Proton Waja Flash Codes Cara Koman

          Bagi kereta yang menggunakan electronic fuel injection system, masaalah yang berlaku pada engine electronic  control system ataupun gearbox electronic  control system lebih mudah diselesaikan sekiranya memiliki scantool. Walaubagaimanapun, terdapat lagi satu kaedah yang dinamakan flash code yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masaalah yang berlaku sekiranya tiada scantool. 
Dengan melakukan tatacara tertentu, ECU boleh memancarkan kod-kod  dalam bentuk nombor seperti Morse Code.  Kod tersebut kemudiannya dirujuk kepada workshop manual kereta berkenaan untuk ditafsirkan.  Sebagai contoh, tatacara untuk Proton Waja adalah seperti berikut :

 
1.Letakkan gear lever pada "P".  Sambungkan pin # 1 pada DLC kepada ground (rail  kerusi pemandu) dengan menggunakan seutas wayar. 
cara sambungan
2.Switch on ignition key. Jangan hidupkan enjin.

3.Perhatikan lampu "N"  dan Check Engine Light pada combination meter.

4,Sekiranya menggunakan gearbox automatic, lampu "N" akan berkelip dengan sekata dan ini menunjukkan tiada masaalah pada gearbox electronic control system. 

5.Pada masa yang sama, Check Engine Light juga akan berkelip dengan sekata dan ini menunjukkan tiada masaalah pada engine electronic control system.

normal
6.Sekiranya kerlipan lampu pada "N" atau Check Engine  Light tidak sekata,  menunjukkan ada masaalah yang sedang berlaku. Kerlipan yang tidak sekata itu adalah kod yang dikeluarkan oleh ECU. Terdapat 2 set code yang perlu diketahui untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada electronic control system.

flash code mode
6.Sekiranya terdapat kod yang dikeluarkan perlu dirujuk pada workshop manual kereta berkenaan untuk ditafsirkan. 

                                     kerlipan code "N" dan CEL dalam keadaan normal

7.Setelah masaalah yang berlaku dikenalpasti dan  dibaiki, kod tersebut boleh dipadam dengan cara mengeluarkan fius EFI ataupun mencabut terminal negative battery kereta selama 30 saat.

8.Proses di atas adalah untuk  menentukan samaada engine dan gearbox electronic control system bermasaalah atau tidak. 

9. Berikut adalah contoh code untuk enjin  yang merujuk kepada kerlipan CEL.. 


Code No.
Diagnosis Item
11
Oxygen Sensor System (FRONT)
13
Intake Air Temperature System
14
Throttle position Sensor System
21
Engine Coolant Temperature System
22
Crank Angle Sensor System (CKP)
23
Camshaft Position Sensor System
24
Vehicle Speed Sensor
25
Barometric Pressure Sensor System
31
Detonation Sensor System
32
Vacuum Sensor System (MAP)
41
Injector System
44
Ignition Coil & Power Transistor Unit
59
Oxygen Sensor System (REAR)
61
Communication Wire With A/T ECU System
64
Alternator RF Terminal System
code engine Lancer CE yang hampir sama dengan Waja

10.Untuk gearbox, code yang berbeza digunakan dan dirujuk kepada kerlipan lampu "N"


Diagnosis  Code
Diagnosis Item
11
Throttle Position  Sensor
Short Circuit
12
Open  Circuit
14
Incorrect Sensor Adjustment
15
A/T fluid Temperature Sensor System
Open  Circuit
21
Crank Angle Sensor System
Open  Circuit
22
Input Shaft Speed Sensor System
Short Circuit/ Open  Circuit
23
Output Shaft Speed Sensor System
Short Circuit/ Open  Circuit
26
Stop Lamp  Speed Switch System
Short Circuit
31
LR Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
32
UD Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
33
2nd Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
34
OD Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
36
DCC  Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
41
1st Gear Ratio does not meet the specification
42
2nd Gear Ratio does not meet the specification
43
3rd Gear Ratio does not meet the specification
44
4th  Gear Ratio does not meet the specification
46
Reverse Gear Ratio does not meet the specification
52
DCC  Solenoid Valve System
Defective System
54
A/T Control Relay  System
Short Circuit To Earth/ Open  Circuit
56
N Range lamp System
Short Circuit To Earth
                                code gearbox automatic Lancer CE yang hampir sama dengan Waja

Kaedah ini hanya digunakan untuk kereta Proton Waja sahaja.

Maker : Proton

Model : Proton Waja

Engine : Mitsubishi 4G18P


246 comments:

  1. kalau enjin manual plak mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sahaja. Hanya CEL sahaja yang berkelip. Tiada lampu "N".

      Delete
    2. salm..kete waja saya bila on kunci lampu enjection tak menyala,,engin tak bolh hidup,fius ecu dlam keadaan baik..tolng tuan

      Delete
    3. Cuba Perikana relay yang berada di belakang coin tray dibawah radio. Ada 2 relay tersembunyi disitu. Sàlah satu mungkin rosak iaitu Main Relay. Satu lagi Fuel Pump Relay. Cuba pindah relay tersebut diantara kedua-duanya untuk ujian.

      Delete
  2. salam tuan, nak tanya sikit. baru2 ni Waja saya (Auto 1.6 tahun 2003) mengalami masalah x boleh start, pomen tu suruh buat relay baru, lepas buat memang OK boleh start tp masalahnya enjin pula RPM drop ke 500-600 dan kadang2 mati terus enjin semasa tgh bawak kereta! lampu oren check engine menyala, bila start 2-3 kali baru normal tp dalam 1-2 hari dia jadi balik, bila tekan minyak memang x ada, rasa mcm minyak x sampai ke enjin. adakah sebab relay hari tu atau ada benda lain yg rosak? apa pendapat tuan. TQ

    ReplyDelete
  3. W'salam.Biasanya jika starter relay rosak, gantikan relay yang baru sahaja. Tidak perlu buat tambahan relay. Jika dibuat tambahan relay bermakna ada tambahan pendawaian yang baru. Minta mekanik periksa adakah pendawaian baru yang dibuat tersebut dalam keadaan baik.Kadang-kadang pendawaian yang baru tersebut jika tidak dimasukkan ke dalam flexible conduit akan menyebabkan wayar pecah akibat gegaran dan seterusnya bersentuh dengan ground(body kereta) lalu menyebabkan litar pintas. Jika pendawaian diperiksa dan didapati dalam keadaan baik, cuba periksa tekanan minyak petrol dan ignition sistem.Gunakan kaedah yang ditunjukkan dalam blog ini. Akhir sekali jika masih tidak dapat diselesaikan juga bawalah kereta untuk scan dengan scan tool. Mungkin engine electronic control system bermasaalah.

    ReplyDelete
  4. nampaknya tuan betul tentang ignition system. setelah guna komputer utk scan mmg ignition coil yg rosak. maklum la sejak keta tu keluar kilang mmg x penah diganti. saya dah gantikan dgn yg baru dan alhamdulillah dah 300km perjalanan semuanya lancar mcm biasa balik. TQ tuan atas bantuan. sama2 kita share ilmu kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kerana masaalah tuan telah selesai. Terimakasih juga kerana memberi maklumbalas dan boleh menjadi rujukan kepada pengguna Proton Waja yang menghadapi masaalah yang sama.

      Delete
  5. Sy pemilik kereta waja auto thn 2001.. mslsh sy apabila sy tidak memanaskan enjin yg cukup dan sy trus bergerak penukaran gear 1 ke 2 mengalami sdikit mcm agk susah dan lambat utk ke gear 2... mksd di sini ialah xberapa lancar seperti tkr ke gear 3 n dan 4... mengapa ini berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan underdrive clutch ataupun valve body bermasaalah. Saya sarankan saudara buat pemeriksaan pada gearbox hydraulic pressure pada undrive clutch. Pressure yang di dapati perlu berada pada spesifikasi yang ditetapkan.

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan, saya ade beberapa soalan:

    1. Dengan keadaan kereta yang semakin canggih, perlu ke owner beli sendiri scantool untuk kegunaan sendiri?
    2. Kalau perlu, apakah jenama scantool mampu milik yang sesuai untuk proton waja?

    Sekian

    ReplyDelete
  7. Salam. Walaupun sistem kawalan elektronik yang digunapakai di kereta semakin canggih, sebagai pengguna biasa tiada keperluan untuk memiliki scan tool sendiri.Kalau sekadar hendak melakukan diagnostic, lakukan di pusat servis yang ada scan tool. Harganya tidaklah mahal.Untuk membeli sendiri scan tool, harganya yang mahal tidak berbaloi untuk dimiliki. Jika ada bengkel kenderaan sendiri, sewajarnya memiliki scan tool yang merupakan satu kelebihan. Antara OEM scan tool yang boleh dibeli adalah seperti Hanatech, JBT atatupun Bosch. Sekadar menyebut beberapa jenama. Walaubagaimanapun scan tool tersebut masih terdapat kekurangan berbanding macnufacture scan tool yang hanya dibekalkan oleh pengeluar kenderaan kepada ejen bertauliah sahaja. Macnufacture scan tool Proton adalah PADT tetapi tidak dijual kepada orang perseorangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklumbalas. Kadang2 saya tengok2 dalam ebay, ada jenama scantool yang berharga murah (kurang dari rm100), di mana harga di Malaysia lebih mahal. Apa pendapat tuan mengenai ketahanan, ketepatan dan kebolehan untuk scan kesihatan kereta menggunakan scanner tersebut?

      Delete
    2. Scanner tersebut hanya sesuai untuk kereta yang digunakan di US. Kerajaan US menetapkan peraturan supaya semua kereta yang menggunakan protocol OBD-II boleh diacces oleh generic scanner tetapi terhad untuk ECU engine sahaja. Peraturan tersebut dapat mengelakkan pengeluar kenderaan monopoly penyenggaraan kereta. Kereta di sana menggunakan protocol yang dikenali sebagagi OBD-II. Kereta di Malaysia tidak serasi dengan scanner tersebut. Kalau nak beli juga scanner tersebut,perlu pastikan scanner yang sudah terbukti boleh digunakan untuk kereta dijual pasaran Malaysia.

      Delete
  8. Terima kasih tuan atas info yang berguna.

    Baru2 ni saya dah scan waja MMC saya di Proton service centre dan didapati tiada masalah apa berkaitan elektronik. Selepas tu saya drive macam biasa, masa tengah drive dgn kelajuan lingkungan 110kmj, kereta tiba2 bergegar dan lampu N berkelip. Oleh sebab saya pernah terkena masalah yang serupa, saya berhenti dan tutup enjin, start balik, kereta pon ok.

    Pendapat tuan, apakah masalah kereta saya? Untuk makluman, kereta saya pernah terjadi kejadian semput2 selepas tu lampu 'check engine' menyala dan enjin pon padam.

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memeriksa Waja MMC dengan scantool, MUT-2 lebih sesuai digunakan. Pada masa sekarang Proton menggunakan cantool PADT. Kadang-kala komponen elektronik perlu mengalami kerosakan sepenuhnya, barulah dapat dikesan oleh scantool. Cuba gunakan kaedah Proton Waja Flash Code pula. Perhatikan kerlipan lampu "Check Engine Light" dan lampu "N" samada terdapat code yang dipancarkan. Mungkin kaedah tersebut boleh membantu. Jika semasa memandu dan lampu "N" berkelip, itu adalah isyarat sistem kawalan elektronik gearbox bermasaalah. . Dalam keadaan tersebut, jangan tanggalkan terminal bateri kerana akan menyebabkan code yang tersimpan akan hilang. Untuk mengenalpasti masaalah enjin kereta yang tidak bergerak lancar, cuba periksa ignition coil dengan timing light semasa enjin idling. Masaalah ignition sistem juga boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba.

