Sungguhpun ETB boleh dibersihkan secara insitu, ETB juga boleh diselenggara dengan lebih terperinci lagi sekiranya tiada pilihan dan perlu mengganti ETB dengan yang baru. TIdak salah mencuba untuk membuat penyenggaraan menyeluruh ETB daripada dibiarkan terbuang begitu sahaja. Ini bermakna ETB perlu dikeluarkan dari kedudukan sediaada. Perkara paling penting sekali semasa membuat penyenggaraan tersebut adalah dengan memastikan kabel negatif pada bateri hendaklah ditanggalkan.
Apabila kabel tersebut dikeluarkan, ECU tidak mendapat bekalan kuasa dan berada di dalam mode off. Pada ketika ini, ECU tidak menyedari sebarang perubahan yang berlaku. Sekiranya ECU berada dalam keadaan mode on dan ETB ditanggalkan , ECU akan merakam di dalam memori sebagai "FAULT CODE". Masaalah akan timbul semasa enjin dihidupkan selepas kerja penyenggaraan. Dibawah ini disertakan beberapa link yang boleh dijadikan panduan untuk penyenggaraan menyeluruh ETB. Walaupun dari segi fizikal ETB terdapat sedikit perbezaan tetapi DNA adalah masih sama.
2.VW
Penyenggaraan ETB tidaklah begitu sukar sebagaimana yang disangka dan mampu dilakukan sendiri jika ada keyakinan dan kemahuan.
Salam, bagaimana untuk melaraskan semula etb sekiranya betri tidak di tanggalkan semasa membuka etb untuk dibersihkan.
ReplyDeleteSalam. Walaupun socket elctronic throttle motor ditanggalkan dan ETB dikeluarkan, kadangkala enjin masih beroperasi tanpa masaalah apabila ETB dipasang semula. Jika operasi enjin terganggu dan RPM tidak stabil, ETB perlu di reset dengan cara menanggalkan kabel negatif bateri selama 1 minit . Untuk maklumat lanjut sila lihat pautan berikut : https://serbamaneka.blogspot.my/2017/03/laksana-proton-saga-blm-throttle-body.html
Delete