Ganti Air Cleaner Element Cara Koman

Air cleaner element merupakan salah komponen kereta yang mudah diselenggara. Masaalah yang timbul adalah menentukan bilakah masa air cleaner element  tersebut perlu diganti. Kadangkala semasa air cleaner element tersebut diganti semasa penyenggaraan rutin, ianya kelihatan masih elok lagi.Terdapat cara mudah untuk menentukan samaada air cleaner element tersebut masih dalam keadaan baik berdasarkan tatacara berikut :

1. Keluarkan air cleaner element dari air intake housing.
air cleaner element
2.Pegang air cleaner element tersebut mengadap cahaya matahari ataupun cahaya lampu.

3.Sekiranya cahaya  kelihatan menembusi air cleaner element tersebut, ianya dianggap masih dalam keadaan baik.

4.Kalau tiada cahaya mampu menembusi air cleaner element tersebut, maka perlulah diganti baru.

No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...