      Delete
    2. OBDII dan MUT-2 berbeza ke tuan? Untuk masalah kereta semput, saya baru saja test kereta dengan pemanduan highway (120km). Itu pun selepas penukaran parts yang murah dulu seperti:

      1. Coil plug (1X), didapati api tak kuat
      2. Fuel filter, bila saya potong filter lama, didapati ada terdapat kertas sekeping (bukan bahagian dari filter), karat dari tangki dan kertas filter didapati basah dengan air, bukan petrol.
      3. Cable plug, cable plug lame terdapat percikan api semasa crank enjin

      Alhamdulillah, kereta tiada masalah. Saya akan periksa guna cara yang tuan kongsikan mengenai flash code. Untuk makluman tuan, selepas lampu 'N' berkelip, saya tak cabut terminal negatif bateri, cuma tutup enjin dan start balik macam biasa.

      Untuk masalah elektronik gearbox:
      1. Adakah menukar sensor gearbox boleh menyelesaikan masalah?
      2. Gearbox ada berapa sensor?

      Sekian tuan

      Delete
    3. OBD-11 protocol untuk kereta digunakan di US. MUT-2 adalah factory scantool Mitsubishi. Untuk kereta Proton yang menggunakan ECU lebih sesuai menggunakan MUT-2. Setelah kereta Proton beralih kepada ECU Siemens, PDT scantool digunakan. MUT-2 scantool mungkin sudah terlalu lama dan kurang digunakan. Sekarang Mitsubishi mengeluarkan scantool MUT-3 pula, Tak pasti samada boleh scan kereta Proton atau tidak.

      Penukaran sensor yang bermasaalah boleh menyelesaikan masaalah gearbox. Sensor yang hendak ditukar pada gearbox perlu dikenalpasti dengan scantool. Tidak boleh serkap jarang. Nanti masaalah tidak selesai, duit habis. Sensor yang ada pada gearbox adalah output shaft speed sensor, input shaft speed sensor, vehicle speed sensor serta inhibitor (neutral) switch. Dalam vavle body ada beberapa solenoid valve yang juga berpotensi bermasaalah. Kesimpulannya, perlu guna scantool untuk mengenalpasti masaalah sensor, switch dan actuator pada gearbox automatic Waja.

      Delete
    4. Banayak jugak sensor yang kene periksa. Terima kasih tuan atas panduan.

      Delete
  9. Assalamualaikum tuan,

    Saya dah gunakan cara flash code seperti dicadangkan, dan hasilnye ada 3 kod yang blinking.

    1. 22 - crank angle sensor system
    2. 23 - camshaft position sensor system
    3. 42 - *fuel pump

    Sebelum ni saya pernah scan di Proton SC, tapi tiada masalah dengan sistem. Berdasarkan blinking code tu, perlu ke saya tukar sensor yang dikhuatiri rosak. Saya baru je hadapai masalah yang sama sebelum ni. Masa tengah jalan, enjin bergegar, gear drop dan N dengan Check Engine light berkelip. Saya tutup enjin dan hidupkan semula enjin tanpa masalah.

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika melalui flash code didapati ada code terhasil, sensor tersebut perlu ditukar. Sensor paling mustahak ditukar adalah crank sensor. Jika ECU tidak mendapat isysrat dari crank sensor, enjin akan mati. Walaubagaimanapun, saya cadangkan buka dan periksa keadaan fizikal sensor-sensor tersebut terlebih dahulu.Periksa sama penyambungan pada pendawaian sensor jika ada yang longgar ataupun berkarat. Cabut kabel batteri untuk reset dan uji kereta. Selepas itu buat flash code semula. Jika masaalah sama masih berulang barulah digantikan baru sensor tersebut. Setahu saya masaalah pada fuel pump tiada dalam flash code. Saya cadangkan periksa sambungan pendawaian fuel pump dan uji pressure fuel pump.

      Delete
    2. Terima kasih tuan atas nasihat. Untuk fuel pump memang tiada, cuma saya refer ke model kereta yang lain sebab saya tak jumpa ko 42 untuk waja. Kebanyakannya refer kod 42 untuk masalah fuel pump.

      Periksa fizikal sensor bermaksud cabut sensor dari tempat pemasangan atau cabut soket pendawaian sahaja? Bengkel biasa boleh buat pemeriksaan pressure fuel pump ke tuan?

      Sekian

      Delete
    3. Periksa fizikal sensor bermaksud keluarkan sensor dari tempat pemasangan dan juga cabut soket pendawaian. Kalau nak keluarkan crank sensor agak susah, ada dibelakang pulley crankshaft. Socket pendawaian mudah dicapai. Kalau nak tukar crank sensor terus pun, bagus juga sebagai rutin penyenggaraan sebab sudah lama tidak diganti. Terdapat lagi satu cara yang lebih advance untuk memastikan crank sensor benar-benar rosak iaitu periksa dengan menggunakan oscilloscope.(dlm blog ini ada caranya tapi contoh waveform tak begitu sempurna)
      Untuk periksa pressure fuel pump, tanya bengkel yang biasa berurusan samaada ada fuel pressure tester (dlm blog ini ada caranya). Pemeriksaannya tidaklah susah tetapi masaalah untuk mendapatkan adapter (speacial tool) menyebabkan tidak semua bengkel memilikinya.
      Seperti dimaklum sebelumnya, lampu "N" juga berkelip. Bermakna masih ada flash code gearbox yang belum dapat ditaksirkan. Walaubagaimanapun, selesaikan masaalah pada enjin (buat permulaan-crank sensor) terlebih dahulu. Kemudiannya, baru juga cari dan selesai masaalah gearbox pula.

      Delete
    4. Oh begitu. Saya pon rase lebih baik tukar crank sensor dulu, maklumlah saya beli kereta second hand. Terima kasih tuan atas tunjuk ajar, info sangat berguna dan membantu saya.

      Delete
    5. macam mana masalah N berkelip,,dah settal ker?

      Delete
    6. Penyelesaiannya boleh rujuk rujuk kat sini http://mizzulhaq.blogspot.my/

      Delete
    7. Tks byk2 tuan Koman Spana... tunjuk ajar tuan dlm blog ni byk membantu saya dlm masalah Waja saya... hanya Allah sj yg dpt membalasnya..

      Delete
    8. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman. :)

      Delete
  10. Salam..nak mintak pendapat..waja saya tak boleh start..sebab check engine light tak menyala masa switch on..mohon pencerahan..terima kasih..dah buntu dah ni..battery semua ok..crank pon ok..cuma mmg tak mahu hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Periksa dan pastikan samaada mentol dan pendawaian check engine light dalam keadaan baik. Jika mentol dalam keadaan baik, cuba buat ujian dengan kaedah flash codes. Jika check engine light masih tidak menyala, kemungkinan ECU bermasaalah. Kalau dapat, pinjam ECU dari rakan untuk memastikan ECU memang bermasaalah.

      Delete
  11. Assalamualaikum..
    Kereta waja sy ade masalah x boleh start, kadang2 boleh kadang x, bunyi crank ade, bila check, plug coil xde api, suspek plak crank sensor, dah tukar crank sensor pun sama juga masalahnya.. boleh sy tau bagaimana pendawaian n signal sensor utk plug coil dari start on crank?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf saya tiada wiring diaghram tersebut. Cuba periksa dan pastikan samaada kedua-dua igition coil tersebut dalam keadaan baik. Semasa ujian ke atas ignition coil, 1 ignition coil perlu dipasang 2 spark tester. Pastikan kedua-dua spark tester berfungsi silih berganti semasa engine crank. Seterusnya lakukan ujian yang sama ke atas 1 lagi ignition coil. Ini adalah kerana Proton Waja mengguna "waste spark ignition system". Jika crank position sensor yang rosak, semua cylinder tiada spark.

      Delete
  12. Assalam..keta waja saya 2004.. masalah relay head lamp kerap terbakar..kdg x sampai 2 hr tukar relay..lmpu akn malap dn relay rosak..kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa samaada mentol lampu telah ditukar kepada kuasa yang lebih tinggi. Head lamp waja menggunakan kadaran 55 watt. Jika lebih, wayar pun boleh terbakar. Satu lagi kemungkinan adalah terdapat pendawaian lampu headlamp iaitu wayar positive yang telah bersentuh dengan badan kereta. Cuba periksa pembalut wayar positive tersebut samada telah terkoyak ataupun usang.

      Delete
  13. Salam sy nk tnya maslah kereta sy tuan.sy pkai kereta waja pro 2006 klu sy tak start kereta sy tu 1 hari dia tak hdp siap bunyi tap..tap klu sy start 2 atau 3 kali bru blh hdp.lps tu sy memandu lampu kereta sy malap..blh sy tahu apa masalah kereta sy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya cadangkan pinjam bateri dan cuba hidupkan kereta tersebut. Jika enjin dapat dihidupkan dengan mudah, bermakna bukan masaalah bateri. Kemungkinan juga starter motor yang sudah lama tidak diservis juga boleh menyebabkan perkara tersebut. Cuba periksa pendawaian pada lampu yang malap.Wayar yang longgar ataupun sambungan yang berkarat boleh menyebabkan lampu malap.

      Delete
  14. Salam sy nk tnya kereta waja sy btri sy dah gelebung apa berlaku kalu kita terus pkai...

    ReplyDelete
  15. Salam. Jika bateri housing sudah mengelembung lebih baik diganti baru. Bateri mungkin akan rosak secara tiba-tiba apabila enjin dimatikan.

    ReplyDelete
  16. Salam.Jika lampu check light menyala, perlu buat diagnosis dengan scan tool. Tindakan selanjutnya adalah berdasarkan maklumat dari scan tool. Jika air radiator melimpah ke tangki spare (expansion tank) kemungkinan gasket cylinder head bocor. Perlu buat compression test untuk menentukan kebocoran tersebut. Radiator cap yang rosak juga boleh membuatkan masaalah tersebut berlaku.

    ReplyDelete
  17. Perlu kira berapa kali lampu check engine berkelip setelah wayar disambungkan diantara DLC dan ground.

    ReplyDelete
  18. Detonation sensor atau knock sensor berfungsi menghasilkan signal voltage melalui getaran yang disebabkan berlakunya engine knocking disebabkan berlaku detonation. Apabila ECU menggunakan signal tersebut, ignition timing akan dilaras pada kedudukan retard untuk mengelakkan terjadinya knocking. Untuk kereta Proton Waja, knock sensor terletak pada engine block disebelah belakang berhampiran alternator. Knock sensor pada Proton Waja juga akan membuat ignition berada pada kedudukan retard jika engine mounting sudah rosak.

    ReplyDelete
  19. Salam sy nk tnya biasa klu org turun heng brek.biasa tak meyela..tapi kereta sy meyala..nk tahu apa masalah kereta sy tu...

    ReplyDelete
  20. Salam. Kemungkinan suis pada Parking Brake sudah rosak ataupun pendawaian yang bermasaalah. Suis tersebut ada di bawah Parking Brake. Tanggalkan wayar pada suis. Gunakan multimeter dan buat ujian keterusan pada suis tersebut.

    ReplyDelete
  21. salam.saya nak tanya lampu teko minyak itam menyala tapi macan biasa je.oil pump minyak dah tukar suis oil engin pun dah tukar tapi masih menyala tiko minyak tu. tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Saya fikir selain dari itu, pastikan saluran enjin oil di dalam enjin tidak tersumbat. Gantikan oil filter jika belum. Pastikan tiada kebocoran pada saluran engine oil. Presure engine oil juga perlu diukur menggunakan oil pressure tester. untuk memastikan tekanan enjine oil berada dalam speifikasi yang disyorkan pengeluar.Presure semasa idling 20 kPA. Pada 3500 rpm tekanan 294-686 kPA.

