1.Keluarkan engine oil dipstick secara perlahan-lahan dan bersihkan dari minyak pelincir
2.Masukkan kembali engine oil dipstick seketika dan keluarkan semula.
3.Pastikan paras minyak pelincir pada dipstick hendaklah berada di antara tanda low level dan high level.
paras minyak pelincir |
5.Sekiranya paras minyak pelincir dibawah low level, minyak pelincir perlu ditambah. Jika tidak, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan komponen enjin.
6.Bagi kereta yang menggunakan sistem EFI, sekiranya terdapat fuel injector yang telah tersumbat, minyak petrol tidak dapat dipancit dengan sempurna.
7. Kesan dari itu, minyak petrol tersebut akan bercampur dengan minyak pelincir dan seterusnya isipadu minyak pelincir akan meningkat di dalam engine crankcase. Pada masa yang sama, minyak pelincir dikesan berbau minyak petrol. Percampuran yang berlaku akan menyebabkan kelikatan minyak pelincir berkurangan dan seterusnya merendahkan tekanan minyak pelincir. Keadaan ini boleh menyebabkan komponen-komponen enjin akan terdedah kepada risiko kerosakan yang serius.
8.Amalan pemeriksaan minyak pelincir secara individu merupakan satu langkah yang bijak dalam proses penyenggaraan kereta tidak kira tempat yang melakukan penyenggaraan tersebut.
9.Jika penukaran minyak pelincir dilakukan, isikan kembali minyak pelincir sehingga tanda high level. Kemudian hidupkan enjin seketika dan matikan enjin. Tunggu seketika, dan periksa paras minyak pelincir. Biasanya minyak pelincir berada diantara tanda low level dan high level.

No comments:
Post a Comment