Periksa Ignition Sistem Cara Koman

    Timing light merupakan alat yang khusus digunakan untuk memeriksa dan melaras ignition timing enjin kereta. Walaupun spark tester kerapkali digunakan untuk memeriksa ignition sistem, penggunaan timing light adalah lebih mudah untuk mengesan  ignition sistem yang bermasaalah.

Langkah-langkah berikut boleh dijadi panduan untuk memeriksa ignition sistem.

1.Pasangkan timing light pada terminal bateri untuk mendapat bekalan kuasa.
2.Pasangkan inductive clamp timing light pada spark plug high tension cable.

pemasangan timing light
3.Hidupkan enjin kereta pada kelajuan idling.
4.On timing light dan halakan cahaya timing light pada bahagian enjin yang gelap supaya cahaya timing light mudah kelihatan.

kerlipan cahaya timing light
4.Perhatikan kerlipan cahaya timing light. Jika cahaya  kerlipan adalah sekata, ignition sistem dalam keadaan baik. Jika cahaya kerlipan timing tidak sekata, kemungkinan igniton sistem bermasaalah. Jika tidak terdapat kerlipan pada satu cylinder. kemungkinan berlaku kerosakan ignition coil atatupun spark plug.
5.Ubah inductive clamp pada spark plug high tension cable yang lain pula dan buat ujian lagi.
6.Dengan kaedah ini, kerosakan pada spark plug cable, ignition coil ataupun distributor yang bermasaalah akan lebih mudah dikesan.
7.Ignition sistem yang tidak ada spark plug high tension cable seperti coil on plug ignition system, spark plug extension lead perlu digunakan.
8.Ujian ini hanya sesuai bagi enjin kereta yang boleh hidup tetapi didapati  tidak beroperasi dengan baik.


4 comments:

  1. waja saya tersengguk2 apa bila masuk gear D dan buka acond utk mula jln , terasa mcm minyak tak sampai .

    ReplyDelete
  2. Langkah yang terbaik adalah periksa tekanan minyak petrol seperti disini http://serbamaneka.blogspot.com/2013/07/fuel-pressure-testing-cara-koman_6.html. Jika tiada alat tersebut, cuba gantikan fuel filter yang terletak dibawah kereta pada kedudukan penumpang belakang sebelah kanan.

    ReplyDelete
  3. minyak itam kete saga blm sy leaking. camne nk tahu samada ia nya kerosakan dari oil sump atau oil seal atau pon rocker cover?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersihkan bahagian yang disyaki mengalami kebocoran minyak pelincir dengan degreaser dan keringkan bahagian tersebut. Pandu kereta seketika dan seterusnya matikan enjin lalu periksa bahagian yang disyaki bocor.Biasanya pada rocker gasket minyak pelincir bocor sangat jelas kelihatan sesudah dibersihkan.Boleh juga cuba kaedah ini, taburkan bedak talcum pada keliling rocker cover gasket. Bedak akan bertukar warna jika ada kebocoran. Pada gasket sump tank perlu disuluh dengan lampu untuk memeriksa kebocoran. Boleh juga taburkan bedak.Kebocoran pada crankshaft rear oil seal, biasanya minyak yg bocor akan terkumpul di satu tempat pada bahagian bawah bell housing gearbox/flywheel. Begitu juga pada oil seal depan.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...