      Delete
  22. selamat pg tuan sy guna kereta waja tahun 2001. bila sy bawa laju 130km atau kadang2 bawa slow lampu enjin menyala. says bawa kereta pi check error cod keluar 44. says sudah tukar plag coil Dan cable coil semua sekali dgn plag baru semua guna orgenal. says tukar plag coil sudah tukar 3 Kali dah. selepas tukar barang ini blh guna 3 hari shj error keluar blk. bila lampu enjin menyala speed kereta di kurang. APA masalah ini tuan. I banyak Kali sudah tukar plag coil sampai I Tak blh tahan . Tolong sy tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera. Biasanya error code 44 menunjukkan maaalah pada ignition coil.Sepatutnya setelah diganti baru ignition coil, maaalah tersebut akan hilang. Sebagai permulaan, reset ECU dengan cara menanggalkan negatif battery terminal selama 30 saat .Seterusnya pasang kembali dan uji kereta, Jika masaalah yang sama masih berulang, perkara berikut perlu diperiksa.
      i.Pastikan ignition coil terebut adalah alatganti tulen. DENSO Thailand berbeza dengan DENSO Japan.
      ii.Pastikan sambungan socket wayar dengan ignition coil adalah kemas.
      iii.Patikan wayar diantara ignition coil dan ECU tidak terputus ataupun tidak pecah dan tidak bersentuhan
      iv..Pastikan rocker cover seal tidak bocor lalu menyebabkan ignition coil dibasahi engine oil.
      v.Kemungkinan terdapat keroakan pada ECU (Kalau dapat,pinjam ECU untuk test)
      vii.Lakukan compresion test untuk menentukan compresion enjin berada pada spesifikasi.

      Delete
  23. as salam..saya nak tanya keta honda city jiran saya bru lepas buat overhaul tapi masa ram engine bergegar dan semasa jalan pun engine berat nak jalan.saya tanya owner buat apa dgn ketanya skim haed ring piston con rod dah pasang semua pas tu gegar fomen tu kata lagi mouting pala rosak saya tgok mouting ok lagi tak koyak pun 3 mouting masih elok.tolong saya dan jiran saya ni terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sewajarnya masaalah yang berlaku tersebut dirujuk semula kepada mekanik yang melakukan kerja-kerja overhaul. Sepertimana kata mekanik tersebut, kemungkinan engine mounting yang sudah usang boleh menyebabkan gegaran berlaku walaupun pada pandangan mata kasar kelihatan masih elok. Walaubagaimanapun, cuba periksa spark plug samada masih dalam keadaan elok.Itu adalah antara perkara yang mudah dilakukan. Disamping itu juga, cuba periksa ignition timing yang mungkin tidak menepati specsifikasi.

      Delete
  24. assalammulaikum,sy nk tanya...sy pakai kereta waja tahun 2003.baru2 ni kereta sy ada masalah plug coil....sy dah tukar...bila sy tukar plug coil baru,tak sampai 2 jam kereta sy semput balik...sy check api dkt plug coil yg baru tukar tu api x kuat....tp sebelah lagi plug coil xde masalah....mintak pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba ubah kedudukan ignition coil tersebut dan lihat samaada masaalah terebut berpindah. ke cylinder yang lain pula. Jika masaalah tersebut berpindah, ignition yang baru tersebut bermaaalah walaupun baru.

      Delete
    2. Assalam Tuan... nak tanya berkenaan lampu check engine tak menyala... ecu dh cuba swap pd jentera waja yg lain ok... masalahnya kekadang lampu check engine menyala dan boleh start spt biasa... kekadang tak menyala byk item dh tukar masih belum jumpa masalah yang sebenar. Ada 1 ketika lamph check engine menyala dan start mcm biasa, tak ada sentuh mana2 part cuma tgh pasang console gear tetiba ada bunyi mcm krik3 then engine mati.

      Delete
    3. Salam. Cuba periksa relay yang berada di belakang coin tray pada dashboard. Ada 2 relay disitu iaitu Main relay dan Fuel Pump realy. Periksa dan pastikan pemasangan relay tersebut tidaklonggar. Periksa relay base dan pastikan tidak ada kesan terbakar. Bunyi yang kedengaran kemungkinan relay longgar dan terjadi disebabkan contact tidak kemas.

      Delete
    4. tuan sy nak tau cara baca kerlipan lampu engine.sy try buat pada kereta waja sy.sy kira lampu engine berkelip sampai seratus lebih.tetapi bila lihat apa yg tuan ajar x ada pon sampai seratus lebih.adakah bacaan kiraan sy salah

      Delete
  25. Assalamualaikum.....maaf saya nak bertanya...sya ada masalah dgn kereta WAJA 1.6 2005 sya....dlm sminggu lepas fuel pump sya kong....skang ni dh tukar baru la...tapi masalhnye lampu CHECK ENGINE MENYALA....masa nk START ok,T'PADAM...tapi dlm brape saat je NYALA blik & tk PADAM2 trus...Yang lagi problem & buat sya risau bila START enjin PAGI nk panaskan enjin ada BAU PETROL...bau petrol dtg dari bhgian kanan KERETA....risau plak kang di buatnye ada wayaring shot ke,,,naya je rentung dalam KERETA....minta BANTUAN BRADER2 yang ada PENGALAMAN & tau cara nak setel MASALAH sya ni...nak tau jgk ape sbnarnye yg dh jadi.......TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa gasket pada fuel pump yang dipasang ke tangki minyak. Kemungkinan fuel pump tidak dikunci dengan ketat ataupun kedudukan fuel pump yang tidak betul menyebabkan minyak petrol bocor melalui gasket tesebut. Mungkin juga" o" ring pada fuel hose fuel pump bocor. Buka tempat duduk belakang dan kemudiannya umpil keluar penutup lantai yang menutup fuel pump. Onkan kunci kereta, pada masa ini fuel pump akan beroperasi selama 3 saat dan perhatikan tempat pemasangan fuel pump samada terdapat kebocoran minyak petrol. Check Engine Light yang menyala mungkin juga ada kaitan.

      Delete
  26. Proton waja saya memgalami masalah gearbox. Sudah scan di proton servis center dan code yang keluar adalah 54. Apakah sebenarnya masalah ini dan penyelesaiannya. Sebab saya x mau ditipu dan melibatkan kos yang besar. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Code 54 menunjukkan ECU gearbox tidak mendapat voltage secukupnya apabila ignition key di"on"kan. Terdapat 3 kemungkinan yang berlaku. 1)relay gearbox rosak 2)Pendawaian gearbox rosak 3)ECU Gearbox rosak. Saya fikir lebih baik penyelenggaraan dibuat di Proton Service Centre kerana memiliki peralatan yang mencukupi untuk melakukan 'troubleshooting'.

      Delete
  27. kereta sy Waja-Auto-1.6-2004...masalah dia semasa memndu perlahan gear akan sentap dan lampu gear N berkelip2..dan pada masa yg sama sy tukar gear dari D ke L dan gear tidak tukar sperti biasa dan tiada ape2 yg berlaku seprti penukaran gear...boleh sy tahu ape mslah dan cara nk merawat dia tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila lampu gear "N" berkelip, perkara yang perlu dilakukan adalah membuat ujian dengan scan tool. Tindakan pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan hasil ujian melalui scan tool.

      Delete
  28. Salam tuan. waja saya dah 2 minggu x boleh start. hantar workshop pomen kata fuel pump dan ignition coil xda power..dan setelah test fuel pump relay , ecu relay dan semua fius adalah berkeadaan OK..dan masalah pada ecu..ada x kemungkinan lain yang buat x leh start ni? sbb nk tukar ecu kos mahal..dan lagi satu pomen ada bgtau saya yg lampu check engine saya x menyala langsung..crank ada tapi xleh start..macam mana ya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan CEL menyala. Kemungkinan mentol CEL rosak menyebabkan CEL tidak menyala. Setelah CEL dibaiki, lakukan flash code untuk menentukan keadaan sistem kewalan elektronik engine. Jika CKP atau igniton coil rosak, boleh dikesan melalui flash code.CKP rosak atau igniton coil rosak boleh menyebabkan enjin tidak hidup walaupun boleh crank. Kerosakan tersebut juga boleh dikesan melalui scan tool. Jika tiada code dikesan, barulah dilakukan pemeriksaan selanjutnya secara mekanikal. Periksa operasi fuel pump.Rujuk entri Periksa Fuel pump Waja Cara Koman. Jika Fuel Pump boleh beroperasi, periksa tekanan minyak petrol, rujuk entri Periksa Fuel Pumpm Pressure Waja Cara Koman. Setelah dipastikan tekanan minyak petrol menepati spesifikasi, periksa pula ignition system dengan spark tester untuk memastikan terdapat spark yang mencukpi. Setelah dipastikan ignition system dalam keadaan baik, periksa pula compression pressure melalui conoression test. Jika compression pressure menepati spesifikasi, kemungkinan ECU yang rosak. Sebelum diganti ECU, pinjam dulu dari kereta lain untuk dibuat ujian.

      Delete
  29. Tuan saya dah try cek dpt kod 64.. alternator terminal system.. mcm mana ye? Perlu tukar alternator ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kalau terdapat kod 64 menunjukanan kemungkinan ECU rosak ataupun alternator rosak. Saya fikir mungkin alternator ada masaalah. Sebelum diganti alternator, periksa pengikat wayar dari alternator ke batery dan pastikan tidak longgar. Start enjin dan naikkan rpm pada 2500 rpm, periksa voltage yang keluar dari alternator dan sepatutnya dapat tdak kurang dari 14.5V. jika kurang kemungkinan rectifier dalam alternator rosak. Seterusnya, tanggalkan negatif bateri terminal dan pasang kembali selapas 30 saat. Buat flash code semula untuk menentukan samaada terdapat kod 64 berulang.

      Delete
  30. Saya naikkan rpm ke 2500 bacaan menunjukkan 14.4v..kemudian saya cabut negatif terminal bateri, bila saya flash kod semula dah ok..tiada error.. bila saya naik kereta lebih kurang 30km.. sy flash semula naik semula kod 64.. maksudnya alternator perlu ditukar ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir alternator perlu dioverhaul. Armature dan stator coil didalam alternator perlu dibersihkan dan diperiksa samaada short. Comutator perlu dibersihkan dan carbon brush diganti. Regulator juga perlu diperiksa.Kadangkala semasa alternator sejuk, tiada masaalah. Apabila panas, komponen eletronik pada regulator akan memberi masaalah.

      Delete
    2. Terima kasih tuan.. tuan kalau scan di proton servis adakah lebih detail?atau cukup sekadar flash kod?

      Delete
    3. Falsh codes sudah cukup. Tak perlu scan lagi. Lepas cabut negatif bateri clamp, ECU telah reset. Tak ada fault code lagi didallam ECu kecuali code 64.

      Delete
  31. Assalamualaikum bos nk tanya waja sy hari tu plug coil no 2 cair brmakna api coil jalan piston no 1 dan 4 sahaja.lepas sy tukar plug coil baru sama je.kereta semput.chek api plug x de.cuma ada 1 dan 4 je.sy tukar plug coil baru ke no 4 boleh pakai.sy flash code lampu chek enjin menyala sekali lepas tu menyala lg sekali lepas tu menyala tiga kali laju.ape maksud code ye bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Berdasarkan kerlipan CEL, itu adalah code 23 (camshaft position sensor). Perhatikan dengan betul kerlipan CEL tersebut supaya tidak tersalah baca.Cuba tanggalkan negatif batery cable selama 30 saat dan pasang kembali. Test drive kereta selama 10 minit dan buat flash code semula. Jika code yang sama berulang, periksa dan pastikan sambungan pada camshaft position sensor dalam keadaan baik sebelum digantikan.

