Memahami Proton Waja Idle Speed Cara Koman


Pada enjin kereta keluaran Mitsubishi biasanya terdapat dua jenis idling speed yang perlu difahami  iaitu curb idle speed dan basic idle speed. Sebenarnya idle speed tidak perlu dibuat pelarasan. Ini adalah kerana pelarasan idle speed telah dibuat oleh pengeluar semasa dikilang pada ketika  enjin masih baru, spark plug baru, compression  pressure masih baik dan semuanya masih baru.  Sekiranya  pelarasan telah dibuat secara tidak sengaja, tatacara yang betul perlu diikuti untuk memperbetulkannya semula.

Throttle body Proton Waja
Curb Idle  Speed
Semasa enjin kereta Proton Waja dihidupkan, idle speed yang dilihat pada tachometer adalah curb idle speed. Ianya ditentukan oleh ECU yang mengawal pergerakan Idle Speed Control (ISC)  motor. Pelarasan idle speed semasa dalam keadaan curb idle speed hendaklah dielakkan.Pada ketika ini, idle speed hanya boleh dilihat samaada berada dalam julat yang ditetapkan.

Basic Idle Speed
Jika hendak dibuat  penyelarasan idle speed, enjin perlu berada dalam keadaan  suhu operasi normal  dengan semua lampu, pendingin udara dan peralatan tambahan ditutup Gear dalam keadaan Neutral atau Park. Proses ini memerlukan scantool MUT- II untuk memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.

Perkara yang penting diketahui adalah, ISC motor perlu dikunci supaya tidak bergerak. Dengan menggunakan scantool, ISC motor boleh dikunci dan setelah itu barulah  enjin berada dalam keadaan basic idle speed. Pergerakan ISC motor yang terkunci boleh dilihat melalui scantool. Pada ketika inilah pelarasan idle screw yang berada di throttle body boleh dibuat. supaya   idle speed berada dalam julat yang disyorkan pengeluar. Selepas siap pelarasan basic idle speed, ISC motor perlu dilepaskan semula supaya ia berfungsi dalam keadaan curb idling speed.

 
Peraturan paling mudah sekali adalah jangan benarkan sesiapapun membuat pelarasan idle speed jika diketahui pelarasan masih dalam keadaan seperti asal. Periksalah bahagian lain seperti fuel system, ignition system ataupun compression pressure untuk mengatasi masaalah yang berlaku.

Idle speed Proton Waja 700 rpm

* Nota : Bagi kereta yang menggunakan electronic throttle control system,  pelarasan idle speed tidak boleh dibuat kerana idle screw tidak wujud lagi. Semuanya dikawal oleh ECU.


47 comments:

  1. salam tuan.. proton waja 2005 auto guna obd 1 @ obd 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. OBD 1 & OBD 2 hanya untuk kereta di USA sahaja. Malaysia belum ada protocol OBD. Kalau ada OBD, scan tool akan menjadi murah. Salah satu keperluan OBD di USA adalah semua generic scan tool boleh access ECU engine kereta. Kalau lihat di Ebay, scan tool di USA, harga lebih kurang RM300.00 sudah boleh digunakan untuk scan kereta. Di Malaysia hanya scan tool berharga RM10000.00 yang berupaya scan ECU kereta. Scan tool USA tak boleh guna di Malaysia.

      Delete
  2. Salam sejahtera. Beberapa hari lepas, saya mencuci throttle body dan secara tidak sengaja telah mengubah tetapan asal biss screw waja 4g18 saya. sekarang idle kereta saya tidak consistent dan yg lebih teruk lagi rpm drop sehingga bawah 500rpm apabila on air cond dan steering dipusing habis. Isc servo masih ok selepas diuji rintangan menggunakan multimeter. Ada apa2 tips untuk menetapkan semula biss screw tanpa MUT? Terima kasih dan semoga bermanfaat utk pembaca blog yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera. Cuba tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat dan pasangkan semula. Gunakan inductive tachometer dan clamp pada cable spark plug #1. Hidupkan enjin dan pastikan suhu coolant mencapai 80°C. Pusingkan speed adjusting screw arah lawan jam sedikit demi sedikit sehingga rpm mencapai 700 rpm. Penyaman udara hendaklah dimatikan senasa pelarasan dibuat.

