Kereta Proton Waja yang dipasang enjin Mitsubishi masih lagi menggunakan mekanikal throttle body. Selain penukaran air cleaner, throttle body enjin kereta juga perlu dibersihkan untuk memberi pretasi yang optimun pada kereta yang digunakan. Untuk tujuan tersebut, langkah-langkah berikut boleh dilakukan.
throttle body Proton Waja |
1.Keluarkan air cleaner trunking
2.Spray throttle body cleaner pada kain yang bersih
3.Gunakan kain tersebut untuk membersihkan ruang di antara throttle valve dengan throttle body housing serta bahagian dalam throttle body. Kotoran yang melekatkan pada ruang throttle valve akan mengurangkankan udara masuk ke dalam cylinder enjin. Kurang udara yang masuk, kuranglah minyak petrol yang dipancitkan oleh injector melalui kawalan ECU.
ISC motor dikeluarkan |
4.Buka bolt pengikat dan keluarkan ISC motor.
5.Bersihkan hujung pintle ISC Motor serta lubang yang menempatkan ISC Motor.
5.Bersihkan hujung pintle ISC Motor serta lubang yang menempatkan ISC Motor.
6.Pasangkan kembali ISC motor dan air cleaner trunking
7.Tanggalkan kabel negative battery selama 30 saat untuk reset ECU.
8.Hidupkan enjin kereta dan tekan accelerator pedal secara mengejut untuk menilai pretasi enjin.
Assalamualaikum tuan, nak tanya sikit ya. simptom keta Waja saya (Waja 2002, 1.6 Auto): kalau start keta dia pnya RPM tinggi hampir 2000 RPM tp bila lama2 dah jalan, dah buka aircond semua jadi 600 RPM saja idle. kadang2 lepas traffic light/masa jem RPM enjin drop ke bawah 500 RPM dan sampai mati terus enjin, lampu check engine menyala, tp lepas start balik enjin tu 2-3 kali boleh bawak keta balik, pomen sini kata simptom tu throttle body nak rosak, mohon pendapat tuan? Terima kasih.
ReplyDeleteW'salam. Saya setuju dengan dengan pendapat mekanik tersebut. ISC motor tersebut yang rosak. Tak perlu ganti keseluruhan throttle body. Ganti ISC motor sahaja. Kalau nak lebih confident, bawa kereta untuk scan dengan scan tool. Pergerakan ISC motor boleh dilihat di dalam scan tool. Lagi satu boleh cuba kaedah ini. Engine off.Tanggalkan kabel elektrik ISC motor. Hidupkan enjin dan pandu kereta.Lihat adakah masaalahnya sama.Jika masaalahnya sama, sahlah ISC motor rosak. Off enjin dan pasang kembali kabel ISC motor. Tanggalkan kabel negatif bateri seketika (reset ECU) dan pasang kembali. Satu lagi cara adalah dengan keluarkan ISC motor dari throttle body. Minta seorang pembantu onkan kunci kereta dan perhatikan adakah hujung ISC motor bergerak keluar. Kalau tak bergerak lansung , ISC motor rosak.
Deleteterima kasih tuan atas tunjuk ajar. saya dah hantar ke workshop, dia cuba servis throttle body dan re-tuning computer, kena RM80. nampaknya hanya tahan 2 minggu dan perjalanan sejauh 600km sahaja. benda tu jadi balik, memang bila tekan minyak, power x ada, enjin nak mati dan RPM drop ke zero! apa nasihat tuan? adakah perlu buat seperti tuan ajar di atas atau benda lain yang rosak? terima kasih sudi membantu
DeleteSaya fikir lebih baik awak buat cuba buat seperti yang saya syorkan kat atas. Kalu nak terus gantikan ISC motor pun saya fikir tidak merugikan memandangkan usia kereta yang sudah lama.Kalau sudah gantikan ISC motor tetapi masalah sama berulang barulah troubleshoot masaalah yang lain. Lagi satu, kalau ada kawan yg guna Waja, cuba pinjam ISC motor untuk test.
DeleteOK, saya dah pinjam ISC motor kawan tp lepas test pun masih berlaku lagi masalah berkenaan. so saya buat keputusan untuk bagi pomen tukar terus 1 set throttle body baru, hari ini siaplah, insha Allah. soalan saya ada 2, pertama perlukah saya tuning semula enjin guna komputer dan kedua biasanya berapa tahun hayat throttle body baru itu? ikutkan TB yg lama tu hayatnya 12 tahun ikut hayat kereta. terima kasih tuan
ReplyDeleteEnjin Waja tak perlu buat tuning guna scantool.Jika setelah diganti throttle body didapati idle speed tidak stabil barulah dibuat pelarasan idle speed.Jangka hayat ISC motor mampu bertahan lama kecuali jika berlaku litar pintas pada pendawaian.
DeleteA'kum..
ReplyDeleteMasalah kereta waja saya kadang2 idling ok kadang2 x ok. Apabila drive dan berhenti, meter RPM x turun pada paras bawah 1000 setelah free gear. Bacaan RPM di aras 1500-2000. Selepas tekan minyak skit baru lah meter RPM turun bawah 1000. Jika tak tekan minyak, ia akan turun juga tapi lambat.
Kadang2 di trafic light, ia menjadi semput dan RPM meter drop bawah 500 dan enjin akan mati jika tak tekan minyak skit. Apabila bergerak, kereta jadi semput masa kelajuan bawah 70km sama ada gear rendah atau tinggi
Adakah ini berpunca dari ISC yg rosak atau hal lain? Untuk pengetahuan tuan, saya pernah tuning di kedai kerana sangkaan saya kereta takde power sebab tune lari tapi sebenarnya berpunca dari timing belt setting yg lari...Setelah tuning tu masalah idling x stabil berlaku.
Berlaku ketika on aircond tapi tak on aircond pon kadangkala berlaku semput2 ini..plug baru dah tukar, filter dah tukar. Apakah puncanya?
Mohon bantuan pendapat tuan bagi menyelesaikan masalah ini.. Terima kasih.
4g18P Manual 2003
W'salam.Dari tanda-tanda yg berlaku menunjukkan ISC motor kemungkinan rosak. Tapi jangan terus ganti baru ISC motor lagi.Cuba buat ujian keatas ISC motor seperti di ruang komen diatas. Kalau nak lebih senang, bawa ke pusat service Proton untuk scan dengan scantool. Di dalam scantool boleh lihat samada ISC motor berfungsi atau tidak. Jika ISC motor diperiksa dan didapati dalam keadaan baik, cuba laraskan kembali idling speed mengikut spesifikasi. Disamping itu juga saya cadangkan anda periksa ignition timing dengan timing light.Semasa idling, ignition timing adalah 10 BTDC.
Deleteassalam..
ReplyDeletebos, saya nak tanya berkenaan masalah kereta saya, waja 1.6 auto..waktu start enjin, enjin hidup dlm 5sec je, lepas tu bila lampu enjin menyala je..enjin terus mati..keadaan berulang bila saya nak hidupkan enjin..ada kawan ckp crank sensor rosak. betul ke apa yg kawan sy cakap tu bos?
W'salam. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan enjin tidak boleh hidup. Masaalah pada bekalalan minyak petrol - mungkin fuel filter tersumbat, fuel pump rosak, injector rosak ataupun fuel pressure regulator bocor.Sila periksa fuel pressure. Masaalah pada ignition sistem- ignition coil rosak ataupun spark plug rosak. Sila periksa dengan spark tester. Engine control sistem bermasaalah (check engine menyala )- perlu gunakan scan tool untuk periksa . Akhir sekali mungkin ECU yg rosak.
DeleteSalam tuan..sy pakai waja 1.6A.. Masalah kereta sy..rpm tinggi..dlm 1.2k..kadang2,boleh cecah 2k..bila free gear dia tinggi..masuk gear dlm 800.. Dah banyak kali hantar tuning..semua pomen xleh buat.. Sampai screw adjust tuning angin lose.. Dia mana sy boleh dpt kan screw tu? Pastu..aku ag perlu sy buat atau check.. Serik hantar tuning..masalah xsettle tapi ttp kena bayar..tolong tuan..
ReplyDeleteSalam. Masaalah enin kereta Waja tidak boleh idling biasanya disebabkan ISC motor pada throttle body bermasaalah. Sepatutnya idling screw tersebut tidak diganggu dan perlu berada dalam keadaan asal.Saya sarankan kereta saudara dibawa pusat service Proton untuk scan dengan scantool .Scan tool yang ada pada Proton lebih menepati spesifikasi kereta Waja.
ReplyDeleteJika ISC motor diperiksa dengan scan tool dan didapati dalam keadaan baik, cuba laraskan kembali idling speed mengikut spesifikasi. Disamping itu juga, periksa samada terdapat kebocoran pada gasket intake manifold. Kebocoran gasket intake manifold juga boleh menyebabkan enjin tidak boleh idling. Dalam kes yang lebih teruk lagi, throttle body perlu diganti disebabkan "thermo wax valve" didalamnya rosak. Jika dalam sedemikian , cuba pinjam throttle body untuk ujian sebelum dibuat penggantian.
Ok..sy check dulu tuan..terima kasih..
ReplyDeleteSalam tuan..mcm mana cara kita nak check ada kebocoran pada gasket intake manifold? Perlukah sy ganti dahulu isc baru @ servis.. Boleh kah sy dptkan isc di kedai2 alat ganti biasa..? Tuan xde bengkel ke? Klu ada baik sy hantar terus ke bengkel tuan.. Tq
ReplyDeleteSkg timing kereta waja sy.. 1100km off semua aircond..radio.. Klu on aircond turun ke 900..klu masuk gear turun ke 700... Start pagi2 2k.. Adakah normal..
ReplyDeleteEnjin Waja dihidupkan selepas 10 minit (aircond off, lampu off, radio off) idling enjin sepatutnya 750 rpm. 1100 rpm tidak normal.Jangan tukar ISC motor lagi.Perlu guna scan tool proton untuk menentukan samada ISC motor rosak atau tidak. Pergerakan ISC motor hanya boleh dilihat dengan menggunakan scan tool. Gunakan " spray bottle" dan spray air sekeliling gasket intake manifold semasa enjin hidup. Jika gasket intake manifold bocor, enjin akan mati. ISC motor boleh dibeli dikedai spare part biasa. Isunya sekarang bagaimana nak scan ECU menggunakan scan tool MUT-11 yang ada kat proton dealer.
DeleteOk tuan..sy akan ke servis proton..ape perlu sy ckp kat makenik tu utk settle masalah sy.. Adakah sy hanya perlu ke kedai proton dealer atau terus ke proton center servis? Terima kasih tuan.
