Fius yang digunakan di dalam litar elektrik kenderaan boleh diuji dengan multimeter untuk menentukan keadaannnya samaada masih baik ataupun telah rosak. Walaubagaimanapun, fius tersebut perlu dikeluarkan dari kotak fius untuk mengujinya. Namun begitu, penggunaan test light adalah lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan fius dari kotak fius. Kaedah berikut boleh dijadikan panduan.
1. Buka penutup kotak fius untuk mendedahkan fius yang terpasang. Jika dilihat pada kedudukan fius, kaki yang hendak diuji adalah sangat kecil. Justeru itu, penggunaan test light yang hujungnya ditajamkan akan memudahkan kerja-kerja pengujian.
test light sedang diuji |
3. Uji salah satu kaki fius.
salah satu kaki fius sedang diuji |
4. Uji kaki fius yang satu lagi.
kaki fius yang selebihnya diuji |
5. Kesimpulan hasil ujian adalah seperti berikut.
- Jika kedua-dua kaki fius diuji dan kedua-duanya membolehkan test light menyala, fius dalam keadaan baik.
- Jika kedua-dua kaki fius diuji dan test light tidak menyala, bukan bermakna fius telah rosak. Litar fius yang diuji tersebut perlu di"on"kan terlebih dahulu untuk membolehkan arus elektrik mengalir. Sebagai contoh, fius lampu headlamp tidak akan membolehkan test light menyala pada kedua-dua belah kaki fius jika tidak di"on"kan.
-Jika hanya satu kaki fius membolehkan test light menyala manakala satu lagi kaki fius menyebabkan test light tidak menyala, fius dalam keadaan rosak.
Di on kn tu adakah brmaksud engine kereta dhidupkn
ReplyDeleteSwitch on bermaksud enjin belum dihidupkan lagi .
DeleteSalam...ape maksud no yg ad di setiap fius?..cth 10A...bleh gunakn no fius yg bbeze x???cth fius10A ltk bru 15A..ad effet x??sy ni bute kayu bab kete ni...tolg bg pencerahan skit bos spana...
DeleteSalam. Nombor pada fius bermaksud kadar arus maksima yang dienarkan melalui fius tersebut. Jika arus lebih, fius akan putus. Fius tidak boleh diganti melebihi kadar yang ditetapkan.
ReplyDeleteSy punya masalah pulak dalam kereta punya fise box bahagian 12v yg dari bateri semua tak berfungsi..bahagian on berfungsi,
ReplyDelete