      Delete
  3. salam sejahtera.. saya telah mencuba teknik yg tuan berikan.. tetapi tanpa menggunakan tachometer inductive. saya dapati, setelah setiap adjustment dibuat, terminal negative bateri perlu ditanggalkan selama seminit utk reset ecu dan mengembalikan setting isc kepada normal. saya membuat setengah pusingan biss utk setiap adjustment. sekarang waja saya idling dengan normal. terima kasih atas cadangan tuan koman. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana berjaya menyelesai masaalah kereta saudara. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman :)

    ReplyDelete
  5. kereta waja tahun 2003 bila buka aircond kereta jadi semput...dan satu lagi coil plug sy setiap 6 bulan pasti akan rosak...api yg dipancarkan oleh coil plug ke plug jadi kurang..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir, cuba gantikan beli Ignition coil dengan yang tulen dan boleh didapati dari Proton Service Centre. Kadangkala ignition coil yang dibeli di kedai alatganti luar tidak menepati spesifikasi. Mungkin masaalah enjin semput ada berkaitan dengan masaalah ignition coil. Periksa juga masaalah fuel system. Rujuk Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.

      Delete
  6. salam,nak tanye,waja mmc tahun 2002,adakah normal bila start enjin rpm berada di kdudukan 1300 dan apabila mncapai suhu normal rpm berada di 1000,dan apabila on kan aircond rpm turun ke 800 ,mohon bantuan dan pencerahan

    ReplyDelete
  7. Saya ada waja 2001 auto..rpm naik di atas 1.selepas saya bersihkan trottle body dgn cecair pembersih tb.mcmna nk bgi normal blk?0146436471

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan cecair pembersih tersebut terkumpil ke dalam intake manifold. Cecair pembersih adalah sejenis bahan mudah terbakar yang boleh memangkin proses pembakaran di dalam enjin. Secara tidak lansung RPM enjin meningkat seolah-olah enjin mendapal tambahan bekalan bahanapi. Tekan accelarator pedal untul meninggikan RPM enjin supaya cecair tersebut cepat terbakar.Cuba periksa kembali dan pastikan cecair tersebut tidak terkumpul di dalam intake manifold. Jika perlu buka kembali throttle body.

      Delete
  8. SAYA GUNAKAN WAJA 2005..BILA ENJIN SEJUK,SYA NK HIDUPKAN ENJIN PERLU TEKAN SIKIT MINYAK..KENAPA YA?? RPM JADI RENDAH,KALAU TAK TEKAN MINYAK SIKIT ENJIN TEROS MATI...MOHON BANTUAN TUAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0134124898 CONTACT NO SAYA

      Delete
    2. Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat. Untuk pencerahan sila rujuk pautan berikut : https://serbamaneka.blogspot.my/2013/07/fuel-pressure-testing-cara-koman_6.html . Selain dari itu cuba bersihkan throttle body. Jika throttle body kotor, enjin pun mudah mati. Rujuk pautan berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.my/2013/11/bersih-throttle-body-proton-waja-cara.html

      Delete
  9. RPM waja saya berada dlm 1300. Bila on aircon turun ke 700rpm. 1300 sy rasa trlalu tinggi. Mcmna nak adjust?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusing speed idling screw pada throttle body mengikut arah jam 1/8 pusingan sedikit demi sedikit. Aircond perlu diOFFkan semasa pelarasan. Bersihan throttle body juga.

      Delete
  10. nak tanya saya pakai waja auto mmc tahun 2005.masalah saya bila start enjin rpm dkedudukan 1000 manakala bila on aircon rpm turun ke 500 macam nak mati enjin.
    throtle body baru servis dan juga tukar stepper motor.apa.masalah yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. RPM semasa aircond diONkan adalah dalam lingkungan 900. Tandakan kedudukan asal speed idling screw dengan marker pen. Cuba pusing speed idling screw pada throttle body mengikut arah lawan jam 1/8 pusingan sedikit demi sedikit. Aircond perlu diOFFkan semasa pelarasan. Jika tiada perubahan pada idling speed semasa aircond diONkan, kemungkinan throttle body perlu diganti. Pastikan juga stepper motor yang diganti adalah dalam keadaan baik.