      Delete
    2. Terima kasih kerana reply.tapi sy dah tukar cam sensor tadi.sama juga bos.mintak tunjuk ajar.

      Delete
    3. Tolong ambil video kerlipan CEL dan gambar camshaft sensor. Email kepada komanspana@yahoo.com.

      Delete
    4. Bos boleh whatapp x?ni no sy.0173034641.sy dh buntu dh

      Delete
    5. Minta maaf banyak-banyak tak dapat beri no. tel. Walaubagaimanapun saya boleh dihubungi melalui email ataupun facebook komanspana. Ambil video kerlipan CEL semasa flash code dan gambar camshaft sensor dengan camera telefon. Saya nak tengok macamana CEL berkelip. Email kepada komanspana@yahoo.com ataupun facebook.

      Delete
  32. salam bro....

    nk tanya....enjin waja sy S4PH campro CPS. tiga hari lepas drive lancar je xda tanda2 bermasalah. tp tadi pagi bila sy start. enjin tu mcm lost compression. bila tekan minyak dia semput.....yg ketara cable spark plug no 2 n 3 mcm xda api....hr ni nk try tukar spark plug dgn cable spark plug. throtle body dah sy bersihkn semalam n ada kurang sikit gegar enjin tu......tolong bg idea bro, apa penyebab misfiring d enjin sy ni.... tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Biasanya enjin menghadapai masaalah misfiring jika ignition system ataupun fuel system tidak beroperasi dengan baik. Langkah menukar spark plug dan spark plug cable adalah langkah yang baik. Disamping itu, pastikan ignition coil tidak bermasaalah. Untuk fuel system gantikan fuel filter jika sudah lama tidak diganti. Periksa fuel pressure dan tentukan berada dalam spesifikasi. Periksa juga crank position sensor (CPS) yang berada dibahagian bawah flywheel dan perhatikan keadaan fizikal wayar CPS tersebut. Waja Campro kerap mengalami masaalah CPS rosak. CEL akan menyeala CPS rosak sepenuhnya dan enjin tidak dapat dihidupkan. Jika masaalah korosakan CPS tidak sepenuhnya, masaalah tersebut hanya dapat dikesan melalui scantool ataupun oscilloscope.

      Delete
  33. hi bro.. nak tanya, meter rpm waja 4g18 saya tiba2 mati dan langsung tak bergerak.. meter yang lain semua ok. enjin pun hidup normal. adakah ini ada kaitan dengan ecu yang rosak, ataupun sekadar meter yg rosak? ada tips utk trobleshooting? terima kasih bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa sambungan Crank Angle Sensor, kemungkinan ada wayar yang longgar. Periksa juga wayar sambungan pada combination meter dan pastikan tidak longgar. Kadangkala masaalah begini akan pulih dengan sendirinya. Jika ECU rosak,CEL akan menyala dan banyak code akan keluar. .

      Delete
  34. Salam..nk tnye sy pkai waja mmc 1.6 ad masalah bli gear dkat d lampu n blinking knapa ea..sy ad wat scantoll code kluar 022 n ecu..022 tu ap ea?speedo meter n millage x bergerak n mnyala..mohon pendapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Code 22 untuk gearbox (input shaft speed sensor). Rujuk link berikut http://mizzulhaq.blogspot.my/ untuk maklumat lanjut.

      Delete
  35. salam bro, terima kasih untuk semua tunjuk ajar diberi,
    CEL kereta saya Waja 4g18 Auto kadang-kadang menyala, CEL semasa kereta bergerak...no problem, tetapi jika CEL masih menyala ketika kereta berhenti di trafik light/ trafik jam .... ada kalanya enjin akan mati. Enjin boleh dihidupkan balik dgn segera.
    Timing enjin...steady...no problem
    Flash code CEL ialah (23 Camshaft Position Sensor System)
    Flash code N - tiada
    mohon pendapat? patutkah saya menukar CPS sensor...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir cuba tanggakan wayar soket CPS. Periksa dan pastikan wayar socket tersebut tidak berkarat. Keluarkan CPS, bersihkan, perhatikan keadaan fizikal CPS dan pasang semula setelah dipastikan fizikal CPS dalam keadaan baik. Oasang semula wayar soket CPS. Tanggalkan kabel negatif batery selama 1 minit dan pasang semula. Gunakan kereta seperti biasa seharian. Buat semula ujian flash code. Jika code 23 masih ada, bermakna CPS ada masaalah dan perlu diganti.

      Delete
    2. tengah pening nak cari lokasi camshaft sensor kat enjin. bro koman boleh bantu bagitau lokasi camshaft sensor kat enjin...

      Delete
    3. CPS berada ditepi camshaft pada bahagian sebelah gearbox.

      Delete
  36. Assalamualaikum tuan sya pakai waja taun 2001..knpa bla sya start engine hidup dlm 5 saat dia mati blik..check engine light pn menyala...bila tngu lama je dia elok blik...tpi bawa jln jauh pastu brhenti lama skit..jdi pulak...knpa ye..dh naik pening mencarinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa CEL dengan kaedah flash code (percuma) ataupun gunakan scan tool (perlu bayar). Sekiranya ada code yang diperolehi, pembaikan seterusnya berdasarkan code tersebut.
      Jika tiada code yang diperolehi, periksa pula ignition system. Rujuk entri Periksa Ignition System Cara Koman. Penggunaan timng light merupakan kaedah paling cepat untuk mengesan ignition system yang bermasaalah. Periksa spark plug dan pastikan dalam keadaan baik. Periksa juga ignition coil rujuk kepada entri periksa Ignition Coil Proton Waja Cara Koman.
      Jika didapati ignition system tiada masaalah dan dalam keadaan baik, periksa pula fuel system. Pemeriksaan tekanan fuel system sangat penting untuk memastikan enjin beroperasi dengan baik. Cara pemeriksaan tersebut boleh rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman. Kemungkinan fuel filter tersumbat ataupun fuel pressure regulator bocor boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan dan mati dengan tiba-tiba. Akhir sekali, bersihan throttle body yang boleh dirujuk kepada entri Bersih Throttle Body Cara Koman.

      Delete
  37. Lgi satu mcm mna nk flash utk perfomance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf.Saya tiada pengalaman dan pengetahuan untuk membuat ECU Flash. Walaubagaimanapun, cuba rujuk link berikut untuk mendapat maklumat tentang ECU Flash. http://evoscan.com/evoscan-gps-obdii-cables.

      Delete
  38. As.salam tuam kereta sy waja thn 2002 1.6 masalah kereta sy tuan semput .klu tgah pandu kereta .kereta tu tersedu sedu tuan adakah masalah plug coil tuan tapi lampu enjin x menyalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan terdapat 2 masaalah yang boleh menyebabkan perkara tersebut terjadi iaitu ignition system mungkin rosak atau tekanan fuel system tidak menepati sepcsifikasi. Cuba periksa ignition system dan rujuk kepada entri Periksa Ignition System Cara Koman. Periksa juga tekanan minyak petrol dan rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.

      Delete
  39. Salam, Abg 2 senior mohon tunjuk ajar.. Saya baru tukar coil waja kerana semput dan x berfungsi dengan baik sebelum ni... Selepas tukar kereta jadi lebih teruk kerana coil seolah2 not working, xde api
    .kemudian saya dah tukar lagi coil buat kali ke 2, tapi coil hanya berfungsi utk sementara waktu sahaja, kemudian, kembali jadi coil xde api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello bro.. saya juga pernah mengalami masalah yg sama. Mula2 saya tukar coil sahaja, dan keadaan semput tu hilang sementara dan dtg balik.. kemudian saya tukar kedua dua kabel spark plug. Waja saya ok sehingga skrg. Sekiranya bro luqman dh buat semua tu tapi simptom semput masih ada, kemungkinan camshaft sensor sudah tidak berfungsi dgn baik. Sekadar berkongsi penglaman saya.. tq.

      Delete
    2. Salam. Cuba buat sebagaimana saranan saudara Tony. Jika masih lagi bermasaalah, cuba buat flash code. Kalau ada code , lebih mudah untuk diagnose masaalah sebenar. Periksa juga pin pada wayar socket ignition coil, mungkin ada pin yang berkarat ataupun longgar. Crankshaft sensor yang rosak juga berpontensi untuk menyebabkan masaalah tersebut.

      Delete
  40. Salam nk tnye..sy ada kereta waja...bile jalan dlm 20 minit lampu check enjin naik enjin jadi Semput n bergegar mcm 3silinder...bils scan..ada error Ig signal 1...sy tukar coil msih sama sy tukar cam sensor msih sama...bila jalan dlm 20 minit kluar check enjin..error yg sama...bila of on enjin jadi ok semula..pastu jadi blik...sy da try tukar ecu pon sama juga.wayar semua ok xda pecah....mintak tlg tunjuk ajar....ape yg perlu dibuat....sape2 yg pernah jadi mcm ni mtk tlg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika ECU Waja Mitsu discan dengan menggunakan scantool selain dari MUT-11 error code yang didapati kadangkala tidak menepati dengan masaalah yang berlaku. Oleh itu, penggunaan kaedah flash code adalah langkah terbaik. Saya fikir lebih baik buat pemeriksaan dengan kaedah flash code dan ambil gambar video dengan hand phone flash code yang terhasil. Tindakan selanjutnya adalah berdasarkan error code yang didapati. Setelah digantikan componen berkaitan, reset ECU dengan cara menanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat.

      Delete
  41. Tuan, saya pernah jugak jadi masalah macam tu, yang saya pernah tukar:

    1. Kabel plug
    2. Plug coil

    Last2 ada air dalam tangki minyak yang menyebabkan semput. Lampu check enjin kereta pon menyala masa kena tu. Simptom2 ni selalu kena masa hujan sebab air paip untuk isi minyak dah berkarat dan berlubang.Air hujan masuk melalui lubang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trma kasih....sy akn cuba check tangki...tp keteta waja ni hujan ke x ujan ke sama jugak...lbih 20 mnit msti jadi.

      Delete
  42. assalam..nak tanya..kenapa dalam keadaan idling enjin berhenti..ade terasa enjin bergetar..enjin mounting dah tukar baru..trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba bersihkan throttle body. Periksa juga fuel pressure ataupun tukar fuel filter jika belum diganti.

      Delete
  43. Tuan, saya ada masalah enjin semput. Selepas saya tukar coil, enjin dah ok. Tapi tak lama.. Penyakit datang balik. Setelah diperiksa, coil baru tersebut yg rosak. Saya telah ganti 3 kali dalam seminggu. Saya ikut kaedah tuan ajar ni.. Hanya lampu cek engine menyala kod 44. Ignition coil. Yang lain tak ada masalah.
    Persoalanya sekarang:
    1,adakah ignition coil rosak disebabkan wiring?
    2, bagaimana nak tentukan apa benda yg menyebabkan coil baru(denso) ni cepat rosak? Sebab coil yang satu (sebelah) tu ok je..
    Harap tuan dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tanggalkan negatif bateri terminal selama 30 saat (reset), pasang kembali dan uji kereta. Jika masaalah yang sama masih berulang,cuba periksa ringtangan ignition coil. Kadangkala ignition coil yang dibeli dikedai alatganti luar tidak menepati spesifikasi pengeluar.Rujuk entri Periksa Ignition Coil Proton Waja Cara Koman. Perhatikan dan bandingkan perbezaan keadaan fizikal ignition coil baru berbanding yang lama. Jika terdapat perbezaan yang ketara, gantikan dengan alatganti tulen dari Proton Service Centre. Periksa dan pastikan juga spark plug kabel dalam keadaan baik.

