Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman

Salah satu peralatan yang wajib ada semasa mengenalpasti masaalah pada kereta Proton Waja yang menggunakan sistem EFI adalah fuel pressure tester.Tujuan fuel pressure tester digunakan adalah untuk menguji tekanan sistem bekalan minyak petrol dari tangki minyak ke fuel injector
fuel pressure tester
Dengan menggunakan fuel pressure tester, masaalah pada sistem bekalan minyak petrol  lebih mudah dikenalpasti.Langkah-langkah berikut adalah tatacara untuk mengukur tekanan minyak petrol  pada enjin kereta Proton Waja.

1.Tanggalkan socket wayar pada fuel pump dan hidupkan enjin sehingga enjin mati dengan sendiri. Sambung kembali socket  wayar fuel pump. Pada ketika ini, tekanan minyak didalam fuel hose telah berkurangan. Tanggalkan fuel hose dari fuel rail dan pasangkan fuel pressure tester pada  fuel rail.

pemasangan tester
2.Fuel pressure tester perlu dipasang bersama dengan adapter.(special service tool)

pemasangan adapter
3.Hidupkan enjin pada tahap idle speed dan bandingkan fuel pressure yang kelihatan dengan sfesifikasi di dalam workshop manual.Tekanan minyak petrol kereta proton Waja adalah sebanyak 40 psi. Jika tekanan minyak petrol berada di bawah 40 psi, bermakna fuel filter telah tersumbat dan perlu diganti.

4.Tinggikan pusingan enjin secara mengejut  beberapa kali dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun dibawah 40 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun bermakna fuel pressure regulator telah rosak.Pada masa yang sama, pegang fuel return  hose dari fuel pressure regulator ke tangki minyak dan pastikan ada minyak petrol mengalir ke tangki.

normal pressure
5.Tanggalkan hose vacum ke fuel pressure regulator. Pada ketika ini vacum di dalam intake manifold tidak mengawal fuel pressure regulator lagi.

hose vacuum fuel pressure regulator ditanggal
5.Setelah hose vacum ditanggalkan, fuel pressure akan meningkat  naik kepada 49 psi. Ini bermakna fuel pressure regulator berfungsi dengan baik semasa enjin hidup.

pressure minyak petrolmeningkat naik
6.Matikan enjin kereta dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun secara mendadak hingga 0 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun secara mendadak, terdapat 3 kemungkinan yang berlaku iaitu :

i.Fuel pump check valve telah bocor 

Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose playar yang hujungnya disarungkan hose plastic (untuk mengelakkan hose petrol rosak) dan kepit hose petrol sebelum fuel adaptor sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan petrol masih lagi menurun secara mendadak bermakna bukan fuel pump yang rosak. Jika tekanan  petrol tidak menurun bermakna fuel pump check valve yang rosak.

ii.Fuel injector bocor

Untuk memeriksa, keluarkan semua injector dari cylinder head.Dengan injector masih terpasang pada fuel rail dan semua wayar injector disambungkan, switch on igniton key.Perhatikan pada injector nozzle  jika terdapat minyak yang keluar.Proses ini perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati kerana pancitan dari injector jika terkena tangan atau jari boleh menyebabkan anggota berkenaan perlu dipotong.

iii.Fuel pressure regulator rosak  

Jika fuel pressure regulator rosak minyak petrol di dalam fuel rail mengalir kembali ke tangki melalui fuel return hose semasa enjin dimatikan. Masaalah yang berlaku boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan terutama di waktu pagi apabila tekanan minyak petrol di dalam fuel rail rendah .Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose playar yang pada hujung disarungkan hose plastic. Kepit hose minyak petrol yang kembali ke tangki minyak petrol selepas fuel pressure regulator sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan petrol masih lagi kelihatan menurun secara mendadak, bermakna  fuel pressure regulator tidak rosak. Jika tekanan petrol tidak menurun, bermakna fuel pressure regulator yang rosak.

6 comments:

  1. boleh saya tahu kedai mana yang boleh buat fuel pressure tester ni? kedai pomen biasa saja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya di Proton Service Centre ada peralatan tersebut. Tidak semua workshop luar memiliki peralatan tersebut.Jika hendak buat pemeriksaan di workshop luar, perlu pastikan mereka ada peralatan tersebut.

      Delete
  2. Assalamualaikum
    Fuel pressure regulator memercikkan petrol.
    Boleh saya tahu kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan diaphragm di dalam fuel pressure regulator pecah menyebabkan minyak petrol bocor.

      Delete
  3. salam, saya mempunyai masalah bunyi mengelegak di fuel pump atau dlm tangki mnyak,,,mcm2 cara sy cuba cari tapi xjumpa solution,boleh bgi pandangan x bos,,,kereta saya vios tahun 2006 ncp42

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa hose pada tangki dan pastikan tidak longgar ataupun pecah. Dikuathiri udara tersedut kedalam tangki minyak menyebabkan bunyi pelik kedengaran.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...