DeletePergi ke Proton Service center. Beritahu mereka masaalah enjin idling tinggi.Itu sahaja. Saya fikir mereka tahu perkara yang perlu dilakukan. Pada masa yang sama, bersedia untuk menghadapi salah satu kemungkinan perkara berikut :
Deletei.Gasket intake bocor
ii.ISC motor perlu diganti
iii.Throttle body perlu diganti.
As salam tuan mazlan. Adakah masalah tuan telah selesai. Saya mempunyai masalah yang sama seperti tuan. Ape barang yang di tukar di Proton SC
DeleteOk tuan..minggu depan temujanji proton..sy nak tanya tuan pasal kunci kereta..skg sy masih pakai kunci ori proton tapi skg tinggal 1 dah xde spare..persoalan sy..boleh ke sy copy kunci sekali dengan eletronik system remote pada kunci sy sama dengan yg asal.. Ag 1 soalan..sebelum ni..alarm kereta sy selalu berbunyi sendiri setelah dikunci pakai remote lebih kurang 10 minit..setelah sy check button alarm sensor semua pintu..bonet depan belakang..sy dapati semua ok..tapi masalah sy masih xselesai..jadi sy guna kunci manual..lebih kurang 3 bulan sy kunci secara manual..skg sy try guna remote semua tapi alarm sudah xberbunyi sendiri..tapi sy tetap kunci manual sekiranya sy meninggalkan kereta agak lama takut ia berbunyi semua.. Apakah masalah system remote sy? Sekiranya sy tukar keseluruhan remote system..berapakah kos yg sy perlukan? Tq
ReplyDeleteBiasanya kunci Waja Mitsubishi boleh dibuat kunci pendua. Masaalah alarm yang berpunyi setelah dikunci, saya fikir mungkin switch pada pintu ataupun central lock alarm module yang rosak.Perkara tersebut perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
DeleteAs salam tuan sy nk tnye knapa keta waja sy enjim campro bila check light nyala ja pastu tekan pedal miyak takda respon padahal enjin hidup....off enjin dlm 1jam pastu on balik baru keta bleh jln mcm biasa...tpi bila dah lama sgt jln berhenti jap confirm check light nyala...pastu tekan pedal minyak memanb takde respon...apa masalah keta tu tuan
ReplyDeleteSalam. Apabila check engine light menyala, menunjukkan terdapat masaalah pada electronic control system kereta tersebut. Langkah yang terbaik adalah membuat diagnostic dengan scan tool. Dengan menggunakan scan tool, komponen yang rosak dapat dikenalpasti dengan lebih tepat. Lebih baik jika diagnostic tersebut dibuat di Proton Service Center dengan menggunakan magnufacture scan tool. Bengkel luar juga memiliki scan tool, tetapi keupayaan scan tool tersebut adalah terbatas.
DeleteAssalamualaikum tuan. Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. Lepas saya cuci TB WAJA 4g18, enjin ok tapi RPM tak nak turun-turun jugak, RPM pulak main dalam lingkungan 1000~1200. Saya rasa tu tak normal. Soalan saya:
ReplyDelete1. Macam mana nak turunkan balik RPM enjin
2. Bolehkah dibuka dan setting ISC semula macam ISC model lain
3. Adakah dengan reset ECU, masalah RPM tinggi akan selesai
4. Bagaimana cara-cara untuk reset ECU selain dari cabut bateri, sebab saya dah cuba cara tu tapi tak berkesan.
5. Adakah mencuci TB secara total (cabut TB dari intake) lebih baik?
6. Berapa recommended ketebalan paper gasket untuk TB yang telah ditanggalkan
Sekian. Terima kasih tuan.
W'salam. Jika Speed Adjusting Screw telah diusik, perlu dilaras semula. Jika tidak diusik, biarkan SAS seperti dalam keadaan asal. ISC tidak perlu dilaras disebabkan dikawal sepenuhnya oleh ECU. Reset ECU tidak akan meneyelesaikan masaalah idling yang tinggi. Selain dari mencabut batteri terminal, ECU boleh direset menggunakan scan tool. Mencuci TB sepenuhnya tidak menjamin TB beroperasi dengan lebih baik. Gasket TB ada dijual, tak perlu dibuat sendiri. Saya fikir masaalah idling tinggi disebabkan Fast Idling Valve yang sudah rosak. Jika fast idling valve rosak, keselurahan throttle body perlu ditukar.
DeleteAssalam..waja sy 1.6a 4g18. Masalah sy masa drive gear pd position D, bila auto change gear tu seakan menendang. Benda ni jd lepas sy tukar bearing alternator. Pomen tu cabut kabel bateri..adakah sbb ni atau sbb lain. Sblm ni tak pernah jd mcm ni. Tq..
ReplyDeleteSalam. Menanggalkan bateri terminal dari bateri tidak akan memudaratkan sistem kawalan elektronik kereta Waja. Cuba periksa warna dan paras minyak gearbox. Jika berada dalam keadaan baik, saya fikir automatic gearbox tersebut perlu dibuat pemeriksaan tekananan minyak hydraulic samaada menepati spesifikasi.
DeleteSelamat pagi bos,saya ada pertanyan tentang masalah kereta waja saya pagi ni.dlm keadaan idle enjin kereta mati dan apabila start ia akan hidup balik.masalah ni akan datang apabila kereta dlm keadaan idle.rpm kereta juga akan jatuh apabila dlm keadaan idle.apa yang perlu saya lakukan.terima kasih bos.
ReplyDeleteSelamat pagi. Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat menyebabkan tekanan minyak petrol berkurangan. Saya sarankan tekanan minyak petrol diperiksa dengan fuel pressure tester.
ReplyDeleteassalam..kete waja sy 1.6a 4g18..kete da lama x start dlm 1 thn lbh..bateri pun sy da tanggalkan..skng ni sy nak guna n nak start..da ganti bateri baru n petrol pun da tambah.tapi x leh hidup plak ketenya..tp bila sy pancit petrol kt throtel kete leh start pastu mati balik..petrol pump sy da ganti sebelum kete tu x digunakan.
ReplyDeleteadakah perlu setting ecu tuk hidupkannya atau ada masalah lain..apa yg perlu dilakukan ya
Salam. Kereta yang sudah lama tidak dihidupkan, perlu diganti engine oil. ECU tidak perlu dibuat penalaan semula. Saya fikir kereta tersebut mengalami masaalah pada fuel system. Saya sarankan gantikan fuel filter dan periksa tekanan minyak petrol samaada menepati spesifikasi (rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman)
DeleteSalam. Kereta yang sudah lama tidak dihidupkan, perlu diganti engine oil. ECU tidak perlu dibuat penalaan semula. Saya fikir kereta tersebut mengalami masaalah pada fuel system. Saya sarankan gantikan fuel filter dan periksa tekanan minyak petrol samaada menepati spesifikasi (rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman)
Deletekereta saya proton waja 2012-Manaul, selapas saya tanggal dan pasang balik negatif dan positif batari, perlu tuning dgn computer tak ?
ReplyDeleteJika bateri clamp ditanggalkan dan dipasang semula, ECU tidak perlu dibuat tuning,Program dalam ECU tidak hilang.
ReplyDeleteSalam bro koman..terbaca satu soalan kat atas pasal alarm..boleh x bro koman buat satu artikel pasal alarm waja pulak..sebab majoriti owner waja ade jugak masalah alarm ni..sekadar bagi cadangan..tq..
ReplyDeleteSalam. Insyaallah sekiranya ada wiring diaghram saya akan usahakan.
DeleteKalau bahagian coolant inlet pipe throttle body sudah reput, saya fikir throttle body perlu diganti baru.
ReplyDeletencik saya ada masalah mengenai kereta waja saya..kereta waja saya tahun 2003.saya nak tanya..mengapa kereta saya menjadi semput dan tak ada pick up.bila naik bukit pun tak larat.saya dah antar kedai mekanik dan tukar coil plug tetapi masih jugak sama dan menjadi semput.saya tukarkan yg original pun masih gak sama semput..3 bulan sekali saya akan tular coil plug..boleh ncik berikan penerangan tak..tentang masalah keter saya
ReplyDeleteSaya fikir masaalah tersebut perlu diasingkan. Mungkin masaalah pada enjin atau gearbox. Walaubagaimanapun, saya nak tahu,beberapa perkara seperti berikut :
Delete1.Setelah ditukar ignotion coil, adakah masaalah semput tersebut hilang dan pretasi kereta kembali normal?
2.Adakah kereta menjadi semput ketika mendaki bukit dan memotong?
3.Semasa melalui jalan yang rata adakah pretasi kereta adalah normal dan tidak semput?
Salam..sy pon mengalami masalah yg sma. Lampu check enjin pon menyala..sy dh tukar coil baru, sehari kereta ok. Xde maslah semput. Selepas running 1 hr, jd mslah smula..dh tukar o2 sensor tp lampu check enjin still menyala n semput..
DeleteAdakah throttle body sensor probelm or throttle body tu sendiri sudah rosak. Idling pon x dpt..or isc?
Salam.Jika lampu check engine menyala menunjukakan ada masaalah pada electronic control system. Langkah pertama penyenggenggaraan adalah, ECU perlu discan dengan scan tool dan sebaiknya menggunakan MUT-11 ataupun buat flash code. Rujuk entri Proton Waja Flash Codes Cara Koman.
DeleteSalam abg sy nak tnye sy ada tukar sensor throtle body tpi dah lpas tukar rpm jdi gila..lpas 2 sy tukar lg yg ori pown sama..tlong setelkan msalah sy abg sy buntu dah ny
ReplyDeleteSalam. Biasanya apabila rpm enjin tidak stabil masaalahnya berpunca dari ISC motor pada throttle body yang rosak. Walaupun ISC motor telah diganti baru tetapi masaalah yang sama masih lagi berulang.
DeleteSaya sarankan periksa pergerakan ISC motor melalui scan tool. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan ISC Motor sememangnya berfungsi. Pergerakan ISC Motor dapat dilihat melalui scan tool. Sungguhpun ISC Motor diganti baru, masaalah pada pendawaian ISC Motor juga boleh menyebabkan ISC Motor tidak berfungsi.Jika pendawaian bermasaalah, voltage yang diperlukan oleh ISC Motor tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Perlu periksa voltage dan pendawaian ISC Motor.
Selain dari itu, cuba buat pemeriksaan melalui Flash Codes. Sila baca entri Proton Waja Flash Codes Cara Koman. Lihat codes yang keluar. Kalau sudah buat scan dengan scan tool tak perlu buat Flash Code.Scan tool boleh sacn komponen yang bermasaalah.
Akhir sekali kemungkinan throttle body tersebut yang bermasaalah dan perlu ditukar keseluruhannya.