      Delete
  44. as salam tuan...saya pakai waja 2001 masalah lampu check engine menyala selepas engine dihidupkan.lampu check engine menyala dalam 2-3 saat lepas tu dia padam.masa drive ok cuma macam under power sikit.masa nak start kereta pagi2 engine macam ada bunyi benda tersekat.

    harap tuan dapat bantu
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemugkinan bateri hampir rosak, batery clamp longgar ataupun berlaku oxidation. Cuba tanggalkan batery clanp .Bersihkan batery clamp dan batery post dengan kertas pasir. Pasang semula dan hidupkan enjin. Jika masaalah sama berulang, cuba pinjam bateri dari kereta yang lain untuk dibuat ujian.

      Delete
  45. Assalam Tuan.
    Saya ingin bertanya.
    Saya pakai kereta waja cps auto. saya tanpa sengaja telah short kan wayar signal kiri ke body kereta. akibatnya signal kereta saya tidak berfunsi. apakah yang menyebabkan sistem signal kereta ini tak berfungsi.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Biasanya jika berlaku short to ground akan ada fius yang putus. Cuba periksa fius didalam kotak Ada 2 kotak fius. 1 di dalam engine bay dan 1 lagi di dalam kereta.Rujuk buku panduan pengguna yang dibekalkan semasa membeli kereta untuk mengetahui kedudukan fius yang tepat.

      Delete
  46. Sy gen2 auto..bleh tolom share sikit DIY tukar sensor speed x..

    ReplyDelete
  47. slm..saya guna waja yg enjin nye dh convert 4g93 sohc.masalah keta sy.lampu N berkelip masa pilih D.keta jln gear 3 je.reverse ok.dh scan..kluar code 54 elc relay open.mekanik dh swap relay tp msih prob yg sm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ada 3 kemungkinan yang mungkin menyebabkan masaalah tersebut. 1.relay rosak. 2.Wayar harness terputus ataupun short circuit 3. ECU rosak. Perkara #1 telah dibuat dan boleh dianggap selesai. Perkara # 3 jarang sekali berlaku.Jika berlaku perkara # 3, banyak code akan keluar ataupun kereta tidak boleh bergerak. Saya fikir fokus perkara # 2. Cuba periksa relay base dan pastikan pin relay base tidak berkarat atau longgar. Gunakan multimeter, periksa dan pastikan pada 2 pin relay didapati bacaan voltage. Periksa wayar pada relay base pastikan wayar tidak putus ataupun sebahagian lembar wayar terputus. Periksa wayar dari relay base ke ECU dan pastikan tidak putus. Saya fikir itu adalah perkara yang perlu dilakukan.

      Delete
  48. Assalamualaikum...
    Kereta waja auto tahun 2005.Lampu gearbox (N) masih menyala selepas ignition sensor speed di tukar baru dan gear tak ada pecutan walaupun pedal minyak ditekan habis.(gear rendah tak bertukar)

    ReplyDelete
  49. Salam. Cuba tanggalkan negatif kabel bateri kereta selama 30 saat. Pasang semula dan uji semula. Jika lampu N masih menyala buat semula flash codes dan dan tentukan jenis codes tersebut.Ada kemungkinan bukan sensor yang rosak tetapi wiring harness yang bermasaalah. Periksa dan pastikan tiada wayar pada sensor yang pecah, short ataupun hampir putus.

    ReplyDelete
  50. salam saya nk tnya keta waja auto saya tak blh start tpi bila mainkn gear p ke n 2-3kali blh plak start..blh tlg bg tau apa masalahnya..trima kasih

    ReplyDelete
  51. Salam. Kemungkinan ada masaalah starting system. Periksa dan pastikan starter motor dan starter relay berfungsi dengan baik.Pastikan juga bateri mempunyai cas yang penuh. Periksa dan pastikan inhibitor switch yang berada di atas gearbox dan disambung pada gear selector lever dengan kabel befungsi dengan baik.Kegagalan inhibitor switch berfungsi menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan.Inhibitor switch berfungsi sebagai suis keselamatan yang menhalang enjin dihidupkan kecuali gear selector lever berada pada kedudukan "N" ataupun "P".

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum tuan.. masa saya cuba flash kod saya tersalah cucuk pin..kemudian bila saya on kunci saya dengar bunyi datang dari kawasan throttle body.. tapi setakat sekarang kereta ok.cuma buzzer warning headlamp tak bunyi..apa masalahnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan ada fius yang putus. Cuba periksa fius didalam kotak fius. Ada 2 kotak fius yang perlu diperiksa . 1 di dalam engine bay dan 1 lagi di dalam kereta.Rujuk buku panduan pengguna yang dibekalkan semasa membeli kereta untuk mengetahui kedudukan fius yang tepat.

      Delete
  53. assalammualaikum tuan.sy pakai waja thun 2004.selepas sy cuci engine di carwash.ke esokkan harinya bila sy start engine.engine hidup.tetapi selang 5saat engine mati semula.minta penjelasan tuan

    ReplyDelete
  54. salam tuan.sy pakai waja tahun2004.masalh sy selepas hantar engine utk dicuci ke esokkan harinya engine sy boleh start tetapi tidak sampai 5saat engine akan mati semula.sy cuba untuk tekan padle minyak tetapi engine terus mati.lagi satu rpm sy tidak tinggi dlm lingkungan 500-600.minta bantu sy tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan ignition system terkena air. Cuba bersihkan cable, spark plug dan ignition coil sekiranya terdapat kesan air. Jika masaalah yang sama masih berulang, cuba reset ECU dengan cara tanggalkan terminal negatif bateri cable selama 30 saat. Pasang semula dan uji kereta. Saya fikir cara bacaan lampu tersebut adalah salah. Jika kerlipan lampu check enjin berkelip secara berterusan menunjukkan tiada masaalah pada elektronik control system. Gambar video yang disertakan adalah menunjukkan keadaan enjin yang tiada masaalah.

      Delete
    2. tuan sy sudah hantar kereta ke bengkel.n makenik telah menukar sensor crankshaf dan sensor camshaf.kereta sudah kembali keadaan asal.tetapi timing mcm rendah lingkungn rpm700.dan engine beberapa kali akan mati bila kereta berhenti.engine indicator tidak menyala.minta pencerahan tuan

      Delete
    3. tuan perlukah ecu di reset apabila sudah menukar sensor crankshaf

      Delete
    4. ECU perlu reset setiap kali menggantikan atau wayar sensor ditanggalkan.

      Delete
  55. salam tuan.lampu engine menyala tidak sekata.blh ajarkn sy cara membaca kerlipan lampu check engine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk belajar melalui tulisan agak sukar. Cuba ambil gambar video semasa buat flash code dan email kepada komanspana@yahoo.com. Ambil gambar cara sambungan dan kerlipan CEL. Saya akan beri ulasan berdasarkan gambar video tersebut.

      Delete
  56. tuan sy ada satu soalan.sy pakai waja tahun 2004.masalah sy kipas radiator sy tidak berpusing walaupon meter utk temperature dah naik separuh.tetapi bila buka acon berpusing pulak.apa masalah kereta sy tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika enjin sejuk iaitu dibawah 60◦C, semasa enjin dihidupkan, kipas radiator tidak akan berpusing. Apabila suhu melebihi 60◦C, kipas radiator akan mula berfungsi.Itu adalah normal. Sistem penyejukan dianggap bermasaalah jika suhu enjin hampir 80◦C tetapi kipas radiator tidak berfungsi. Dalam kes sedemikian, perlu periksa relay kipas radiator ataupun engine coolant temperature switch.

      Delete
  57. tuan sy nk tny intake air temperature sensor dimana kedudukan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, saya sendiri tidak pasti kedudukan intake air temperature sensor tersebut. Kemungkinan intake air temperature sensor dipasang secara bersepadu dengan MAP sensor. Biasanya stand-alone MAP sensor hanya terdapat 3 wayar sahaja. Intake air temperature sensor yang dipasang secara bersepadu dengan MAP sensor mempunyai 4 wayar.

      Delete
  58. Salam.nk tny sy punya waja auro thn 2004 rpm jadi drop bila masuk gear.masa buka aircond dn x psg aircond.throttle body semua dh cuci.isc motor dh chek.sy dh cabut dn on suis.ada pergerakan keluar masuk.mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan throttle body tersebut telah mengalami kerosakan dan perlu digantikan dengan yang baru. Tiada kaedah ujian yang boleh dilakukan untuk menentukan throttle body tersebut telah rosak. Sebagai altetnatif, cuba pinjam throttle body dari rakan-rakan yang memiliki kereta Waja untuk dibuat ujian. Jika RPM kembali normal dengan menggunakan throttle body yang dipinjam, bermakna throttle body sedia ada telah rosak. Setelah dipastikan throttle body mengalami kerosakan, barulah dibeli yang baru.

      Delete
  59. tuan sy nk tny jika acon expansion valve beku bila pasang acon.adakah expansion valve rosak?bolehkan expansion valve di repair @ servis.sy pki waja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di antara penyebab ais membeku pada expansion valve kemungkinan disebabkan terdapat udara di dalam sistem. Gas penyejuk perlu di buat pump down dan udara yang terdapat di dalam sistem perlu dikeluarkan dengan vacum pump. Selain dari itu, expansion valve yang rosak juga boleh menyebabkan perkara tersebut berlaku. Expansion valve tidak boleh dibaiki dan perlu diganti satu unit jika berlaku kerosakan.

      Delete
  60. Salam , saya nak tanya , kereta waja saya ketka saya memandu , saya tekan minyak tapi kosong , tkde apa apa tetapi enjn hidup dan bila saya matikan dan start balik , tk bole hidup plak . Saya rasa computer box saya rosak , apakah pendapat tuan ? Computer box noleh pasan sendiri ataupun kena guna computer untuk set balik kalau nk ganti yg lain ? Ataupun ada cara nk tahu computer box rosak ? Selian

    ReplyDelete
  61. Salam. Saya fikir kemungkinan ada masaalah pada fuel system ataupun ignition system. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pump Drive Terminal. Jika fuel pump tidak berfungsi, periksa fuel pump relay. Jika fuel pump dalam kedaan baik, uji ignition system dengan spark tester dan pastikan dalam keadaan baik. Tiada ujian khusus untuk menentukan kerosakan ECU kecuali menggantikan dengan ECU masih dalam keadaan baik. Jika dibuat flash codes dan didapati banyak codes yang terhasil, ECU kemungkinan telah rosak.

    ReplyDelete
  62. Salam tuan,saya guna waja auto 2003,baru2 ni kereta saya ada masalah starter,kadang2 ok starternya,kadang2 dia kong,hantar kedai dia saran suruh buat wiring relay starter,masa proses buat wiring,dia cabot kepala bateri,so sistem mcm radio n jam semua reset balik,lepas siap buat,saya suruh dia buat engine tunning,masalahnya soket ECU pula ada masalah sampai alat tu tak berfungsi,tapi kereta saya test enjut jalan sejauh 100km ok tiada masalah,cuma saya nak tanya,boleh ke perbaiki soket ECU tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba beli dari pautan berikut : http://www.ebay.com/itm/16-Pin-Female-Wire-Sockets-Connector-OBDII-Car-Auto-Adapter-J1962-OEM-OBD2-/272413500071?hash=item3f6d1c22a7:g:PMcAAOSw95lXFH-N

      Delete
  63. Assalamualaikum tuan,
    Saya pengguna proton waja 1.6 model MMC, baru2 ini kereta saya ada menghadapi masalah lampu N berkelip apabila sedang memandu, disebabkan masalah ini sy telah membawa kereta saya untuk diperiksa...selepas discan kod yang keluar ialah 22, untuk masalah ini bengkel telah menukar sensor tersebut dah masalah blinking tersebut selesai.

