Cara  mudah untuk mengetahui keadaan cylinder pressure yang rendah di dalam cylinder enjin adalah dengan melakukan compression test. Kaedah yang digunapakai untuk enjin sangkut ataupun enjin kereta adalah hampir sama. Terdapat 2 cara  compression test iaitu dry compression test dan wet compression test. 
Tekanan cylinder menjadi  rendah adalah disebabkan beberapa masaalah seperti berikut :
-Cylinder liner yang sudah haus
-Piston atau piston ring yang sudah haus
-Piston ring melekat pada piston ring groove
-Injap masuk atau  ekzos tertutup  tidak rapat 
-Gasket cylinder head bocor
Semasa ujian dilakukan, battery hendaklah dalam keadaan dicas sepenuhnya. Sebagai contoh, cara di bawah  digunakan untuk menguji compression pada  enjin sangkut Suzuki DF140 sebagai panduan.
Dry Compression Test
1. Hidupkan enjin  sangkut  sehingga mencapai suhu operasi dan      matikan enjin.
2. Keluarkan semua spark plug
3. Pasangkan compession tester pada lubang spark plug
![]()  | 
| compression tester siap dipasang | 
4. Tanggalkan sambungan wayar pada primary ignition coil.
6. Tolak throttle lever untuk membuka throttle valve sepenuhnya      di dalam throttle body 
7. Crank enjin beberapa kali dan lihat pressure maksima yang        direkodkan  pada compresion tester
8. Bandingkan pressure yang diperolehi dengan spesifikasi            pressure yang ditetapkan oleh pengeluar 
Wet compression test tidak perlu dilakukan pada enjin sangkut kerana akan memberi hasil ujian yang tidak jauh berbeza dengan dry compression test.
Untuk mengetahui  tekanan cylinder yang rendah dengan lebih tepat adalah dengan membuat "cylinder leakdown test"

No comments:
Post a Comment