Salam...bro sy nak tye cikit..kareta waja kwn sy mengalami tiada kuasa biler tkr gear nk memotong tkn padel sampi hbs kareta memang x pergi n biler lepas sikit padel die jd sengut2.klu top speed pun msh lg tkn padel sampi hbs tetap tasa tiada kuasa..koil plug dh pernah tkr.waktu satrt rpm x berape normal n bile on air cond rpm jatuh 500-600.adakah perkara ini berkait dgn isc atu pun ade perkara lain..harap bro dpt beri pencerahan
ReplyDeleteSalam..Saya fikir beberapa perkara perlu diperiksa untuk mengasingkan masaalah enjin dan gearbox.. Periksa ignition coil dengan spark tester dan pastikan dalam keadaan baik. Periksa ignition timing (10 BDC) dengan timing light. Penggunaan vacum gauge. lebih mudah untuk memeriksa keadaan enjin. Jika ignition timing tidak betul, enjin juga tidak dapat memecut. Periksa pemasangan crank angle sensor dalam keadaan betul semasa tukar timing belt.Periksa idling speed (700 rpm) tanpa hidupkan aircond..Jika tidak betul kemungkinan ISC ada masaalah. Seterusnya, periksa tekanan minyak petrol.Jika tidak menepati spesifikasi, fuel filter perlu diganti. Akhir sekali, buat compression test untuk menentukan tekanan cylinder dalam keadaan baik. Setelah enjin diperika dan ditentukan dalam keadaan baik, barulah dapat dibuat kesimpulan gearbox yang bermasaalah..
DeleteTrma kasih ats pendapat bro ;)
DeleteSalam tuan..masalah kereta saya bila time sejuk/pagi senang start sekali start sahaja tpi masalahnya bila time enjin dah panas ( kereta dh berjalan dan matikan enjin dlam 10 minit ) enjin susah nak start semula..mesti 2-3 kali start baru enjin hidup..apa masalahnya ya tuan..tolonglah saya dh pening nih..
ReplyDeleteSalam. Jika semasa panas, start enjin tidak berpusing, itu masaalah starting system.Perlu periksa battery, kabel bateri, relay dan starter motor. Jika semasa panas, start enjin berpusing tetapi enjin tidak perlu perika 2 perkara.
Deletei.Periksa fuel pressure dengan fuel pressure tester. Caranya ada dalam blog.
ii.Periksa ignition system dengan timing light untuk mendapat kepastian. Caranya ada dalam blog. Jika ignition coil sudah lama, terus tukar sahaja.Ignition coil kadangkala menjadi rosak apabila panas.
salam tuan..
ReplyDeletesaya kali pertama nk tukar timing belt proton waja MMC 2002.. kreta syg beli second hand dan bru pakai 3 tahun.. Saya bercadang untuk beli sendri timing belt.. atas nasihat rakan2, kerana bimbang workshop guna brang2 n timing belt tiruan. mntak pandangan tuan apa yang perlu saya beli..
Salam. Jika hendak dapatkan alatganti tulen untuk Waja MMC lebih baik beli dari Proton Part Center. Walaunagaimanapun, kedai alatganti di luar pun ada jual alatganti tulen. Biasanya jika hendak tukar timing belt alatganti yang perlu dibeli adalah timing belt, timing belt tensioner, crankshaft oil seal dan camshaft oil seal. Alatganti terebut didatangkan dalam satu set yang disebut sebagai timing belt kit.Cooling water pump dan coolant juga perlu dibeli jika belum ditukar. Belting untuk alternator dan aircond compressor juga perlu dibeli.
DeleteSalam tuan..kalau masalah fuel consumption poor sebab pe tuan?..mileage baru 44000
ReplyDeletesaya guna waja cps auto..da servis semua tapi masih terasa jugak..
kalau tps sensor pun boleh jadi gk ke?..tuning enjin da 3 kali..tp sama gk..
Salam. Saya fikir kemungkinan masalah pada ignition system.Cuba periksa ignition timing. Mungkin ignition timing ada masalah menyebabkan pembakaran dalam enjin tidak sempurna Saya cadangkan gunakan kaedah vacuum yang digunakan pada entry Periksa Vacum Proton Saga BLM Cara Koman.. Semasa tuning 3 kali dengan scan tool, jika TPS ada masaalah scan tool akan dapat kesan..
DeleteSalam tuan..
ReplyDeleteWaja sy 4g18 auto
Masalah time enjin idle check engine light menyala
Tapi bila sy tekan pedal minyak wpun sedikit check engine tersebut akan hilang
Xlama lps tu dia timbul balik...
Mohon pencerahan tuan
Salam, Cuba periksa kedua-dua cable bateri. Mungkin bateri clamp longgar ataupun berlaku okxidation. Cuci batteri terminal dengan kertas pasir halus dan pasang semula bateri clamp.Lagi satu mungkin belting alternator kendur dan slip. Kalu tak baik juga ,cuba pinjam bateri yang lain untuk dibuat ujian,
DeleteAssalam tuan, minta maaf lari sikit dari tajuk... kereta Waja saya bila dipandu dan berlanggar dgn bump jalan atau lopak atau jalan x rata, dirasakan mcm sambungan besi tayar ke body kereta tu x mantap, longgar dan kurang sedap, dan ada bunyi duk duk duk... dan semestinya x enak dipandu, saya dah tukar absorber, absorber link, absorber mount, bush, arm tp masih berlaku, adakah apa2 yg saya tertinggal, di area sini pomen semua Cina, saya nak tahu dulu apa yg perlu ditukar (takut kena tipu pula kalau bawa ke bengkel) TQ tuan
ReplyDeleteSalam. Saya fikir pada suspension system depan, stabilizer link. lower arm bush, strut insulator assy. bearing dan drive shaft perlu diperiksa serta digantikan jika didapati rosak. Pada suspension system belakang pula stabilizer link, lower arm bush, control link (tulang anjing), upper arm dan trailing arm bush perlu diperiksa serta digantikan jika di dapati rosak.
Deletesalam tuan, nak tanya saya ada kereta waja 1.6 auto rpm dia kejap ok kejap tak ok, minyak makan melampau. minta pendapat tuan. saya dah buntu dah ni. apa yang patut saya buat?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir mungkin masaalah pada ignition timing menyebabkan keadaan tersebut berlaku.Minta mekanik periksa ignition timing dengan timing light dan pastikan berada 10° BTDC semasa idling.Kadangkala crankshaft sensing blade tidak dipasang dengan betul semasa proses menggantikan timing belt.
DeleteAssalamualaikum..minta pendapat tuan,ptoton waja saya rpm tak stabil..bila perlahan@sampai di traffic light,enjin akan mati..saya cuba buka soket pada ISC motor.keputusan nya,masalah yang saya hadapi sebelum ini,sudah tiada..enjin menjadi stabil.bila pasang semula,masalah timbul semula..apa pendapat tuan tentang masalah saya ini?apa yang perlu di ganti ye?segala pandangan,saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Biasanya apabila rpm enjin tidak stabil masaalahnya berpunca dari ISC motor pada throttle body yang rosak.
DeleteUntuk lebih kepastian, saya sarankan periksa pergerakan ISC motor dengan scan tool bertujuan untuk memastikan ISC Motor berfungsi. Jika ISC Motor dalam keadaan baik, pergerakan ISC Motor dapat dilihat melalui scan tool semasa enjin sedang hidup.Selain dari itu, kerosakan pada pendawaian ISC Motor juga boleh menyebabkan ISC Motor tidak berfungsi.
Akhir sekali kemungkinan throttle body rosak juga boleh menyebabkan masaalah rpm tidak stabil dan perlu ditukar keseluruhannya.
Salam tuan.saya guna waja campro.baru ni pipe ekzos dah bocor.pergi kedai ekzos dia tukar pipe dan sekali balang dibawah enjin.katanya mungkin dah kotor(org kata balang nanas)sbelum ni rpm berada paras 1000.skrg naik sikit 1100 tapi stabil termasuk pasang aircond.adakah kenaikan sedikit itu ada kesan pada enjin dan pemanduan.setelah tukar pipe enjin rasa ringan sikit pickupnya.
ReplyDeleteSalam.Komponen yang ditukar pada paip ekzos tersebut adalah catalytic converter iaitu komponen emission control system.Penukaran catalytic converter yang baru membuatkan ekzos akan keluar dengan lebih lawas dan kereta dapat bergerak dengan lancar lagi.Kenaikan pada rpm semasa aircond beroperasi tidak dapat dielakkan sekiranya menggunakan catalytic converter aftermarket dan bukanlah masaalah yang besar.
DeleteTerima kasih tuan.ruangan seperti ini sangat membantu kerana saya hanya tahu bawa kereta tapi tak tahu ttg kompenan enjin.cth body thortle,isc pun saya tak tahu apa ke bendanya.terima kasih atas penerangan ttg proton waja.
ReplyDeleteTumpang tanye..kereta waja 2013 saya baru tukar throttle body 2nd hand RM750..Katanya original RM1,600.00...tapi survey intenet dalam linkungan RM350 - RM400..Berapa harga sebenar dia???
ReplyDeleteHarga throttle body Proton Waja mungkin berbeza diantara peniaga. Saya sarankan hubungi Proton Part Centre untuk mendapatkan harga throttle body yang terkini.
Deletewow second hand pun RM750... tahun lepas saya pernah tukar TB ni dekat Waja saya... masa tu bulan Sep 2014 harga baru yg di spare part Proton RM850... tp tu cerita lama sebelum GST dan kejatuhan RM la... hanya info saja... TQ :)
DeleteSalam tuan
ReplyDeleteKereta toyota altis 1.6 auto saya menghadapi masalah iaitu:
Enjin boleh dihidupkan tanpa masalah,
tetapi bila masuk gear D, kena tekan pedal minyak kuat baru kereta boleh bergerak.
Masalah tidak berlaku jika enjin dipanaskan lama sebelum digerakan...atau selepas kereta sudah bergerak.
Saya dah tukar minyak auto dan auto filter...pomen bgtw gearbox tak de masalah.setiap 20k km saya akan tukar minyak gearbox.
adakah itu tanda2 kereta saya perlu ditunning atau throtle body perlu diservice
Jawapan tuan amat berharga kpd saya dan pembaca yg lain
Terima kasih
Salam. Saya fikir kemungkinan masaalah tersebut berpunca dari forward clutch gearbox yang tidak dapat enggaed semasa suhu minyak gearbox masih sejuk. Antara komponen yang boleh menyebabkan perkara tersebut terjadi adalah keroakan gearbox temperature sensor.Selain dari itu,tekanan minyak hydraulic gearbox yang tidak menepati spesifikasi juga boleh menyebabkan perkara yang sama berlaku. Saya fikir langkah awal penyenggaraan adalah dengan membuat ujian melalui scan tool untuk memastikan tiada kerosakan pada Electronic Transmission Control system.
DeleteAssalamuaikum,saya ada masalah dengan kereta waja tahun 2003,masalah kereta saya semput bila tekan pedal minyak.