    Selepas beberapa hari sehinggga ke hari ini terdapat pula masalah dimana berlaku sentakan yang sangat kuat semasa hendak memasukkan gear dari N ke D dan hal ini berlaku apabila enjin sejuk sahaja. Seteleh mendapat bertanya pendapat daripada ahli group, sy membuka soket untuk setiap sensor yang terlibat kemudian memasang semula dan menguji, namun pada kali ni lampu N berkelip semula apabila gear berada pada D dan melalui scan yang dibuat kod yang keluar pada kali ini adalah 41 & 42.

    Saya mohon jasa baik tuan apa yang perlu sy lakukan untuk masalah ini?
    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Code 41 & 42 ada hubungkait dengan code 22 - Input shaft speed sensor. Jika code 41 & 42 masih berulang, gearbox kemungkinan akan terkunci pada gear 3 sebagai langkah keselamatan yang ditetapkan pengeluar. Cuba periksa semula socket input shaft speed sensor. Pastikan socket tersebut dalam keadaan baik dan tidak berkarat. Pastikan input shaft speed sensor yang tulen digunakan. Cuba ukur voltage pada wayar input shaft speed sensor dengan housing gearbox semasa kunci dalam keadaan ON. Pastikan voltage adalah sama dengan bateri . Ukur voltage pada satu lagi wayar dan pastikan voltage adalah 5 V. Jika voltage tidak menepati spesifikasi, kemungkinan ada wayar yang putus.Reset ECU dengan cara menanggalkan terminal negatif bateri selama 30 saat. Pasang semula dan uji kereta. Jika masaalah yang sama masih berulang, kemungkinan underdrive clutch retainer telah rosak. Apabila tuil gear digerakkan dari N ke D, underdrive clutch terlibat untuk mengubah ratio gear dalam gearbox pada ketika itu. Hentakan akan berlaku jika underdrive clutch tidak berfungsi dengan baik.

      Delete
    2. Terima kasih atas maklum balas tuan.

      Untuk makluman tuan, situasi yang berlaku sekarang setelah keluar kod 41 & 42 ini penukaran daripada Gear N ke D tidak lagi belaku hentakan kuat ia sangat 'smooth' dr gear 1 hingga seterusnya namun gear akan statik pada gear 3 selepas beberapa minit perjalanan.


      Selain itu, semasa menukar speed sensor juga soket pada inhibitor switch telah reput dan kedai wiring telah menukar socket tersebut, adakah hal ini juga berkaitan dan membawa kepada masalah kod 41 & 42 muncul?

      Boleh tuan nyatakan dalam istilah pomen underdrive clutch tu disebut apa?

      Sekian,terima kasih atas perhatian tuan.

      Delete
  64. Dari segi teori, inhibitor switch tiada kaitan dengan masaalah kod 41 & 42. Walaubagaimanapun, kemungkinan tetap ada masaalah tersebut berpunca dari inhibitor switch socket yang diganti. Banyak faktor yang perlu diperiksa apabila melibatkan masaalah yang berpunca dari sistem kawalan elektronik. Saya tidak pasti istilah yang digunakan oleh pomen merujuk kepada underdrive clutch retainer. Komponen tersebut terletak di dalam gearbox dan dengan melakukan overhaul baru boleh diperiksa. Anggap saja perkara tersebut sebagai pilihan terakhir sekiranya gagal menemui penyelesaian masaalah pada komponen luaran gearbox.

    ReplyDelete
  65. Salam tuan yg budiman, kereta saya waja 1.6 mmc bermasalah N berkelip. Bila scan flashkod dan PDT, keduanya beri kod sama iaitu keluar kod 44 dan 32 utk masalah gearbox. Sebelum saya menukar solenoid, bolehkan tuan berikan panduan, connector atau socket di mana yg saya perlu check atau ketatkan terlebih dahulu, supaya nak pastikan masalah bukan disebabkan kelonggaran connector ini. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kod 32 merujuk kepada underdrive solenoid valve yang terletak pada valve body. Penutup valve body perlu dibuka untuk memeriksa solenoid tersebut.Terdapat 3 kemungkinan yang menyebabkan kod tersebut keluar. 1.Kerosakan solenoid valve yang mengalami rintangan yang tinggi disebabkan short circuit. Ukur rintangan setiap solenoid dan pastikan semua nilai rintangan adalah hampir sama. Jika nilai rintangan pada underdrive solenoid valve terlalu jauh berbeza, bermakna solenoid tersebut telah rosak..2. Kerosakan wayar sambungan diantara solenoid valve dan A/T ECU. Perlu periksa dan pastikan sambungan wayar adalah dalam keadaan baik. 3. Kerosakan A/T ECU. Masaalah ini jarang sekali berlaku. Saya fikir Kod 44 ada hubungkait dengan Kod 32. Jika masaalah kod 32 dapat diselesaikan, kemungkinan masaalah kod 44 turut dapat diselesaikan.

      Delete
    2. Terima kasih banyak2 tuan. Tuan menjawab pertanyaan ramai org dengan sabar dan pada saya agak teliti. Saya doakan kesejahteraan tuan dunia akhirat. In shaa Allah. Amin.

      Delete
    3. Amin. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  66. Assalamualaikum..saya ada Waja campro manual..beli 2nd hand..masalahnya kurang pickup dan top speed cuma 120km/j..keta tu ada system NGV..tetapi saya tak pernah isi gas pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba bersihkan throttle body dan gantikan air cleaner jika kotor. Periksa fuel pressure dengan fuel pressure tester ataupun terus tukar fuel filter jika belum diganti.Periksa dan pastikan spark plug dalam keadaan baik.

      Delete
  67. Saya baru tukar ecu waja campro cps auto ke waja campro cps manual.Nombor di ecu adalah sama. Masaalahnya auto cruise tidak boleh ditukar kepada mode manual. Lampu check engine menyala tapi kereta boleh gerak cam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OLeh kerana lampu check enjin menyala, saya fikir lebih baik dibuat diagnostic pada electronic control system dengan scan tool. Kemungkinan terdapat masaalah pada electronic control yang menyebabkan auto cruise tidak boleh bertukar kepada manual.

      Delete
  68. Assalamualaikum tuan. Saya ada masalah dengan charging system kereta saya. Mohon bantuan kawan2 untuk selesaikan. Untuk makluman kereta saya ialah WAJA MMC tahun 2001 yang saya beli second hand jadi modifikasi sebelumnya tak diketahui. Saya kongsi kronologi masalahnya:

    1. Masalah berlaku bila saya dalam perjalanan jauh dan lampu bateri pada dashboard menyala dalam setengah jam. Disebabkan lampu tak menyala lagi selepas tu, saya biarkan saja..

    2. Selepas saya tukar cranckshaft sensor, pomen ada buka belting alternator. Sejak dari tu lampu bateri asyik menyala berkelip kelip. Mula2 saya ingatkan lampu dashboard rosak dan bagi false indicator tapi lepas cek, memang alternator tak charge masa lampu bateri menyala.

    3. Saya tukar alternator recon dan masalah pun tiada lagi. Saya jarang bawa kereta sebab pergi kerja naik motor saja. Lepas beberapa bulan masalah datang balik tapi kali ni lebih kerap. Saya dah ketatkan belting, tukar belting, tukar fuse bateri dan tukar alternator tapi masih berlaku juga.

    4. Simptom2 yang berlaku lepas tukar alternator kali kedua ni ialah lampu bateri tak menyala untuk 10-15 minit pertama. Lepas tu lampu akan menyala berkelip2 dan kekal menyala.

    5. Saya cuba flashcode seperti yang tuan ajar dan kod 64 (alternator FR terminal system) yang keluar. Alternator, sambungan dan fius saya dah periksa dan tiada masalah. Hasil bacaan berkemungkinan besar ECU kereta bermasalah. Di mana saya boleh hantar ECU kereta saya untuk diperiksa? Buat masa ni kereta saya tersadai di Melaka.

    6. Harap tuan boleh bantu saya sebab orang lain dah suruh saya tukar kunci kereta. Terima kasih banyak atas bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terdapat pengguna Waja yang menghadapi masaalah dengan kod 64. Setelah diganti alternator baru, kod 64 berjaya diselesaikan. Saya tidak fikir ECU yang bermasaalah. Jika ECU bermasaalah, banyak kod yang keluar.Kemungkinan alternator tidak charging ataupun voltage tidak mencukupi semasa alternator telah panas menyebabkan lampu pada dashboard menyala. Panggunaan alternator recond tidak menjamin alternator mampu digunakan dalam tempoh masa yang panjang seperti alternator baru. Saya cadangkan ukur voltage alternator semasa enjin dalam keadaan idling. Tinggikan RPM enjin sehingga 2500 rpm. Voltage alternator yang baik perlu berada diantara 13.5 hingga 14.5 volt. Satu lagi kaedah adalah ukur charging voltage semasa masaalah tersebut berlaku.

      Delete
    2. Waalaikumusalam tuan. Terima kasih atas maklumbalas tuan.

      1. Setakat ni 3 buah alternator dah ditukar 2 dari halfcut 1 dari recon. Alternator halfcut yang saya pakai menunjukkan simptom yang kurang berbanding recon.

      2. Lampu bateri pun menyala semasa idle dan saya dah periksa voltage memang tak dibekalkan semasa lampu bateri menyala. Klau saya tingkatkan rpm ke 2500, lampu masih menyala dan tidak charge. Kadang2 menyala dan kadang2 tidak.

      3. Berdasarkan perkara ini, voleh tuan cadangkan solusi yang saya boleh ambil memandangkan Ecu mungkin tidak bermasalah. Saya takut kalau saya dapatkan alternator baru, masalah sama akaj berulang lagi

      Harap tuaj boleh membantu. Terima kasih

      Delete
    3. Dari maklumat yang diberikan, charging voltage tidak diperolehi walaupun alternator sedang beroperasi. Jelas terdapat masaalah pada alternator. Antara penyelenggaraan yang boleh dilakukan pada alternator seperti menggantikan carbon brush, gantikan rectifier, rewinding stator coil ataupun rotor bergantung jenis kerosakan. Dengan penyelenggaraan yang dilakukan alternator boleh beroperasi semula dengan baik. Walaubagaimanapun proses penyenggaraan tersebut mengambil masa yang panjang. Alternatif paling mudah adalah menggantikan alternator dengan yang baru tetapi akan melibatkan kos yang lebih tinggi. Untuk memastikan alternator sedia ada benar-benar rosak, cuba pinjam alternator dari kereta Waja yang lain untuk dibuat ujian.

      Delete
  69. Assalamualaikum..
    Nk bertnye apa kelebihan nitro OBD2
    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minta maaf saya tiada pengalaman penggunaan Nitro OBD.

