Ganti Rocker Valve Cover Gasket Saga BLM Cara Koman

        Proton Saga BLM  kerap kali mengalami masaalah   minyak pelincir bocor pada rocker valve cover. Masaalah tersebut sering terjadi disebabkan gasket rocker valve cover tidak bertahan lama. Langkah berikut boleh dijadikan panduan untuk menggantikan gasket rocker valve cover tersebut .

1.Tanggalkan kabel negatif batery.


2.Buka rocker valve cover, camshaft sensor  dan upper timing belt cover sepenuhnya.


rocker cover telah dibuka

3.Keluarkan gasket  rocker valve cover.

4.Bersihkan minyak pelincir pada permukaan rocker valve cover  dan  rocker valve.

5.Periksa dan pastikan keadaan permukaan rocker valve cover  tidak retak.

6.Letakkan gasket sealant pada empat tempat di gasket dan masukkan gasket  pada groove yang terdapat di rocker valve cover.


letakkan gasket sealant pada gasket


7. Pada masa yang sama, letakkan gasket sealant  pada empat tempat seperti gambar berikut pada kedua-dua  camshaft: 

gasket sealant dilekatkan pada camshaft
8.Dalam masa 10 minit, pasang gasket rocker valve cover kerana gasket sealant cepat kering. Penggunaan gasket sealant dapat mengelakkan minyak pelincir bocor disebabkan gasket tidak rapat.

9.Gunakan gasket  rocker cover yang lama sebagai gasket alternatif pada upper timing belt cover. Untuk mengelakkan dari tertanggal, lekatkan  gasket rocker cover pada upper timing belt cover dengan gasket sealant


upper timing belt cover
10.Pasang kembali camshaft sensor dan battery negatif kabel.

11.Setelah selesai proses pemasangan, enjin hanya boleh dihidupkan selepas 1 jam untuk membolehkan gasket sealant kering. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik gasket sealant pada gasket rocker valve cover dibiarkan kering dalam tempoh 24 jam sebelum enjin dihidupkan.

24 comments:

  1. Selalu bocor...dah tukar ni bocor lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan High Temperature Gasket Sealant pada bahagian kedua-dua camshaft seperti dalam gambar. Boleh juga kalau nak sapu gasket sealant keseluruhan gasket (biasanya tak perlu).Ikat bolt rocker cover mengikut turutan dengan torque yang sama. Kalau perlu biarkan gasket sealant tersebut kering semalaman.

      Delete
  2. Dah tukar..tp dua tiga bln lepas bocor lgi..kene pgi jmpe bro jgk ni..bgi bro yg buat kn,baru nk ok kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah cabaran DIY. Kalau nak buat sekali lagi, saya cadangkan guna Permatex @ Ulra Grey RTV Silicone Gasket Maker pula. Lagi satu kemungkinan rocker cover telah retak pada gasket groove.Kadang-kadang hanya terjadi hairline crack yang menyebabkan gasket bocor. Kalau tak sanggup lagi, bawa saja ke Proton SC.

      Delete
  3. Harga gasket ni original Proton berapa bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang RM50.00 bergantung kepada kedai yang menjual. Alatganti OEM lebih murah.

      Delete
  4. mana nak beli gasket warna oren nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai spare part di luar Proton Service Center. Material gasket itu silicon.

      Delete
  5. hi lh x tunjuk cara diy nk repair iafm untuk saga blm dah x tahan bunyi ketukakan ni... skali repair jadi balik.... inbox saya kalau dah post ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang saya tidak berkesempatan untuk baiki secara diy IAFM Saga. Jika ada kesempatan nanti, saya akan kemaskini di dalam blog..

      Delete
  6. Assalam baru2 ni dah baiki valve cover gasket bocor tak silap saya pomen guna gasket maker/ultra grey rtv,nak tanya jika terlebih/banyak gasket maker diletakkan ada effect lain ?? Mohon pencerahan harap kerjasama dari tuan tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semasa rocker cover diikat dengan bolt, gasket maker yang digunakan secara berlebihan akan meleleh keluar dan juga ke dalam rocker cover. Jika meleleh keluar rocker cover tiada masaalah. Jika gasket maker yang digunakan secara berlebihan meleleh ke dalam rocker cover dikhuatiri boleh menyebabkan sistem pelinciran tersumbat. Lebihan gasket maker tersebut akan menyekat saluran minyak pelincir.

      Delete
  7. Salam abg nk tnya brpa torque sesuai utk rocker cover bolt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh guna tightening torque berikut 0.9-1.1 kgm (9-11 Nm; 0.603-0.738
      ft.lbs)

      Delete
    2. Bos, kalau takda torque wrench camna bos?, Boleh belasah je ke ikut sedap

      Delete
    3. Ikat bolt tersebut secukup rasa. Untuk rocker cover, penggunaan torque wrench tidak begitu kritikal.

      Delete
    4. Terima kasih bos, semoga rezeki bos melimpah ruah hendaknya

      Delete
    5. Amin. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  8. apa kesan kalau tak tukar dalam masa yang lama sikit?

    ReplyDelete
  9. Lama-kelamaan engine oil akan berkurangan. Kesan engine oil mengotorkan enjin.

    ReplyDelete
  10. boleh kah padang head gasket saga flx tanpa mengunakan seal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf. Saya tak faham apa yang dimaksudkan pasang cylinder head gasket tanpa seal.

      Delete
  11. Salam..nak tahu ape beza antara valve gasket silicon & original?.. Dan Mana lebih tahan lama?

    ReplyDelete
  12. Assalam, berapa harga utk top valve cover gasket flx? Harga utk brg berkualiti

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...