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan fuel filter telah tersumbat. Walaubagaimanapun, tekanan minyak petrol perlu diperiksa dengan fuel pressure tester umtuk mendapatkan keputusan yang tepat. Jika fuel filter tidak ditukar melebihi 3 tahun, seeloknya diganti terus.
Deletesya nak tanya sikit ttg proton waja 1.6manual 2004.... apa bila speed sampai kepada 80km/j engin berdengung.... apa masalah dia....
ReplyDeleteengin juga kuat bergegar.... apabila dlm keadaan free gear, padel minyak ditekan
ReplyDeleteengin mounting suda tukar...
ReplyDeleteKeempat-empat enjin mounting perlu ditukar apabila mencapai tempoh tertentu. Sekiranya semua enjin mounting sudah ditukar, periksa ignition sistem dan pastikan dalam keadaan baik.Perlu guna kaedah timing light.Kadangkala, ignition coil yang hampir rosak menyebabkan pembakaran tidak sempuna dan boleh berlaku gegaran. Periksa juga tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan berada dalam spesifikasi yang ditentukan oleh pengeluar.
Deletenak tanya lg... pasal proton 1.6m wajah.... hari itu sya buat top ovuhul engin...
ReplyDeletetime pasang balik plat zink pada puli engin, plat zink bengkok.... ada ka dia akan mempengaruhi bacaan sensor.... dan ada kesan lain2 ka....?
sekarang enjin oil cepat habis.....
terima kasi....
Jika sensing blade bengkok, mungkin ada kesan pada igntion timing. Untuk lebih tepat, perlu periksa ignition timing dengan timing light. Jika ignition timing berada pada 10 darjah BTDC, tiada maasalah. Jika ignition timing tidak menepati spesifikasi, kereta sukar mendaki bukit yang curam. Jika etelah dibuat top overhaul tetapi enjin masih kehilangan enjin oil, pastikan valve stem oil seal telah diganti baru. Jika tidak diganti, engine oil akan masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui valve stem oil seal yang usang.
ReplyDeleteassalamualaikum, saya drive proton waja 1.6 2004 manual, masalah saya yang pertama ialah bila kipas berpusing, enjin akan jd bergegar, terutama bila kereta tidak bergerak, lama kelamaan enjin macam semput tersengguk2, gegaran juga makin kuat bila saya hidupkan penghawa dingin.. apakah kerosakan yg meyebabkan perkara tersebut, yg kedua ialah, hos paip penghawa dingin saya kerap menjadi beku, hos diliputi frost.. adakah ini normal?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir mungkin enjin mounting sudah rosak dan menyebabkan gegaran.Periksa juga tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan berada dalam spesifikasi.Periksa fuel filter dan gantikan jika perlu.Periksa juga ignition sistem dengan spark tester dan gantikan spark plug jika perlu. Jika paip penghawa dingin kerap terdapat fros lebih baik diperiksa sistem penghawa dingin tersebut.
DeleteAs salam...sy memandu waja 1.6m 2004...masalah sy ketika enjin di start rpm akan naik kepada 2000rpm...walaupun dibiarkan selame 10minit rpm tetap tidak turun...selepas matikan enjin dan start semula baru lah rpm akan normal kepada 1000rpm..agak2 ape masalah saya??
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan fast idling valve di dalam throttle body hampir rosak.Agak sukar untuk memeriksa dan menentukan kerosakan tersebut. Dalam keadaan tersebut,cuba pinjam throttle body dari kereta lain untuk dibuat ujian.Satu lagi kemungkinan adalah gasket inlet manifold sudah bocor dan menyebabkan udara yang berlebihan masuk ke dalam cylinder.
DeleteOwhhh ingt isc motor yg rosak...
DeleteApe pun terima kasih bnyk2 tlg selesaikan masalah saya...
Assalammualaikum...saya ada waja 1.6m 2004..masalah saya ketika sy memandu dlm kelajuan 120/kmj keatas kereta saya akan berasa bergegar satu kereta...kalau memandu pada kelajuan bawah 120/kmj kebawah tiada pulak rase bergegar...agak2 ape masalah nye?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan tayar kereta tersebut perlu dibuat balancing dan alighnment.Kadangkala peralatan yang digunakan untuk kerja alighnment sudah usang menyebabkan kerja-kerja alighnment tidak sempurna dan tepat. Cuba buat alighnment di kedai tayar yang baru dibuka dan pastinya peralatan yang digunakan adalah baru.
DeleteSalam tuan,kereta saya satria 4g92 dohc....bru nie rpm kereta jadi xbetul....kalau cold start dlm 2100 rpm....bile dh panas tu...idle dlm 1500rpm...kalau on aircond 800-900rpm....de bawak pergi jumpa mekanik....katanya throttle body dh nk rosak...mohon pendapat tuan...terima kasih
ReplyDeleteSalam. Saya pun fikir begitu juga. Kemungkinan fast idling valve di dalam therottle body hampir rosak menyebabkan rpm tidak stabil. Sebelum ganti throttle body baru, cuba pinjam throttle body dari kereta lain untuk buat ujian.
Deleteterima kasih tuan atas maklum balas.terkini,disebabkan throttle body dh bermasalah,pedal minyak sya jd macam keras sikit.macam tersangkut...adakah berkaitan?...adakah saya perlu tukar keseluruhan throttle body atau pun repair mn yg patut?....sekiranya perlu tukar,berapa kos utk throttle body?.Terima Kasih
DeleteCuba tanggalkan cable accelerator pada throttle body. Tolak throttle plate dengan tangan dan lepaskan. Pastikan pergerakan throttle plate adalah lancar. Jika tersangkut, mungkin shaft throttle plate rosak. Jika shaft throttle plate rosak, buka screw throttle plate dan keluarkan shaft serta bersihkan. Jika masih tidak lagi bermasaalah, barulah ganti throttle body yang berharga dalam lingkungan RM900.00
DeleteAssalamualaikum tuan.. sy gunakan waja 2005 auto. kereta telah dipasang FICD.. masalah timing x cun.. off air cond rpm dlm 800, on a.cond rpm turun.. bila masuk dear atau reverse kadangkala rpm drop bawah 500 dan mati.. FICD lama saya dah tukar baru 2 hari lepas.. dari pembacaan saya di atas adakah punca intake manifold bocor?
ReplyDeleteSalam. ISC Motor berfungsi meninggikan RPM semasa penyaman udara dihidupkan, enggaged gear, steering dipusing dan kelajuan enjin diturunkan secara tiba-tiba. FICD berfungsi meninggikan RPM apabila penyaman udara dihidupkan kerana berkongsi bekalan kuasa dengan 'magnetic clutch' penyaman udara.Hanya 1 fungsi sahaja dilakukan oleh FICD. 3 lagi fungsi tidak dapat dilaksanakan oleh FICD. Saya fikir masaalah tersebut disebabkan kerosakan ISC motor. Jika intake manifold bocor, RPM enjin akan meningkat kerana pertambahan udara yang masuk. Pertambahan udara juga menyebabkan ECU akan membuatkan injector memancit lebih petrol.
DeleteSalam tuan.. adakah isc motor masih berfungsi walau ficd telah dipasang? Masa sy menukar ficd, pomen ada cabut throttle body dan cuci.. sekarang kereta sy mula ada simptom masa gear masuk tesengguk2.. mcm rpm naik tinggi...
DeleteSalam. Jika ISC masih dalam keadaan baik, ISC tetap berfungsi walaupun FICD di pasang. ISC dikawal oleh ECU. FICD berfungsi apabila aircond compressor 'cut in'. Semasa suhu di dalam kereta sejuk, aircond compressor magnetic clutch akan disanggaed. Pada masa tersebut FICD juga tidak berfungsi. Jika ISC rosak, FICD tidak membantu untuk menstabilkan RPM semasa idling.
DeleteAs salam tuan koman spanar:
ReplyDeleteSaya guna waja campro 2003 manual... baru ni enjin cek.. bila tukar gear.. tersengguk2... lps buat grounding dan serbis trottle... enjin cek hilang... mslh skrg ni.. enjin bunyi kasar bila star..kdg2 x hidup bila nak start enjin....enjin kdg2 kuat sentap sampai audio mcm hilang suara tapi kmudian bbunyi balik... kenapa ye?
Salam. Oleh kerana CEL telah menyala dan seterusnya hilang, saya fikir lebih baik dibuat scan dengan scan tool. Ada fault code yang menyebabkabkan CEL menyala. Perkara yang menyebabkan CEL menyala perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Cuba periksa kedaan fizikal Crank Position Sensor (terutamaya wayar) yang terletak dibawah gearbox. Kadangkala CPS rosak menyebabkan enjin susah dihidupkan.
DeleteSatu lagi... kdg2 keluar bunyi mcm bsiul plak.... mcm turbo..hehe
ReplyDeleteCuba periksa keadaan purge valve yang terletak di atas intake manifold. Mungkin urge valve tersebut bocor.
DeleteSalam tuan.. saya ada buka isc motor dan minta kawan on suis.. sy rasa isc motor bergetar tetapi muncung isc motor langsung tidak turun atau naik.. adakah isc memamg rosak? Simptom kereta timing sukar diadjust.. saya ada adjust timing masa off aircond ke 750.. tapi bila drive lama timing trun ke 600.. masa drive penukaran gear auto rasa menendang2..
ReplyDeleteSalam. Jika pintle ISC motor tidak menjulur keluar semasa kunci on, itu adalah salah satu tanda ISC motor rosak. Untuk lebih kepastian, operasi ISC motor boleh diuji dengan scam tool.
DeleteAs salam tuan. Saya pakai waja 2003 auto.semenjak dua menjak ni Kereta sy susah nak start, 2 3 kali start baru hidup,dan bila hidup saya bawak mcm biasa takde ape2 yg blaku semput ke ape ke takde pulak,bila sy brenti matikan enjin susah balik nk start,2 3 kali start bru hidup,kadang2 skali start je blh plak.knp yea tuan?
ReplyDeleteAs salam tuan. Saya pakai waja 2003 auto.semenjak dua menjak ni Kereta sy susah nak start, 2 3 kali start baru hidup,dan bila hidup saya bawak mcm biasa takde ape2 yg blaku semput ke ape ke takde pulak,bila sy brenti matikan enjin susah balik nk start,2 3 kali start bru hidup,kadang2 skali start je blh plak.knp yea tuan?
ReplyDeleteSalam.Sayar fikir kemungkinan fuel filter tersumbat ataupun fuel pressure regulator bocor. Buat permulaan penyenggaraan cuba gantika fuel filter dahulu.Untuk lebih kepastian tentang masaalah tersebut, perlu buat ujian fuel pressure. Sila baca entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.
DeleteMslh yg sama dgn waja campro 2003 saya.... mungkin starter atau crank position sensor....