      Delete
  70. Salam tuan
    Saya ada waja 2005
    Semasa berhenti, check engine berkelip tetapi bila berjalan check engine akan mati... Contohnya pada kedudukan D semasa tunggu traffic light, tetapi masalah hilang bila mula tayar bergerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Apabila check engine light bekelip, ECU menyimpan permasaalahan yang berlaku pada engine dalam bentuk codes.Cuba buat flash codes dan tentukan code yang diperolehi. Pembaikan lebih mudah dilakukan apabila jenis kerosakan dapat ditentukan melalui flash codes.

      Delete
  71. as salam bos,boleh sy tau cra untk wira vdo manual
    lak caner,adkh sma dgn waja,#1 tu wayar apa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kereta Wira VDO tidak boleh guna kaedah flash code. Perlu guna scan tool untuk diagnose masaalah pada electronic control system.

      Delete
    2. Ok2 bos,tq,sy dah cb mcm2 cr,igtkn boleh,spai fius bakar,mentol letup,bb ada 1 blog tu ckp ada crnya,dsbbkn tiada jwpn,tu yg try,bb krt skrg problem,kabel plug no 1 tiada api,

      Delete
    3. Wira yang menggunakan ECU Mitsubishi memang boleh buat flash code. Wira VDO menggunakan ECU Siemens dan tidak boleh buat flash code. Jika cable plug Wira VDO tiada mengeluarkan spark cuba periksa keadaan spark plug dan spark plug cable. Disamping itu juga, kemungkinan ignition coil telah rosak menyebabkan tiada spark. Ignition coil tower spark plug #1 berkongsi dengan #4. Ignition coil tower spark plug #2 berkongsi dengan #3. Cabut semua spark plug cable dari ignition coil tower. Gunakan digital multimeter dan setkan pada julat OHM. Ukur rintangan di antara ignition coil tower spark plug #1dengan #4. Rintangan yang baik perlu berada dalam julat 13 Kiloohm. Ukur juga rintangan ignition coil tower spark plug #2 berkongsi dengan #3 dan pastikan rintangan berada 13 Kiloohm. Jika teradapat perbezaan pada kedua-dua rintangan, bermakna ignition coil tower telah rosak dan perlu diganti.

      Delete
    4. Tq bos,mslh sy skrg da slesai,1 sensor prob,abis bnda lain dia kacau,pening sgh vdo ni lau xda scanner tool,
      Tp srnk jgak main ngan vdo ni,huhhh,

      Delete
    5. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  72. Kereta sy waja 4G18..mula jadi minggu lepas..sy pnskn enjin wktu pg..masa pnskn enjin dlm 5 minit mcm 2 tetiba enjin kereta mati..sy pn tgk lps 2 sy start balik..hidup mcm biasa..sy drive mcm biasa..pd sebelah petang sy start hidup dlm 2 second enjin trus mati..7 8 kali jgk laa sy cuba start trmsok cuba tekan pedal minyak supaya rpm tinggi..alhmdulillah kereta hidup..sy bwk mcm biasa..smpai sy bwk ke mekanik..mekanik ckp crank shaft sensor..jd sy pn suruh dia tkr laa..siap..bila bwk balik dan esknya jadi semula..sy pn trus ke proton cuba check menggunakan scantool..mekanik proton tnjuk kpd sy scantool yg camshaft position sensor fault..jd bila mekanik check soket camshaft sensor pecah..jd diaorg ketatkan menggunakan cable tai..jd bila check semula guna scantool no fault..okay sy bwk balik..dan keesokkannya pula jd lg bnda yg sma..sy tengah drive lampu check engine menyala..sy drive dlm 5 kilometer tnpa ada mslh walaupn lmpu check engine menyala..tetiba lps itu kereta jd tersentak2 dan mati..sy pn tekan clutch dan start semula..dlm dua kali jgk baru hidup..jd jalan semula dan trus ke workshop..jd bnda yg sma bila check scantool camshaft sensor..jd diaorg tukar camshaft sensor..lps tkr dan start..still jd jgk..start dlm dua second slps itu enjin mati..itulah mslh sy tuan..jd apa perlu sy bt lg tuan..sy dh buntu tuan..hrp tuan dpt membantu..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Difahamkan pemeriksaan dengan scan tool kali pertama mendapati berlaku kerosakan pada camshaft sensor disebabkan socket camshaft sensor pecah. Pembaikan dilakukan denagn cara mengikat socket camshaft sensor dengan cable tie. Mungkin selepas diikat, socket tersebut didapati dalam keadaan baik. Saya fikir kemungkinan socket camshaft sensor tidak dapat contact dengan pin camshaft sensor dengan baik. Cuba gantikan socket tersebut. Lepas reset dilakukan,uji dengan kaedah flash codes. Tentukan jenis code yang keluar untuk malakukan penyelenggaraan selanjutnya.

      Delete
  73. Salam tuan.. saya dah flash code tapi tiada masalah, lampu n dan engine check klik normal. tapi masa memandu kereta jd tesengguk2 dan berat.. serta penukaran gear hanya berlaku apabila rpm mencecah 3k. kadang gear macam masuk tak mau habis..macam mana pendapat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Oleh kerana tiada maklumat dari flash codes, kesimpulan boleh dibuat electronic control system pada enjin dan gearbox tiada masaalah. Fokus permasaalah perlu ditumpu kepada sistem mekanikal pada enjin dan gearbox. Cuba periksa dan tentukan samaada masaalah tersebut berpunca dari enjin. Periksa fuel pressure dan pastikan menepati spesifikasi. Ganti fuel filter jika tidak diganti melebihi 3 tahun. Periksa juga ignition system dengan timing light dan pastikan dalam keadaan baik. Itu adalah antara masaalah yang menyebabkan enjin tidak beroperasi lancar dan kereta menjadi berat. Jika sistem enjin tiada masaalah, periksa pula system gearbox. Mulakan dengan perkara yang mudah dahulu. Periksa paras minyak gearbox dan pastikan paras mencukupi. Periksa warna minyak gearbox dan pastikan berwarna merah cerah.Jika minyak gearbox kotor, mungkin perlu dibuat flushing. Walaubagaimanapun, jika keadaan gearbox terlalu teruk flushing tidak akan dapat menyelesaikan masaalah. Langkah terbaik seterusnya gearbox perlu dibuat hydraulic pressure test dan ditentukan setiap test point pressure adalah menepati spesifikasi yang dirujuk dari workshop manual. Pemeriksaan hydraulic pressure gearbox adalah kaedah terbaik untuk menentukan bahagian gearbox yang bermasaalah. Pada pendapat saya, gearbox tersebut kemungkinan menghadapi masaalah pada valve body ataupun salah satu sistem clutch sudah slip. Valve body perlu dibersihkan. Kalau clutch slip, gearbox perlu dioverhaul. Jika gearbox tersebut sudah melebihi 200,000 Km perbatuan, sebaiknya keseluruhan sistem gearbox dioverhaul kerana komponen-komponen seperti O ring dan Oil Seal sudah usang yang menunggu masa untuk rosak.

      Delete
  74. Hello..Kereta aku Waja 1.6 Mcc enjin...kerlipan lampu N selepas masuk D..kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello. Lampu "N" bekelip apabila terdapat masaalah pada sistem kawalan elektronik gearbox. ECU menyimpan permasaalahan yang berlaku pada gearbox dalam bentuk codes.Cuba buat flash codes seperti yang ditunjukkan dan tentukan code yang diperolehi. Pembaikan lebih mudah dilakukan apabila jenis kerosakan dapat ditentukan melalui flash codes. Cara yang lebih mudah selain dari membuat flash codes adalah membawa kereta ke workshop persendirian ataupun SC untuk scan ECU dengan scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasar masaalah yang dikenalpasti oleh scantool.

      Delete
  75. assalamualaikum otai ..tumapng bertanya.. waja saya lepas top overhaul dan masuk minyak gearbox toyota sp111 4liter trus gear D xmasuk ..gear lain semua ok.. tp kdang2 dia masuk kadang mmg terus xde .. ngk mood gearbox tu bila dia nak masuk.hehe... ada kena mengena ngn crank sensor ?? boleh tuan bg pendapat cara saya dapat check msalah saya ni.. saya try tarik dan pasang balik relay di sebelah cooling coil dapat masuk D tp kereta dalam keadaan berat.. mgkin dia terus masuk gear D .minyak pun jadi kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika electronic control system gearbox bermasaalah , lampu "N" pada combination meter akan berkelip semasa kunci dalam keadaan "ON". Walaupun lampu "N" tidak berkelip,buat dan ikut tatacara flash code seperti yang ditunjukkan. Pastikan tiada codes yang diperolehi. Jika tiada codes diperolehi, langkah seterusnya adalah membuat ujian tekanan sistem hydraulic gearbox dan pastikan tekanan minyak gearbox adalah menepati spesifikasi (perlu buat dikedai yg ada peralatan khusus). Selain dari itu masaalah pada clutch, valve body ataupun selonoid valve juga boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku. Saya fikir, gearbox tersebut terkunci pada gear 3 yang merupakan ciri keselamatan pada gearbox. Disebabkan itu, enjin terasa berat dan pengunaan bahanapi turut tinggi. Sepatutnya gear akhir bertukar kepada gear 4 semasa tuil gear pada kedudukan "D". Pengunaan minyak gearbox yang tidak menepati spesifikasi juga boleh menyebabkan masaalah pada gearbox. Crank sensor hanya memberi masaalah pada enjin dan tiada kaitan dengan gearbox.

      Delete
    2. saya da try buat flash code .tapi masalah nya hanya CEL yg berkelip .. N Tidak berkelip ..saya sudah letak pada P .. kenapa ya?? maksud nya nak pastikan tekanan minyak tu di kedai yang ada peralatan apa ? apa perlu saya ckp pada pomen untuk alat ni?

      Delete
    3. perlukah saya scan ecu di service centre proton untuk lebih detail tentang masalah saya hadapi ni? saya scan ecu di pomen biasa takde keluar fault apa ..lepas tu dia try bawa kereta saya then lepas da balik dia ckp maybe sensor..tapi kalau boleh saya nak tau apa baru saya tukar..taknak main serkap jarang..

      Delete
    4. Saya fikir tidak perlu dibuat scan lagi. Ini adalah kerana kerana flash codes dan diagnosis dengan scantool telah dibuat tetapi tidak menemui sebarang masaalah pada gearbox electronic control system. Saya fikir gearbox tersebut mempunyai masaalah dari segi mekanikal. Disebabkan itu, kaedah flash codes dan scantool tidak dapat mengesan masaalah tersebut. Lebih baik kereta tersebut dibuat pemeriksaan di workshop yang membuat pengkhususan penyelenggaraan gearbox. Workshop sebegitu biasanya memiliki peralatan yang lebih khusus untuk mengesan kerosakan gearbox.

      Delete
    5. tetapi saya pelik kenapa tak keluar kelipan N masa saya flash code...apakah sebab nya jika N tidak berkelip semasa melakukan flash code?

      Delete
    6. Jika lampu N tidak menyala semasa kunci dalam keadaan "ON" itu adalah disebabkan bulb telah terbakar. Jika lampu N tidak berkelip semasa flash codes, kemungkinan wayar dari ECU ke lampu N telah short ke badan kereta (ground). Cuba periksa wayar dan connector lampu N di combination meter dan pastikan dalam keadaan baik.

      Delete
    7. bila saya bawa menyala je N tp bila nak buat flash code tu dia tak menyala n berkelip hanya P dan Cel je ada.Cel Berkelip dan P statik..dan boleh ajar saya cara baca,,sy kira dia smpai seratus lebih

      Delete
    8. atau pun saya boleh hantar video ke tuan?? boleh beri email..saya msg tuan di fb..tapi blum seen atau di balas.

