Seterusnya, ketuk pada tepi core plug tersebut sehingga beralih kedudukan dan gunakan grip plier untuk mencabut core plug tersebut.
4.Setelah berjaya dikeluarkan, bersihkan dan sapu high temperature silicone sealant pada core plug dan juga lubang pada engine block
|
sapu silicon sealant |
5.Untuk memasukkan kembali core plug tersebut, anda boleh membuat speacial tool dari komponen paip galvanise iron yang terdiri dari cap dan reducer dengan saiz yang bersesuaian.
|
speacial tool |
6.Setelah siap biarkan sealant pada core plug tersebut kering selama 24 jam..Anda juga boleh memasang core plug tersebut tanpa sealant.
|
siap pemasangan |
7.Sesudah itu, pasanglah kembali exhaust manifold dan isikan coolant didalam radiator.
8.Hidupkan kereta anda dan periksa core plug tersebut jika ada kebocoran coolant.
salam saya nak tya core plug proton waja ni ada berapa? 1 je ke? ada pomen yg sy hntr ni dia nak tukar penutup water jacket katanya? ada lima.. saya kurang pasti.
ReplyDeleteSalam. Saya pun tidak pasti berapa bilangan sebenar core plug tersebut. Yang pasti, bilangannya lebih dari satu. Walaupun tidak bocor, dalam tempoh tertentu core plug perlu diganti sebagai rutin penyenggaraan.
Deleteassalamualaikum.....gam gasket buleh guna utk gam benda ni tak....
ReplyDeleteSalam. Gam gasket boleh digunakan sebagai alternatif.
DeleteSaiz adalah sama ke sbb sy punya bocor di bahagian head
ReplyDeleteSaya tidak pasti samaada saiz core plug di engine block dan cylinder head adalah sama. Keluarkan core plug yang bocor dan gunakan sebagai contoh untuk beli core plug baru.
Delete