DeleteMungkin juga masaalah starter motor. Jika carbon brush di dalam starter motor sudah haus, engine sukar untuk crank. Engine kereta difaham boleh berfungsi dengan baik.Jika Crank Position Sensor rosak engine tak boleh dihidupkan. Kerosakan Crank Position Sensor akan membuatkan CEL menyala.
DeleteTapi pomen hanya cuci starter... byk karbon... bunyi audio yg hilang tu dah setel... ada wayar tak kemas plug in pd alternator...tq koman spana atas panduan...
Deletemohon pencerahan...saya tukar alternator baru...bila jalan...tiba tiba rpm turun p zero...bila tekan minyak...naik seperti biasa....apa yg perlu saya lakukan..kereta waja
ReplyDeleteDari segi logik, alternator (charhing system) tidak ada kena mengena dengan enjin rpm. RPM kereta Waja adalah dari signal Crank Position Sensor. Walaubagaimanapun, cuba periksa wayar yang ada alternator dan tentukan tidak longgar. Periksa juga sockrt wayar Crank Position Sensor dan tentukan tidak longgar. Akir sekali, tanggalkan kabel negatif battery terminal selama 30 saat untuk reset ECU. Pasang kembali dan uji kereta. Jika masaalah sama masih berulang, cuba guna kaedah flash code untuk menentukan electronic control system tidak bermasaalah.
Deleteterima kasih atas infomasi tuan.....
DeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
DeleteSalam tuan..sy guna waja 1.6,semalam sy anta kereta saya ke carwash untuk cuci enjin..masalahnye..time jalan..kereta akan mati secara tiba2..ape yg perlu sy cek..
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa ignition coil. Mungkin basah terkena air. Biasanya kalau ada masaalah pada ignition coil boleh dikesan dengan kaedah flash code. Ataupun guna kaedah timing light ataupun spark tester.
DeleteTuan, mohon pencerahan, saya memandu Waja manual 4G18.
ReplyDeletekereta menjadi semput tersegguk2 pada waktu pagi dan ketika mula jalan ketika berhenti di trafic light dan kembali normal selepas memandu lama.
kekerapan: jarang2 sekali tetapi selalunya pada waktu pagi.
berdasarkan simptom ini apakah tanda2 kerosakan itu.
Terima kasih.
Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat dan menyebabkan tekanan minyak petrol berkurangan di dalam fuel rail.Untuk lebih kepastian, fuel system perlu diuji dengan fuel pressure tester dan dipastikan tekanan menepati spesifikasi yang ditetapkan pengeluar.Sila rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.Jika tiada fuel presure tester, cuba gantikan fuel filter dahulu.
Deleteassalamualaikum tuan krte waja klau start hidup pstu x sampi brpe second mati enjin knpe ye.. kdng2 dkt trafic light pn mati,tolong komen bohh..
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat dan menyebabkan tekanan minyak petrol berkurangan di dalam fuel rail.Untuk lebih kepastian, fuel system perlu diuji dengan fuel pressure tester dan dipastikan tekanan menepati spesifikasi yang ditetapkan pengeluar.Sila rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.Jika tiada fuel presure tester, cuba gantikan fuel filter dahulu. Salah satu lagi kemungkinan adalah ignition coil yang hampir rosak.
Deleteassalam tuan..nk tanye..n
ReplyDeleteknpe ye kereta waja mmc auto sy..bila dlm keadaan idle enjin tiba2 rpm jd rendah mcm nk mati..kdand2 ok..kalu bukak ekon naik normal...semua sy dah tukar..fuel pump,fuel filter,plug,..plug coil ok lg..lampu chek enjin x nyala pn..boleh bg pencerahan sket..
Salam. Saya fikir kemungkinan nisbah campuran petrol dan udara tidak betul.Bersihkan throttle body jika belum dilakukan. Periksa juga micro filter ddidalam injector kemungkinan tersumbat. Isipadu minyak petrol yang dipancitkan oleh injector boleh diperiksa dengan injector tester. Walaupun ignition coil nampak elok, lebih diuji dengan timing light semasa enjin hidup. Penggunaan timing light dapat memastikan ignion coil yang bermasaalah dapat dikesan dengan lebih cepat.
DeleteSalam tuan..nk tye knapa waja mmc sy bila time kereta sjuk kena start 2 kali..yg pertama start aje 2 second trus mati..yg kdua kali plak bru hdup..tu pun rpm rndah dulu lps tu br menten..bila enjin da panas ok jer start..knapa ya??��
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan fuel pressure regulator sudah hampir rosak. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk mendapat pencerahan.
DeleteSalam sejahtera.saya mohon pandangan tuan.waja saya first model campro tahun 2006.Alhamdulillah skrg 10tahun tiada sebarang masalah.disini saya ingin bertanya.minyak enjin apakah yg paling baik untuk enjin 10tahun ini.sbb ada yg cerita klu enjin dah berusia perlu tukar gred minyak enjin.selama ini saya hanya menggunakan shell helix hx7 semi syentitik sahaja.saya tak pernah menukar gred mahupun jenama lain.akhirkata saya ucap terima kasih krn tuan sudi berkongsi ilmu pada saya untuk penjagaan enjin
ReplyDeleteSalam. Gred minyak pelincir paling sesuai untuk enjin sesebuah kereta adalah gred minyak pelincir yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan tersebut.Maklumat itu boleh diperolehi dari manual pengguna yang dibekalkan semasa kereta dibeli ataupun dari pengedar kenderaan tersebut.Perkara yang penting adalah gred minyak pelincir tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan pengeluar kereta. Dalam kes kereta yang mempunyai milage yang tinggi dan sudah berusia walau digunakan gred minyak pelincir yang mahal sekalipun tidak akan dapat membantu meningkat pretasi enjin. Minyak pelincir yang memberi pretasi terbaik adalah minyak pelincir kerap diganti. Jika dilihat pada manual pengguna, pengeluar kenderaan mengesyorkan minyak pelincir diganti baru setiap 3 bulan ataupun 5000 kilometer berdasarkan yang mana sampai dahulu.Lagi kerap minyak pelincir diganti , lagi baik untuk enjin. Jika penggunaan minyak pelincir melebihi tempoh 3 bulan, minyak tersebut perlu diganti walaupun milage belum mencapai 5000 km.Semasa enjin masih baru, percampuran gas-gas hasil pembakaran dari kebuk pembakaran dengan minyak pelincir berlaku tidak begitu ketara. Apabila enjin sudah berusia, komponen seperti piston ring, piston dan cylinder liner akan mengalami kehausan lalu menyebabkan gas-gas hasil pembakaran dari kebuk pembakaran akan bercampur dengan minyak pelincir berlaku lebih ketara. Percampuran yang berlaku akan merosakkan kelikatan minyak pelincir dan menyebabkan kehusan komponen dalaman enjin berlaku dengan lebih teruk lagi.Jalan penyelesaiannya bukanlah dengan cara menukar minyak enjin kepada gred lebih tinggi. Perkara yang perlu dilakukan adalah menggantikan komponen yang mengalami kehausan supaya dapat menghalang gas-gas hasil pembakaran bercampur dengan minyak pelincir. Kesimpulannya, minyak pelincir perlu mematuhi gred yang disyorkan dan diganti mengikut jadual penyenggaraan.
DeleteTerima kasih tuan.info yang sangat berguna.
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
DeleteAsalamualikum..saya ada waja 4g18 2001 yang tiba2 semput dan tiada pwr,banyak da hbs utk cari masalah kreta saya,semua da tukar,ovr haul pn suda,tapi x jumpa,ssampai la kawan saya sendiri yg npk timing tak betul,baru ok sikit tapi masi semput dan kalau nak naik bukit mesti turunkan gear awal kalau tidak samapi gear1 pn susa nak naik lagi2 d sabah ni bnyk bukit,lagi satu kalau jalan rata kadang2 ok tapi slalunya semput la,soalan saya apa masalah dan tiada kesan ka timing lari selama 5 tahun,minta tolong ulas,trimakasih
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kereta tersebut mengalami masaalah ignition timing yang tidak betul. Jika ignition timing tidak betul, kereta akan menghadapi masaalah semasa mendaki bukit. Terdapat 2 cara untuk memeriksa ignition timing Proton Waja. Cara paling cepat adalah dengan menggunakan vacum gauge. Sila rujuk entri Periksa Vacum Proton Waja Cara Koman untuk pencerahan. Kaedah kedua adalah dengan menggunakan timing light. Igntion timing Proton Waja diperiksa semasa enjin hidup dan dalam keadaan idling. Penyaman udara hendaklah tidak dioperasikan. Ignition timing yang tepat adalah sebanyak 10°BTDC.
DeleteJika ignition timing diperiksa dan didapati tidak tepat, crankshaft position sensor dan sensing blade yang berada dibelakang crankshaft sprocket perlu dikeluarkan dan diperiksa.Biasanya masaalah tersebut berlaku disebabkan lubang pada sensing blade tidak dimasukkan dengan baik pada pin yang berada di crankshaft sprocket dan seterusnya menyebabkan pin tersebut bengkok. Crankshaft sprocket(pin), sensing blade & crankshaft position sensor perlu diperiksa jika ignition timing tidak menepati spesifikasi dan digantikan jika perlu.
Salam..tuan.sya menggunakan kereta waja 1.6(A) thun 2002.soalannya apabila bergerak dalam gear D sterusnya gear akan tukar ke 2,3 dan 4 dalam proses tukaran gear tersebut tidak lancar terasa sentap dan kluarkan bunyi 'dup'paling ketara masa penukaran ke gear 2 serta apabila berhenti.Jika saya tanggalkan kabel (-) bateri dalam beberapa minit dan pasang semula saya dapati penukaran gear berjalan lancar tapi itu cuma 4,5 hari sahaja.semua sensor gear sya dah tukar masalah tetap sama.
ReplyDeleteTerima kasih mohon pertolongan dari Tuan.
Salam. Setelah reset ECU, gearbox dimaklumkan berfungsi secara normal. Berdasarkan keadaan tersebut, masaalah pada electronic control system telah menyebabkan pergerakan gear tidak lancar. Kemungkinan terdapat masaalah pada sensor, actuator ataupun wayar open circuit. Saya sarankan gearbox tersebut dibuat ujian flash code. Sila rujuk Proton Waja Flash Code Cara Koman untuk pencerahan. Scan ECU dengan scan tool juga mungkin dapat mencari punca masaalah tersebut.
DeleteAssalam encik koman spana, sy memiliki waja 1.6 auto tahun 2004 model enhanced. Masalah yg sy hadapi ialah apabila kelajuan menjangkau 110kmh, kereta sy tidak memberi respon apabila pedal minyak ditekan utk memecut dan mengambil masa yg agak lama utk kelajuan bertambah. Masalah ni kekadang je berlaku dan adakah normal apabila tiap pagi start kereta, rpm menjangkau 1800 keatas. Setelah enjin panas, rpm kembali normal kpd 1000 kebwh. Harap encik dpt membantu, tq.
