Ganti Micro Filter Fuel Injector Enjin Sangkut Cara Koman

     Salah satu komponen yang penting di dalam sistem pancitan bahanapi elektronik adalah fuel injector. Masaalah yang sering berlaku pada fuel injector yang digunakan pada enjin sangkut adalah tersumbat. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, pergerakan enjin sangkut akan bergerak tidak lancar. Pada masa yang sama tiada fault codes yang dikeluarkan. Perkara ini menyukarkan kerja-kerja mengenalpasti masaalah tersebut walaupun menggunakan scantool.

Untuk menyenggara fuel injector yang tersumbat, langkah  terbaik adalah dengan menghantar ke bengkel yang memiliki peralatan khusus untuk membuat penyenggaraan fuel injector. Walaubagaimanapun, terdapat satu komponen di dalam fuel injector yang seringkali terlepas pandang untuk diganti iaitu micro filter.  Ini disebabkan micro filter yang asli sukar didapati dan sebagai gantian, universal micro filter digunakan . Kelemahan universal micro filter adalah kerana mempunyai luas permukaan dan saiz  yang lebih  kecil. Pembelian micro filter boleh dibuat secara dalam talian. 

Langkah berikut boleh dijadi panduan untuk mengganti micro filter fuel injector dengan menggunakan fuel injector enjin sangkut  sebagai contoh.

1. Gunakan bolt extractor  yang mempunyai left-hand thread.

tool
2. Fuel injector sebelum dikeluarkan micro filter.

micro filter didalam injector
3. Apitkan bolt extractor pada ragum dengan kuat.

proses mengeluarkan micro filter
4. Pusingkan fuel injector melawan pusingan jam sambil mengoyang serta menarik  fuel injector tersebut sehingga micro filter berjaya dikeluarkan.

micro filter
5. Periksa fuel injector tersebut sekiranya terdapat kekotoran yang masih tertinggal.

injector sesudah dikeluarkan micro filter

6. Dapatkan micro filter yang sesuai dan masukkan kedalam injector lalu diketuk dengan gandin getah.


micro filter universal & OEM
Kaedah di atas boleh juga digunakan untuk menggantikan micro filter fuel injector yang digunakan oleh enjin kereta.


5 comments:

  1. Assalamualaikum tuan, saya ade bebrapa soalan:

    1.Saiz micro filter untuk semua injector universal ke?
    2.Dimana saya boleh dapatkan micro filter?
    3.Saya ada cadangan kalau tuan boleh tunjukkan cara mengeluarkan injector dari fuel rail Proton Waja MMC

    Sekian

    ReplyDelete
  2. Saiz micro filter injector tidak sama. Saiz micro filter injector yang asli tidak sama dengan universal dari segi ukuran panjang. Walaubagaimanapun micro injector filter universal masih boleh digunakan jika yang asli sukar diperolehi. Cuba dapatkan dari ejen/pembekal bertauliah. Jika tidak diperolehi, cari di laman web mudah.com. Insyallah saya akan cuba tunjukan cara mengeluarkan injector dari fuel rail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Harap info yang dikongsi dapat membantu.

      Delete
  3. assalmualaikum tuan.. saya ghaddafi dari sarawak.. saya sukar memperoleh micro filter di sini.. jika tuan ada menjualnya.. saya sedia membeli.. kalau boleh whatsapp saya di talian 0198869930.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Biasanya saya beli micro filter dari ebay. Cuba buat pembelian melalui ebay. Saya juga masih mencari micro filter kerana kehabisan stok.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...