      Delete
    9. Salam. Maaf lambat tengok email. Tuan boleh hantar pada video pada email saya. Nanti saya lihat codes tersebut dan beri maklumbalas.

      Delete
    10. adakah disebab kan perkara ni gear D saya tak dapat engage??

      Delete
    11. tuan saya dah hantar video ke email tuan melalui email qemidalove@gmail.com . terima kasih tuan

      Delete
    12. Masaaalah utama adalah gearbox tidak boleh angaged kepada "D" semasa enjin hidup. Cuba buat begini, onkan kunci kereta sahaja dan jangan hidupkan enjin. Gerakkan tuil gear pada setiap gear dari P →R→ N→ D→ 3→ 2→ L. Perhatikan lampu penunujuk gear pada combination meter. Pastikan lampu penunjuk menyala pada setiap kedudukan gear . Pastikan gear dapat digerakkan dengan mudah pada setiap gear. Jika semua gear dapat digerakkan tanpa masaalah bermakna gearbox tidak bermasaalah ketika tiada tekanan minyak gearbox. Sebaliknya, ketika enjin hidup, pam minyak gearbox akan berfungsi menghantar minyak kepada sistem gearbox untuk mengaktifkan clutch. Walaupun pam berfungsi tetapi tekanan minyak tidak mengikut spesifikasi akan menyebabkan gearbox tidak beroperasi seperti yang diharapkan. Dalam kes seperti ini, penyelenggaraan tidak boleh dilakukan secara DIY lagi tetapi memerlu mekanik yang khusus dalam penyelenggaraan gearbox.

      Delete
    13. saya telah check gear selector di kedai gearbox.. tiada masalah.. ada 1 relay di belah kanan cooling coil.. saya try cabut dan pasang semula gear D dapat masuk tapi berat dan seperti masuk 1 gear sahaja.. bila saya nyata kan perkara ni di kedai gearbox..mereka pun pelik... minta saya check wiring...

      Delete
    14. ada 2 relay di belakang suis econ .. dan 1 di tepi cooling coil.. perlu kah saya cuba swap 3 relay ini dengan kereta kawan?

      Delete
    15. 2 Relay di belakang suis aircond adalah Main Relay dan Fuel Pump Relay. Yang tepi cooling coil saya tak pasti kegunaan relay tersebut. Saya fikir satu alternatif yang baik jika dapat relay tersebut swap dengan kereta lain untuk dibuat ujian. Cuba reset ECU sekali dengan mencabut negatif bateri terminal. Untuk kali ini , tanggalkan connector wiring harness ECU, connector sensor atas gearbox seperti output/input sensor, connector inhibitor switch (gear selector switch). Pasang semula, uji kereta dan buat flash code.

      Delete
  76. Salam tuan,
    Lampu (N) Waja saya kuar code 21 dan 44. Mcamana nak settlekan error ni. Cari google x jumpa plak kedudukan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Code 21 adalah Crank Angle Sensor. Dikenali juga dengan nama Crankshaft Position Sensor. Berada ditepi timing belt crankshaft sprocket. Jika difikir secara lojik, sepatutnya code 22 pada Check Engine Light juga akan keluar kerana kedua-dua adalah sensor yang sama. Cuba periksa sekali dan pastikan code tersebut adalah code 21. Jika sudah pasti, untuk permulaan ,tanggalkan, periksa dan pastikan pin sensor connector dalam keadaan baik. Pasangkan connector. Tanggalkan negatif bateri terminal selama 30 saat (reset). Pasang semula negatif bateri terminal semula. Pandu dan uji kereta selama 15 minit. Buat flash codes sekali dan pastikan tiada codes yang keluar. Jika masih ada codes 21, gantikan sensor tersbut. Reset dan uji kereta.
      Code 44 merujuk kepada masaalah pada input shaft sensor(code 22), output shaft sensor (code 23), underdrive clutch dan valve body. Jika masaalah input dan output sensor, perlu tukar sensor tersebut yang berada di luar gearbox. Jika masaalah underdrive clutch perlu overhaul gearbox. Valve body perlu dibersihkan.

      Delete
    2. Kes saya ni pelik sikit. takde kuar check engine light tapi masa bawa kereta tu kadang2 ada rasa sentap2 tukar gear. try 3/4 kali mmg kuar code 21 & 44 je.. nanti apa2 saya update. Tq Tuan

      Delete
    3. Salam tuan, flash code 21 & 44 dah ilang. Saya reset dgn cabut bateri. Mungkin wayar socket longgar kot. Terima kasih byk2 tuan. Mahal ilmu yg tuan kongsikan ni.
      Sape2 yg ada masalah tu try buat yg paling murah dulu cabut je cable bateri pastu baru try bersihkan sensor. Klu x bole gak terpaksalah tukar brg yg rosak. Jimat poket.

      Delete
    4. Salam. Terimakasih di atas maklumbalas yang diberikan. Semoga pengalaman anda memberi manafaat kepada pengguna kereta Proton Waja yang lain.Walaupun masaalah nampak agak rumit tetapi penyelesaiannya agak mudah.

      Delete
  77. Salam tuan koman spana. Beberapa hari lepas kawan saya bawak kereta waja 1.6 auto 4g18. Sebelum berhenti sepenuhnya dalam kelajuan yg agak pantas dia terus tolak gear auto dari D terus ke P. Sejurus selepas itu bila saya masuk ke gear D lampu N akan berkelip dalam sekali sesaat. Sewaktu kawan saya drive tiada pon kerlipan tersebut pada gear N.

    Esoknya bila saya mula start enjin, masuk D semua ok takde N berkelip. Bila sudah bawak dalam 5 minit kereta seperti shift gear dengan bungi geseran dan kelipan N tu pun muncul. Selepas kelipan N muncul kereta seperti dalam satu gear sahaja tidak naik dan tidak turun. Apakah masalahnya tuan? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Lampu "N" bekelip apabila terdapat masaalah pada sistem kawalan elektronik gearbox. ECU menyimpan permasaalahan yang berlaku pada gearbox dalam bentuk codes.Cuba buat flash codes seperti yang ditunjukkan dan tentukan code yang diperolehi. Pembaikan lebih mudah dilakukan apabila jenis kerosakan dapat ditentukan melalui flash codes. Cara yang lebih mudah selain dari membuat flash codes adalah membawa kereta ke workshop persendirian ataupun SC untuk scan ECU dengan scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasar masaalah yang dikenalpasti oleh scantool.

      Delete
    2. Salam untuk semua setiawan blog diy serbamaneka. Atas penghargaan yg tinggi dan ketidaklekokan dalam berkongsi ilmu oleh tuan koman spana, masalah saya berjaya diselesaikan.

      Tempoh hari waja saya punya lampu N berkelip dan dgn nasihat tuan koman spana, saya pergi buat scan. Sedikit berbeza dengan salah seorang pembaca diatas yg mendapat fault code 22:input speed sensor, saya mendapat fault code 23:output speed sensor. Untuk memastikan masalah ini, anda akan perasan yg disamping N berkelip, meter speed juga tidak berfungsi. Jika ini yg berlaku, hampir pasti bahawa output atau input speed sensor yg rosak, dan mesti diconfirmkan dengan scantool.

      Saya menukar dgn yg baru output speed sensor tersebut yg berjumlah rm250 termasuk tuning dan labour di S1 Autocare di Gombak. Selepas itu fault code tersebut akan dipadamkan. Masalah selesai.

      Jadi bagi mereka yg menghadapi masalah yg sama, anda boleh jimatkan kos dengan beli sensor tersebut di kedai halfcut (lebih murah) atau di kedai spare part kalau ada (mahal sket tapi lagi murah dari di bengkel). Untuk mengelakkan perkara tersebut berulang, jangan tukar gear (auto) sambil bergerak. Kalau nak reverse atau ke gear P, sila berhenti secara full dulu baru tukar gear. Rasanya kereta lain yg lebih berjenama mungkin ada failsafe untuk perkara ini namun ia masih tidak sihat dan mesti dielakkan.

      Sekian dan terima kasih tak terhingga pada tuan koman spana atas nasihat dan ilmu yg diberikan.

      Delete
    3. Salam. Terimakasih di atas maklumbalas yang diberikan. Semoga pengalaman anda memberi manafaat kepada pengguna kereta yang lain.

      Delete
  78. macam mana kt mau tau kod melalui cara flash code

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk video di pautan berikut untuk pencerahan. https://serbamaneka.blogspot.my/2014/07/memahami-flash-codes-perodua-alza-cara.html

      Delete
  79. Salam sahabat...sy mggunakn waja 4g18 auto... Mslh dsini,,dr shift gear R / D-3-2-L semuanya xbrfungsi... Hntr mekanik scan error not fount. Mekanik sarankan sy tukar minyk gear wlaupn tempoh jgka hayat myk blom ckup tempoh... So pon tukar jgk...selps tukar myk gearbox... Gear shift brfgsi mcm biasa...xjuga slps 10-15km shift gear D shj xbrfungsi shift gear yg lain sprti R-3-2-L ok je.... Mslh nii brterusn kdg kala ok semuanya... Mnx pndpt sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika gear lever berada pada kedudukan D tetapi tiada berlaku pertukaran gear 1 ke gear 4, kemungkinan terdapat masaalah pada underdrive clutch. Operasi underdrive clutch dibantu oleh tekanan minyak gearbox yang menepati spesifikasi,valve body dan underdrive clutch solenoid. Untuk menentukan samaada gearbox dalam keadaan baik, tekanan minyak gearbox perlu diukur dan ditentukan menepati spesifikasi yang ditetapkan pengeluar. Saya fikir lebih baik ukur tekanan minyak gearbox di SC ataupun workshop yang khusus melakukan penyelenggaraan gearbox automatic. Secara teknikal, pengukuran tekanan minyak gearbox adalah perkara asas yang perlu dilakukan pada gearbox automatic bagi mendapat halatuju penyelenggaraan seterusnya.
      Walaubagaimanapun, sebelum dilakukan penyelenggaraan bahagian dalaman gearbox yang rumit, cuba gunakan kaedah berikut. Ignion key dalam keadaan OFF.Tanggalkan cable negatif terminal bateri. Tanggalkan semua socket connector sensor diluar gearbox seperti input speed sensor, output speed sensor dan inhibitor switch. Bersihkan dengan electrical contact cleaner pada socket tersebut dan pasang semula. Pasang cable negatif bateri dan uji kereta. Kadangkala kaedah yang mudah dapat menyelesaikan masaalah yang rumit. Sekiranya masaalah yang sama masih berulang, barulah dibuat penyelenggaraan komponen dalaman gearbox.

      Delete
  80. Maaf pembetulan: first kes shift gear R shj bole guna... Shift gear D-3-2-L xbrfugsi....

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum tuan..sy ingin bertanya disini,gearbox kereta waja rakan saya mengalami masalah yang sama pernah dibincangkan disini iaitu lampu N berkelip ketika gear dalam kedudukan D..setelah discan keluar code 54 [ ELC RELAY OPEN ]..cuma disini sy ingin bertanya ape maksud & beza OPEN & SHORT CIRCUIT..sudah masuk hari kedua masalah ini tak dapat diselesaikan..mohon bantuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Code 54 - Electronic Control Relay Open bermaksud terdapat wayar yang putus, longgar, berlaku litar pintas diantara bekalan kuasa dan ground atau berlaku kerosakan pada relay. Jika dilihat pada flash code iaitu 54- merujuk kepada Automatic Transmission. Cuba periksa relay yang berada dibelakang coin tray dibawah radio. Terdapat relay kembar (E8T08471 jika tidak silap) disitu iaitu fuel pump relay dan AT relay.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...