ReplyDeleteSalam. Saya fikir enjin tersebut perlu diperiksa tekanan minyak petrol dan dipastikan menepati spesifikasi. Rujuk Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman. Gantikan fuel filter jika belum digantikan setelah 3 tahun.Throttle body juga perlu dibersihkan. Dalam kes yang lebih teruk,kemungkinan end clutch pada gearbox telah rosak. Jika rpm meningkat lebih kurang 1800 pada waktu pagi adalah perkara biasa kerana enjin yang sejuk memerlukan petrol yang lebih banyak untuk proses pembakaran.
DeleteBaik. Terima kasih encik koman spana.
DeleteSalam tuan. Nak tanya, kereta persona 2012 saya engin tak boleh hidup, hantar service centre proton dia check suruh tukar throttle body dan ignition apa tak ingat. Nak confirm kan betul ke tak ya? Simpton2 sebelum engin tak boleh hidup spt berikut:
ReplyDelete1. Engin tiba2 mati masa kereta tgh bergerak. Lepas try start balik engin kereta ok boleh jalan mcm biasa.
2. 2 hari kereta tak gerak, kemudian bila nak start engin ada bunyi crank tapi tak boleh hidup. Bateri ok.
Harap dpt membantu. Thanks.
Salam. Sebelum diganti throttle body ataupun ignition coil, saya sarankan dilakukan pemeriksaan berikut. Oleh kerana enjin Persona dan Proton Saga BLM adalah hampir sama, masaalahnya juga hampir sama.
Delete1. Periksa dan bersihkan throttle body. Rujuk entri Periksa Throttle Body Proton Saga Cara Koman.
2. Periksa tekanan minyak petrol. Rujuk entri Periksa Tekanan Minyak Petrol Proton Saga Cara Koman. Gantikan fuel filter jika tidak diganti melebihi 3 tahun.
3. Periksa Crankshaft Position Sensor. Rujuk entri Periksa Crankshaft Position Sensor Proton Saga Dengan Oscilloscope Cara Koman. Periksa wayar sensor tersebut yang berada di bawah flywheel dan pastikan dalam keadaan baik.
4. Ignition Coil. Saya tidak fikir keempat-empat ignition coil ada masaalah. Jika salah satu igniton coil ada masaalah,enjin masih lagi boleh hidup.
5.Tekan accelerator pedal sedikit dan crank enjin. Jika enjin masih tidak hidup, ulang perkara di atas tetapi kali ini minta seorang pembantu sembur WD-40 ataupun throttle body cleaner ke arah throttle body yang telah dikeluarkan air cleaner elemen.Jika enjin hidup dengan kaedah tersebut, bermakna fuel system ada masaalah.
salam.. sy nk tany knpa waja 1.8 auto sy bila bwa temperature naik turun, air pn tgl skit.. apa problemnya? radiator baru je tukar...
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan raditor fan tidak berfungsi menyebabkan engine temperature meningkat terutama semasa kereta berhenti. Apabila kereta kembali bergerak, udara luar menyejukkan enjin menyebabkan engine temperature kembali turun. Perkara yang boleh menyebabkan radiator fan tidak berfungsi adalah radiator fan rosak, wiring radiator fan putus dan radiator fan switch rosak. Sekiranya kereta pernah mengalami masaalah overheat, kemungkinan gasket cylinder head yang bocor menyebabkan gas pembakaran menolak air keluar dari radiator. Masaalah gasket cylinder head yang bocor boleh dikesan melalui "compression test".
DeleteAssalamualaikum tuan....nak tanya ISC motor tu ada jual x? TQ
ReplyDeleteSalam. ISC Motor ada dijual sebagai alatganti samaada di Proton Service Centre ataupun dikedai alatganti luar PSC.
DeleteOk...tq
ReplyDeleteSalam en Koman Spana..
ReplyDeletePerodua Viva elite 1.0 auto
Nak tnya kenapa kereta sy bila gear dlm kedudukan D RPM akn turun smpai 800rpm - 600rpm dan kereta akan bergegar.. Tetapi apabila gear dlm kedudukan P dan N rpm akan menjadi stabil kembali dlm kpd 1k rpm
Salam. Saya fikir untuk permulaan, cuba bersihkan throttle body. Keluarkan juga ISC Motor (throttle body switch) dan bersihkan bahagian hujungnya (pintle).Jika boleh, minta mekanik periksa tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan minyak petrol menepati spesifikasi. Kemungkinan fuel filter tersumbat boleh menyebabkan minyak petrol tidak cukup dibekalkan kepada enjin.
DeleteAs salam...sya dh tkar throttle body bru...idling rpm 2000 tak turun2 kenapa ya...
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa inlet manifold dan pastikan gasket inlet manifold tidak bocor. Jika gasket inlet manifold bocor, udara tambahan akan masuk kedalam enjin dan menyebabkan injector memancitkan petrol tambahan. Disebabkan itu, idle speed akan menjadi tinggi walaupun throttle dalam keadaan tertutup. Jika menggunakan throttle body dari half-cut masaalah lain mungkin boleh berlaku.
Deleteasalammualaikum, nk tya selain tb stndet ,, tb ap yg boleh masok waja 4g18,
ReplyDeleteSalam. Saya tidak pasti throottle body jenis lain yang sesuai untuk kereta Waja selain dari throttle body sedia ada.
DeleteSalam tuan..nak tnya kete waja sy bila on switch kunci, lampu engine warna kuning tidak menyala dan kete xbleh hidup bila start.baru kena pagi tadi..apa kerosakan dan cara baikinya.
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan mentol rosak ataupun wayar litar untuk CEL terputus. Periksa pendawaian jika terdapat fius yang putus.
DeleteWsalam..jika mentol lampu check enjin terbakar blh sebbkan kete pun xhidup juga ye..sbb sy da cek fius..semua fius xde putus..
ReplyDeleteSy da panggil pomen..memang ada pendawaian problem..bila pomen cucuk kat satu soket yang terletak kat blakang tempat radio tu..mentol tester dia menyala baru lampu kuning tu hidup dan boleh start.
ReplyDeleteTapi pomen ckp semntra saja.kena hantar kedai untuk pemwriksaan lanjut..
Nak masukkan gmbar xboleh plak untuk dikongsikan.
Papepun tq koman spana.
Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman :).
DeleteTq byk2 tuan koman spana..sy pun byk rujuk disini..lg satu kete waja sy pomen cucuk tester dia di relay E8T101. Ada 2 relay di tempat komputer box tu.xtau relay untuk apa tu sampai lampu check enjin tidak menyala dan kete terus x hidup..
ReplyDeleteSatu relay untuk fuel pump dan satu lagi adalah MPI relay (main relay). Jika MPI relay rosak, semua sistem electronic fuel injection system tidak berfungsi disebabkan tidak mendapat bekalan kuasa dari batteri.
Deletesalam encik.. maaf menganggu, sy menggunakan kereta proton waja 1.8 auto, kereta slalu naik temperatur sampai h bila bergerak, air kadang2 mkan, kdg2 x.. kipas dah tambah jadi 2, tangki dh cuci, termostat dah buang tapi still temperatur naik.. apa masalah nya.. dah xlarat p pomen dah...
ReplyDeleteSalam. Saya fikir cuba buat Cylinder Compression Test. Melalui ujian tersebut dapat ditentukan samada cylinder head bengkok ataupun tidak. Jika cylinder head bengkok, cylinder head gasket tidak dapat menahan combustion pressure lalu menolak coolant keluar dari radiator. Thermostat jangan dibuang. Jika dibuang, viscosity engine oil akan lambat mencapai operating temperature dan pengaliran engine oil ke komponen enjin seperti bearing ataupun cylinder liner akan terganggu.
Deletemaaf yer.. sy nak tnya apa itu Cylinder Compression Test, maaf sy xtau sgt pasal kereta ini..
DeleteCylinder Compression Test adalah ujian untuk menentukan keadaan mekanikal di dalam enjin. Hasil ujian tersebut dapat memberi petunjuk kepada mekanik untuk menentukan kaedah yang sesuai untuk menyelenggara enjin yang bermasaalah. Walaubagaimanapun hanya workshop tertentu sahaja yang memeiliki peralatan dan dapat membuat compression test.Perlu tanya workshop tersebut samaada memiliki peralatan compression tester ataupun tidak. Sila rujuk link berikut untuk mendapat pencerahan : https://www.youtube.com/watch?v=X_tbksFYhl4
Deleteianya untuk menguji compression (kekuatan mampatan) pada tiap2 silinder..enjin pembakaran dalam memerlukan compression tertentu..baharulah campuran udara & bahan api boleh dibakar didalam silinder..tanpa compression adalah mustahil utk membakar bahan api didlm silinder..compression bagi setiap silinder yg baik adalah hampir sama bacaannya..jika ada mana2 silinder dgn bacaan compression yg lebih rendah dr yg lain..maka silinder tersebut akan mati..atau juga dikenali enjin tempang atau enjin jalan 3 silinder sahaja (khas utk enjin 4 silinder, sbg contohnya)
Deletesalam cik...saya lisa dari johor...saya ada proton waja 2007 campro...masalah yang sering berlaku enjin lampu selalu menyala dan apabila nyala kereta jadi berat untuk di bawa...bila tekan minyak kuat pun macam tak pick up...pernah cek dulu katanya maybe throttle body...tp ejen proton tu macam tak galakkan saya untuk tukar throttle body baru sbb takut ada masalah lain yg akan berlaku...dah buntu nak buat macamana cik sebab boleh dikatakan hari hari lampu enjin saya menyala dan berat untuk dibawaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteSalam. Apabila check engine light menyala pada kereta yang menggunakan EFI sistem, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa masaalah tersebut dengan scan tool.Langkah pembaikan seterusnya adalah berdasarkan penemuan kerosakan oleh scan tool. Oleh kerana kereta telah diperiksa dengan scan tool dan dimaklumkan throttle body mungkin bermasaalah, saya fikir ujian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan kerosakan tersebut. Dua kaedah boleh digunakan untuk memeriksa throttle body tersebut.
DeleteUntuk permulaan penyelenggaraan, tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat dan pasangkan semula. Uji kereta seperti biasa dan tentukan masaalah yang sama tidak berulang. Jika berulang, lakukan pemeriksaan seterusnya.
1.Minta mekanik periksa operasi throttle body tersebut. Sila rujuk entri berikut Periksa Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman. Throttle body Proton Waja Campro dan Saga BLM mengunakan prinsip operasi yang sama.
