Adalah perlu semua enjin dilakukan warm-up sebelum enjin dioperasikan sepenuhnya. Semasa menghidupkan enjin kereta setiap pagi, enjin hendaklah dibiarkan beroperasi seketika sebelum memulakan perjalanan. Enjin perlu mencapai suhu operasi iaitu 80°C untuk membolehkan minyak pelincir mengalir dengan sempurna ke komponen-komp[onen enjin yang memerlukan pelinciran. Ini dapat mengelakkan komponen enjin tersebut menghadapi masaalah "premature failures".Tidak kira samada enjin kereta menggunakan sistem carburetor ataupun EFI kedua-dua jenis enjin perlu diwarm-up terlebih dahulu.
Pada enjin yang menggunakan sistem EFI, terdapat fungsi yang dinamakan fast idle-speed yang bertujuan untuk mempercepatkan proses warm-up enjin. Keadaan ini boleh diperhatikan semasa menghidupkan enjin EFI pada waktu pagi, RPM enjin akan naik sekitar 1500 dan kemudiannya turun kepada RPM idle speed yang ditetapkan secara perlahan-lahan.
Sekiranya enjin tidak diwarm-up, kelikatan minyak pelincir tidak berada pada suhu operasi dan boleh menyebabkan pergerakan piston tidak lancar didalam liner pada peringkat awal. Sungguhpun enjin akan mencapai suhu operasi secara perlahan-lahan sekiranya tidak diwarm-up, mengelakkan masaalah "premature failures" adalah satu langkah yang bijak
No comments:
Post a Comment