      Delete
  11. salam .. bang nk tumpang tanya..kereta jarang start.. baru² ni kereta waja saya bila start. on aircond rpm trus drop.. smpai enjin mati. sya dah cuba servis TB/ISC dengan tb cleaner. tukar air filter. reset 30sec.. start semula rpm 1000 pastu turun 700. bila on aircond naik 750/800.. tapi ada gegar la. kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa spark plug dan pastikan dalam keadaan baik. Periksa juga tekanan minyak petrol mungkin fuel filter tersumbat .

      Delete
  12. Asalammualaikum,saya guna waja tahun 2001 injin Mitsubishi..masalah nye...pada pagi nak start injin kena tekan pedal minyak kalau tidak injin tak boleh hidup...body throttle dah cuci tapi masih sama...kawan saya kata tukar idle servo..betul ke tu
    I

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan fuel pressure regulator sudah rosak dan menyebabkan tekanan minyak di dalam fuel rail menjadi rendah. Tekanan yang rendah menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Pada waktu pagi, cuba onkan kunci selama 5 saat dan offkan supaya fuel pump dihidupkan lalu meningkatkan tekanan minyak petrol. Ulang sebanyak 3 kali. Kemudian, hidupkan enjin. Jika enjin senang dihidupkan bermakna fuel pressure regulator rosak. Rujuk pautan berikut untuk pencerahan.

      Delete
  13. as,salam tuan. waja mmc 2003..bila jalan ada jerk skit,kekadang semput2 bila nak ambil conner or bila berhenti kat lampu isyarat..ada suatu masa (pagi) bila buka air cond kereta lost power macam piston tak jalan bila tekan minyak kereta still boleh jalan tp tak jauh then mati, enjin light menjala sensor.tutup enjin n bila buka kunci semula semua kembali normal n benda tadi tak terjadi terus jalan..mohon pencerahan tuan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Oleh kerana check engine light telah menyala, bermakna terdapat masaalah pada engine electronic control system. Dalam keadaan ini, langkah yang mudah untuk dibuat adalah scan ECU dengan scantool di workshop untuk mengenalpasti punca sebenar masaalah. Penyelenggaraan selanjutnya adalah berdasarkan masaalah yang ditemui oleh scantool.
      Walaubagaimanapun jika ada keyakinan untuk DIY, boleh gunakan kaedah flash codes untuk mengenalpasti masaalah yang terjadi. Sila rujuk entri berikut untuk pencerahan
      https://serbamaneka.blogspot.com/2013/07/flash-code.html . Penyelenggaraan selanjutnya adalah berdasarkan codes yang diperolehi.

      Delete
  14. Aslm...tuan waja auto 2002 baru tukar throttle body pagi start engine rpm 1300 kemudian turun 1100
    On aircond rpm1000 normal x.....dan mcmne nak adjust.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. JIka pusingan enjin meningkat kepada 900 rpm semasa aircond on, bermakna idle speed adalah dalam keadaan baik. Jika aircond switch off, pusingan enjin akan turun kepada 750 rpm semasa idle. Jika rpm masih tinggi , cuba pusingkan idle speed screw 1/8 pusingan mengikut arah lawan jam.

      Delete
  15. adjust timing waja sebenar samase enjin hidup tanpa aircond & dgn on aircond lampu berapa berapa ya idling?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa aircond 750 RPM. Apabila switch on aircond, RPM akan meningkat kpeada 900.

      Delete
  16. Kenapa on aircond rpm akan drop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika RPM drop semasa switch on aircond, kemungkinan idle speed control motor tidak berfungsi dan gagal meningkatkan RPM. Operasi idle speed control motor boleh dilihat melalui scantool bagi menentukan samaada dalam keadaan baik ataupun rosak. Jika didapati rosak hanya ganti motor sahaja. Satu lagi kemungkinan adalah throttle body yang rosak dan perlu diganti satu unit.

      Delete
  17. Salam ..kereta waja tahun 2002 mmc.bila engin sejuk start hidup mati je..bila dah dah dap hidup engin dah panas senang hidup..bila dah paking dlm 6 jam jd lg prom tu start hudup dlm 2 saat mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan fuel pressure regulator sudah rosak menyebabkan enjin mati semasa mula dihidupkan. Semasa waktu pagi, cuba buat on dan offkan kunci sebanyak 4 kali dan kemudian enjin di start. Jika bejaya dihidupkan bermakna fuel pressure regulator rosak.