2.Semasa check engine light menyala, berhentikan kereta ditempat selamat.Dalam keadaan engine sedang hidup dan gear dalam keadaan neutral tanggalkkan air cleaner hose pada throttle body. Minta seorang pembantu menekan accelerator pedal sekuatnya dan seorang lagi memerhatikan pergerakan throttle valve didalam throttle body.Apabila accelerator pedal ditekan semasa enjin sedang hidup, throttle valve didalam throttle body sepatutnya terbuka penuh. Jika trottle body valve tidak terbuka sepenuhnya, kemungkinan besar throttle body perlu diganti. Cuba rujuk entri Bersih Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman.
tuan koman spana, leh bagi tips untuk
ReplyDelete1) tanggalkan socket wayar pada ISC motor,, sy dah try tarik/cabut dgn kuat tapi masi tak tanggal.....
2) tips mcm mana nak buka skru ketiga (bahagian bawah) ISC motor. saya leh buka 2 skru yang dapat dilihat daripada atas. tapi skru ketiga tidak dapat dilihat dari atas dan kerana itu I tak dapat membukanya.
thankiu
Tanggalkan kabel negatif batteri. Setelah semua kerja selesai barulah dipasang semula kabel negatif batteri. Pada hujung kiri/kanan socket wayar ISC motor ada clip yang perlu ditekan dengan jari dan pada masa yang sama socket ditarik keluar untuk menanggalkannya. Jangan tarik pada wayar ISC motor. Jika screw ISC motor sukar dibuka dengan menggunakan screwdriver, gunakan impact driver.
DeleteSalam tuan..sy pkai waja mmc mnual..knapa bila tekan klac agak keras sikit..adakah masalah pam klac atau klac mau habis??..enjin ok tak rasa berat..
ReplyDeleteSalam.Saya fikir periksa clutch system bahagian luaran gearbox. Periksa Clutch Pedal, Clutch Master Cylinder, Clutch Pipe, Clutch Cylinder dan pastikan dalam keadaan baik. Jika semuanya dalam dalam keadaan baik,kemungkinan komponen dalaman gearbox yang bermasaalah.
DeleteSalam tuan sy pakai waja 1.6A.rpm 900 turun 700 bila masuk gear n bila pasang icon rpm turun 600.apa msalah n puncanya tuan
ReplyDeleteSalam. Cuba bersihkan throttle body dan "pintle" ISC Motor. Tanggalkan kabel negatif bateri 30 saat, pasang semula dan uji kereta. Jika masaalah yang sama masih berulang, periksa pergerakan ISC Motor. Kemungkinan ISC Motor tidak beroperasi dengan baik. Ujian pergerakan keatas ISC Motor lebih mudah dilakukan dengan menggunakan scan tool. Alternatif lain, pinjam ISC Motor dari kereta lain untuk dibuat ujian.
Deletesalam tuan, sy pkai waja 1.6 manual, sy nk tnye..lampu pintu kt panel meter sy menyala..pdahal semua pintu dan bonet sudah ttup rapat..sy sudah gnti swicth lamp door kesemua 4 pintu..ttapi msalah ttap berlaku...mohon tuan boleh balas
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa sambungan wayar pada socket kemungkinan ada yang tidak kemas ataupun terputus. Periksa juga wayar ground pada switch dan pastikan wayar ground diikat kemas pada body kereta.
DeleteSalam tuan,kereta waja automatik saya start hidup,pastu keluar lampu enjin terus mati.dah tukar fuel pressure regulator. Enjin hidup ok,tapi bila buka kipas& aircond. ..lampu enjin menyala dan enjin mati.pastu saya buka Isc motor kat bawah throttlebody.on switch enjin..Isc motor rasa panas dan tiada pergerakan.apa masalahnya tuan.
ReplyDeleteWaja auto 2002,enjin mitshubishi.fuel pump baru tukar.pernah cuba buat flash code ikut kaedah tuan bagi. Melalui kerdipan lampu enjin. .kod 23.saya tukar camsaft sensor.lepas reset,enjin hidup tidak seragam/tersengguk2.bila tukar yg asal. .enjin hidup ok pula.tapi bila on aircond. .enjin mati.minta pencerahan tuan. ..
ReplyDeleteSakam, Saya fikir terdapat 2 masaalah pada kereta tersebut. 1.Masaalah camshaft position sensor. 2. Masaalah ISC motor. Saya fikir, kalau dapat cuba pinjam dan gantikan ISC motor tersebut untuk dibuat ujian. Ini adalah kerana kadangkala ISC motor tidak rosak tetapi throtlle body tersebut yang rosak menyebabkan idling tidak dapat dikawal. Setelah selesai masaalah idling, buat flash code dan pastikan code 23 tidak ada lagi. Jika code 23 masih ada, cuba bersihkan camshaft position sensor dan dipsang semula, Tanggalkan kabel negatif bateri 30 saat dan pasang semula, Uji kereta dan buat flash code semula untuk memastikan code 23 sudah tiada. Setiap kali socket wire camshaft position sensor ditanggalkan perlu dibuat reset. Saya fikir masaalah camshaft sensor diganti baru tetapi enjin masih tersenggukk bukannya masaalah dari sensor baru tersebut. Ia ada kaitan dengan ISC motor ataupun throttle body.
DeleteTerima kasih tuan atas penjelasan ini.
DeleteSalam tuan..mnta pndapat..
ReplyDeleteWaja engine 4g93ck 1.8 sohc..timing drop bila compressor on..drop smpi 6k rpm & engine ada gegar & pemanduaan mmg x selesa langsung..bila x pasang aircond operasi timing x ganggu langsung & pemanduaan selesa..
Saya dh try cuba tukar stepper motor tp masih hadapi masalah sama..boleh bg pendapat??
Tambahan : sistem engine sekarang ada tambahan e-manage & boleh ke saya follow step yg tuan cadangan sperti komen sblm utk scan timing..
Salam. Kebiasaannya masaalah sebegitu adalah berpunca dari ISC motor yang rosak.Walaubagaimanapun perlu dipastikan punca sebenar ISC motor tidak berfungsi dengan baik. Antara punca ISC motor tidak berfungsi dengan baik adalah ISC motor rosak, voltage tidak mencukupi ataupun wayar ISC motor terputus.
DeleteCara lebih tepat adalah dengan memeriksa ISC motor menggunakan scantool MUT-2 yang hanya digunakan oleh Proton Service Centre. MUT-2 adalah scantool paling sesuai untuk memeriksa enjin Mitsubishi. Dengan menggunakan MUT-2, pergerakan ISC motor dapat dilihat dan seterusnya diuji pergerakkannya.
Oleh kerana ISC motor telah ditukar baru, cuba reset ECU dengan cara tanggalkan negatif bateri terminal selama 30 saat, pasang kembali dan uji kereta selama 15 minit.Pastikan masaalah yang sama tidak berulang. Jika masih berulang, periksa voltage pada ISC motor.
Pada socket ISC motor terdapat 6 wayar. 3 wayar dibahagian barisan atas dan 3 wayar dibahagian barisan bawah. Wayar voltage adalah dibahagian pin tengah barisan atas dan barisan bawah. Ada 2 voltage 12V yang perlu diperiksa. Gunakan kaedah backprobe dan digital multimeter,ukur voltage pada pin tersebut satu persatu. Pastikan voltage 12V diperolehi.
Jika 12V diperolehi, bermakna bekalan kuasa adalah dalam keadaan baik. Jika tidak, kemungkinan ada wayar ISC motor yang terputus.
Dalam kes yang lebih teruk, kemungkinan throttle body sendiri yang rosak dan menyebabkan idling speed tidak dapat dikawal.Agak sukar untuk menentukan kerosakan throttle body kecuali dengan cara menggunakan throtlle body gantian yang dipinjam dari kereta lain.
Saya tidak fikir masaalah tersebut berpunca dari sistem kawalan e-manage.
Salam tuan..saya mengalami masalah kereta semput..contoh situasi ni mcm ni..baru2 ni pada gear 2 selepas lalu bongol kereta mcm semput..bunyinya mcm bot..masalah ini berlaku lpas saya isi minyak kereta full..sebelum saya isi minyak kereta tidak mengalami sebarang malasah
ReplyDeletePadahal saya sudah tukar baru spark plug,minyak hitam,cable,plug coil..
Bleh saya tau apa puncanya??
Salam. Bunyi enjin kereta sperti bunyi motorbot mungkin disebabkan "engine misfiring" Terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan masaalah tersebut terjadi. Kemungkinan pertama adalah fuel pressure mungkin tidak menepati spesifikasi. Rujuk Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk pencerahan. Kemungkinan kedua adalah ignition system tidak berfungsi dengan baik. Cuba periksa kembali ignition system dengan timing light.Rujuk Periksa Ignition System Cara Koman.
DeleteWalaupun spark plug dan ignition coil sudah ditukar baru, periksa kembali spark plug dan pastikan spark plug membakar dengan baik. Bandingkan keadaan elektrod keempat-empat spark plug tersebut.
Salam..mau tnya waja 4g18 sya kalau tekan minyak x masuk gear ok,x semput2,tapi kalau da jalan masuk gear ja dan tekan pedal minyak kreta jadi berat dan langsung x pwr,bila da jalan pn mmg x rasa pecutan,apa mslh kreta sya ni,minta tlg pencerahan
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan menepati spesifikasi. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman. Periksa juga ignition timing dengan timing light dan pastikan ignition timing berada 10°BTDC semasa idling.
Deletesalam tuan mahu kongsi sikit tntang masalah proton waja 1.6 4g18 ..
ReplyDeletemasalah dia lampu cek injin kereta aku masa nak start perjalanan tu bila dri gear 1 dan tukar ke gear 2 kadang" lampu cek injin tu pndai menyala dan injin kereta aku tiba" lemah dan bergegar kadang terus pandai mati injin
agak" tuan apa penyebab dia atau masalah yng di hadapi oleh injin kereta aku
minta tolong sma tuan bagi info dulu (: terima kasih
Salam. Terdapat 3 langkah yang perlu dilakukan untuk mengenalpsti masaalah tersebut. 1) Buat flash code dan tentukan tiada codes. Jika ada codes, selesaikan masaalah tersebut berdasarkan codes yang diperolehi. Rujuk entri Flash Codes Proton Waja Cara Koman. 2) Periksa ignition sistem dengan timing light dan pastikan ignition system dalam keadaan baik. Rujuk entri Periksa Ignition System Proton Waja Dengan Timing Light. 3)Periksa tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan minyak petrol menepati spesifikasi.Rujuk entri Proton Waja Fuel pressure Testing Cara Koman.
ReplyDeleteAssalam..minta perkongsian sedikit mengenai fast idle valve..utk waja 1.6 manual..sepatutnya berapa rpm apabila enjin dihidupkan pada waktu pagi (sewaktu fast idle valve berfungsi)..bila enjin dh panas kita tau lah mmg rpm akan turun semula ke normal idling..pertanyaan sy ini juga merujuk pada waktu pagi dlm keadaan coolant masih sejuk, dan juga semasa enjin dihidupkan aircon off..mmg off aircon apabila start pd waktu pagi..sbb mmg betul2 nk lihat reaksi fast idle valve tanpa gangguan isc motor (sbb aircon di off kan..terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Semasa enjin dihidupkan pada waktu pagi, pusingan enjin akan naik sekitar 1200 rpm.Setelah suhu enjin mencecah suhu operasi, pusingan enjin turun kepada sekitar 750 rpm. Apabila penyaman udara dihidupkan, pusingan enjin akan naik semula kepada 900 rpm.