      Delete
  18. Salam.Mohon sedikit info. Baru tukar throttle body. Bila start waktu pagi rpm tinggi 2000rpm yetapi lepas panas turun kepada 780.Normal tak? Dan satu lagi bila on aircond rpm naik lebih 1000 rpm. Mohon info mcm mana nak setting balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semasa start pusingan enjin dalam lingkungan 1200RPM . Idling dalam 750 RPM.Semasa aircond diONkan adalah dalam lingkungan 900. Tandakan kedudukan asal speed idling screw dengan marker pen. Cuba pusing speed idling screw pada throttle body mengikut arah jam 1/8 pusingan sedikit demi sedikit untuk mengurangkan kemasukan udara. Aircond perlu diOFFkan semasa pelarasan.

      Delete
  19. Salam.tuan mohon sdkt info.sy pakai waja lma auto.mslhnya dsni krta sy blh start hidup x lma spuluh saat bgtu mti balik.start hdup mti blk.sy suda tukar eltrik pump.fuel filter.suda tukar plug.msi jgk mti2.buntu suda tuan cri pnykit tu krta.tq tuan

    ReplyDelete
  20. Salam. Saya fikir cuba buat pemeriksaan sistem bahanapi seperti pautan berikut : https://serbamaneka.blogspot.com/2013/07/fuel-pressure-testing-cara-koman_6.html . Walaupun komponen fuel system seperti fuel pump dan fuel filter sudah ditukar, agak sukar menentukan jika fuel pressure adalah mencukupi tanpa dibuat ujian. Perlu pastikan fuel adalah mencukupi denagn ujian seperti pautan tersebut. Selain itu,ada kemungkinan masaalah tersebut berpunca dari hose petrol tersumbat ataupun fuel pressure regulator yang rosak.
    Jika fuel pressure adalah mencukupi, cuba buat ujian pada ignition system seperti pautan berikut : https://serbamaneka.blogspot.com/2014/05/testing-ignition-coil-proton-waja-cara.html dan https://serbamaneka.blogspot.com/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan. Waja saya tahun 2001,4g18. Enjin sejuk bila start 3 saat hidup. Ingin bertanya , screw pelaras timing jika kita pusing habis ikut arah jam. Apa akan jadi pada timing dia tuan. Sekian.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika screw idle speed dikunci ikut arah jam, udara yang diperlukan semasa idle tidak dapat melalui throttle body. Pancitan petrol melelui injector akan turut berkurangan dan enjin kemungkinan akan mati. Walaupun idle speed boleh dilaras secara manual,
      sebaiknya pelarasan idle speed dibuat dengan bantuan scan tool. Dengan bantuan scan tool pelarasan dibuat semasa enjin dalam keadaan basic idle speed.

      Delete
  22. Salam.nak tanya sy baru je tukar stepper motor so skg timing jd tinggi...ape perlu sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cauba reset ECU. Seterusnya, jika stepper motor yang diganti adalah yang baru dan dalam keadaan yang baik, cuba laraskan speed adjusting screw sedikit demi sedikit mengikut arah jam.

      Delete
  23. Replies
    1. Cabut terminal bateri negatif selama 1 minit dan pasang semula.

      Delete
  24. Salam tuan, waja mmc cold start timing tak stabil. Bile enjin pnas ok jer. TB dh cuci, plug cek ok..fuel filter baru, ape msalah die tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba buat compression test dan lihat adakah compression pressure masih dalam specsifikasi.

      Delete
  25. Salam tuan.. kereta saya waja 2002 auto mmc... Sy nak tanya bile start kereta rpm Naik 1000 bile on je acc die drop kepada 500 mcam nk mati je kereta... Sy service throttle body tapi same je. Saya Naik RPM kepada 1200 Dan bile on acond die drop kepada 700 Dan bile jalan jauh, behenti je kereta akan mati... Jadi sy nak tanya ape ye masalah nya? Apekah perlu tukar throttle body atau just tukar idle. Ty

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...