DeleteSalam..nk tanya.boleh kah waja mmc manual guna ficd utk kawal idle timing ketika on air cond..disbb kn stapper motor kong..
ReplyDeleteSalam. ISC stepper motor bukan sahaja mengawal idling speed semasa menghidupkan aircond. Selain itu ISC motor juga mengawal idling speed semasa enggaged gear dan membelok melalui penggunaan power steering. Jika memasang FICD, 2 power perkara tersebut tidak dapat dikawal. Saya fikir lebih gantikan stepper motor jika dipastikan rosak.
DeleteAssalamualaikum.cik knp waja auto sy rpm turun dn timing jadi rendah bila aircond dibuka,gear pd D dn hand brake dlpskn walau pun brake ditekan.bila gear N timing ok.
ReplyDeleteBila parking dlm keadaan aircond dipsg kadang2 enjin nk mati.rpm turun naik.
ReplyDeleteSalam. Diantara punca RPM enjin turun naik adalah disebabkan kerosakan ISC motor ataupun kerosakan pada throttle body. Kerosakan ISC motor boleh dibuat diagnosis dan dikesan melalui scan tool. Walaubagaimanapun, kerosakan throttle body sukar ditentukan kecuali dibuat pertukaran dengan throttle body yang diketahui dalam keadaan baik.
DeleteAssalam tuan,
ReplyDeleteKereta saya waja mitsubishi 1.6 tahun 2004. Bila start waktu pagi atau bila enjin sejuk, rpm kereta turun naik - naik melebihi 1500 dan turun sehingga hampir 0. Bila ON aircond keadann rpm semakin teruk. Lampu engine check akan menyala bila pedal minyak dimain-mainkan. Ekzos ada berbau petrol. Bila drive kereta tak boleh gerak laju walaupun pedal minyak dah tekan habis. Masalah hilang bila enjin dah panas.
1. Saya dah cuci throttle body dgn throttle body cleaner
2. Coil dan spark plug dah tukar. Spark plug iridium. Coil dari brand Denso. Tiada yg ori waja masa tu.
3. Masa drive, dlm keadaan normal saya terasa bunyi enjin seperti tidak normal. Seperti bunyi motorbot tp perlahan.
Sekian. Wassslam.
Salam. Oleh kerana check engine light didapati menyala, saya fikir cuba buat flash codes. Penyelenggaraa selanjutnya adalah berdasarkan codes yang didapati. Rujuk entri Proton Waja Flash Codes Cara Koman. Periksa juga tekanan minyak petrol dan pastikan menepati spesifikasi. Tekanan minyak petrol yang rendah juga boleh menyebabkan enjin tidak beroperasi dengan baik.Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman. Walaupun ignition coil dan spark plug telah diganti, periksa ignition system dengan timing light dan pastikan ignition system berfungsi dengan baik. Rujuk entri Periksa Ignition System Proton Waja Cara Koman.
DeleteSalam tuan.. sy nak tanya tentang masaalah kereta waja saya.jenis auto.. dari gear 1 bila nak bertukar ke gear2 .. dia mcm mengaum.. begitu lah bila nak masuk gear 2 dan 3.. bila nak masuk gear 4 lancar je..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan terdapat masaalah pada tekanan minyak hydraulic, solenoid valve ataupun valve body. Walaubagaimanapun periksa paras minyak gearbox dan tentukan paras adalah betul.Kadangkala, paras minyak gearbox yang kurang boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan...waja sy tahun 2001 manual susah start waktu pagi...bila hidup semput semput pergi bengkel scantool tukar crank shaft sensors baik hilang semput,esk start langsung tidak hidup.hingga bateri lemah cabut terminal bateri dan set semula hidup esk waktu pagi jadi semula mohon jawapan tuan
ReplyDeleteSalam. Saya fikir masaalah tersebut kemungkinan berpunca dari kerosakan fuel pressure regulator. Cuba lakukan ujian berikut.Pada waktu pagi,switch on ignition key selama 30 saat dan switch off semula. Bunyi fuel pump akan kedengaran mengepam minyak petrol ke injector.Ulang perkara yang sama sebanyak 3 kali dan start enjin kereta. Jika enjin dapat dihidupkan bermakna fuel pressure regulator telah rosak kerana tidak dapat mengekalkan tekanan minyak petrol ke injector. Satu lagi kemungkinan adalah fuel filter telah tersumbat. Gantikan fuel filter jika tidak diganti selama 3 tahun. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk pencerahan.
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeletesy pakai waja cps 2008.. baru2 ni lampu check engine menyala.. bila sy bawak ke kedai untuk scan computer di tunjuk error P1401-C5 (Vim Actuator plausibility problem) tuan penah deal dengan error yg mcm ni?... pomen bgtau kemungkinan throttle body.. Mohon pandangan tuan.
TQ
Salam Tuan,
ReplyDeleteSy pakai waja cps 2008.. baru ni lampu engine menyala.. bila cek di kedai error code: P1401-C5 Vim Acvtuator Plausibility Problem.. Pomen cakap pasal throttle body.. Mohon pandangan tuan.
TQ
Salam. Jika Throttle body bermasaalah,sila rujuk entri Bersih Throttle Body Proton Saga Cara Koman dan Periksa Throttle Body Proton Saga Cara Koman untuk pencerahan. Throtle body Proton Waja Campro dan Proton Saga adalah sama dari segi cara operasi. Walaubagaimanapun, saya fikir masaalah tersebut kemungkinan disebabkan oleh Viariable Intake Manifold Actuactor (VIM) tidak beroperasi dengan baik. VIM Actuactor adalah motor yang menggerakkan shutter valve di dalam intake manifold. Ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku dan menyebabkan code P1401-C5 terhasil. 1. Motor (VIM actuactor) rosak 2. Gear pada motor rosak (haus) 3.Sensor motor rosak. Untuk mengeluarkan komponen tersebut agak mudah tetapi pemasangan agak rumit kerana perlu melalui prosedure tertentu supaya VIM beroperasi dengan baik.
DeleteAssalam tuan..sya pakai waja 1.6 manual tahun 2001 masalah dekat bahagian minyak enjin. Klu sya bawak kereta minyak enjin menitik mengalir keluar habis kena enjin yg panas sampai lenjun bila berhenti bipa bukak bonet depan dia berbau hangit dan berasap apa puncanya tuan. Adakah gasket oil bocor atau sebalikny
ReplyDeleteSalam. Minyak enjin boleh bocor melalui rocker cover gasket yang sudah usang. Bersihkan kesan minyak tersebut. Periksa dan pastikan samaada kebocoran minyak enjin berpunca dari rocker cover gasket. Selain dari itu, periksa dan pastikan penutup pengisi minyak (engine oil cap)enjin dalam baik. Jika gasket pada bahagian tersebut sudah usang, minyak enjin juga boleh bocor. Minyak enjin jika terkena bahagian enjin yang panas akan berasap. Flash point minyak yang tinggi menyebabkan sukar dinyalakan.
Deletesalam tuan. saya nak bertanya. saya pakai waja 1.6 tp baru2 ni start enjin je timing trus out. bila start bole tapi bila tak tekan pedal minyak dia akan terus mati. dia akan hidup kalau saya tekan minyak je. lepas je pedal trus mati.
ReplyDeleteSalam. Bersihkan throttle body terlebih dahulu dan uji kereta. Jika masaalah yang sama masih berulang, cuba gantikan fuel filter. Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat. Selain dari itu, periksa dan pastikan spark plug dalam keadaan baik.
DeleteTuan apa punce ISC motor kerap rosak. Sebab saya telah mengantikan ISC motor sebanyak dua kali dalam tahun ini. satu lagi soalan perlukah kita membuat setting dengan menggunakan scan tool setelah tukar ISC motor..?
ReplyDeleteSaya fikir kemungkinan sambungan wayar ISC motorlonggar, pin pada penyambung berkarat ataupun wayar tersebut mempunyai rintangan yang tinggi. Keadaan tersebut boleh menyebabkan arus yang dibekalkan pada ISC motor tidak stabil. Selain dari itu, gunakan alatganti yang tulen semasa menggantikan ISC motor. Biasanya, ISC motor tidak perlu dibuat calibration setelah diganti baru. Hanya perlu tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat untuk reset ECU.
DeleteSalam. Tumpang tanya, saya pakai waja 4g18 manual. Masalah sy sekarang waja sy akan stutter/tersengguk2 kalau sy lepas minyak semasa memandu di gear 5 pd 70-80km/h. Di gear lain pun situasinya sama, cth: memandu constantly pada 30-40km/h di gear 3. Gegar kereta yg sy rasa adalah seperti kereta dipandu di gear tinggi tetapi pada kelajuan rendah. Cth: memandu kereta pd 20-30km/h di gear 4/5. Masalahnya seakan2 kereta kekurangan power.
ReplyDeleteTetapi, situasi yg dcritakan kdg2 trjadi dan kdg2 tidak, cth: dalam sehari 2-3 kali sahaja berlaku, selain nya okay. Pernah juga terjadi semasa di traffic light, gear Neutral, rpm akan drop bawah 500, kereta overshaking mcm nak mati. So, sy terpaksa hold padle minyak, agar rpm kembali stable.
Maaf kalau soalan/situasi diceritakan terlalu panjang. Cuba sehabis baik utk menerangkan situasa pemanduan sy. Apa2 komen/jawapan sy dahululan dengan terima kasih.
Salam. Saya cadangkan beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti masaalah tersebut. 1.Cuba buat flash code. Rujuk entri Proton Waja Flash Codes Cara Koman. Untuk kereta manual hanya lampu Check Engine Light sahaja yang berkelip. Jika tiada codes yan keluar bermakna electronic engine control system dalam keadaan baik. 2.Periksa tekanan minyak petrol kereta. Rujuk entri Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman untuk pencerahan. jika cara yang ditunjukkan kelihatan sukar, untuk permulaan gantikan fuel filter jika sudah lama tidak diganti. 3. Kemungkinan ignition system ada masaalah. Rujuk entri Testing Ignition System Proton Waja Cara Koman untuk pencerahan. Saya fikir maklumat yang dicadangkan boleh membantu menyelesai masaalah kereta tersebut.
DeleteAssalam encik.. Saya memakai proton waja tahun 2002 1.6.. Adakah kaedah reset ecu ni boleh menjimatkan minyak?.. Sbb kereta saya minyak terlalu larap
ReplyDelete